You are on page 1of 2

SayaThiyagu a/l Uthaman dari unit Sains semester 1 ambilan Jun 2011 telah diberi tugasan kerja kursus

Fizik olehTn. HajiAbdul Rahman Sulaiman .Tugasan kerja kursus kali ini berasaskan mengumpul maklumat tentang Hukum-hukum Gerak Newton, dan menghuraikanya. Apabila kami diedarkan soalan kerja kursus ini, pada mulanya saya tidak memahami kehendak soalan kerja kursus ini.Namun, pensyarah saya sangat berbesarhati untuk menerangkan cara untuk memperolehi dan mengumpul maklumat dan informasi dari pelbagai sumber dan menginterpretasikan dalam bentuk esei. Melalui kerja kursus ini saya juga telah berpeluang untuk mempelajari tentang Hukum Gerakan Newton.Sebelum ini saya hanya tahuHukum Gerakan Newton adalah salah satu hukum yang diasaskan oleh seorang ahli sains serta formula untuk menyelesaikan masalah berkenaanya.Tetapi walaubagaimanapun ,selepas saya membaca buku rujukan, jurnal dan ensiklopedia serta melayari internet saya dapat mempelajari banyak maklumat yang sangat penting pada topik ini..

Justeru,saya memahami lebih dalam tentang Hukum Gerakan Graviti. Ia menyatakan bahawa semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan gravity bumi. Dan juga, saya memahami tentang suatu objek yang jatuh ke bawah mengikut daya tarikan gravity ,tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara bebas atau jatuh bebas.Selain itu, saya juga memahami Hukum Gerakan Newton Pertama sedikit sebanyak serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Sebelum ini saya kurang jelas tentang Hukum Gerakan Newton Kedua, selepas menyiapkan kerja kursus, saya memahami mengenai sub-topik ini lebih mendalam. Sebagai contohnya saya mengetahui bahawa kita memerlukan daya yang tinggi untuk bergerak sesuatu objek yang mempunyai jisimnya lebih besar. Seterusnya, sebelum ini saya kurang jelas tentang konsep yang mengaplikasikan untuk menerbangkan kapal terbang dalam keadaan yang stabil.Selepas mengkaji,saya mengetahui ia menggunakkan HukumGerakan Newton Ketiga iaitu daya angatsamadenganberat.

You might also like