You are on page 1of 18

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Pendekatan Proses dan Produk Model KIPP terbentuk pada lewat

at 60-an untuk memenuhi kehendak penilaian yang berorientasikan objektif. Dihasilkan oleh Stufflebeam(1971) Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis

menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan penilaian tersebut Menurut beliau, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu -keputusan mengenai persekitaran (konteks) -keputusan mengenai sumber (input), -keputusan mengenai pelaksanaan (proses) -keputusan mengenai hasil (produk). Modelnya juga dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Tujuan utama penilaian ini ialah untuk mengaitkan matlamat, konteks,input dan proses dengan hasil program Bagaimana KIPP Boleh Digunakan Dalam Penilaian Keberkesanan Sesuatu Subjek? Penilaian Konteks Penilaian konteks tertumpu kepada persekitaran, di mana perubahan akan berlaku dan masalah persekitaran yang dihadapi. Tujuan penilaian ini adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program.

Untuk menguji keberkesanan program PSV sebagai contoh, penilaian konteks ialah kerelaan objektif PSV dengan Falsafah KBSR/KBSM.

Objektif-objektif PSV dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi aspirasi negara, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam PSV, keyakinan guru mengajar dan sikap guru dalam penerimaan perubahan.

Dalam perancangan sesuatu program, masalah guru dan keyakinan guru untuk mengajar dan sikap guru terhadap perubahan perlu juga diambil kira kerana guru merupakan sumber yang penting untuk menentukan kejayaan program tersebut.

Mengikut Abdul Raof Dalip (1989) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi.

Oleh itu, guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya.

Penilaian Input Penilaian input pula tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program. Penilaian input dalam kajian ini ialah kemahiran dan pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual dan peruntukan waktu mengajar, peruntukan kewangan dan peranan pengetua. Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada kesesuaian dalam penyusunan jadual waktu (Fowziah,1991). Di sinilah terletaknya kemahiran dan pengetahuan seseorang pengetua, penolong-penolong kanan dan penyelia petang dalam menyusun jadual waktu agar ia sesuai dengan kehendak guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian Proses Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guruguru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi pelajar

pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan sehari-harian. Sungguhpun program untuk mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Yarger (1977), mendapati kebanyakan guru menggunakan teknik yang sama, iaitu pengajaran secara kuliah yang pada keseluruhannya tidak dijalankan dengan berkesan. KajianFullan (1992) pula menunjukkan guru-guru terlalu bergantung kepada beberapa strategi pengajaran yang terhad seperti perbincangan, pemerhatian, kuliah dan laporan murid, sedangkan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah dan penggunaan makmal kurang dimanfaatkan.

Penilaian Produk Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian objektif Kemahiran Hidup. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) dipetik dari Rohaty (1990), menyatakan bahawa sikap mempunyai pengaruh yang dapat mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang pengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran. Banyak kajian menunjukkan tentang sikap pelajar sebagai faktor yang mempengaruhi pencapaian sesuatu mata pelajaran. Kajian mengenai minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran PSV amat sedikit. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang dibuat tentang pengaruh sikap dan kaitannya dengan pencapaian akademik dalam beberapa mata pelajaran. Kajian yang dibuat oleh Taha (1977) dipetik dari Normawati (1992), tentang persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademik pelajar membuktikan bahawa sikap pelajar yang positif berkait rapat dengan pencapaian yang positif juga.

Pendekatan Dbea (Discipline Based Art Education

Pendekatan DBAE merupakan satu Konsep kurikulum yang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin Pendidikan seni berteraskan Pendekatan DBAE bahagian. Bahagian Pertama Produk Seni Bidang atau disiplin ilmu yang menegaskan tentang tatacara, kaedah dan proses menghasilkan karya atau produk seni Menggunakan proses artistik atau disebut juga sebagai proses kreativiti sebagai cara menghasilkan karya Terdapat beberapa aspek di peringkat kajian dan penerokaan dalam bidang ini yang dapat memberi pengalaman kepada pelajar ini terbahagi kepada 4

Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif,coherence, celik akal dan pandai mencipta Bahagian Kedua Sejarah Seni Bidang sejarah memusatkan pengajian tentang peranan para artis dan sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni itu sendiri serta pengaruhnya terhadap peradaban budaya bangsa Disiplin sejarah seni boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya

seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasi dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan.

Beberapa aspek dan peringkat mempelajari sejarah seni adalah seperti yang ditunjukkan oleh graf berikut:

Bahagian Ketiga Kritikan Seni Disiplin kritikan menumpukan penekanan kandungan mengenai persepsi, deskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian terhadap karya/produk Pengalaman mengenai disiplin ini akan dapat dicapai melalui aktiviti

pemerhatian, penganalisaan dan penilaiaan terhadap karya seni dan faktorfaktor yang berkaitan dengannya Pengalaman mengenai disiplin ini juga boleh dicapai dan dipertingkatkan melalui pembacaan laporan, penulisan, komentar dan sebagainya yang diperkatakan atau ulasan oleh para artis, pemerhati seni, budayawan, sejarahwan dan pengkritik seni Komponen asas Kritikan Seni 1. APA: Memerlukan jawapan secara persepsi dan deskripsi 2. MAKNA: Memerlukan jawapan secara analisa atau intepretasi 3. NILAI: Memerlukan jawapan secara pertimbangan dan penilaian Kritikan seni melibatkan aktiviti pemerhatian yang teliti tentang karya seni. Iaitu keupayaan menilai, membeza dan membanding antara karya dengan mengambil pertimbangan pelbagai aspek seperti sosial, budaya sejarah dan sebagainya Disiplin kritikan juga membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi

masyarakat terhadap seni iaitu apa orang lain kata Melalui kritikan seni akan boleh membantu keupayaan pelajar melihat, bukan sekadar memandang sahaja, tetapi melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina

kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat didalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal. Bahagian Keempat Estetik Disiplin estetika pula merupakan satu disiplin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat Perbicangan estetik membicarakan pelbagai faktor dalam aspek anthropologi, falsafah, sosiologi, psikologi dan aspek sifat semulajadi seni Membicarakan tentang definisi dan ciri signifikan mengenai seni Estetik membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni Latihan training) Berfokus pada murid, minat, penilaian, berasaskan inikuiri (Inquiry based-

munasabah, teknik pemikiran kritikal. art is used as an instrument to teach other subjects, rather than as an end in and of itself. seni dijadikan instrumen untuk mengajar subjek lain dan bukan hanya pada subjek seni. Pendekatan Chapman

Pendapat Chapman 1986- merangkumi 4 aspek utama iaitu : i. pemerhatian ii. penerokaan iii. penghasilan iv. apresiasi dan perlanjutan.

Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan Behaviourisme

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson. Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya. Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal bagi seseorang pelajar kerana adanya pembentukan fenomena yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan. Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan juga pemikiran perlu dipertimbangkan. Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan

mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan. Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan

menggalakkan satu ulangan perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik darjah peneguhan yang positif akan meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pelajar akan memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti kata-kata pujian, menepuk bahu, memberi senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses berkreativiti dalam diri pelajar berlaku secara positif. Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar. Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan unik dari yang lain.

Pendekatan Humanistik Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh

itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya. Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri. Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penekanan tingkatan harga kendiri yang positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik. Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja. Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibubapa (Morgan dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)

Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli. Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran. Jauhkan mereka daripada orang-orang jahat, kerana orang-orang jahat itu

menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil. Ahmad Shalaby, 1976; ms 33

Pendekatan Teori Permodelan Bandura Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat. Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.

Pendekatan Pembelajaran Gagne Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi, kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari. Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.

Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Mereka akan menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat rumusan.

Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep iaitu: menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting menghuraikan istilah penting dan definisi konsep memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar di samping adanya proses bimbingan mengenai hukum dan konsep.

Pendekatan Pembelajaran Bruner Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan. Justeru itu terdapatlah pendekatan seperti cara manusia berinteraksi dengan persekitaran, perkembangan mental manusia dan pemikiran, pemikiran logikal, penggunaan istilah untuk memahami susunan, pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai konsep dan pemikiran metakognitif. Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan

pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang berlainan. Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

Pendekatan John a micheal

Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek semata-matadan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatukarya seni tersebut.

Secara Penerangan:

membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilainilaiestetika dan pengaruh.

Secara Pemerhatian:

Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

Secara Perbandingan: penilaian perbandingan antara satudengan yang lain serta

Analisa,

menimbulkanperasaan.

Secara Penghasilan:

Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai khas,kepuasan, menghubungkan diri konsep danzaman.

Pendekatan Secara Psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan

satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: - Secara perbincangan dan perbandingan. - Secara proses inkuiri atau penemuan. - Secara kritikan mengenai lukisan /hasil kerjaseni. - Secara menyediakan setting / set induksi. - Secara membesarkan gambar. - Secara mengolah bahan-bahan sebenar. - Secara aktiviti permainan seni. - Secara lawatan / pameran. - Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

Strategi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

Kajian Masa Depan Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global

memberikan satu tamparan yang hebat dalam arus kehidupan. Menyedari hakikat ini, maka generasi hari ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk merenung hari esok agar generasi baru mendapat bekalan yang cukup untuk

menghadapi cabaran dan perubahan.Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan mew ujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku. Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka. Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan

penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut :

Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan. Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.

You might also like