You are on page 1of 19

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ETNIK BANJAR 1.

0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada berbilang kaum dan etnik dari pelbagai sosio budaya.Kepelbagaian sosio budaya ini boleh ditinjau dari segi sejarah, adat resam, pantang-larang,kepercayaan dan kebudayaan.Umumnya ,penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu,Cina,India,Kadazan ,Bajau,Iban dan pelbagai etnik kecil yang lain.Meskipun mempunyai corak sosio budaya yang berbeza,namun rakyat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu. Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun yang demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza seperti Jawa,Minang dan Bugis. Etnik Banjar juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketigatiga kaum tersebut.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2.0 ASAL-USUL ORANG BANJAR Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan mengenai asal- usul orang Banjar. Pertama, pendekatan primordialisme yang dikemukakan oleh Alfani Daud. Kedua, pendekatan konsruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986), dikembangkan oleh Marko Mahin (2004).

2.1

PENDEKATAN PRIMORDIALISME Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk

asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku iaitu, Banjar Pahuluan, Banjar Batang Banyu, Banjar Kuala, Banjar Alai dan Banjar Kaluak. Orang pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai negara) yang berhulu ke Pergunungan Meratus. Orang Batang Bayuh mendiami lembah sungai negara, sedangkan orang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu sama halnya seperti mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kata Dayak dan Jawa. Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

2.2

PENDEKATAN KONSTRUKTIFIS ATAU SITUASIONALIS

Mengikut Idwar Saleh (1986:12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka. Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku iaitu Banjar Pahuluan iaitu campuran Melayu dan Bukit ( Bukit sebagai ciri kelompok ), Banjar batang Banyu iaitu campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maayan sebagai ciri kelompok) dan Banjar Kuala iaitu campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok).

3.0

PENGHIJRAHAN KE SUMATERA DAN MALAYSIA Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu

dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di Kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besarbesaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati Syahid di tangan Belanda.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Penghijrahan Suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia

antara lain ke negeri Kedah, Perak ( Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh ), Selangor ( Sabak Bernam, Tanjung Karang ), Johor (Batu Pahat) dan di Malaysia Timur, Sabah ( Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau ), Sarawak (Kuching, Sri Aman).

3.0

HUBUNGAN DENGAN KAUM DAYAK Hubungan antara suku Banjar dan kaum Dayak selalunya dalam keadaan

baik. Beberapa kaum Dayak masuk Islam dan berasimilasi dengan budaya suku Banjar seta memanggil diri mereka orang Banjar. Kaum Dayak menganggap suku Banjar sebagai saudara. Ini diperkuatkan lagi dengan banyaknya perkahwinan antara suku Banjar dan kaum Dayak termasuk pada peringkat raja. Contohnya, Biang Lawai, isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju. Hubungan ini menjadi kuat apabila mereka berhadapan dengan penjajahan. Mereka bersamasama berperang dan beberapa pejuang yang terlibat dalam Perang Banjar adalah dari etnik Dayak. Contohnya, Panglima Batur, dari etnik Dayak Siang Murung, Panglima Wangkang, ayahnya Dayak Bakumpai dan ibunya Banjar dan Panglima Batu Balot (Tumenggung Marha Lahew), pahlawan wanita yang menyerang Kubu Muara Teweh pada tahun 1864 -1865.

4.0

ASAL-USUL MASYARAKAT BANJAR DI MALAYSIA Masyarakat Malaysia terkenal kerana mempunyai pelbagai kelompok etnik.

Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku. Proses yang melahirkan pengenalpastian sebegini dikenali sebagai etnogenesis. Salah satu golongan etnik yang besar ialah etnik Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia. Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di kawasan petempatan yang berdekatan di Malaysia, contohnya di daerah Batu Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya. Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimatan, Indonesia di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margas. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumantera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani mahir dalam penanaman padi. Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dan Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson merupakan pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke-19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Dato, Perak juga di katakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu. Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi menjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh di dapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti daerah

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Kerian, Sungai Manik dan Bagan Dato, Perak, Sabak Bernam dan Tanjung Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Anumtai dari Amuntai, Barabai, dari daerah Alai, Negara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.

5.0

CIRI-CIRI MASYARAKAT BANJAR Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah

Melayu ini ialah sosio budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yang membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana, berani dan panas baran Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mandailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama mereka. Begitu juga dengan orang-orang tua, mereka hanya bercakap dalam bahasa Banjar sesama kenalan atau saudara yang sebaya dengan mereka kerana anak muda sudah tidak tahu berbahasa Banjar. Kalau pun mereka faham tetapi mereka masih tidak mampu untuk betutur dalam bahasa Banjar. Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Banjar zaman sekarang sudah bercampur dengan loghat daerah, mungkin hanya ada beberapa patah sahaja bahasa Banjar yang disebut.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sifat mereka yang suka merantau masih membara di jiwa mereka. Buktinya, apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak di dapati di kawasan-kawasan tanah rancangan contohnya, di negeri Pahang. Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam, di Selangor.

6.0 ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana cukup ringkas. Sebelum upacara perkahwinan berlangsung, mereka tidak ada adat merisik ini kerana dalam masyarakat Banjar zaman dahulu, perkahwinan mereka berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan sebagainya. Mungkin juga kerana kuatnya pegangan mereka kepada agama menyebabkan mereka menolak beberapa elemen tidak bersesuaian dan pembaziran. Pensyarah Jabatan Pengajian Jabatan Melayu, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Khairi Muhammad Nor, berkata upacara ini bermula apabila kedua-dua belah pihak berkenaan, keluarga lelaki berjanji akan datang ke rumah perempuan, dan selalunya mereka datang selepas waktu Isyak. Dalam majlis ini, tiada acara berbalas pantun antara kedua-dua belah pihak seperti yang popular dalam masyarakat Melayu lain.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sebaliknya pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan mereka untuk meminang anak perempuan secara berterus terang. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, mereka terus sepakat membuat perjanjian untuk menentukan tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. Dalam masyarakat Banjar, majlis

perkahwinan selalunya diadakan selepas mengetam atau menuai padi. Hal ini kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah membeli beras, sebaliknya boleh menggunakan beras yang diusahakan sendiri. Selepas rundingan, masyarakat Banjar dulu biasanya menetapkan perbelanjaan hangus dan mas kahwin sebanyak RM300, tetapi sekarang mencecah antara RM5,000 hingga RM7,000 atau lebih. Ketika tempoh menunggu majlis perkahwinan berlangsung atau sepanjang tempoh bertunang, menurut adat masyarakat Banjar, kedua-dua bakal pengantin dilarang sama sekali untuk berjumpa. Di samping itu,ibu pihak lelaki akan menyuapkan gula kepada bakal pengantin perempuan menggunakan sudu agar segala percakapan yang manis sahaja diuatarakan dan bukannya kata-kata nista dalam perkahwinan kelak. Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung. Majlis akad nikah biasanya dilakukan pada waktu siang, dalam suasana cukup ringkas di rumah Tok kadhi. Upacara mandi adat atau berpapai dijalankan ditempat khas yang dipanggil balai, diperbuat daripada empat batang tiang, dan pada setiap batang tiang diikat dengan empat batang tebu. Pada setiap batang tebu itu pula diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang, ketupat, dan kuih cincin pada balai itu. Dalam kawasan balai, ada bidan atau pembantu untuk memandikan pengantin dengan menggunakan upih pinang. Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk mandi bersama atau mandi adat dan acara ini dilangsungkan antara jam 5 hingga 6 petang. Saya sendiri pernah melihat upacara ini semasa kawan sekampung saya berkahwin dahulu. Persandingan adat Banjar begitu unik. Mereka disandingkan di tengah laman, di atas buaian sambil dipersembahkan pencak silat sembah pengantin dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong. Ketika majlis persandingan ini berlangsung tidak ada upacara merenjis pengantin, sebaliknya hanya ada salam pengantin. Selain itu, pada hari persandingan itu juga, satu majlis khatam al-Quran pengantin diadakan dan tetamu diberi bunga telur sebagai kenangan.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula waluh dan ayam bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak. Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kuburdan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah. Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama, kedua, ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100. Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah

7.0 PANTANG LARANG MASYARAKAT BANJAR Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN lain. Jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Perkara ini disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang. Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain. Penggunaan air pelongsor yang sekarang ini disebut air selusuh, begitu popular dalam masyarakat Banjar dan masih digunakan sehingga kini untuk tujuan mudah melahirkan anak. Tempoh berpantang dalam masyarakat Banjar untuk ibu lepas bersalin adalah 44 hari. Amalan dalam berpantang juga kuat diamalkan orang dahulu. Hari-hari minum air halia, makan ikan bakar bersama air asam bawang putih bersama lada. Banyak jenis makanan yangi tidak berani untuk memakannya terutama yang berangin dan sejuk seperti kacang panjang. Selepas bersalin, wanita Banjar gunakan barut sepanjang bermeter-meter. Dalam balutan tebal itu dimasukkan pelbagai jenis herba di dalamnya. Ada halia, jintan manis dan bawang putih. Orang Banjar pandai dengan pemilihan herba kerana di sekitar kampung memang ada bahan-bahan sebegitu. Bau rempahrempah ini cukup wangi dan mengujakan.

8.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT BANJAR Budaya berendoi dan cukur jambul sangat sinonim dalam masyarakat Melayu. Lain ekniknya, lain pula cara mengendalikannya tetapi semuanya menjurus kepada kaedah yang hampir sama iaitu adanya marhaban dan diikuti dengan tetamu yang hadir menggunting sebahagian rambut sebagai mengambil syarat upacara itu. Biasanya, bayi diletak dalam buaian yang dihias indah. Diletak bantal di kiri kanan untuk manambah keselesaannya. Pendek kata, anak kecil itu diraikan begitu istimewa. Apa saja cara dilakukan untuk memastikan dia selesa dalam sesak orang ramai. Tangisnya cepat diredakan supaya tidak terasa tertekan dan gelisahnya ditangani sebaiknya. Lain pula halnya dengan masyarakat Banjar. Budaya berendoi mereka unik sekali. Melihat kepada bagaimana mereka meletak anak dalam buaian

10

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN seperti menyeksa bayi. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi. Budaya itu dinamakan bapukung bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dulu hingga hari ini. Kaedah meletakkan anak dalam buaian pelik dan kelihatan menyeksakan. Di mana saja, tidak kira di rumah atau di kebun, bayi diletak dalam buaian dengan cara sama. Bayi seawal usia sebulan sudah boleh dipukung. Bayi akan rasa lebih selesa berbanding kaedah buaian biasa. Memang nampak macam terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Ada yang sampai lebih setahun pun mahu dipukung. Ada yang ketagih, tidak dapat bakupung, tidak boleh lena. Jika kanak-kanak menangis, merengek, perut tidak selesa, suka meragam atau kena sawan tangis, bakupung boleh menyelesaikan masalah itu. Pendek kata, bapukung bukan sekadar kaedah buaian tetapi juga satu penawar. Semua orang Banjar tahu bagaimana buat bapukung, cuma sekarang tidak ramai guna cara ini sebab tidak ada buaian kain di rumah. Uniknya, bapukung ialah kedudukan bayi itu sendiri. Jika kaedah buaian biasa, bayi terbaring dan melihat ke langit, bapukung membolehkan bayi duduk dan lihat ke depan sekali gus membuatkan dia rasa lebih selamat. Sekurang-kurangnya bayi boleh melihat keadaan sekeliling dan tidak bosan. 8.1 Makanan Tradisional Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Banjar, mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Wanita Banjar di Kampung Tebuk Mantau, Harison Jafar, 60, berkata ada pelbagai jenis kuih dalam masyarakat Banjar dengan yang paling popular ialah kuih cengkaruk batu, kalakatar, wadai kepeng, balungan hayam, kalalapun (buah melaka), batil pisang (lengat) dan dadar gulung (ketayap). Paling popular dalam masyarakat Banjar ialah wadai kepeng iaitu sejenis kuih dari tepung beras pulut yang diuli dengan air garam. Ia biasanya dibuat ketika menuai padi dan sebarang majlis gotong-royang kerana dapat menambahkan keseronakan dan kemeriahannya. Paling sukar ialah menyediakan kalakatar iaitu sejenis makanan tradisional yang dibawa dari tanah Banjar . Prosesnya agak renyah

11

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN kerana menggunakan air kelapa muda dan boleh dibuat secara lengat atau dibakar. Makanan ini jarang sekali dibuat kerana prosesnya yang memakan masa. Bukan semua orang tahu membuat makanan tradisi ini kerana sekiranya ada tersilap sedikit, ia tidak menjadi. Hanya orang tertentu yang pandai membuatnya dan kebanyakannya generasi lama. Malah, generasi berusia 50 tahun pun ramai tidak tahu membuatnya. Namanya pun timbul disebabkan proses memotongnya sedikit ketat dan melekat, sekaligus disebut kalakatar. Balungan hayam lebih popular di kalangan peniaga. Ia mempunyai bentuk di hujung seperti balung ayam. Ia bukanlah makanan popular tetapi lebih banyak dijual di kedai makan Ia juga menggunakan tepung beras pulut dan berintikan kelapa. Satu lagi makanan orang Banjar ialah wadik. Wadik atau pekasam versi Banjar, berbeza dari pekasam buatan lain-lain etnik dari penggunaan garam kasar , jumlah asam yang digunakan dan ikan yang digunakan. Jumlah garam yang digunakan adalah lebih banyak yang menyebabkan ikan wadik tahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun). Garam juga membuatkan struktur daging ikan lebih memejal dan ini membuatkan ikan wadik tidak mudah hancur bila di goreng, manakala pekasam pula menggunakan garam dalam kuantiti yang kecil. Ini membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh kita makan. Ikan yang menjadi pilihan masyarakat Banjar juga berkait rapat dengan pekerjaan mereka sebagai pesawah. Oleh itu, ikan yang dijadikan wadik adalah ikan sawah seperti ikan sepat, haruan, keli dan puyu. Walau bagaimanapun, ikan sepat tetap menjadi pilihan untuk dibuat wadik. 8.2 Pakaian Tradisional Dari segi berpakaian, memang orang Banjar ada pakaian tradisinya dan kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori. Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan

12

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN kain sarung. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna kuning. Lelaki yang telah berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju palimbangan, iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat dilengkapi dengan butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah. Pasangannya digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling, sejenis sarung terbuat dari katun atau sutra bermotif garis-garis melintang dan membujur. Sebagai penutup kepala digunakan kopiah dari kain beludru, kain satin (kupiah Padang) atau kupiah jangang. Alas kakinya ada berbagai jenis, iaitu sandal kalipik, sandal tali silang, dan selop . 8.3 Rumah Tradisional Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciri-cirinya yangmempunyai perlambang, mempunyai penekanan pada atap, ornamental, dekorasi dan simetris. Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935. Umumnya rumah tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan yang menjorok dari samping kanan dan kiri bangunan utama kerana itulah disebut Rumah Baanjung. Anjung merupakan ciri khas rumah tradisional Banjar, walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar yang tidak beranjung jenis rumah yang paling bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton (Dalam Sultan). Jadi nilainya sama dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai keraton. Keagungan seorang pemimpin pada masa pemerintahan kerajaan diukur oleh jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-bangunan kerajaan khususnya istana raja (Rumah Bubungan Tinggi). Dalam suatu perkampungan suku Banjar terdiri dari pelbagai jenis rumah Banjar yang mencerminkan status sosial mahupun status ekonomi pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah dibangun dengan pola linear mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri dari rumah yang dibangun mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai mahupun rumah yang didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun lahan kering.

13

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 8.4 Seni Tarian Tradisional Memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam masyarakat Banjar, tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Hal ini mungkin berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal, berkemungkinan ia tidak dibawa ke sini. Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi berpakaian. Hal ini kerana, orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik yang lain, sarat dengan aksesori. Jika diperhatikan, sebenarnya masyarakat Banjar mempunyai rentak muzik yang tersendiri kerana rentak yang diiramakan mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara hidup yang diamalkan. Tarian yang terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini dengan menyelitkan elemen kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain membuktikan bahawa etnik ini sangat mementingkan pengekalan busana asal masyarakat ini. Tarian yang ditarikan mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut tetamu dengan kata-kata indah serta lemah-gemalai gerak seni tari yang dicipta melambangkan seni tari kreatif dan keindahan bahasa dilafazkan. Secara kesimpulannya, jika dilihat sekali pandang, tarian yang memang lemah lembut ini sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya hanya menggerakkan tangan dan melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. Ulik tangan pun sekadar melentik ke kiri dan ke kanan penuh kelembutan.

9.0 BAHASA Bahasa banjar adalah satu bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh suku banjar di Kalimantan Selatan, Indonesia sebagai bahasa ibunda. Bahasa banjar adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa ini berasal dari provinsi Kalimantan Selatan yang terdiri daripada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu). Selain Kalimantan Selatan, bahasa Banjar yang asalnya berupa bahasa suku kaum juga menjadi lingua franca di kawasan-kawasan lain, iaitu Kalimantan Tengah dan

14

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Kalimantan Timur serta di daerah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, sebagai bahasa perantaraan sesama suku.

Bahasa banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasabahasa Dayak. Bahasa Banjar dipercayai mempunyai hubungan dengan bahasa Kedayan (Brunei) dan sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar. Dalam perkembangannya, bahasa Banjar nampaknya terlalu banyak meminjam perkataan dari bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa asing. Namun demikian, bahasa banjar berada dalam kategori yang masih jauh dari kancah kepupusan kerana ia masih digunakan sebagai bahasa perbualan seharian oleh masyarakat banjar mahupun pendatang. Kini, bahasa Banjar sudah diajarkan di sekolah-sekolah di Kalimantan Selatan sebagai mata pelajaran setempat. Jika diperhatikan, para penutur bahasa Banjar dapat dikenal pasti adanya kelainan-kelainan dalam pengucapan atau perbezaan kosa kata sesama kelompok loghat iaitu Bahasa banjar Hulu Sungai atau Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala. Loghat Banjar Kuala pada umumnya ditutur oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin, Martapura dan Pelaihari, manakala dialek Banjar Hulu pula ditutur oleh penduduk daerah Hulu Sungai umumnya, iaitu kawasan Kabupaten Tapin, Hulu Sungai selatan, Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara ( dan Balangan ) serta Tabalong. Penutur dialek Banjar Hulu ini jauh lebih luas dan masih kelihatan beberapa kelainan subloghat lagi yang disebutkan oleh Amuntai, Alabiu, Kalua, Kandangan, dan Tanjung. Selain itu, Den Hamer amat berpendapat bahawa bahasa yang dipakai oleh orang Bukit iaitu penduduk pedalaman pergunungan Meratus, merupakan salah satu subdialek Banjar Hulu juga dan mungkin subloghat baik Banjar Kuala mahupun Banjar Hulu itu masih banyak lagi, jika dilihat banyaknya kelainan penuturan bahasa Banjar yang masih memerlukan penyelidikan lanjut dari para ahli dialektrografi sehingga bahasa Banjar itu dengan segala subloghatnya boleh diletakkan secara teliti dan tepat. Berdasarkan pengamatan yang ada, perbezaan kelompok dialek Banjar Kuala dengan Banjar Hulu setidak-tidaknya ada dua perkara penting iaitu adanya perbezaan pada kosa kata tertentu dan perbezaan pada sebutan fonem tertentu. Di samping itu ada pula pada perbezaan nada dan tekanan meskipun yang terakhir ini bersifat tidak membezakan.

15

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Di bawah ini ditunjukkan perbezaan beberapa perkataan antara bahasa Banjar Hulu dan Banjar Kuala serta maksudnya di dalam bahasa Melayu.

Banjar Hulu banyu dingin ganii ma-hurup Hingkat Arai Balalah Linger Tuti Kadai Uma

Banjar Kuala banyu dingin Dangani ma-nukar Kawa Himung Bakunjang Tuang tadih / hintadi Warung Mama

Bahasa Melayu air sejuk menemani membeli dapat / boleh senang bersiar-siar tuang tadi warung Ibu

9.0

KEPERCAYAAN MASYARAKAT BANJAR Perkara ini sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah

dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka.

Jadi bagi

memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Mereka merasakan orang-orang selain dari suku mereka dianggap orang luar. Keadaan inilah yang telah mempengaruhi Menurut beliau lagi,

perkembangan keperibadian dan corak pergaulan mereka. jarang berlaku perkahwinan di luar suku Banjar.

Justeru, mereka dapat

mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam masyarakat ini. Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabot seperti karusi, meja dan almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja. Satu hal yang agak mustahak juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka

16

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu

keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan orang Banjar. Disebabkan kebanyakan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman padi, maka terdapat satu budaya yang dinamakan berderau bagi aktiviti penanaman padi ini. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti Aktiviti ini diadakan apabila musim

penanaman padi secara berkumpulan.

penanaman padi bermula. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk menanam padi. Sebagai contoh, jika tuan pemilik tanah sawah padi ingin menanam padi, terdapat 10 orang yang datang untuk membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu pula 10 orang itu menanam padi mereka. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi. Nilai yang diberi ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahlian dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini

menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkembangan

pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca Al-Quran , mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu agama yang lain. Tambahan pula, kebanyakan orang banjar yang berhijrah ke

tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah

bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam kehidupan mereka.

17

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

10.0 RUMUSAN Sebenarnya banyak lagi budaya masyarakat Banjar yang dibawa dari Banjarmasin tetapi semakin tidak diamalkan. Adalah sesuatu yang dianggap mustahil untuk melihat beberapa budaya lama, malah tidak ramai juga yang mampu berkongsi cerita tentang adat budaya masyarakat banjar dewasa ini. Tambahan pula, masyarakat Banjar ini semakin terhakis. Di Malaysia kaum Banjar ramai tinggal kawasan Bagan Serai, Sungai Manik, Teluk Intan dan Parit Buntar di Perak Sekincan,Sabak Bernam dan di Johor boleh didapati di Batu Pahat. Dari kajian yang di buat ini,membuktikan bahawa masyarakat Banjar masih ramai lagi terdapat di daerah Kerian iaitu daerah yang kami diami sekarang. Kaum Banjar dapat dikenali melalui warna kulit sawo matang agak keputih-putihan dan mempunyai kelopak mata yang agak sepit. Justeru itu, kami rasa berbangga kerana dapat bersama-sama hidup dalam kalangan masyarakat Banjar ini.Masyarakat Banjar bukan sahaja dari rumpun melayu yang kaya dengan budaya dan adat malah mereka juga mempunyai keistimewaan dan sejarah tersendiri. Masyarakat Banjar kini kurang bertutur bahasa Banjar , hanya golongan tua sahaja yang masih bertutur menggunakan bahasa Banjar. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang dapat difahami oleh generasi muda kini seperti kulaan,

guring dan pengulir. Namun begitu, ada juga perkataan yang digunakan dalam bahasa banjar sama dengan bahasa Melayu dan dialek lain, contohnya seperti bahasa Jawa. Begitu juga dengan adat budaya dan pantang larang, mungkin ada yang sama seperti etnik yang lain. Anak cucu orang Banjar zaman sekarang tidak lagi tahu berbahasa banjar. Sekiranya warisan ini tidak dipelihara, kemungkinan bahasa ini akan lenyap terus dan tinggal sejarah sahaja. Begitu juga dengan generasi banjar kini, mereka tidak tahu dan kurang faham dengan bahasa Banjar. Namun begitu, jika pihak pertubuhan, contohnya Pertubuhan Banjar Malaysia atau lain-lain pertubuhan Banjar memainkan peranan yang penting, mungkin dapat terus memelihara segala adat resam , kebudayaan dan bahasa etnik Banjar ini. Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Banjar sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada

18

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN identiti dan cara hidupnya yang tersendiri. Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Kesimpulannya, etnik Banjar juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.

19

You might also like