You are on page 1of 12

NAMA AHLI KUMPULAN

SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM NORZURAIDAH JAAFAR NORAZILAWATI ZABIDI NORAZLINA ZABIDI

TAJUK : 13

SAINS UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA:

KURANG UPAYA DARI SEGI PEMBELAJARAN

Sains Untuk Kanakkanak Istimewa :Kurang Upaya Dari Segi Pembelajaran

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-kanak dari segi pembelajaran

Bagaimana ibubapa dapat membantu anakanak mereka belajar dan bersedia untuk belajar

KANAK-KANAK ISTIMEWA
Siapakah kanak-kanak istimewa ? Kanak-kanak Kurang Upaya Mereka yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi fizikal, intelektual, emosi atau perkembangan sosial. Pembelajaran dan aspek perkembangan mereka yang melibatkan lebih dari satu perkara mungkin terganggu. Kanak-kanak Pintar Cerdas Kanak-kanak pintar cerdas seringkali ditafsirkan sebagai mereka yang berketrampilan dalam bidang sukan, akademik, muzik, seni dan kepimpinan.

6 KATEGORI ORANG KURANG UPAYA


Kurang Upaya Pendengaran termasuk pekak dan bisu Kurang Upaya Penglihatan termasuk rabun, buta Kurang Upaya Fizikal- iaitu kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot dsbnya. Celebral Palsy meliputi hemiplegia (sebelah badan), diplegia (kedua belah kaki), dan kuadriplegia (kedua-dua belah tangan dan kaki) Masalah Pembelajaran lewat perkembangan bagi kanakkanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal (berusia lebih tiga tahun), masalah lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia dll. Lain-lain menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.

Ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau kecerdasan yang rendah

Kanak-kanak ini telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sbg mengalami kecacatanyang mengganggu proses pembelajaran

KANAK-KANAK ISTIMEWA: KURANG UPAYA DARI SEGI PEMBELAJARA N

Tidak berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran

Ketidakuapayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat

BEBERAPA BENTUK KETIDAKUPAYAAN


PEMBELAJARAN

Disleksia
ADHD (Attention Ddefict ang Hyperactivity Disorder Dispraksia

Diskalkulia

Autisme

DISLEKSIA

Merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampurkadukan perkataan yang berbunyi sama. Mereka mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih terdapat pada kanak-kanak lelaki.

ATTENTION DEFICT / HYPERACTIVITY DISORDER ADD / ADHD

Kanak-kanak ADD/ ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. Pada hari ini, ADD/ ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ ADHD

Namunpenggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak diketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi dimana kanakkanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka.

Dispraksia Satu ketidakupayaan pemvbelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota badan.
Diskalkulia Satu jenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walaupun berkali-kali dengan cara yang paling mudah, namun tetap sukar memahaminya.

AUTISME
Merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kana-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa situasi.

You might also like