You are on page 1of 74

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Isi Kandungan Bil 1. Penghargaan 2. 3. 4. 5. Pelan Tindakan SoalanTugasan Objektif P & P, konsep 5P, Peranan guru, penghasilan Tugasan 2 Rancangan Pengajaran Tahun 3 (Tahap I) Ulasan Ilustrasi semasa P&P dijalankan Rancangan Pengajaran Tahun 6 (Tahap II) Ulasan Ilustrasi semasa P&P dijalankan 6. Tugasan 3 Laporan Panitia PSV sekolah merekabentuk dan menyediakan bahan sumber P&P, penyimpanan & stok alat dan bahan PSV. Ilustrasi Tugasan 4 Pelan lantai bilik PSV yang kondusif Refleksi Lampiran Perkara Halaman 1 2 3-5 6 -17

18 -32

33 - 45

46 - 63

7.

64 67 68 69 70 - 72 73

8. 9.

10. Bibliografi

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

PENGHARGAAN Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Seni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Cik Zalia binti Abdullah yang telah memberi masa dan bimbingan yang diharapkan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada Puan Asnida Che Rahim, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Aliasan Jikri dan Encik Bakau Chabu. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi dua orang guru serta membuat ulasan berpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan. Perkara ini kelihatan mudah namun memerlukan masa yang sesuai dan perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yang mencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan P&P PSV tersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu Junaidah bt. Ramli dan Cikgu Azizul bin Othman amat membanggakan kerana mereka telah memberikan P&P yang terbaik kepada murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSV ini merupakan subjek elektif namun ia mempunyai teori perkembangannya yang tersendiri dan perlu dititikberatkan untuk perkembangan semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan kajian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dan pengurusan bilik seni di sekolah Anjung Teduh ini. Saya juga telah berkongsi beberapa keping gambar bilik seni serta projek yang dijalankan di sekolah saya kepada rakan-rakan yang memerlukannya. Sekian

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

PELAN TINDAKAN Bil 1. Perkara Soalan tugasan diperolehi daripada Pensyarah Cik Zalia bt. Abdullah Tarikh

Mac 2010

2.

Perbincangan bersama rakan sekuliah (En. Aliasan, En. Bakau, En. Juniaf, Pn. Rodziah, Pn. Kamsiah, Pn. Asnida dan Pn. Raisah. Membuat perbincangan dengan dua orang guru Pendidikan Seni Visual Menjalankan pemantauan P&P Membuat ulasan Mengambil gambar dan membuat perbincangan bersama Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Membuat laporan Membuat pelan lantai bilik seni yang kondusif Penghantaran Kerja kursus.

Sepanjang tempoh perlaksanaan (Mac- April)

3.

5hb April 2010 8hb &13hb April 2010 14hb 20hb April Sepanjang menjalankan pemantauan 20hb 23hb April 2010 26-28hb April 2010 30 April 2010

4. 5. 6.

7. 8. 9.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

SOALAN TUGASAN

JADUAL PENENTUAN TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK


JABATAN MATA PELAJARAN PROGRAM PERINGKAT : SENI VISUAL : PSV 3104 - KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) PSV AMBILAN NOVEMBER 2008 :2 TARIKH MULA : 1 MAC 2010

TARIKH HANTAR : 16 APRIL 2010 Hasil Pembelajaran: 1) 2) 3)

Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran (HSP) PSV KBSR. Mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum PSV KBSR. Mengkaji pengurusan Panitia PSV di sekolah

Objektif Tugasan Kerja Kursus Projek: 1) Mendapatkan maklumat, mencerakin maklumat, menyediakan bahan/maklumat pembentangan dan membentangkan maklumat 2) Mengenalpasti dan menghuraikan: i) objektif P&P PSV dengan aktiviti ii) penggunaan konsep 5P dalam P&P PSV iii) peranan guru semasa P&P PSV berlansung iv) penghasilan dan penggunaan ABM dan BBM dalam P&P PSV v) pengurusan aktiviti PSV vi) penggunaan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran vii) merekabentuk dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran PSV viii) penyimpanan & stok alat dan bahan PSV. 3) Menghasilkan satu pelan lantai bilik PSV yang konduksif untuk sekolah

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) PSV AMBILAN NOVEMBER 2008 PSV3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL, KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Tugasan kerja kursus ini bertujuan memberi pendedahan, gambaran dan pengalaman langsung kepada para pelajar tentang matlamat, konsep 5P dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Ia juga dirancangan agar pelajar dapat melakukan kajian tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah masing-masing. Berdasarkan gabungan pengalaman tersebut, pelajar akan dapat mempertingkatkan kefahaman dan kemampuan dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti seni sama ada di dalam mahu pun di luar bilik darjah. STEM/SIMULASI/RANSANGAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual telah mengalami banyak perubahan sejak ia diperkenalkan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual di sekolah memerlukan guru meneliti sukatan pelajaran dan huraiannya. Seterusnya merancang P&P yang memerlukan penggunaan pelbagai bahan dan alat, strategi dan kaedah. Hasil seni yang dihasilkan oleh murid perlu dihargai dengan beberapa cara. Selain daripada perancangan dan pelaksanaan P&P yang berkesan, faktor fizikal seperti bilik seni yang konduksif merupakan menyumbang ke arah kejayaan kuriikulum PSV sekolah rendah. PENERANGAN TUGASAN TUGASAN 1 ( Kumpulan) Berdasarkan tajuk yang telah diberi, sediakan satu persembahan elektronik yang menarik menggunakan MS PowerPoint. Kemudian buat pembentangan persembahan tersebut di dalam kelas mengikut giliran kumpulan masing-masing. TUGASAN 2 (Individu) Dalam pelaksanaan P&P PSV, guru memainkan pelbagai peranan. Buat satu kajian kes tentang pelaksanan P&P PSV di sekolah anda. Kajian ini memerlukan/melibatkan: 1) 1 orang guru yang mengajar subjek PSV Tahap 1 dan 1 orang lagi di Tahap 2 2) Pilih satu aktiviti yang dilaksanakan dalam satu sesi P&P oleh guru tersebut (kedua-duanya aktiviti yang berbeza). 3) Buat ulasan tentang P&P tersebut (ulasan termasuk kesesuaian dan kaitan antara objektif P&P dengan aktiviti, penggunaan konsep 5P, peranan guru semasa P&P berlansung, penghasilan dan penggunaan ABM dan BBM, pengurusan aktiviti, penggunaan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran dan rumusan)

TUGASAN 3 (Individu)

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Hasilkan satu laporan tentang cara Panitia PSV sekolah anda merekabentuk dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran PSV, penyimpanan & stok alat dan bahan PSV.

TUGASAN 4 (Individu) Hasilkan satu cadangan pelan lantai bilik PSV yang konduksif untuk sekolah anda. Sila gunakan petunjuk yang bersesuaian. Boleh dihasilkan sama ada menggunakan perisian komputer mahupun lukisan tangan. ARAHAN TUGASAN 1) Bahagaian kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapi dengan maklumat berikut: No. Pelajar :_________________________________________ No. Mykad :_________________________________________ Kumpulan/Unit :_________________________________________ Kod & Mata pelajaran :____________________________________ Nama Pensyarah Pembimbing:______________________________ Tarikh Serahan :_________________________________________ 2) Tugasan 1 hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy/cd. 3) Tugasan 2, 3 dan 3 perlu dicetak menggunakan kertas A4, fonts New Times Roman (saiz 12 dan dilangkau 1.15) . Kemudian dijilidkan menjadi satu buku. 4) Tugasan 2 jenis-jenis aktiviti yang dimaksudkan adalah aktiviti individu/kumpulan/kelas samada dalam/luar bilik darjah. 5) Format laporan adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(ZALIA ABDULLAH) Pensyarah Akademik, JPSV, IPG K.Keningau, Sabah.

(AHMAD MOHD YASSIN) Ketua Jabatan, JPSV, IPG K.Keningau, Sabah.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Objektif pembelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan dapat ditunjukkan pelajar pada tingkahlakunya. Kegunaan Objektif Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif perlakuan adalah banyak. Antaranya : a. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian murid dan tidak tidak berpusatkan guru. Oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan murid. b. Memberikan arah tuju kepada guru di samping dapat membantu manilai kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. c. Sebagai panduan kepada guru untuk merancang dan memilih bahan pengajaran yang sesuai dan relevan. d. Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pembelajaran. e. Memberi gambaran yang jelas kepada murid, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang murid capai di akhir sesuatu pelajaran. f. Memberi bayangan kepada murid tentang bentuk penilaian yang akan diberi. g. Membantu murid untuk membuat penilaian kemajuan kendiri. h. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan. Penulisan Objektif Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 kompenan iaitu ; a. Perlakuan Menyatakan, apakah yang murid akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan perlakuan objek. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima sebagai bukti murid tersebut menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih, merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain. b. Syarat Keadaan di mana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan, bekalan atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan. Sebagai contoh dengan membaca petikan yang diberi c. Kriteria Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai perlakuan murid. Contohnya dapat memotong kayu dalam masa 10 minit dengan 90 % jawapan betul , dengan tepat . Contoh objektif perlakuan

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di akhir pelajaran, murid dapat menyenaraikan 5 daripada 6 ciri usahawan dengan tepat berdasarkan petikan yang diberikan. Domain Objektif a. Kognitif Domain yang mengandungi perlakuan yang menentukan pengetahuan mengenai konsep, prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran murid dapat menyenaraikan 10 jenis tanaman hiasan yang terdapat di kawasan sekolah dengan 90 % betul. b. Afektif Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Dalam domain ini perlakuan agak sukar diukur. Contoh, selepas demotrasi, murid akan menunjukkan kesedaran keselamatan dalam makmal dan melaporkan kepada guru jika ada keadaan yang berbahaya. c. Psikomotor Domain yang beraitan dengan kemahiran. Contoh, selepas tunjuk cara oleh guru murid dapat melakukan pengiraan dengan betul. Rumusan Penulisan Objektif a. Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar. b. Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas dan eksplisit. c. Objek mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan murid. d. Objektif perlu ditulis dengan menggunakan perkataan perbuatan yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur e. Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja tetapi juga domain afektif dan psikomotor.

KONSEP 5P

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah. Konsep 5Pjuga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran danpembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

PENGGABUNGJALINAN

PENILAIAN

5P

PENYERAPAN

PEMULIHAN

PENGAYAAN

PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut: a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik. Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan : 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti

PENYERAPAN Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi. Tujuan Penyerapan. Aspek ini boleh membantu murid untuk : Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan; Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan; Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati; Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu; Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks; Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima olehrakan sebaya dan masyarakat. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan seni Visual

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu : i. Ilmu Pengetahuan. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan. ii. Nilai murni. Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain. iv. Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. v. Peraturan sosio-budaya. Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

vi. Kemahiran Bernilaian Tambah.

10

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran seni bagi membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai. PENGAYAAN Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Aktiviti Pengayaan Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri; b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri; c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental; d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas; dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial. Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah: Pembelajaran akses kendiri; Kerja projek; Bacaan tambahan; Permainan dan rekreasi; dan Pembelajaran berbantukan komputer.

PEMULIHAN

11

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan, penghasilan seni visual, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid: a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka; b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru; d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju; e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial samaada di dalam atau di luar bilik darjah; f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; g. Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

PENILAIAN

12

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti dan penilaian yang adil. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri mur id itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Mur id dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melaluipemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan mur id terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jaw ab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu

13

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

atau sebilangan tajuk/tema Pendidikan Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

PERANAN GURU SEMASA P&P BERLANSUNG 1. PENGURUS Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengawal kelas/studio Pendidikan Seni Visual. Bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran Menjalankan aktiviti di luar. Menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Membuat penilaian dan memberi markah kepada tugasn murid. PEMBIMBING Membimbing murid dengan penuh perhatian Mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran. Melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid. PEMUDAHCARA Melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju. Mengelola aktiviti pembelajaran berpandukan tahap kebolehan murid. Memudahkan pemahaman konsep dengan mengaitkan dengan situasi sebenar kehidupan murid. MOTIVATOR Menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri murid. Meransang dan menggalakkan murid Membawa perubahan. Memberi dorongan dan bimbingan. Menyelesaikan maslah sosio dan emosi murid. INISIATOR Meransang pemikiran murid yang bercapah. Mengemukakan soalan yang menjana pemikiran kreatif dan kritis. Menyokong aktiviti penyelesaian masalah. Menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan.

2.

3.

4.

5.

14

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut: Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran; Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009. Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual. Peribadi. Termasuk ciri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat; Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar; Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan subbudaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009). Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan. Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah; Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?

15

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah; Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009). Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yang berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalamanpendidikan yang wajar bagi memupuk

16

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya. Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.

17

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh Hari Waktu Masa Matapelajaran Tahun Bilangan pelajar Bidang Tajuk Objektik pembelajaran : 8 hb April 2010 : Khamis : 2 waktu : 1 jam (7.50 8.50 pagi) : Pendidikan Seni Visual : 3 Pintar : 25 orang : Membentuk dan membuat binaan : Model ( bekas hadiah ) : Diakhir pembelajaran murid akan dapat : i) Kognitif : - memahami unsur seni serta teknik yang digunakan dalam membentuk dan membuat binaan. ii) Psikomotor : - Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif. iii) Afektif : - Murid akan berasa seronok dan berpuas hati apabila dapat menghasilkan model yang diarahkan dan membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. : Murid sering melihat model ( bekas hadiah ) samada di televisyen, majalah atau pun secara realdi pusat membeli belah.
RPH 1

Pengetahuan sedia ada

Penggabungjalinan

: Mengenal elemen-elemen dalam kraftangan. Menggunakan elemen-elemen dalam prinsip rekaan Menggunakan elemen-elemen dalam teknik lipatan dan Hiasan. : Menjana idea, membuat gambaran mental, kritis

KBKK

18

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Nilai

1. Menghargai warisan seni 2. Berkerjasama dalam menghasilkan model. 3. Mereka cipta. 4. Ketekunan dan teliti 5. Kekemasan dan kebersihan kertas berwarna dan putih berbentuk segi empat sama, riben, gunting, gam , salotape, gambar-gambar hiasan. Kad manila. PROSEDUR PENGAJARAN

Alat/bahan/sumber

Langkah/ masa

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Aktiviti Guru hasil Aktiviti Murid

Alat, BBM/catatan Model 3-D yang digunakan.

Mempamerkan

Guru mempamerkan hasil model buatan guru.

Murid memberi respon terhadap model yang dipamerkankan

kerja guru ( model bekas hadiah) Set induksi (5 minit)

Guru bersoal jawab dengan murid tentang model yang dipamerkan. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan isi pelajaran.

Murid menjawab soalan guru

Meneroka teknik asas dan unsur seni dalam

Guru menerangkan beberapa unsur seni seperti bentuk, ruang imbangan dan kestabilan dalam penghasilan model serta teknik yang akan digunakan.

Murid mendengar penerangan guru.

Alatan yang di gunakan.

Langkah 1 (10 minit)

penghasilan model. Meneroka bahan yang akan digunakan dalam penghasilan model.

Murid memberi respon terhadap penerangan guru.

19

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Guru mempamerkan bahan/alatan yang akan digunakan untuk membentuk model nanti.

Demonstrasi/Tunjuk cara menghasilkan model dengan menggunakan teknik membentuk dan membuat binaan dengan

Guru menayangkan video demonstrasi menghasilkan model melalui LCD.

Murid memerhati dengan penuh perhatian.

Rakaman Video. LCD Carta.

Tayangan video di ulang sebanyak dua kali.

Langkah 2 (10 minit)

mengabungkan teknik lipatan dan guntingan Guru memberitahu, murid boleh merujuk carta langkah-langkah bekas hadiah di hadapan kelas sekiranya masih kurang faham.

20

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Langkah/ masa

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Alat, BBM/catatan

Murid menggunakan bahan dan teknik di dalam menghasilkan bekas hadiah.

Guru mengarahkan murid untuk membentuk bekas hadiah dengan penuh teliti.

Murid mengaplikasikan konsep dan teknik asas dalam menghasilkan bekas hadiah.

Bahan yang digunakan oleh murid.

Langkah 3 (30 minit)

Guru membimbing murid untuk menghias bekas hadiah mengikut kreativiti masingmasing.

Murid menghias bekas hadiah mengikut kreativiti masing-masing.

Guru membimbing murid dari masa ke semasa

Penilaian Apresiasi Rumusan

Guru meminta murid menunjukan hasil bekas hadiah yang mereka telah siapkan.

Murid mempamerkan hasil corak di hadapan kelas

Hasil bekas terbaik.

Murid membuat apresiasi terhadap hasil kerja

Penutup (5 minit)

Guru memilih 6 contoh terbaik sebagai motivasi dan rangsangan kepada pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran pada masa akan datang.

Guru membuat

21

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

rumusan berkenaan aktiviti yang atelah dijalankan.

22

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

ULASAN (RPH 1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut dijalankan dengan lancar dan teratur. Guru PSV tersebut adalah guru bukan opsyen PSV namun berminat untuk mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 3. Sepanjang P&P tersebut dijalankan, muridmurid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Aktiviti yang dijalankan oleh guru tersebut adalah aktiviti membuat dan menghias bekas hadiah. Pilihan guru seni tersebut adalah tepat dan dapat menarik perhatian semua murid. Pada kebiasaannya murid-murid hanya melihat bekas hadiah yang telah tersedia di kedai-kedai hadiah. Aktiviti yang dijalankan membuatkan murid-murid berminat untuk mencuba membuat bekas hadiah mereka sendiri. Guru telah berjaya menarik perhatian murid-murid untuk mengikuti aktiviti P&P pada hari tersebut dan kawalan kelas dalam keadaan yang baik. Rancangang pengajaran dan pembelajaran tersebut telah disediakan berpandukan modul ASSURE. Berdasarkan aspek kesesuaian dan kaitan objektif dengan aktiviti, guru tersebut telah menyenaraikan tiga objektif yang merangkumi tiga aspek yang ingin dicapai iaitu kognitif : murid dapat memahami konsep asas serta teknik yang di gunakan dalam membentuk dan membuat binaan, psikomotor : Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif dan afektif : murid akan berasa seronok dan berpuas hati apabila dapat menghasilkan model yang diarahkan dan membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ketiga-tiga objektif P&P ini berjaya dilaksanakan oleh guru dan murid. Objektif yang pertama yang berfokuskan kepada aspek kognitif dapat dilaksanakan semasa set induksi sehingga Langkah 1 dalam rancangan pengajaran kerana di dalam set induksi guru telah memperkenalkan bekas kotak yang disediakan oleh guru tersebut dan murid-murid menunjukkan minat untuk mengetahui bagaimana untuk membuat bekas hadiah tersebut. Guru juga telah menjalankan sesi soal jawab tentang teknik dan unsur seni yang digunakan untuk membuat bekas hadiah tersebut. Dalam langkah 1, murid-murid memberikan tumpuan terhadap penerangan guru mengenai teknik yang digunakan dan unsur seni yang perlu difahami oleh murid sebelum membuat bekas hadiah tersebut. Murid-murid berjaya membentuk bekas hadiah mereka masing-masing kerana telah memahami tentang unsur-unsur seni seperti ruang, imbangan, bentuk dan kestabilan bekas. Teknik lipatan dan guntingan dapat diaplikasi oleh murid-murid semasa membuat bekas hadiah mereka masing-masing. Objektif yang ketiga berkaitan dengan apresiasi seni dapat dijalankan oleh guru dan murid-murid mengambil bahagian dalam pembentangan, namun mereka masih malu untuk memberi komen atau pendapat yang membina terhadap hasil kerja kawan mereka. Hampir 98% daripada murid-murid tersebut dapat menyiapkan aktiviti tersebut. Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai oleh guru dan bersesuaian dengan aktiviti seni yang dijalankan pada hari tersebut iaitu membuat bekas hadiah.

23

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Konsep 5P penting di dalam menrancang aktiviti P&P, guru tersebut telah menggunakan konsep penggabungjalinan seperti mengenal elemen-elemen dalam kraftangan, menggunakan elemen-elemen dalam prinsip rekaan dan menggunakan elemen-elemen dalam teknik lipatan dan hiasan. Tiga elemen yang digabung agar murid-murid dapat menghasilkan bekas hadiah dengan lebih kemas, teratur dan hiasan bekas yang kreatif berdasarkan hiasan pada kraftangan tradisional mahupun moden. Dalam menjalankan aktiviti juga murid-murid perlu memahami prinsip rekaan agar bekas hadiah yang dibuat oleh murid dalam keadaan seimbang dan mempunyai ukuran yang tepat. Selain itu mereka jug perlu mengetahui cara mengukur, melipat dan menggunting kertas dengan betul. 3 elemen ini dapat diterapkan oleh guru semasa menjalankan penerangan dalam Langkah 2 dan Langkah 3. Guru juga menyediakan carta prosedur membuat bekas hadiah agar murid-murid yang kurang faham terutamanya murid-murid lemah dapat merujuk kepada carta dan melakukan aktiviti tersebut. Ini adalah cara guru membantu murid-murid lemah dalam aktiviti yang dijalankan di samping membimbing mereka di dari meja ke meja. Bagi aktivti. Konsep 5P iaitu penyerapan juga telah digunakan oleh guru tersebut dengan menyerapkan mata pelajaran matematik dalam pengajarannya iaitu semasa guru menerangkan ukuran untuk melipat kertas tersebut dan semasa murid-murid mengaplikasikan aktiviti tersebut. Pada peringkat awal akitiviti murid-murid akan mengukur kertas tersebut mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan sekiranya ukuran tersebut tidak dipraktikkan dengan betul, bekas hadiah yang dihasilkan tidak seimbang dan murid akan menghadapi kesukaran untuk menyatukan bahagian-bahagian tersebut. Aktiviti pengayaan diberikan kepada muridmurid yang lebih berpotensi untuk menghias bekas hadiah dengan kreatif dan guru mengarahkan mereka menghias bekas hadiah tersebut dengan pelbagai jenis corak. Sejajar dengan konsep 5P guru telah membuat penilaian dari awal aktiviti P&P dijalankan dan memberikan markah kepada mereka mengiut kualit hasil kerja mereka serta memberikan kata-kata pujian dan semangat terhadap hasil kerja yang terbaik. Guru akan meletakkan hasil kerja yang terbaik di ruang PSV di dalam bilik darjah.Dengan cara ini murid-murid lain akan mengikut jejak kawan mereka untuk melakukan hasil kerja yang lebih baik Semasa guru menjalankan aktiviti P&P Pendidikan Seni Visual tersebut, beliau telah memberikan peranan yang sewajarnya kepada murid-murid. Guru tersebut telah membimbing murid-murid semasa mereka menjalankan aktiviti melipat dan menghias bekas hadiah. Guru berkenaan juga telah menguruskan segala peralatan dan bahan yang diperlukan dengan memberi pesanan kepada murid-murid agar membawa peralatan dan bahan yang sepatutnya. Guru juga telah menyediakan peralatan dan bahan sendiri bagi membantu murid-murid yang tidak berkemampuan mendapatkan peralatan dan bahan tersebut. Penilaian yang dibuat memotivasikan murid-murid untuk melakukan aktiviti dengan lebih berkeyakinan. Guru telah memudahkan car penyampaian pengajarannya dengan membuat carta prosedur kerja agar semua murid dapat melihat semula cara-cara menghasilkan bekas hadiah. Dengan kaedah ini guru tidak akan mengalami masalah untuk menerangkan prosedur aktiviti tersebut berulang kali dan akan dapat memberi tumpuan kepada murid-murid yang lemah dan pasif. Sebagai seorang guru, beliau juga

24

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

telah memberikan doroangan kepada murid-murid dengan kata-kata hikmat serta nilai-nilai moral yang dapat meyakinkan mereka untuk melakukan aktiviti dengan lebih bersemangat. Adakalanya murid-murid akan mengeluh sekiranya tidak dapat melaksanakan aktiviti tersebut namun guru telah membantu mereka melakukan perkara tersebut secara berperingkat sambil memberikan kata-kata peransang dan akhirnya mereka berjaya membuat bekas hadiah tersebut dengan usaha sendiri. Guru tersebut telah meransang minda murid-murid untuk menghasilkan bekas hadiah yang kreatif dengan hiasan yang cantik kerana murid-murid akan dapat mengaplikasikannya aktiviti tersebut dalam kehidupan harian mereka. Walaupun aktiviti seni ini dijalankan secara individu namun jelas dilihat murid-murid bekerjasama di antara satu sama lain dengan memberi tunjuk ajar dan berkongsi pendapat tentang cara menhias bekas tersebut. Guru PSV telah membuat demonstrasi di hadapan kelas dengan menggunakan ABM dan BBM yang telah disediakan. Guru telah menunjukkan beberapa bekas hadiah dalam pelbagai saiz dengan hiasan yang berbeza-beza. Carta prosedur membuat bekas hadiah membantu guru dalam pengajarannya.selain itu guru menayangkan video berkenaan demonstrasi menghasilkan model bekas hadiah dengan menggunakan LCD sebanyak 2 kali tayangan. Murid-murid telah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tayangan video berkenaan. Peralatan dan bahan yang digunakan semasa aktiviti seni ini dijalankan adalah dari bahan-bahan yang terpakai seperti riben, majalah bergambar dan bahan-bahan yang boleh dijadikan hiasan. Murid-murid telah membawa bahan dan peralatan tersebut untuk aktiviti seni pada hari itu. P&P Pendidikan Seni Visual dapat dijalankan dengan lancar dan teratur sekiranya peralatan dan bahan mencukupi. Pada akhir aktiviti P&P guru telah meminta beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas dan menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti tersebut serta menerangkan bahan yang digunakan untuk menghias bekas hadiah tersebut. Murid-murid yang lain memberi komen terhadap hasil kerja kawan mereka disusuli dengan katakata pujian daripada guru PSV. Selepas itu, guru telah memberikan rumusan berkenaan aktiviti seni yang mereka lakukan dan kegunaan bekas hadiah tersebut dalam kehidupan harian mereka. Guru juga ada menerapkan nilai-nilai murni dana memberikan kata penghargaan kepada mereka semasa menjalankan aktiviti kerana telah mengamalkan sikap bekerjasama, kekemasan, kebersihan dan sifat sabar dalam diri mereka masing-masing. Guru telah memberikan pesanan kepada murid-murid tentang peralatan dan bahan yang perlu dibawa pada sesi pembelajaran seterusnya.

25

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

26

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Bahan dan Alat yang digunakan.

Carta tentang cara-cara membuat bekas hadiah

27

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Penerangan dan tunjuk ajar guru kepada murid-murid

28

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

29

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

30

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

31

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

32

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh Hari Waktu Masa Matapelajaran Tahun Bilangan pelajar Bidang Teknik Tajuk Objektik pembelajaran : 13 hb April 2010 : Selasa : 2 waktu : 1 jam (7.50 8.50 pagi) : Pendidikan Seni Visual : 6 Cerdik : 30 orang : Menggambar : Kolaj (guntingan dan tampalan) : Pasu Bunga (Hiasan dinding) : Diakhir pembelajaran murid akan dapat : i) Kognitif : - memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari. ii) Psikomotor : - menghasilkan lukisan kolaj sebuah pasu bunga untuk hiasan dinding. iii) Afektif : - membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio. - menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual. - mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan. : Murid sering melihat pasu bunga samada di televisyen, majalah atau pun secara realdi rumah dan di pusat membeli belah. : Mengenal elemen-elemen dalam kraftangan penghasilan sebuah pasu tradisional dan moden.
RPH 2

Pengetahuan sedia ada

Penggabungjalinan

33

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Menggunakan elemen-elemen dalam prinsip rekaan Menggunakan elemen-elemen dalam teknik kolaj. KBKK Nilai : Menjana idea, membuat gambaran mental, kritis : 1. Menghargai warisan seni 2. Berkerjasama dalam menghasilkan hasil kerja. 3. keselamatan menggunakan peralatan. 4. Ketekunan dan teliti 5. Kekemasan dan kebersihan : Gunting, gam, kertas lukisan, majalah, suratkhabar, calendar, kain. 1.Huraian Sukatan Pelajaran Seni Visual Tahun 6 2.Buku Pendidikan Seni Tahun 6

Alat/bahan/sumber

Rujukan

34

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

PROSEDUR PENGAJARAN
Langkah/ masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alat, BBM/catatan Karya lukisan kolaj yang digunakan.

Mempamerkan sebuah karya lukisan dengan teknik kolaj.

Guru mempamerkan lukisan kolaj. Guru bersoal jawab dengan murid tentang karya yang

Murid memberi respon terhadap karya yang dipamerkankan

Murid menjawab soalan guru

Set induksi (5 minit)

dipamerkan. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan isi pelajaran.

Penerangan tentang teknik kolaj dan tokoh tempatan yang menghasilkan lukisan kolaj

Guru menerangkan beberapa unsur seni seperti bentuk, ruang imbangan dan kestabilan dalam penghasilan kolaj.

Murid mendengar penerangan guru.

Alatan yang di gunakan.

Murid memberi respon terhadap penerangan guru.

Langkah 1 (10 minit)

Meneroka teknik asas dan unsur seni dalam penghasilan lukisan kolaj.

Guru mempamerkan bahan/alatan yang akan digunakan untuk menghasilkan lukisan kolaj nanti.

Meneroka bahan yang akan digunakan dalam penghasilan lukisan kolaj

35

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Amir Zainodin Tokoh lukisan kolaj Malaysia Demonstrasi/Tunjuk cara menghasilkan lukisan dengan Langkah 2 (10 minit) menggunakan teknik kolaj (guntingan dan tampalan bertindih). Pembahagian kumpulan.

Guru menunjuk cara menghasilkan lukisan kolaj. Guru mengarahkan murid-murid untuk membentuk kumpulan masingmasing.

Murid memerhati dengan penuh perhatian.

Murid-murid berada dalam kumpulan mereka.

Murid menggunakan bahan dan teknik di

Guru mengarahkan murid untuk menghasilkan lukisan kolaj dalam kumpulan dengan penuh teliti.

Murid mengaplikasikan konsep dan teknik asas dalam menghasilkan lukisan kolaj (Pasu bunga)

Bahan yang digunakan oleh murid.

Langkah 3 (30 minit)

dalam menghasilkan lukisan kolaj

Guru membimbing setiap kumpukan

Murid

36

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

dalam meghasilkan lukisan kolaj berbentuk sebuah pasu bunga mengikut kreativiti masing-masing. Guru membimbing murid dari masa ke semasa

menjalankan aktiviti dengan kreativiti masingmasing.

Penilaian Apresiasi Rumusan

Guru meminta setiap kumpulan membuat pembentangan ringkas tentang hasil kerja mereka yang telah siapkan.

Murid mempamerkan hasil luksian kolaj di hadapan kelas

Hasil lukisan kolaj pasu

Murid membuat apresiasi terhadap hasil kerja

Guru memilih beberapa contoh

Penutup (5 minit)

terbaik sebagai motivasi dan rangsangan kepada pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran pada masa akan datang. Guru membuat rumusan berkenaan aktiviti yang atelah dijalankan. bunga

37

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

38

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

39

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

40

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

41

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

42

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

HASIL KARYA TOKOH TEMPATAN AMIR ZAINODIN

43

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

ULASAN (RPH 2) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru Pendidikan Seni Visual ini telah terlaksana dengan lancar dan baik walaupun guru yang mengajar mata pelajaran ini bukan daripada pengajian Pendidikan Seni Visual namun dengan daya usaha dan minat terhadap seni Encik Azizul Othman telah menjalankan aktiviti seni dengan jayanya. Guru tersebut telah menyediakan objektif pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Huraian Sukatan PelajaranTahun 6. Pada peringkat awal aktiviti P&P, guru tersebut telah memberikan set induksi yang dapat memberikan pemahaman secara langsung tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh muridmurid. Sesi soal jawab semasa set induksi telah mendapat respon yang baik daripada muridmurid dan mereka telah dapat menjawab soalan-soalan guru dengan penuh berkeyakinan. Aktiviti yang dijalankan oleh semua murid juga menarik perhatian mereka dan telah menghasilkan beberapa hasil kerja yang memberansangkan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Aktiviti menghasilkan lukisan kolaj tersebut telah dijalankan dalam kumpulan memandangkan aktiviti ini tidak mudah untuk disiapkan secara individu. Guru seni ini menjelaskan bahawa dengan menjalankan aktiviti berkumpulan seperti ini ia akan dapat melihat kerjasama yang baik dan pergaulan yang erat di antara semua murid daripada semua tahap kecerdasan mereka. Ternyata bahawa pendapat guru seni berkenaan adalah tepat kerana berdasarkan pemerhatian saya sepanjang aktiviti seni ini dijalankan tidak ada seorang pun muridmurid yang berkelakuan pasif. Pengajaran dan pembelajaran seni ini dijalankan pada waktu petang memandangkan masa pembelajaran mereka pada sebelah pagi adalah padat kerana menjalani ujian Excel yang pertama. Berdasarkan objektif P&P , guru ada menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan ini terbukti dengan kualiti kerja mereka yang kelihatan kemas dan bersih. Nilai murni seperti nilai bekerjasama juga dapat ditonjolkan semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Ini terbukti dengan kualiti hasil kerja yang dapat diselesailkan dengan segera. Guru tersebut telah menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada murid tentang pasu bunga yang diperbuat di kilang dalam pelbagai bentuk dan hiasan yang berbeza-beza. Maklumat yang diperolehi daripada murid-murid dikukuhkan lagi dalam sesi perbincangan mengenai sejarah pembuatan pasu bunga secara ringkas. Guru juga telah menyerapkan segala unsur-unsur seni yang pernah dipelajari oleh murid sebelum ini iaitu tentang unsur warna, imbangan dan rekabentuk. Unsur-unsur serta prinsip seni amat penting untukditerapkan di dalam diri muridmurid agar pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka berkembang dengan baik. Aktiviti yang dijalankan iaitu membuat kolaj pasu bunga merupakan aktiviti yang seimbang kerana semua murid-murid mampu melaksanakan aktiviti tersebut. Namun tidak semua murid mahir

44

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

menggunting kertas dengan baik, tetapi mereka boleh mengoyakkan kertas dan menampalkannya secara bertindih. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan oleh guru seni semasa aktiviti P&P ialah dengan mengarahkan murid-murid yang mampu menghasilkan hasil kerja yang kreatif untuk menyusun dan menampal kertas dengan menggunakan unsur warna. Murid-murid ini akan memilih warna yang menarik dan menyusun dengan kemas. Manakala bagi murid-murid yang lemah mereka melaksanakan aktiviti tersebut sehingga siap dan bebas menggunakan pelbagai jenis warna dan bahan lain namun kekemasan dan kebersihan hasil kerja perlu dititiberatkan. Penilaian yang dijalankan oleh guru tersebut adalah berdasarkan kerjasama murid-murid di dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti ini semua murid di dalam kumpulan berasa seronok untuk melakukan aktiviti menggunting dan menampal. Ternyata bahawa aktiviti kolaj dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Pendidikan Seni Visual dengan lebih aktif di masa hadapan. Apresiasi seni yang dijalankan juga memberikan kesan yang mendalam kepada semua murid, ini kerana murid-murid dapat menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan kerja dan memberikan maklumat yang baik tentang pemilihan bahan dan warna bagi hasil kerja mereka. Masa yang diperuntukkan mencukupi untuk menjalankan aktiviti tersebut. Guru PSV juga telah menunjukkan peranan sebagai seorang pengurus yang dapat merancang satu aktiviti PSV dengan baik dan menarik serta menjadi seorang fasilitator/pembimbing, di mana sepanjang P&P guru telah membimbing semua kumpulan yang menjalankan aktiviti dan memberikan nasihat serta teguran terhadap hasil kerja murid sehingga murid-murid siap menyiapkan hasil kerja yang berkualiti. Beliau juga telah menegur beberapa orang murid yang pada peringkat awalnya suka mengganggu murid lain. Guru telah memanggil murid-murid bermasalah tersebut dan membentuk satu kumpulan baru dan mengarahkan mereka melaksanakan tugasan yang sama. Dengan cara tersebut murid-murid yang bermasalah (suka membuat bising) dapat dikawal dan mereka akan sedar dengan kesilapan mereka. Secara keseluruhannya aktiviti seni yang dirancang oleh guru PSV berjaya dilaksanakan dengan lancar.

45

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Laporan Bilik Seni SK. Anjung Teduh Lahad Datu Bangunan SK. Anjung Teduh(Sahabat 02) telah dibina pada November 2001 dan mula beroperasi pada bulan Jun 2003. Terdapat 23 buah bilik darjah, 2 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, Pusat sumber, bilik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, 2 buah bilik persalinan, bilik Kemahiran Hidup, Stor SPBT, bilik Muzik, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik pemulihan khas, bilik setiausaha peperiksaan, Pra-sekolah, sekolah pendidikan khas, klinik kesihatan, bilik pentadbiran, bilik guru dan bilik senilukis. Bilik senilukis telah diselenggara oleh Encik Hisabdin Abdul Rahim untuk tempoh tujuh tahun bermula dari tahun 2003- 2009 dan telah diambil oleh Encik Arisal Laupe pada Mac 2010. Bilik Seni pada tahun sebelumnya adalah dalam keadaan daif dan mengalami kekurangan bahan bantu mengajar disebabkan kengkangan peruntukkan kewangan. Namun sejak sekolah ini mendapat bantuan kewangan PCG, bilik seni telah mula dikemaskini dengan lebih teratur. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual telah membuat beberapa perancangan bagi memantapkan lagi pengurusan bilik seni dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi guruguru seni. Ketua Panitia telah memyediakan beberapa fail bagi memudahkan pengurusan stok , perkara yang berkaitan dengan aktiviti P&P dan surat menyurat serta pekeliling-pekeliling daripada kementerian. Semua fail pengurusan telah disusun secara rapi dan teratur di dalam rak yang telah disediakan di dalam sebuah pejabat kecil di dalam bilik seni. Bilik senilukis sekolah ini mempunyai 2 buah bilik kecil dan berfungsi sebagai pejabat Ketua Panitia dan stor penyimpanan bahan setya peralatan seni. Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah ini mengalami kengkangan bahan dan alat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti OHP(Projektor), LCD dan pelbagai alat elektronik yang lain. Ini adalah kerana peruntukkan kewangan yang diberikan oleh kementerian banyak digunakan untuk pembelian peralatan bahan bantu mengajar yang lain seperti poster, gambarajah, peralatan cetakan, kertas lukisan, warna cat air, warna pensil, krayon dan beberapa peralatan lain. Adakalanya masalah peruntukkan kewangan yang lewat dimasukkan ke dalam akaun sekolah menjadikan segala program dan perancangan terbantut. Walaupun demikian terdapat sebilangan guru-guru PSV yang kreatif telah meminjam LCD daripada Unit Etems untuk aktiviti P&P Pendidikan Seni Visual, namun ia hanyalah bersifat sementara. Sejak kebelakangan ini bilik PSV telah berubah rupa daripada suasana yang agak suram kepada suasana ceria hasil usaha Ketua Panitia PSV yang baru. Di antara usahausaha beliau adalah: 1. Bahan bantu yang dihasilkan oleh murid telah dipamerkan di papan pameran dan menjadi koleksi bilik Seni.

46

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

2. Penyediaan meja pameran. Bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar telah dipamerkan di atas meja tersebut agar murid-murid yang masuk ke dalam bilik seni mengenali bahan serta alat yang digunakan semasa aktiviti P&P dijalankan. 3. Meja dan kerusi telah disusun dalam bentuk kumpulan agar murid-murid dapat menjalankan aktiviti P&P dengan selesa dan mesra. 4. Papan maklumat : Ketua Panitia PSV telah menampal beberapa bahan bantu belajar yang berbentuk carta dan poster di papan maklumat agar murid-murid dapat membaca dan memahami aktiviti-aktiviti seni yang akan mereka jalankan nanti. 5. Memastikan kebersihan bilik seni sentiasa dijaga seperti kebersihan singki selepas aktiviti mewarna menggunakan cat air, dan membuat peraturan semasa berada di dalam bilik seni agar guru dan murid-murid yang menjalankan aktiviti di bilik seni sentiasa menjaga kebersihan. 6. Membuat jadual penggunaan bilik seni. Jadual tersebut telah diedarkan kepada semua guru seni sebagai rujukan mereka. Sekiranya berlaku pertindihan jadual waktu maka guru PSV akan berbincang dengan guru matapelajaran lain untuk mengubah atau berganti waktu pembelajaran tersebut. Namun ia bukanlah suatu kemestian untuk berada di bilik seni semasa P&P Pendidikan Seni Visual dijalankan, cuma ia adalah sebagai satu cara untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang P&P di bilik seni. Suasana yang berlainan dengan bilik darjah dapat menarik minat murid untuk belajar. 7. Membuat program keceriaan PSV iaitu dengan membuat satu pertandingan keceriaan PSV dengan mengarahkan semua guru kelas bersama guru PSV mempamerkan hasil karya seni murid di ruang PSV di dalam kelas. Program ini adalah satu usaha untuk memartabatkan mata pelajaran PSV di kalangan guru dan murid. 8. Program menceriakan sekolah dengan membuat mural di dinding sekolah dengan bantuan murid-murid tahun enam selepas UPSR. Ia merupakan satu cara murid-murid dapat menyumbangkan tenaga dan usaha mereka. Guru guru tahun enam juga telah memainkan peranan yang baik dan kerjasama mereka amatlah membanggakan. 9. Papan nilai-nilai murni diletakkan di luar bilik seni dengan menggantungkan papan tersebut di bahagaian atas agar murid-murid yang ingin masuk ke bilik seni akan dapat membaca nilai-nilai murni tersebut sebelum menjalankan aktiviti P&P seni. 10. Guru seni yang mempunyai kemahiran melukis dan mewarna bertanggungjawab membuat banner mahupun backdrop bagi sesuatu majlis. KP. PSV berperanan sebagai pengerak bagi sesuatu tugasan. Penyimpanan Stok, alat dan bahan PSV. 1) Ketua Panitia telah mengemaskini stok dengan sebuah buku stok bagi mengetahui bahan dan peralatan yang telah ditempah dan dimasukkan di dalam stor serta stok yang telah diagihkan kepada guru-guru PSV. (Sila Lihat Lampiran)

47

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

2) Semua bahan dan peralatan telah disusun di dalam stor dengan membahagikannya kepada dua bahagian iaitu: Bahagian A bagi semua jenis peralatan dan Bahagian B bagi bahan PSV. 3) Bahan serta peralatan yang dikeluarkan akan direkodkan di dalam buku stok dan semua guru PSV akan mendapat sejumlah peralatan dan bahan bagi aktiviti P&P di dalam kelas. Semua peralatan PSV yang boleh diguna pakai seperti berus, warna dan peralatan lain akna dikembalikan ke bilik seni pada akhir tahun. 4) Warna cat air, pensil warna, krayon, cat pelaka dan kertas lukisan di simpan di dalam rak di pejabat Ketua Panitia PSV di bilik seni. 5) Ketua Panitia telah melabel bahan dan peralatan di dalam stor mahupun di pejabar agar mudah untuk dilihat dan diambil oleh guru-guru seni. 6) Buku stok akan sentiasa dikemaskini bagi memudahkan Ketua Panitia membuat tempahan baru daripada pekedai. 7) Ketua Panitia memastikan stok di dalam keadaan yang sempurna dan elok sebelum digunakan oleh murid-murid. Jadual bertugas mengemaskini stok dibuat oleh Ketua Panitia untuk semua guru PSV.

Walaupun demikian bilik Seni di SK. Anjung Teduh ini juga mengalami beberapa kekurangan khususnya dari kemudahan di dalam bilik Seni iaitu bekalan air di singki tidak ada dan hanya 2 buah singki sahaja yang boleh digunakan setakat ini. Selain itu paip air di bilik seni juga tidak elok dan sering mengalami kebocoran. Dari aspek peruntukkan kewangan pula, adakalanya peruntukkan PCG bgi bilik seni agak lewat dan perkara ini menyukarkan Ketua Panitia untuk memesan bahan dan peralatan yang baru untuk digunakan bagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran PSV. Namun beberapa langkah telah diambil sekiranya masalah ini berlaku antaranya ialah dengan meminta bantuan dari seorang tukang paip bagi membaiki paid dan singki di bilik seni sekiranya rosak. Bagi P&P pula semua guru PSV dinasihatkan merancang aktiviti P&P dengan menggunakan bahan dan peralatan semulajadi sekiranya pesanan warna dan kertas lukisan berkurangan. Secara keseluruhannya bilik PSV di SK. Anjung Teduh dalam keadaan baik dan sedang dalam pembaikan dan pengurusan fail.

48

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

ILUSTRASI BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL SK. ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU

Di Bahagian luar bilik PSV (Mural di lukis di dinding luar bilik PSV)

Di Bahagian luar bilik PSV Nilai-nilai murni di gantung di sepanjang koridor bilik Seni. Papan Kenyataan di letak sebagai papan informasi. Pasu-pasu bunga menceriakan kawasan luar bilik PSV.

49

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian luar bilik PSV (Mural dilukis di tangga naik ke bilik PSV)

Di Bahagian dalam bilik PSV Papan Kenyataan digunakan sebagai tempat meletakkan maklumat. Papan putih dan papan tulis digunakan untuk P&P. Mural dilukis untuk menceriakan bahagian dalam bilik PSV

50

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam bilik PSV (Ketua Panitia PSV : En. Arisal Laupe)

Di Bahagian dalam bilik PSV (Meja dan bangku murid di dalam bilik PSV untuk aktiviti P&P dan aktiviti seni)

51

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam bilik PSV Pintu masuk ke bilik PSV Tingkap yang terdapat di bahagian tepi bilik PSV adalah bagi tujuan pengcahayaan dan pengudaraan yang baik di dalam bilik PSV. Sinki Almari untuk penyimpanan alat dan bahan untuk P&P.

52

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam bilik PSV (Singki untuk mencuci alat yang digunakan)

Di Bahagian dalam bilik PSV (loker untuk menyimpan peralatan dan bahan)

53

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam bilik PSV (Ruang pameran hasil karya murid yang terpilih)

54

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam bilik PSV (Ruang pameran peralatan dan bahan yang digunakan untuk aktiviti seni)

Di Bahagian dalam bilik PSV (Hasil kerja murid daripada pelbagai aktiviti seni)

55

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam bilik PSV (Hasil kerja murid daripada pelbagai aktiviti seni)

56

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam pejabat Ketua Panitia bilik PSV (Bahan dan alat di susun rapi di dalam rak kayu)

57

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam pejabat Ketua Panitia bilik PSV (Beberapa fail disusun dengan rapi di belakang meja Ketua Panitia) (Carta organisasi Panitia PSV)

Di Bahagian dalam stor bilik PSV (BBM carta aktiviti seni di susun di dalam rak)

58

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Di Bahagian dalam stor bilik PSV (Bahan dan alat lain di susun rapi di dalam rak kayu di stor PSV)

59

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Program Panitia PSV (Pertandingan Keceriaan PSV di dalam kelas)

60

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Keceriaan sekolah Mural adalah ilham Encik Mohd. Azrie Aminullah (Pengiat seni di SK. Anjung Teduh)

61

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Keceriaan sekolah Mural di dinding luar kelas adalah hasil kerja tangan En. Arisal Laupe

Keceriaan sekolah Mural di dinding luar kelas adalah hasil kerja tangan semua guru lelaki.

62

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Keceriaan sekolah Mural di dinding kantin adalah ilham Encik Hisabdin Abd. Rahim (Bekas Ketua Panitia PSV).

63

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

64

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Ruang Belajar

Ruang Kerja Seni

Pejabat Ketua PanitiaBilik PSV

Stor Bilik PSV

65

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

PETUNJUK PELAN LANTAI BILIK SENI Papan tulis Papan Kenyataan Meja TV dan Pemain VDC & DVD Layar Skrin Putih Meja guru Kerusi Tumbuhan Hijau LCD dan Speaker

Tong Sampah Tingkap

Singki

Pintu Masuk Meja Pameran Hasil Karya Murid

Meja Kerja

Rak Kayu Almari Tertutup

Sofa Permaidani

Meja dan Kerusi Guru

66

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

PENERANGAN TENTANG PELAN LANTAI BILIK PSV YANG KONDUSIF Pelan lantai yang telah dihasilkan adalah berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap tiga tempat iaitu Bilik Seni SK. Anjung Teduh Lahad Datu, Galeri Seni IPG Kampus Keningau dan IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu. Ketiga-tiga galesi seni tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Namun Galeri Seni di IPG adalah lebih menarik kerana penghasilan hasil karya mereka adalah lebih berkualiti dan kreatif. Saya telah menghasilkan sebuah lukisan pelan lantai dan pada pendapat saya ia adalah pelan lantai bilik PSV yang kondusif. Di dalam pelan lantai yang saya sediakan, ia mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana saya meletakkan beberapa buah pasu tumbuhan hijau tanpa bunga sebagai salah satu alat pengudaraan yang selesa di samping dapat menceriakan bilik tersebut. Penggunaan ICT adalah penting untuk menarik minat pelajar tentang Pendidikan Seni Visual. Televisyen digunakan untuk penerangan tentang sesuatu kegiatan seni yang menggunakan VCD/DVD. Manakala terapat LDC dan speaker serta papan layar untuk memudahkan guru seni menggunakan laptop semasa pengajaran PSV. Kawasan dibahagikan kepada tiga peringkat dan di bilik ini juga ia mempunyai 2 buah pintu masuk. Pintu masuk utama terletak di kawasan belajar dan perbincangan manakala pintu kedua terletak di kawasan menjalankan hasil kerja dan pejabat Ketua Panitia PSV. Saya membahagikan kawasan kepada dua kerana ruang belajar boleh juga digunakan untuk menjalankan hasil kerja murid. Ini bermakna bilik seni boleh menampung dua buah kelas pada masa yang sama. Pejabat Ketua Panitia perlu diwujudkan kerana ia adalah tempat penyimpanan maklumat. Stor PSV adalah tempat penyimpanan segala bahan dan peralatan PSV dan perlu diselenggara selalu agar stok baru dapat dipesan dengan segera. Ruang dan papan pameran perlu disediakan sebagai tempat untuk pameran hasil kerja murid yang terbaik agar murid-murid lain dapat bersaing dengan sihat untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih baik. Saguhati akan diberikan kepada hasil kerja yang terbaik. Ini merupakan langkah untuk menarik perhatian murid-murid lain. Kebersihan merupakan aspek penting dalam mengajar murid-murid tentang nilai kebersihan di dalam diri mereka serta persekitaran. Oleh itu tong sampah/ bakul sampah adalah penting dan perlu bagi menjaga kebersihan di dalam bilik PSV.

67

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

REFLEKSI

Nama No. K/P :

Felix Joseph Liwasa

780919-12-5651 : 2261

No Matriks

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan yang saya perlu kaji adalah berkenaan Rancangan Pengajaran Harian PSV bagi tahap 1 dan tahap 2, pengurusan bilik PSV dan cadangan pelan lantai bilik PSV. Pada peringkat awalnya saya berasa tertekan kerana dengan tugasan PSV ini ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti sekolah serta aktiviti-aktiviti daripada organisasi-organisasi luar menjadikan masa sesaat begitu penting buat diri saya. Tempoh sebulan untuk menyiapkan tugasan ini adalah suatu tempoh yang cukup lama namun dengan situasi yang saya hadapi tempoh tersebut menjadi amat singkat dan membuatkan kerja saya menjadi kelam kabut. Namun saya akui ia adalah berpunca daripada komitmen saya yang terlalu banyak. Jadual waktu perlaksanaan kerja-kerja harian saya amat perlu untuk disediakan agar semua perkara yang ingin dicapai mahupun disiapkan terlaksana dengan lancar. Tugasan ini dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih berkaliber di masa hadapan. Ini kerana dengan menjalankan pemantauan dan kajian, banyak perkara yang dapat saya ketahui dan pelajari secara menyeluruh terutamanya semasa meneliti RPH PSV teman saya yang mana semasa saya cuba mengkaji kaitan penulisan objektif dengan HSP ia perlu sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh HSP agar pembelajaran murid-murid akan menjadi lebih bermakna. Adakalanya kita perlu lebih terperinci dalam menulis objektif pelajaran kerana beberapa aspek penting perlu diambil kira seperti kebolehan murid, pengetahuan sedia ada murid, psikomotor murid dan sebagainya. Kebolehan serta pengetahuan sedia ada murid di tahap satu dengan tahap dua jauh berbeza dari aspek penguasaan sesuatu kemahiran. Oleh yang demikian saya sebagai guru PSV hendaklah tahu latar belakang semua murid sebelum mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Semua aspek ini merangkumi perkembangan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semasa membuat laporan berkenaan bilik seni SK. Anjung Teduh, saya dapati bahawa pengurusan bilik tersebut baru sahaja dimulakan oleh Ketua Panitia PSV yang baru iaitu Cikgu

68

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Arisal Laupe dengan lebih teratur. Ini kerana selama tujuh tahun yang lalu, pengurusan Unit Pendidikan Seni Visual termasuklah bilik PSV oleh Ketua Panitia PSV yang terdahulu kurang teratur kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Namun semenjak Encik Arisal Laupe mengambil alih Unit PSV sekolah ini, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan di dalam bilik seni namun masih banyak perkara yang perlu ditingkatkan agar pengurusan bilik PSV menjadi lebih ceria dan mempunyai pengurusan yang mantap. Sebagai salah seorang guru PSV di tahap satu saya secara langsung terbabit dengan segala program yang dijalankan oleh unit PSV. Sekiranya saya diberi peluang memegang bilik PSV di sekolah ini saya telah mempunyai perancangan tentang pelan kedudukan kerusi meja seperti yang telah saya ilhamkan di dalam pelan lantai bilik PSV seperti mana yang telah diminta oleh soalan tugasan PSV ini. Pada pendapat saya merancang pelan lantai bilik PSV adalah mudah namun tugas perlaksanaannya kadang kala mengalami kepincangan kerana beberapa aspek seperti kengkangan masa, kewangan dan bantuan tenaga dari ahli PSV. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam kelas PSV seperti Encik Bakau Chabu, En. Aliasan Jikri, Puan Rodziah, Puan Kamsiah, Puan Asnida dan Cik Raisah, guru-guru PSV di Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh, Lahad Datu terutamanya Encik Arisal Laupe, Encik Azizul Othman dan Puan Junaidah Ramli serta pensyarah pembimbing Cik Zalia binti Abdullah kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan tugasan ini. Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan assignment ini. Kepada Cik Zalia Abdullah, saya memohon maaf sekiranya tugasan ini agak terlewat daripada tarikh penghantarannya. Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini. Sekian, Terima kasih.

(FELIX JOSEPH LIWASA)

69

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

JADUAL PENGGUNAAN BILIK SENI UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL SK. ANJUNG TEDUH 2010

NAMA GURU PSV MASTIKA Isnin FELIX PAUL JUNAIDAH AIDAH Selasa AZIZUL RAHAYU AZMAN Rabu FELIX AZIZUL JUNAIDAH Khamis SATIYAH SITI OMIDANG AZMAN Jumaat PAUL MASTIKA
Disediakan oleh, Arisal Laupe KP. Unit Pendidikan Seni Visual SK. Anjung Teduh Perhatian:

HARI

KELAS 2A 1A 4A 3B 3C 6B 5B 5A 1B 6C 3A 6A 4B 5C 4C 2B

MASA 6.50 - 7.50 pg 7.50 - 8.50 pg 8.50 - 9.50 pg 10.10 - 11.10 pg 6.50 - 7.50 pg 7.50 - 8.50 pg 8.50 - 9.50 pg 6.50 - 7.50 pg 10.10 - 11.10 pg 11.10 - 12.10 tgh 7.50 - 8.50 pg 8.50 - 9.50 pg 11.10 - 12.10 tgh 7.50 - 8.50 pg 7.50 - 8.50 pg 10.10 - 11.10 pg

* Sebarang permasalahan sila berhubung dengan KP PSV (019-8403031)

70

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

BUKU STOK (Barang Pembelian) BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL Bil 1. Perkara Kertas Lukisan PELAKA (cat mural) - kuning - merah - biru Marker pen (permanent) - merah - biru - hitam Marker pen (Whiteboard) - hitam - biru Buku rujukan guru Tahun 1 - 6 Tarikh diterima Kuantiti 10 rim 6 botol saiz besar Harga RM 500.00 RM 150.00

2.

1hb Februari 2010 (Isnin)

3.

3 kotak

RM 180.00 RM 120.00 RM 113.40

4.

2 kotak 12hb Mac 2010 (Jumaat)

5.

6 set

Catatan : Diterima oleh Encik Azizul Othman pada 1hb Februari 2010 pada jam 8.00 pagi Bagi pihak Ketua Panitia PSV.

71

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

Unit Pendidikan Seni Visual SK. Anjung Teduh


BORANG KELUAR MASUK BAHAN DAN PERALATAN PSV Bil 1. 2. 3. Nama Guru Mastika Matahir Felix Joseph Azizul Perkara Berus cat air Kertas lukisan BBM (kolaj) Kuantiti 10 set 1 rim 1 set
Tarikh dikeluarkan Tarikh dikembalikan T/tangan

23/2/ 2010 19/4/2010 30/3/2010 29/4/2010

Disediakan oleh,

Ketua Panitia PSV 2010

72

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

PSV 3104

BIBLIOGRAFI 1. Bahagian Pendidikan Guru, Sektor Pembangunan Professionlisme Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul PSV 3104, Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR, Cetakan November 2009. 2. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan. 3. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Bahagian II : Khusus/Fungsional Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan. 4. http://www.goggle.com 5. http://www.yahoo.com 6. Kamus dewan edisi keempat, cetakan 2009

73

You might also like