You are on page 1of 8

1- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DADAH? **dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir.

2- TERANGKAN 2 HIKMAH PENGHARAMAN PENYALAHGUNAAN DADAH 1- menjaga kewarasan akal manusia 2- mengelakkan daripada penyakit bahaya seperti AIDS 3- mengekalkan kesihatan fizikal dan mental 4- mengelakkan perkelahian dan permusuhan 4- HURAIKAN 2 AKIBAT BURUK PENYALAHGUNAAN DADAH 1- masyarakat menjadi mundur kerana rakyatnya tidak berdaya maju 2- banyak wang negara dihabiskan untuk membina pusat-pusat pemulihan.3- Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan negara 4- Melemahkan fizikal dan mental seseorang

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

akibat keatas penagih akibat keatas keluarga penagih akibat keatas masyarakat dan akibat keatas Negara

Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. Akibat Ke Atas Keluarga Penagih Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah.

Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku. Akibat Ke Atas Masyarakat Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya . Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa

Jenis-jenis dadah
candu, morfin, heroin dan kodein Opiat

bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan mempunyai potensi yang tinggi

kelihatan ganja, hashish dan marijuana Canabinoid

semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus canabis. THC (Tetra Hydrocannibol)

phetamine kokain Stimulan

phetamine kokain (daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain)

methaqualone, traquliser dan rohypnol Depresen

bahan perubatan, ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat

lysergic acid, halluceno-genic mushroom, dietthylamide (LSD), diymethyltrp tamine (DMT), phenlyclidine (PCP) dan ketamine Halusinogen

dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak

Psikotrapik (ATS)

methamphetamine, amphetamine, MDMA (Methylene Dioxymetham phetamine) dan pil ecstasy (XTC)

adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal

gam, ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thinner, cecair pemetik api, spray rambut, krim pencuci, marker pen dan lain-lain Inhalant

tidak ditakrifkan sebagai dadah walaubagaimanapun banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya

Pengenalan

Opiat juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat seperti metadon adalah dadah sintetik/tiruan.
Jenis Opiat

Candu Mentah Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen Yeh,O dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan candu mentah. Ia mempunyai bau kuat, menganjal (elastic) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah pada udara. Candu Masak Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap.Ia diperoleh melalui proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi.Bahan tapisan ini terus dipanaskan sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak kadang-kadang berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan dan mempunyai buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara chasing the dragon. Tahi Candu Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.Ia mungkin terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip candu.Tahi candu boleh digunakan semula dengan mencampurkannya dangan air dan can candu mentah ke candu masak.

Morfin Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer, Morph, Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperoleh daripada

candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya diperoleh sebagai morfin mentah,bes morfin(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid.Ia terdapat dalam bentuk blok,serbuk atau pil.Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin. Morfin Mentah Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm hingga 1,500 gm walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda 999.Blok-blok ini pada umumnya mengandungi 70%-90% morfin hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok morfin mentah dibahagikan atau setelah blok tersebut dihancurkan sejurus sebelum morfin mentah diproses menjadi heroin.Di tempat-tempat tertentu di Asia Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai Heroin no.1 Bes Morfin Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi halus.Kandungan morfin yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70% Pil Morfin Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang dikeluarkan secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap.Pil-pil ini kecil dan berwarna putih atau coklat pucat Bes Heroin Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran seperti kafein, striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam Heroin No.3.Bes heroin merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes heroin kering merupakan pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk menjadi serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap.Di tampat-

tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai Heroin no.2 Heroin No.3 Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira di mana ia dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti Hong Kong Rocks, Brown Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada umumnya ,ia terdapat dalam bentuk ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia dihancurkan menjadi serbuk dan mempunyai warna berbezabeza dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun kadang-kadang barbiturat dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan Heroin no.3 mengandungi diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala terdapat juga sampel-sampel yang mempunyai peratus ketulinan di luar lingkungan ini.Kandungan kafein dalam Heroin no.3 di antara 30%60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan lain seperti striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan cara menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon. Heroin No. 4 Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih kuning dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini mengandungi sedikit kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara haram pada peringkat borong.Walau bagaimanapun,ia selalunya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain seperti laktos apabila dijual kepada penagih.Heroin jenis ini selalunya

digunakan secara suntikan. Brown Heroin Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses pengeluaran tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi ketulan-ketulan keras dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain,ia kadang-kadang dipanggil sebagai street level heroin. Heroin Black Tar Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar dari segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin berbanding dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam air apabila dipanaskan dan selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN DADAH

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google) Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1.

Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala

kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2.

Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3.

Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

4.

Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

You might also like