P. 1
Amali SCE 3107

Amali SCE 3107

|Views: 1,807|Likes:
Published by Nor Saemah Satari

More info:

Published by: Nor Saemah Satari on Mar 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AMALI 1 Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah.

Tugasan:

Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu, bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil. Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon – tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama anda dan lokasi kutipan. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh, hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri dalam jadual di bawah, kemudian gunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), buang ciri tersebut.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll) Jadual 1

Lokasi 2

Kembali ke makmal, campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. Biarkan selama 2 hari, kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Masukkan sampel dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur yang sama. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji, anda akan boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi. Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Daripada beg-beg sampel , periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Kenalpasti semua organisma dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki – cacing; kumpulan B 8 kaki – laba-laba, hama dan lain-lain). Kira jumlah individu dalam

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

setiap kumpulan. Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya. a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 2 Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri, dan kenal pasti dalam kumpulan. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan. b. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 3 Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan

15

7

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI bil.fungi. Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi menunjukkan keputusan anda. pendahuluan yang menerangkan tentang amali tersebut. dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. apa yang mereka lakukan (pemangsa. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat dan betul. nematod dan lain-lain). Contoh. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. labelkan jenis-jenis biota (contohnya. 3. pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda. individu seliter tanah/litupan Laporan Anda – Menerangkan peranan biota tanah Laporan anda mestilah mengandungi tajuk. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan.perbezaan tersebut? 2. dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). . Pada rajah jaringan makanan yang disediakan. 1.

Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang berfungsi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 4. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah? 5. AMALI 2 : Bilakah di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi Pengenalan . 6. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna dan mikrofauna? Apakah fungsi-fungsi utama dua kumpulan tersebut? jaringan makanan boleh menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ianya sihat.

Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists).spesis – menggunakan contoh hepotetikal. Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. (1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya (2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti. kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti. Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti. Tugasan . Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Sebagai contoh. Taxonomi hanyalah pemudahcara. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza.

Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan. • • • • Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ? Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis? Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah? Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru . Catatkan jumlah setiap spesis. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang kelihatan antara jantan dan betina. Moonmorphs itu dibawa balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai pemerhatian. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. beliau mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. tetapi mestilah rujukannya betul.MoonMorphs Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit. Anda diberi tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza. • Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. atau anda kelaskan individu-individu secara bersama ke dalam sesuatu spesis? Laporan Anda Laporan anda mestilah mengandungi tajuk. • Adakah anda mempunyai 29 “spesis”. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan mereka. pengenalan yang menerangkan tentang amali tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalansoalan berikut.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) .

Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI • • • Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi? Bagaimana spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies”? Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi. MoonMorphs .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI AMALI 3 .

Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan. Pertama. program pembiakan dalam kurungan. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda. aquaria. beberapa tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini. . Jika anda tidak dapat berbuat demikian. kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. tetapi anda akan temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka. membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani.situ. sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. Tugasan Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang. Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo. lawati Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. Laporan Anda Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan bertulis individut.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Pemuliharaan ex-situ : Zoo & Taman Botani Pengenalan Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). taman botani. nyatakan teks rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya. dan keduanya membuat perbincangan tentang merit. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex. arboreta and bank benih.(Buat dalam PCK 2) Bahagian 2: Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah perkataan tentang isu-isu di bawah.

hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI • Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversiti diwakili pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan. Laporan bertulis 5% dari keseluruhan markah. PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 2 (PCK 2) . dalam zoo atau taman? • Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk “ membawa kembali” spesis yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan akibat dari tindakan ini? Tarikh Akhir Hantar Semak tarikh tugasan. dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar. Pembentangan ini memperuntukkan 10 % dari markah keseluruhan . • Apakah erti in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan (shortcomings) pemuliharaan ex situ? • Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang cermat.

org/ South East Asian Zoos Association http://www.org.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Pembentangan Pemuliharaan ex-situ Tugasan Lawati satu Zoo (Zoological Garden) atau Taman Botani (Botanical Garden) .rbgsyd.org.florabank.html http://www.desertmuseum.org/ American Zoo & Aquarium Association : http://aza.html http://www.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.rbg.mindspring. Antara laman sesawangnya adalah seperti berikut:Zoos IUCN Conservation Breeding Specialist Group : (go to the Global Zoo Diresctory) http://www.au/ http://www.org/CPC/welcome.org.au/thylacine/index2.htm San Diego Zoo http://www.ca/cbcn/ http://www. lawatilah Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam laman sesawang. Jika anda tidak dapat berbuat demikian.uk/BGCI/australi.uk:80/conservation/index.gov.rbgkew.anbg.net.gov.org/ ZooNet (International Index) : http://www.org/ Australian Museum http://www.htm http://www.mobot.html Arizona-Sonora Desert Museum : http://www.amonline.seaza.cbsg.au/chabg/newsletter/3-july-02/ .sandiegozoo.rbgkew.org/ Gardens/Plants http://www.au/ http://www.

org/ http://www.wri.my/KebunBunga/main.html http://www.html Botanic Gardens Conservation International http://www.org/ http://www.dse.org/ http://www.vic.uk/conservation/Conservation_Rimba_ilmu? Malaysia.wcs.situ. sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex.org.org.bgci.um.au/ http://www. Amali 4 .au/ Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang.defenders.my/ Penang Botanic Gardens http://www.edf.bgci.uk/botanic_gardens/Fruit_germplasm_collection_Ma laysia.gov.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Botanical Gardens in Malaysia Rimba IImu Botanic Garden http://rimba.iucn.gov.unep-wcmc.html http://www.html http://www.sukpp.gov.org/ http://www. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.org/wri/wri.org/ http://www.environment.edu.

Gunakan ciri-ciri yang biasa ada pada semua kupu-kupu.Dale bagi kegunaan mengkaji perbezaan dalam kepelbagaian spesis yang secara rasionalnya pengembalian untuk ekologi mengutamakan bagi pulau-pulau program tersebut. Terdapat banyak petunjuk kepelbagaian yang boleh dikira dan dibuat perbandingan dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson (Simpson’s Diversity Index). Dalam amali ini kita akan melihat satu contoh . tetapi ada kepelbagaian masing-masing. . di mana kita menggunakan “morphospecies” dari pengumpulan kupu-kupu dari tiga pulau bagi membuat perbandingan kepelbagaian spesis . nich dan dari segi strategi-strategi. Ia dibeli oleh Dr. tetapi bukan jumlah kaki! Saiz juga bukan ciri-ciri yang baik untuk digunakan (mengapa?). secara takonominya mereka mempunyai banyak spesis. Baca penerangannya pada akhir amali ini. anda mesti susun semua kupu-kupu ke dalam kumpulan-kumpulan. Sebagai contoh. atau spesies. • Pertama. Beberapa kumpulan. berdasarkan morfologi mereka sahaja. seperti kumbang.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Mengukur dan Membandingbeza Kepelbagaian Spesis Pengenalan: Pada awal amali kita menguji beberapa kesukaran yang ditemui apabila kita cuba menempatkan individu-individu ke dalam taburan taxa. Tugasan Kupu-kupu dalam amli ini didatangkan dari tiga pulau iaitu Pulau Sipadan. semut dan kupu-kupu dan juga rama-rama secara bandingannya mudah digolongkan ke dalam “morhospecie“ dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologi luaran mereka. panjang antena. dan secara ekologinya mereka sangat berguna menentukan jenis-jenis habitat. warna kepak. (Apakah dia morphospecies?) Membanding Kepelbagaian Spesis – Kupu-Kupu Asia Tenggara Invertebrata seringkali digunakan sebagai penunjuk biodiversiti kerana. dan kemudian membuat beberapa cadangan berkenaan keutamaan pemuliharaan berdasarkan bandingan. saiz abdomen atau thorax atau bentuk dan ciri-ciri lain yang berguna. Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. tanda corak kepak.

Huraikan apakah maksud (1) kekayaan spesis dan (2) kesamarataan spesis. • Pertama. Pulau manakah paling tinggi . Panduan Laporan Anda . Laporan Anda Anda akan berbincang berdasarkan isi-isi dibawah dan laporan bercorak essei (lebih kurang 600 perkataan).(apa yang dibuat oleh para taksonomis). kirakan kepelbagaian spesis dari setiap pulaudengan menggunakan Indeks Simpson D. Berikan Tajuk. bandingkan dari semua ketiga-tiga pulau pada masa yang sama. pengenalan. sederhana dan paling rendah kepelbagaiannya? Pulau yang manakah anda hendak utamakan pemuliharaan? adakah mengikut nilai kepelbagaian? Apakah faktor-faktor yang boleh anda ambil kita dalam menentukan keutamaan program pemuliharaan? Jika kita tidak mempunyai sumber bagi melindungi semua spesis. sehingga semua kupu-kupu telah diletakkan dalam kumpulan masing-masing.. Jika anda menggunakan kalkulator dalam talian (online calculator). Kemudian ambil spesis kupu-kupu seterusnya mengikut prosedur. anda boleh kira secara manual atau guna kalkulator dari laman web. dan warnakan atau tanda semua individu yang anda fikir dari kumpulan yang sama(spesis). apakah kriteria yang boleh digunapakai untuk menentukan usaha-usaha pemuliharaan ini terus dilakukan? . kira berapa banyak individu antara setiap spesis dari setiap pulau dan masukkan nilai ke dalam jadual yang disediakan • Kemudian. kesamarataan dan Nilai D bagi setiap spesis kupukupu. yang anda definisikan (kumpulan) boleh diertikan sebagai spesis pecahan Beri nama unik bagi setiap spesis untuk memudahkan perbincangan. Terdapat arahan pada akhir amali. dan keutamaan anda untuk memulihara ketiga-tiga pulau tersebut. • Kedua.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI • Unit operasi taksonomi (operational taxonomic units” or OTU’s). • • • • • Apakah asas binaan (basic ‘building blocks) atau Unit Operasi Taksonomi (operational taxonomic units) dari kepelbagaian (biodiversity) ? Terangkan. dan sertakan jadual kekayaan. anda akan lebih mudah mengira kekayaan spesis dan kesamarataan spesis. ambil satu spesis kupu-kupu.

1= paling mendesak.umanitoba.2= mendesak.html .Pulau Redang kekayaan spesis kesamarataan spesis Index Simpson (D) Keutamaan untuk Pemuliharaan Memahami Indeks Diversiti Simpson Berikut adalah beberapa laman sesawang yang baik untuk menerangkan bagaimana untuk membandingkan kepelbagaian spesis secara kalkulator dalam talian (online calculator). Laporan ini meliputi 10% dari jumlah markah anda. http://www. Species Pulau Sipadan Pulau Talang Talang.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Tarikh Akhir Semak fail penilaian bagi menentukan tarikh akhir.uk/simpsons. D = Indeks diversiti Simpson. Jumlah spesis dan jumlah individu dari setiap spesis bagi tiga pulau Malaysia. 3=kurang mendesak. P = kedudukan keutamaan bagi pemulihan. Jadual 1.htm http://www.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.co.countrysideinfo.

Walau bagaimanapun diversiti bukan hanya bergantung kepada kekayaan tetapi juga kepada kesamarataan. Bagaimanapun . ia digunakan untuk mengira jumlah kehadiran spesis maupun kelimpahan sesuatu spesis. Sampel dari lapangan kedua mengandungi 20 daisy. pelbagai (diversiti) berbanding Sampel 1. Ia memberikan pemberatan kepada semua spesis di mana individu yang sedikit sama dengan individu yang banyak. Sampel dari lapangan pertama mengandungi 300 bunga daisy. 2 . Kekayaan Spesis (Species Richness) Jumlah spesis setiap sampel adalah ukuran bagi kekayaan. kebanyakkan individu adalah buttercup.the great variety of life) Kepelbagaian biologi boleh diukur dengan banyak cara. Oleh itu Sampel 2 kurang . dengan hanya sedikit daisy dan dandelion yang ada. Kepelbagaian Biologi (Biological Diversity . Dalam ekologi ia sering digunakan untuk mengukur biodiversiti dalam sesuatu habitat. Kesamarataan Spesis (Species Evenness) Kesamarataan adalah satu ukuran dari bandingan kelimpahan dari spesis yang berbeza yang membina kekayaan sesuatu kawasan. Kesamarataan pula membandingkan persamaan saiz populasi bagi setiap jenis spesis yang ada dalam sesuatu kawasan. sampel pertama lebih kesamarataan berbanding dengan sampel kedua. Sebagai contoh. Sebagai contoh. Dua faktor utama diambilkira semasa mengukur kekayaan dan kesamarataan kepelbagaian (diversiti). Dalam sampel kedua .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Indek Diversiti Simpson adalah untuk mengukur kepelbagaian. Kekayaan spesis sebagai satu ukuran tersendiri tidak mengambilkira jumlah individu yang ada bagi setiap spesis. 335 bunga dandelion dan 365 buttercup. kita mungkin ada dua sampel bungaan liar dari lapangan berbeza. kekayaan spesis adalah jumlah kehadiran spesis yang berbeza. 49 dandelion dan 931 buttercup (lihat jadual di bawah). Kekayaan adalah ukuran jumlah kehadiran organisma yang berbeza jenis dalam sesuatu kawasan tertentu. Lebih banyak spesis yang ada dalam satu sampel. Contohnya satu bunga daisy mempunyai banyak pengaruh ke atas kekayaan sesuatu kawasan yang mempunyai 1000 bunga buttercups. menunjukkan sampel itu kaya. Kedua-dua sampel sama kekayaannya (3 spesis) dan sama jumlah individu (1000). Ini kerana jumlah individu dalam sampel pertama diserakkan secara rata antara 3 spesis. 1.

Index Diversiti Simpson mengukur kepelbagaian yang mengambilkira kedua-dua kekayaan dan kesamarataan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Spesis Bungaan Daisy Dandelion Buttercup Jumlah Bilangan Individu Sampel 1 Sampel 2 300 20 335 49 365 931 1000 1000 Satu komuniti yang didominasi oleh satu atau dua spesis dikatakan kurang kepelbagaian (diverse) berbanding satu dari beberapa spesis yang berbeza yang mempunyai kelimpahan spesis yang sama. maka kepelbagaian meningkat . Jika kekayaan spesis dan kesamarataan spesis meningkat.. Jika kepelbagaian meningkat. maka nilai Indek D Kepelbagaian Simpson (Simpson’s Diversity Index D) meningkat. .

Hidupkan komputer anda dan susurkan laman web berikut – http://www. . Spesis pertama 10 individu dan spesis ketujuh 12 individu. Langkah 2.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Mengira Indeks Diversiti Simpson Secara Dalam Talian Langkah 1. Nilai mesti dijarakkan. Langkah 3.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity. Klik pada tag kalkulator dan perkara berikutnya dipaparkan. Skrin menunjukkan contoh dimana terdapat tujuh spesis .umanitoba. taip jumlah individu setiap spesis kupu-kupu yang dijumpai dari pulau pertama. Pada skrin terdapat borang kemasukan data.html Anda akan paparan berikut di skrin.

Kekayaan=7 dan Kesamarataan=0. .82.92. Langkah 6. Dari contoh di atas D=0. Ulangi pengiraan bagi dua pulau yang lain. Langkah 5. Dalam jadual 1. rekodkan Nilai D Simpson (2 titik perpuluhan sahaja).SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Langkah 4. Nilai Kekayaan Spesis dan Kesamarataan Spesis Shannon . Klik butang “calculate diversity” dan kotak keputusan akan dipaparkan seperti di bawah.

23)2 + (0. nilai D meningkat.6 Oleh itu. 4.01 + 0.35 D = 2.30)2) = 1/0.6 lebih besardari D = 2.05 + 0.41)2) = 1/(0.12 + 0.25)2 + (0.6 Pulau Redang 22 2. Kita boleh katakan bahawat Pulau TalangTalang mempunyai lebih kepelbagaian (diversity) dari Pulau Sipadan. D = 3. Jumlah individu Indek Simpson (D) Pulau Sipadan 5 8 9 Pulau Talang-Talang 5 7 2 6 20 3. Sebagai contoh jika anda ada sampel dari dua spesis iaitu 5 individu dari spesis pertama dan 8 individu dari spesis kedua (jumlah 13 individu) D = 1 / (5/13)2 + (8/13)2) = 1 / (0. .10)2 + (0.13 + 0.01) = 1/0.52) D = 1.92 jadi. inilah diversiti.36)2 + (0.35)2 + (0.28 D = 3. 3.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Mengira Indek Diversiti Secara Manual Indek dikira dengan formula berikut: D = 1/Σpi2 Dimana pi = pecahan kelimpahan spesis ith atas pulau.8 .8 Pulau SipadanD = 1/((5/22)2 + (8/22)2 + (9/22)2) = 1/(0. Contoh Mengira Indek Kepelbagaian Simpson Spesis 1.17) = 1/0. 2.62)2) = 1/(0.8 Pulau Talang-Talang D = 1/((5/20)2 + (7/20)2 + (2/20)2 + (6/20)2) = 1/(0.38)2 + (0.06 + 0.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kupu-kupu Asia Tenggara .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 40 .

maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI AMALI 5 MEMAHAMI TREND POPULASI Tujuan : Untuk menyiasat mengenai tren populasi Teori : Pertumbuhan Populasi merupakan perubahan dalam bilangan individu dalam sesebuah populasi dalam tempoh masa tertentu atau perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa.0 Jadual 1 Populasi Badak B Faktor Saiz populasi.1 236 1.9 123 2. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi. Jika saiz populasi dua kali ganda antara setiap sela masa. imigrasi dan emigrasi. pertumbuhan.0 318 2.0 Langkah 1. dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran.0 955 2. pertumbuhan. bagi 5 selang masa (generasi). TUGASAN 1 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasi akhir berbeza? Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama.0 82 2.0 643 2. Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 Populasi Badak A Faktor Saiz populasi.9 484 2. (N) (R) N0 = 20 39 2. N sebagai pemboleh ubah 41 . kematian. (N) (R) N0 = 30 58 1. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Masa.1 161 2.

8 63 1. Populasi badak A. 42 .8 Jadual 2 Populasi Koala B Saiz Faktor populasi. t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. Bentuk graf dikenalpasti.9 212 1. R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 1.98 ~ 2.0 Soalan Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.8 118 1. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.6 150 1.5 47 1.5 Langkah 1. 2. Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 Populasi Koala A Saiz Faktor populasi. (R) (N) N0 = 20 36 1. Faktor pertumbuhan. Purata R = 2.8 375 1. Purata R= 1. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan. 2. N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. atau persekitaran? TUGASAN 2 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan mengapa saiz populasi akhir berbeza? Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam persekitaran yangg sama bagi 5 selang masa (generasi). Masa. Bentuk graf dikenalpasti.4 103 1.02 ~ 2. 4. pertumbuhan. faktor pertumbuhan.5 66 1. 3. pertumbuhan.0 Populasi badak B. (R) (N) N0 = 20 31 1.

R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan. Purata R =1. Soalan 1.1 Populasi Kuda Belang B Saiz populasi. Di dalam Jadual 2. mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan. jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau.3 43 .6 1.3 550 1. atau persekitaran? 2. (N) (R) N0 = 20 80 4.0 2. R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 2. R = Kelahiran . Populasi koala B.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3.5 2.82 ~ 1. faktor pertumbuhan.Kematian). mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan.8 Purata R =1. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.8 500 1. Faktor pertumbuhan. TUGASAN 3 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir? Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi).0 230 2.9 400 1. (N) N0 = 20 50 100 220 360 460 Faktor pertumbuhan. Bagi kedua-dua populasi koala. pertumbuhan.5 Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 Populasi Kuda Belang A Faktor Saiz populasi.2 1. Populasi koala A. (R) 2. 4.

2. t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi. N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Masa.0 1.62 ~ 1.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 6 7 8 9 10 580 590 595 600 600 1. Purata R = 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama.0 1. 3. R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 3. 4.0 Jadual 3 520 550 570 580 600 1. 3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi? TUGASAN 4 Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)? 44 . R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Adakah faktor pertumbuhan.6 Populasi kuda belang B.4 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? 2.5 Soalan 1. Populasi kuda belang A. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.1 1. Bentuk graf dikenalpasti.0 1.0 1.0 1. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.0 1. Faktor pertumbuhan. Purata R = 1.0 Langkah 1.

Masa.0 450 1. (N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 170 150 150 pertumbuhan (R) 2. (R) (N) N0 = 20 90 4. pertumbuhan. 4.6 410 1.0 1.0 1.0 1.5 2. t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi. 3. N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.4 1. Purata R =1. Bentuk graf dikenalpasti.5 340 1.0 450 1.0 460 1. R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 4.6 Populasi kuda belang B. 2.8 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama.2 1. Purata = 1.5 220 2.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi). Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. Populasi Kuda Belang A Saiz Faktor populasi.0 1.0 Jadual 4 Populasi Kuda Belang B Saiz Faktor populasi. Populasi kuda belang A.39 ~ 1.4 Soalan 45 .59 ~ 1.0 Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Langkah 1.1 450 1.2 440 1. Faktor pertumbuhan.0 440 1.0 1.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1. Ini kerana gen mempunyai bentuk alternatif yang dipanggil allel. 4. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa. Adakah faktor pertumbuhan. kucing. Kolam gen sesuatu spesis adalah himpunan semua allel-allel yang berkemungkinan dari semua gen dalam spesis tersebut. anjing – anda akan lihat semuanya tidak serupa. 5. apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang? AMALI 6 MENGUKUR KEPELBAGAIAN GENETIK (Measuring Genetic Diversity) Pendahuluan Jika anda melihat sebarang kumpulan individu dari spesis yang sama – manusia. dan pernyataan luaran gen (fenotip individu) boleh pelbagai variasi. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? 2. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. 3. Para ekologis pemuliharaan tidak dapat mengekalkan semua kepelbagaian genetik dalam spesis-spesis . Kromosom dibina dari koleksi gen. tetapi mereka cuba untuk mengekalkan kepelbagaian genetik yang dijumpai dalam individu tumbuhan dan haiwan tempatan. dan kelihatan berbeza disebabkan berlakunya variasi allel yang hadir dalam pembentukan genetik individu. R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. jika populasi 46 . Sebagai contoh.

di mana allele yang cepat berada di bawah allele yang perlahan. Lot-lot tersebut sedang dibangunkan untuk menjadi kawasan perindustrian. Organisasi anda hanya mampu membeli dan menjaga empat lot tanah sahaja. 1998). kehilangan kecergasan dan boleh menghadkan keupayaan populasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran secara berterusan. 47 . maka memulihara hanya satu populasi sudah mencukupi untuk membina kolam gen spesis tersebut. Tiga jenis paya yang lain merupakan habitat populasi spesis Pterostylis polyzymous . Lokus tersebut mempunyai dua allel.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI orkid dalam satu lembah dengan populasi orkid spesis yang sama di lembah yang lain dapat menyesuiakan diri walaupun dengan cara berbeza. kita mesti mampu untuk "mengukur" kepelbagaian genetik dalam populasi dan kedua. maka kedua-dua populasi tadi mesti dikekalkan kerana berpotensi untuk berevolusi. Implikasi menggunakan hanya sebahagian kecil bahan genetik yang didapati boleh membawa kepada berlakunya genetik hanyut. Bagi tujuan tersebut pertamanya dipulihara.(Gibbs et al. kita tentukan berapa banyak yang perlu untuk TUGASAN Anda bertugas dengan satu agensi pemuliharaan dan berdepan dengan satu masalah iaitu enam lot tanah lembab yang berbeza jenis tanahnya dan ditumbuhi oleh dua jenis orkid liar. ‘Cepat’ dan ‘Perlahan’ kerana mereka bergerak pada kadar yang berbeza merentasi gel tersebut. iaitu di dalam bentuk gel protein elektroforesis untuk satu lokus allozyme yang polimorfik bagi kedua-dua spesis. Tetapi jika kedua-dua populasi yang sama genetiknya. Anda menghantar sampel daun ke sebuah kolej untuk analisa genetik. Tetapi memelihara hanya satu populasi adalah berisiko. Lot manakah yang harus dijaga? Tiga lot adalah paya mengandungi populasi Pterostylis isozymus. pemuliharaan jangka panjang adalah langkah terbaik. dan menerima data seperti di bawah. Untuk membuat keputusan tentang berapa banyak perubahan yang perlu kita lakukan.

individu di baris kedua ialah homozygous. Bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah allele yang hadir dalam populasi tersebut (sentiasa sama dengan dua kali ganda bilangan individu). Sebagai contoh. Populasi 3 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan) 1 Slo w Fast 2 3  4 5 6 7 8  9 10 11 12 13 14 15 Jum 4      26           48 . Identiti bagi setiap allele di dalam setiap individu ditunjukkan melalui banding pattern yang ada di dalam gel. oleh itu anda perlu mengira + dua kali ganda. Pterostylis isozymus. • Tentukan frekuensi allele di dalam setiap populasi bagi allele cepat (p) dan allele perlahan (q) dengan mengira bilangan allele bagi individu di dalam setiap populasi (homozygote mempunyai dua allele yang sama. di mana dua allele tersebut adalah berbeza dan diwakili oleh simbol (+) bagi kedua-dua cepat dan perlahan. Populasi 1 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan) Slo w Fast 1 2 3 4 5 6 7         8 9 10 11 12 13 14 15 Jum        23    7 Pterostylis isozymus. Populasi 2 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan) Slo w Fast 1 2  3 4 5 6    7 8  9 10 11 12 13 14 15 Jum 12           18         Pterostylis isozymus. individu pertama di baris pertama di dalam gel pertama adalah heterozygous. Lokus alozyme mempunyai dua bentuk.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Langkah 1 Untuk mengukur bagaimana variasi genetik tersebar di antara populasi. frekuensi allele perlu dikenalpasti di dalam setiap populasi. dan jumlah bagi allele bagi 15 individu tersebut ialah 2 x 15 = 30. yang mempunyai satu band mewakili dua allele perlahan. Sebaliknya.

dari julat 0 yang mewakili tiada perbezaan antara populasi tersebut.23 23/30 = Allele perlahan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Pterostylis polyzymus.06/3 49 . q 0. Untuk menentukan Fst.35 =1. meningkat. Populasi 1 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan) Slo w Fast 1 2  3 4 5 6    7 8  9 10 11 12 13 14 15 Jum 12           18         Pterostylis polyzymus.23) (0.77 2xpxq 2 (0. dengan menggandakan 2pq bagi setiap satu populasi dan mengira nilai purata bagi ketiga-tiga populasi untuk setiap spesis. Biasanya Wright’s Fixation Index or Fst digunakan. Allele cepat. Populasi 3 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan) Slo w Fast 1 2  3 4 5 6   7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 8         22         Langkah 2 Anda perlu mengukur perbezaan genetik diantara populasi tersebut. menandakan kenaikan perbezaan.77) = 0. Frekuensi allele bagi Pterostylis isozymus. Populasi 2 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan) Slo w Fast 1 2    3 4 5 6    7 8  9 10 11 12 13 14 15 Jum 14           16     Pterostylis polyzymus. p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 7/30 = 0. heterozygousity perlu dikira bagi setiap spesis (Hs).

46 Langkah 3 Kira heterozygosity jika ketiga-tiga populasi meneruskan pembiakan.60 0. Allele cepat. (Ht).57 x purata q = (Ht) = 2pq =? =? 50 . p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata frekuensi allele 7/30 18/30 26/30 0. q 2xpx q 0.06/3= Allele perlahan.23 0. p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata (Hs) =1. Lakukan kiraan dengan mencari purata bagi p dan q ke atas ketiga-tiga populasi bagi setiap spesis. Jangkaan frekuensi heterozygote di dalam populasi ini dikatakan mempunyai kawasan pembiakan yang besar dengan tiadanya perbezaan genetik pada tahap populasi biasa.87 1.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Purata (Hs) Frekuensi allele bagi Pterostylis polyzymus.57 23/30 Allele perlahan.= 2 x purata p x purata q = 2 x 0. Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Pterostylis isozymus Allele cepat. digandakan dengan 2 x purata p x purata q.77 (Ht). q 0.70/3 = 0.

q (Ht). menunjukkan divergen yang besar di antara populasi Pterostylis isozymus.= 2 x the average p x the average q = (Ht) = 2pq = ? = ? Langkah 4 Anda perlu mengira jumlah local.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Pterostylis polyzymus Allele cepat.49 = 0. sertakan indeks jumlah variasi genetik yang ditemui di dalam satu populasi local.35 / 0. RUMUSAN • Pterostylis isozymus Fst = (Ht .1 .29 Fst > 0. Fst = (Ht . Oleh itu. dengan variasi populasi.Hs) / Ht.Hs) / Ht = 0. Frekuensi sisihan bagi heterozygotes di dalam populasi yang berasingan. Nilai antaranya menunjukkan beberapa divergen genetik. di mana nilai Fst < 0. (Hs) perlu dicari jika mereka adalah dari populasi besar yang sama. 51 .49 – 0. p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata frekuensi allele Allele perlahan.1 menunjukkan nilai divergen yang besar di dalam populasi (iaitu populasi yang berbeza dari segi genetik antara satu sama lain). (Ht).

47 = 0. Adakah populasi bagi setiap spesies adalah berbeza antara satu sama lain? Adakah sesuatu spesies mempunyai lebih diversiti antara populasi daripada yang lain? Yang mana satu? 2. Mengapakah lebih daripada satu populasi akan wujud bagi setiap spesis yang dilindungi? 5.46 / 0. Melalui pembacaan oleh Eldridge (1998) yang bertajuk ‘Trouble in Paradise’.1 .Hs) / Ht = 0.0. bagaimanakah saintis memaksimakan diversiti genetik bagi pengenalan semula 52 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI • Pterostylis polyzymus Fst = (Ht . populasi Pterostylis _________.02 Fst <0. Bagaimanakah anda peruntukkan dana yang terhad bagi pemerolehan tanah lembap? Jelaskan dengan wajar keputusan anda di dalam konteks memelihara jumlah genetik diversiti yang maksimum yang menggambarkan kedua-dua spesies. Laporan Anda 1. Apakah pertimbangan selain genetik yang akan mempengaruhi pilihan anda? 4. Oleh itu.47 . adalah sama secara genetik antara satu sama lain. Populasi Pterostylis ________ adalah lebih divergen daripada populasi Pterostylis _________. Diberi bahawa kedua-dua allele pada lokus yang dikaji ditemui bagi setiap spesies. 3. menunjukkan tiada divergen di antara populasi Pterostylis polyzymus.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI populasi? Mengapakah mereka tidak memilih hanya sejenis haiwan dari pulau tersebut? 53 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->