P. 1
Aspek Dan Kelebihan Kssr

Aspek Dan Kelebihan Kssr

|Views: 50|Likes:
Published by Mohd Amdih Saidi
KSSR
KSSR

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Mohd Amdih Saidi on Mar 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/24/2013

pdf

text

original

BAHAGIAN A – PENULISAN AKADEMIK (40%

)

1

1. ASPEK DAN KELEBIHAN KSSR Pengenalan Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum pula merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa.

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sepertimana yang dituntut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006.

2

PERBEZAAN KSSR DENGAN KBSR

LATAR BELAKANG KSSR Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

3

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Di samping itu. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan. KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. kreativiti dan inovasi. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsipprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. menulis dan mengira (3M). 4 . Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah. KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan. industri. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan. akademik dan ibu bapa.3/2009 pada 2 Oktober 2009. pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca. Lanjutan daripada itu.

Pekerja berilmu 5 . kemanusiaan dan kerohanian. belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO. kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi. keterampilan diri. belajar untuk bertindak (learning to do). Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. sains dan teknologi. sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. jasmani dan sosial .Warganegara yang bertanggungjawab . perkembangan fizikal dan estetika. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21. berfikiran kreatif. iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know).HASRAT KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: . rohani.Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) . emosi.Insan yang seimbang dari segi intelek.

PRINSIP KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut: Pendekatan Bersepadu Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. rohani. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek. emosi. rohani. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek. jasmani dan sosial. emosi. Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat. 6 . jasmani dan sosial. Unsur-unsur pengetahuan.

ASPEK-ASPEK TRANSFORMASI KSSR Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran. murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Selain itu. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Komunikasi Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Antara aspek transformasi KSSR adalah : a. 7 .

negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab. Kemanusiaan Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. keluarga dan masyarakat. c. kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini. biarlah daripada 8 . Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Selain daripada itu.b. Kerohanian. Bak kata pepatah. Sikap Dan Nilai Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama. saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri. “melentur buluh.

ketegasan. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. 9 .rebungnya”. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah Rasulullah. seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat.W. Baik Saidina Abu Bakar. kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak. Saidina Uthman. d. Nabi Muhammad S. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. kelembutan dan ketabahan baginda amat sempurna. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin.A. Keterampilan Diri Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah.

pemupukan daya imaginasi. e. Selain itu. Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. “badan cergas. otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif. kreativiti. semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Oleh itu. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas. otak cerdas” . 10 . secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Jika diambil kata-kata sebegini. Fizikal Dan Etestika Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik. orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Apabila badan murid cergas dan sihat. sudah pasti dirinya akan dihormati.Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. kita dapat melahirkan minda yang cerdas.

Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. (Poedjiadi. Berdasarkan hal tersebut. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat. PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. 11 . Literasi Sains Dan Teknologi Pengetahuan dan penguasaan sains. menenal teknologi serta kesannya. mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya. Secara lebih spesifik. maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi.f. kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai. 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains. kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.

KELEBIHAN YANG ADA DALAM KSSR a. Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Melalui pendekatan ini. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung. KSSR tidak akan menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 12 . Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini. penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian. ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari.2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata. Selain itu. ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Melalui pendekatan baru ini. band lima (tahu. segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Penggunaan Portfolio Dengan penggunaan portfolio. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat. faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu. band dua (tahu dan faham). ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. faham dan boleh buat dengan beradab). yang mana pihak kementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar dicapai dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan murid-murid. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu. faham dan boleh buat). 13 . mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. band tiga (tahu. Begitu juga dalam KSSR . faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Hal ini dapat diibaratkan seperti sesuatu perindustrian. band empat (tahu. Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai.b. Sebagai contoh. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan.

Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas.c. murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. 14 . kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu. mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan. ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan. secara tidak langsung. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. akan tetapi. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah.

maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawakeupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". 15 .Maka dalam usaha untuk "mengarusperdanakan" inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains.d. Perdana Menteri. Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Ini akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan. maka produktivitinya juga akan meningkat. maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . maka sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif. Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan. usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti. Apabila seseorang guru itu inovatif. Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti.

murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan manusia. ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Melalui subjek ini.Pelajar kini lebih terbuka minda kerana mereka boleh mengakses maklumat tanpa had. kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Dengan melalui enjen carian "Google" misalnya. Datu Dr. mereka akan jemu untuk belajar. Kementerian Pelajaran. Selain itu. kemahiran kendiri. Konsep 1 Malaysia juga dapat diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa. perhubungan. agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita. melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah. mereka boleh mendapat pelbagai maklumat. murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3 juga akan diajar mengenai pendidikan seks. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap pergaulan seharian mereka di sekolah mahupun di luar kerana mereka sudah 16 . perkahwinan dan kekeluargaan. Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid Selain itu. Jika dalam kurikulum tidak ada elemen kreativiti dan inovasi. Jika guru tidak menerapkan elemen inovasi dalam pengajarannya dan mengekalkan cara pengajaran tradisional yang membosankan sudah tentu akhirnyapelajar akan hilang minat terhadap sains dan melihat sains sebagai subjek yang kurang menarik. Julaihi Bujang. e.

Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri. Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word. ia akan menyebabkan natijah yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu tersebut. diikuti Microsoft Power Point dan Painting. ianya menjadikan mereka sentiasa berakhlak mulia dan menjaga peribadi mereka untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis deria kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan.mengetahui sekiranya berlaku pergaulan bebas. Secara tidak langsung juga. ianya akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ kepada murid-murid. Tambahan pula. iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan 17 . f. haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar sentiasa memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan juga telah diberi kursus yang khusus manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam zaman yang lebih mencabar ini. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan. sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi.

Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung. g. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. 18 . KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti amali dan praktikal.minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak. Melalui cara seperti ini. para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan perjalanan dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Penggunaan Modul Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak . tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan seperti melakukan aktivitiaktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik.

industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini. Oleh itu. Semoga bermula dari tahun 2011 ini. kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. peribahasa “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka. kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Hal ini kerana. 19 . pengurus kurikulum. ibu bapa seta pihak berkepentingan.KESIMPULAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan. rohani. khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman. pelaksana.

BAHAGIAN D – PENULISAN REFLEKSI (15%) 20 .

Kemahiran ini sangat penting bagi seorang guru pelatih dan bakal guru pada masa hadapan. Kemahiran ini sangat penting dalam penulisan terutamanya penulisan yang melibatkan urusan rasmi. saya akan menghadapi urusan rasmi yang penuh dengan karenah birokrasi dan memerlukan penulisan sebagai jalan penyelesaian seperti kertas kerja. saya pasti akan mengalami kesukaran dalam menyelesaikan urusan rasmi. saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan. maka ianya menjadi kesalahan saya kerana tidak dapat membimbing pelajar tersebut. ensiklopedia dan majalah ilmu. Kekuatan yang saya ada semasa melaksanakan kerja kursus ini ialah kemahiran mencari maklumat.REFLEKSI Sebagai refleksi. Sebagai penambahbaikan. Jika kemahiran ini tidak ada pada saya. saya mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk mengajar dalam sesuatu bidang ilmu. Melalui cara ini. Sebagai bakal guru pada masa hadapan. Sebagai seorang yang bakal mengajar. Jika seorang pelajar tidak dapat menguasai sesuatu bidang ilmu. saya perlu menguasai kemahiran ini dengan baik supaya mahir dalam aspek pengurusan. kemahiran 21 . Oleh itu. Kekuatan dan kelemahan yang saya telah kenal pasti tersebut memberikan saya pengalaman dan kekuatan untuk melakukan penambahbaikan pada masa akan datang. Kelemahan yang dapat saya kenal pasti pula ialah kemahiran menghuraikan isiisi penting dalam bentuk penulisan. mustahil untuk saya mengajar dan membimbing seorang pelajar dengan baik dan berkesan. suratmenyurat dan sebagainya. saya boleh memperbanyakkan pembacaan bahan bacaan seperti jurnal. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup. kelemahan dan melakukan penambahbaikan semasa melaksanakan kerja kursus ini.

Selain itu. dalam masa yang sama melalui pembacaan ini juga. 22 .menghurai isi penting dapat saya pertingkatkan. Pembacaan bahan bacaan seperti jurnal. segala kekuatan dan kelemahan haruslah saya pertingkatkan dan perbaiki dari masa ke semasa agar diri saya sentiasa bersedia jika cabaran dan halangan datang tanpa diduga. Sebagai kesimpulan. kemahiran mencari maklumat saya dapat dipertingkatkan dan menjadi lebih baik lagi. ensiklopedia dan majalah ilmu yang mengandungi banyak fakta-fakta yang dihurai dengan baik.

23 .

LAMPIRAN 24 .

25 .

26 .

27 .

28 .

29 .

30 .

31 .

32 .

33 .

34 .

35 .

36 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->