TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ETNIK BANJAR 1.

0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada berbilang kaum dan etnik dari pelbagai sosio budaya.Kepelbagaian sosio budaya ini boleh ditinjau dari segi sejarah, adat resam, pantang-larang,kepercayaan dan kebudayaan.Umumnya ,penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu,Cina,India,Kadazan ,Bajau,Iban dan pelbagai etnik kecil yang lain.Meskipun mempunyai corak sosio budaya yang berbeza,namun rakyat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu. Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun yang demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza seperti Jawa,Minang dan Bugis. Etnik Banjar juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketigatiga kaum tersebut.

1

terakhir di Martapura. 2. pendekatan primordialisme yang dikemukakan oleh Alfani Daud. sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Orang pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai negara) yang berhulu ke Pergunungan Meratus. Orang Batang Bayuh mendiami lembah sungai negara.0 ASAL-USUL ORANG BANJAR Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan mengenai asal. sedangkan orang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman. Banjar Alai dan Banjar Kaluak.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2. Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar.1 PENDEKATAN PRIMORDIALISME Mengikut Alfani Daud (1997. Banjar Batang Banyu. yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak. Banjar Kuala. yang pada asasnya ialah bahasa Melayu sama halnya seperti mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kata Dayak dan Jawa. Setelah berlalu masa yang lama sekali. Banjar Pahuluan. pendekatan konsruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986). Kedua. sebelum dihapuskan pada tahun 1860. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar. dan dengan imigran yang datang kemudian. akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku iaitu. dikembangkan oleh Marko Mahin (2004). dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli. iaitu selain kabupaten Kota Baru. Pertama. 2 . 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan.usul orang Banjar. nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi.

Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar. pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besarbesaran ke pulau Sumatera. Ketiga. Banjar batang Banyu iaitu campuran Melayu. 3. Barangas.0 PENGHIJRAHAN KE SUMATERA DAN MALAYSIA Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka. Ngaju.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2. Bakumpai. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati Syahid di tangan Belanda. 3 . iaitu Pangeran Tahmidullah. Bukit dan Jawa (Maayan sebagai ciri kelompok) dan Banjar Kuala iaitu campuran Melayu. Maayan. etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama. pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar. Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok).2 PENDEKATAN KONSTRUKTIFIS ATAU SITUASIONALIS Mengikut Idwar Saleh (1986:12) pula. Lawangan. Maayan. Pertama. Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku iaitu Banjar Pahuluan iaitu campuran Melayu dan Bukit ( Bukit sebagai ciri kelompok ). Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di Kota Martapura atas alasan yang sama. sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar. Kedua. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Lawangan. pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera.

dan tingkah laku.0 HUBUNGAN DENGAN KAUM DAYAK Hubungan antara suku Banjar dan kaum Dayak selalunya dalam keadaan baik. raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang 4 . Salah satu golongan etnik yang besar ialah etnik Banjar. Tanjung Karang ). Contohnya. 4. ayahnya Dayak Bakumpai dan ibunya Banjar dan Panglima Batu Balot (Tumenggung Marha Lahew). Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. bahasa. Hubungan ini menjadi kuat apabila mereka berhadapan dengan penjajahan. tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan sultan Isa. isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju. Contohnya.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Penghijrahan Suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan. Proses yang melahirkan pengenalpastian sebegini dikenali sebagai etnogenesis. Bagan Datoh ). Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya. Panglima Wangkang. Keningau. Sri Aman). suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah. Mereka bersamasama berperang dan beberapa pejuang yang terlibat dalam Perang Banjar adalah dari etnik Dayak. Sabah ( Sandakan. 3. Seperti golongan etnik lain. Walaupun begitu. pahlawan wanita yang menyerang Kubu Muara Teweh pada tahun 1864 -1865. Tenom. Kaum Dayak menganggap suku Banjar sebagai saudara. Biang Lawai. Dalam masa-masa tersebut. dari etnik Dayak Siang Murung. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya. baik warisan yang benar mahupun yang dianggap.0 ASAL-USUL MASYARAKAT BANJAR DI MALAYSIA Masyarakat Malaysia terkenal kerana mempunyai pelbagai kelompok etnik. Sungai Manik. Beberapa kaum Dayak masuk Islam dan berasimilasi dengan budaya suku Banjar seta memanggil diri mereka orang Banjar. agama. Johor (Batu Pahat) dan di Malaysia Timur. Panglima Batur. Ini diperkuatkan lagi dengan banyaknya perkahwinan antara suku Banjar dan kaum Dayak termasuk pada peringkat raja. Tawau ). Sarawak (Kuching. orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Selangor ( Sabak Bernam. Perak ( Kerian.

Selain daripada itu Bagan Dato. Amuntai. Alai. Dari Batu Pahat. Hamandit. Indonesia di kawasan selatan Basin Barito. belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini. ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya. masyarakat Banjar boleh di dapati di beberapa kawasan pantai barat. mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani mahir dalam penanaman padi. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dan Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia. berkebun getah. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi. seperti peralatan pertanian dan senjata. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dipastikan. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. terutama sekali dari daerah Banjar Masin. tukang permata dan berniaga juga ditekankan oleh mereka. Perak juga di katakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu. Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimatan. Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak. Johor. Di samping itu. Sehingga kini. Mereka masih lagi menjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani. migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke-19. Pada masa itu. pekerjaan khusus seperti melukis. mereka berpecah ke kawasan lain. contohnya di daerah Batu Pahat. mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak. Margas. daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang. walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat. Satu hal yang agak menarik juga. tetapi menurut Afred Bacon Hudson merupakan pengkaji orang Banjar. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumantera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Johor. kelapa dan sebagainya. Bentan. iaitu pusat bandar daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan. Oleh demikian. terutamanya di kawasan penanaman padi seperti daerah 5 . kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di kawasan petempatan yang berdekatan di Malaysia. Pada masa kini.

telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Anumtai dari Amuntai. Bugis. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama mereka. Perak. Keningau dan Tawau. Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Kerinchi. dari daerah Alai. Begitu juga dengan orang-orang tua. Di Sabah orang Banjar terdapat di Sandakan. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan. Negara dan Kandangan dari daerah Hamandit. Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu tempatan. Minangkabau dan lain-lain lagi. mungkin hanya ada beberapa patah sahaja bahasa Banjar yang disebut. 5. Barabai. mereka hanya bercakap dalam bahasa Banjar sesama kenalan atau saudara yang sebaya dengan mereka kerana anak muda sudah tidak tahu berbahasa Banjar. teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana. fahaman kesukuan. Batak. orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa. Rawa. Kalau pun mereka faham tetapi mereka masih tidak mampu untuk betutur dalam bahasa Banjar. berani dan panas baran Kini. Tenom. 6 . Sabak Bernam dan Tanjung Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Mandailing. Sungai Manik dan Bagan Dato. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yang membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Kerian.0 CIRI-CIRI MASYARAKAT BANJAR Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah Melayu ini ialah sosio budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Banjar zaman sekarang sudah bercampur dengan loghat daerah.

mereka tidak ada adat merisik ini kerana dalam masyarakat Banjar zaman dahulu. keluarga lelaki berjanji akan datang ke rumah perempuan. Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar. Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.0 ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain. di Selangor. Perak dan daerah Sabak Bernam. Dalam majlis ini. Namun. 7 . dari segi pengamalan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sebelum upacara perkahwinan berlangsung. dan selalunya mereka datang selepas waktu Isyak. Buktinya. berkata upacara ini bermula apabila kedua-dua belah pihak berkenaan. seperti sepupu dan sebagainya. 6.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Sifat mereka yang suka merantau masih membara di jiwa mereka. tiada acara berbalas pantun antara kedua-dua belah pihak seperti yang popular dalam masyarakat Melayu lain. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjadi peserta. Khairi Muhammad Nor. Mungkin juga kerana kuatnya pegangan mereka kepada agama menyebabkan mereka menolak beberapa elemen tidak bersesuaian dan pembaziran. perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. perkahwinan dalam masyarakat Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah. pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian. di negeri Pahang. Pensyarah Jabatan Pengajian Jabatan Melayu. apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA mahupun FELCRA. Namun begitu. tetapi dalam suasana cukup ringkas. perkahwinan mereka berlangsung antara sesama saudara. Kini. orang Banjar juga banyak di dapati di kawasan-kawasan tanah rancangan contohnya.

satu majlis khatam al-Quran pengantin diadakan dan tetamu diberi bunga telur sebagai kenangan. pada hari persandingan itu juga. majlis perkahwinan selalunya diadakan selepas mengetam atau menuai padi. dalam suasana cukup ringkas di rumah Tok kadhi.ibu pihak lelaki akan menyuapkan gula kepada bakal pengantin perempuan menggunakan sudu agar segala percakapan yang manis sahaja diuatarakan dan bukannya kata-kata nista dalam perkahwinan kelak. sebaliknya hanya ada salam pengantin. “Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung. Ketika majlis persandingan ini berlangsung tidak ada upacara merenjis pengantin. Ketika tempoh menunggu majlis perkahwinan berlangsung atau sepanjang tempoh bertunang. sebaliknya boleh menggunakan beras yang diusahakan sendiri. Upacara „mandi adat‟ atau „berpapai‟ dijalankan ditempat khas yang dipanggil balai.000 atau lebih. Hal ini kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah membeli beras. tetapi sekarang mencecah antara RM5. Saya sendiri pernah melihat upacara ini semasa kawan sekampung saya berkahwin dahulu. ketupat. Persandingan adat Banjar begitu unik. Sekiranya pihak perempuan bersetuju. Pada setiap batang tebu itu pula diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang. menurut adat masyarakat Banjar. Selain itu. Di samping itu. 8 . dan pada setiap batang tiang diikat dengan empat batang tebu. ada bidan atau pembantu untuk memandikan pengantin dengan menggunakan upih pinang. Dalam kawasan balai.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN “Sebaliknya pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan mereka untuk meminang anak perempuan secara berterus terang. “Selepas rundingan. dan kuih cincin pada balai itu. Mereka disandingkan di tengah laman. Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk mandi bersama atau „mandi adat‟ dan acara ini dilangsungkan antara jam 5 hingga 6 petang. kedua-dua bakal pengantin dilarang sama sekali untuk berjumpa. “Dalam masyarakat Banjar.000 hingga RM7. masyarakat Banjar dulu biasanya menetapkan perbelanjaan hangus dan mas kahwin sebanyak RM300. Majlis akad nikah biasanya dilakukan pada waktu siang. mereka terus sepakat membuat perjanjian untuk menentukan tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. diperbuat daripada empat batang tiang. di atas buaian sambil dipersembahkan pencak silat sembah pengantin dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong.

ketujuh. menyediakan gula waluh dan ayam bapak.0 PANTANG LARANG MASYARAKAT BANJAR Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain. Jika ingin menyembahyangkan jenazah. kafan. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah 7. jika tidak cukup 40 oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi. kedua. Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah. ketiga. ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang 9 . gali kuburdan sebagainya. Jika suami yang meninggal dunia isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Mereka akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. ke-25.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Masyarakat Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai . Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh.

Dalam balutan tebal itu dimasukkan pelbagai jenis herba di dalamnya. Selepas bersalin. 8. Perkara ini disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang. Ada halia. Budaya berendoi mereka unik sekali. bayi diletak dalam buaian yang dihias indah. Penggunaan air pelongsor yang sekarang ini disebut air selusuh. anak kecil itu diraikan begitu istimewa. Lain ekniknya. Begitu juga apabila ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita. begitu popular dalam masyarakat Banjar dan masih digunakan sehingga kini untuk tujuan mudah melahirkan anak. jangan memalingkan muka atau membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain. Biasanya. Lain pula halnya dengan masyarakat Banjar. lain pula cara mengendalikannya tetapi semuanya menjurus kepada kaedah yang hampir sama iaitu adanya marhaban dan diikuti dengan tetamu yang hadir menggunting sebahagian rambut sebagai mengambil syarat upacara itu. Jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Apa saja cara dilakukan untuk memastikan dia selesa dalam sesak orang ramai. jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. wanita Banjar gunakan barut sepanjang bermeter-meter. Bau rempahrempah ini cukup wangi dan mengujakan. Melihat kepada bagaimana mereka meletak anak dalam buaian 10 . Orang Banjar pandai dengan pemilihan herba kerana di sekitar kampung memang ada bahan-bahan sebegitu. Banyak jenis makanan yangi tidak berani untuk memakannya terutama yang berangin dan sejuk seperti kacang panjang. Selain itu. makan ikan bakar bersama air asam bawang putih bersama lada.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT BANJAR Budaya berendoi dan cukur jambul sangat sinonim dalam masyarakat Melayu.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN lain. Diletak bantal di kiri kanan untuk manambah keselesaannya. Amalan dalam berpantang juga kuat diamalkan orang dahulu. jintan manis dan bawang putih. Jangan buat tidak endah sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Tangisnya cepat diredakan supaya tidak terasa tertekan dan gelisahnya ditangani sebaiknya. Hari-hari minum air halia. Pendek kata. Tempoh berpantang dalam masyarakat Banjar untuk ibu lepas bersalin adalah 44 hari.

Bayi akan rasa lebih selesa berbanding kaedah buaian biasa. Di mana saja. “Paling popular dalam masyarakat Banjar ialah wadai kepeng iaitu sejenis kuih dari tepung beras pulut yang diuli dengan air garam. Ia biasanya dibuat ketika menuai padi dan sebarang majlis gotong-royang kerana dapat menambahkan keseronakan dan kemeriahannya. suka meragam atau kena sawan tangis. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi. kalalapun (buah melaka). Paling sukar ialah menyediakan kalakatar iaitu sejenis makanan tradisional yang dibawa dari tanah Banjar . bakupung boleh menyelesaikan masalah itu. batil pisang (lengat) dan dadar gulung (ketayap). Jika kaedah buaian biasa. wadai kepeng.1 Makanan Tradisional Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. perut tidak selesa. Kaedah meletakkan anak dalam buaian pelik dan kelihatan menyeksakan.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN seperti menyeksa bayi. bayi diletak dalam buaian dengan cara sama. Prosesnya agak renyah 11 . cuma sekarang tidak ramai guna cara ini sebab tidak ada buaian kain di rumah. “Bayi seawal usia sebulan sudah boleh dipukung. Budaya itu dinamakan „bapukung‟ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dulu hingga hari ini. bayi terbaring dan melihat ke langit. mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Pendek kata. Harison Jafar. 8. 60. Memang nampak macam terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Sekurang-kurangnya bayi boleh melihat keadaan sekeliling dan tidak bosan. merengek. Ada yang sampai lebih setahun pun mahu dipukung. “Uniknya. bapukung membolehkan bayi duduk dan lihat ke depan sekali gus membuatkan dia rasa lebih selamat. tidak dapat bakupung. balungan hayam. tidak boleh lena. tidak kira di rumah atau di kebun. Wanita Banjar di Kampung Tebuk Mantau. Ada yang ketagih. bapukung ialah kedudukan bayi itu sendiri. berkata ada pelbagai jenis kuih dalam masyarakat Banjar dengan yang paling popular ialah kuih cengkaruk batu. “Jika kanak-kanak menangis. Semua orang Banjar tahu bagaimana buat bapukung. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Seperti juga orang Banjar. bapukung bukan sekadar kaedah buaian tetapi juga satu penawar. kalakatar.

Namanya pun timbul disebabkan proses memotongnya sedikit ketat dan melekat. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori. tanpa poket. Ini membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh kita makan. generasi berusia 50 tahun pun ramai tidak tahu membuatnya. Ikan yang menjadi pilihan masyarakat Banjar juga berkait rapat dengan pekerjaan mereka sebagai pesawah. Satu lagi makanan orang Banjar ialah wadik. Makanan ini jarang sekali dibuat kerana prosesnya yang memakan masa. ikan yang dijadikan wadik adalah ikan sawah seperti ikan sepat. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. manakala pekasam pula menggunakan garam dalam kuantiti yang kecil. Jumlah garam yang digunakan adalah lebih banyak yang menyebabkan ikan wadik tahan lebih lama (antara 6 bulan .EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN kerana menggunakan air kelapa muda dan boleh dibuat secara lengat atau dibakar. 8. berbeza dari pekasam buatan lain-lain etnik dari penggunaan garam kasar . Walau bagaimanapun. Bukan semua orang tahu membuat makanan tradisi ini kerana sekiranya ada tersilap sedikit. haruan. Wadik atau pekasam versi Banjar. jumlah asam yang digunakan dan ikan yang digunakan.2 Pakaian Tradisional Dari segi berpakaian. Bahagian dada terbelah berkancing tiga. keli dan puyu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan 12 . Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Ia bukanlah makanan popular tetapi lebih banyak dijual di kedai makan Ia juga menggunakan tepung beras pulut dan berintikan kelapa. Malah. ia tidak menjadi. Hanya orang tertentu yang pandai membuatnya dan kebanyakannya generasi lama. sekaligus disebut kalakatar. memang orang Banjar ada pakaian tradisinya dan kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Garam juga membuatkan struktur daging ikan lebih memejal dan ini membuatkan ikan wadik tidak mudah hancur bila di goreng.1 tahun). Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Balungan hayam lebih popular di kalangan peniaga. ikan sepat tetap menjadi pilihan untuk dibuat wadik. Oleh itu. Ia mempunyai bentuk di hujung seperti balung ayam.

iaitu sandal kalipik. Dalam suatu perkampungan suku Banjar terdiri dari pelbagai jenis rumah Banjar yang mencerminkan status sosial mahupun status ekonomi pemilik rumah. Pasangannya digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling. 8. Anjung merupakan ciri khas rumah tradisional Banjar. dan selop .3 Rumah Tradisional Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. mempunyai penekanan pada atap.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN kain sarung. Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935. Umumnya rumah tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan yang menjorok dari samping kanan dan kiri bangunan utama kerana itulah disebut Rumah Baanjung. 13 . Jadi nilainya sama dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai keraton. Dalam kampung tersebut rumah dibangun dengan pola linear mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri dari rumah yang dibangun mengapung di atas air. rumah yang didirikan di atas sungai mahupun rumah yang didirikan di daratan. sejenis sarung terbuat dari katun atau sutra bermotif garis-garis melintang dan membujur. ornamental. Sebagai penutup kepala digunakan kopiah dari kain beludru. baik pada lahan basah (alluvial) mahupun lahan kering. dominan seperti warna kuning. iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat dilengkapi dengan butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah. dekorasi dan simetris. sandal tali silang. Arkitektur tradisional ciri-cirinya yangmempunyai perlambang. Keagungan seorang pemimpin pada masa pemerintahan kerajaan diukur oleh jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-bangunan kerajaan khususnya istana raja (Rumah Bubungan Tinggi). Lelaki yang telah berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju palimbangan. Alas kakinya ada berbagai jenis. kain satin (kupiah Padang) atau kupiah jangang. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang. walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar yang tidak beranjung jenis rumah yang paling bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton (Dalam Sultan).

Secara kesimpulannya.4 Seni Tarian Tradisional Memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam masyarakat Banjar. berkemungkinan ia tidak dibawa ke sini. jika dilihat sekali pandang. bahasa Banjar yang asalnya berupa bahasa suku kaum juga menjadi lingua franca di kawasan-kawasan lain. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).0 BAHASA Bahasa banjar adalah satu bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh suku banjar di Kalimantan Selatan. tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Alabiu. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. 9. Hal ini kerana. iaitu Kalimantan Tengah dan 14 . sarat dengan aksesori. Tarian yang ditarikan mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut tetamu dengan kata-kata indah serta lemah-gemalai gerak seni tari yang dicipta melambangkan seni tari kreatif dan keindahan bahasa dilafazkan. Ulik tangan pun sekadar melentik ke kiri dan ke kanan penuh kelembutan. Kalua. Bahasa banjar adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. tarian yang memang lemah lembut ini sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya hanya menggerakkan tangan dan melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. Indonesia sebagai bahasa ibunda. Tidak seperti pakaian tradisi etnik yang lain.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 8. Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi berpakaian. orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang turut digunakan dalam persembahan budaya. Jika diperhatikan. Hal ini mungkin berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal. Alai dan lain-lain. Amuntai. Bahasa ini berasal dari provinsi Kalimantan Selatan yang terdiri daripada Banjar Kandangan. sebenarnya masyarakat Banjar mempunyai rentak muzik yang tersendiri kerana rentak yang diiramakan mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara hidup yang diamalkan. Selain Kalimantan Selatan. Tarian yang terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini dengan menyelitkan elemen kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain membuktikan bahawa etnik ini sangat mementingkan pengekalan busana asal masyarakat ini.

Alabiu. bahasa Banjar nampaknya terlalu banyak meminjam perkataan dari bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa asing. merupakan salah satu subdialek Banjar Hulu juga dan mungkin subloghat baik Banjar Kuala mahupun Banjar Hulu itu masih banyak lagi. bahasa Banjar sudah diajarkan di sekolah-sekolah di Kalimantan Selatan sebagai mata pelajaran setempat. dan Tanjung. Hulu Sungai selatan. Kini. Kalua. Jawa dan bahasabahasa Dayak. Bahasa banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu. Penutur dialek Banjar Hulu ini jauh lebih luas dan masih kelihatan beberapa kelainan subloghat lagi yang disebutkan oleh Amuntai. Martapura dan Pelaihari. Berdasarkan pengamatan yang ada. Bahasa Banjar dipercayai mempunyai hubungan dengan bahasa Kedayan (Brunei) dan sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar. iaitu kawasan Kabupaten Tapin. Namun demikian. jika dilihat banyaknya kelainan penuturan bahasa Banjar yang masih memerlukan penyelidikan lanjut dari para ahli dialektrografi sehingga bahasa Banjar itu dengan segala subloghatnya boleh diletakkan secara teliti dan tepat.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Kalimantan Timur serta di daerah Kabupaten Indragiri Hilir. Kandangan. Selain itu. para penutur bahasa Banjar dapat dikenal pasti adanya kelainan-kelainan dalam pengucapan atau perbezaan kosa kata sesama kelompok loghat iaitu Bahasa banjar Hulu Sungai atau Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala. Riau. 15 . perbezaan kelompok dialek Banjar Kuala dengan Banjar Hulu setidak-tidaknya ada dua perkara penting iaitu adanya perbezaan pada kosa kata tertentu dan perbezaan pada sebutan fonem tertentu. Hulu Sungai Utara ( dan Balangan ) serta Tabalong. Hulu Sungai Tengah. Loghat Banjar Kuala pada umumnya ditutur oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin. Den Hamer amat berpendapat bahawa bahasa yang dipakai oleh orang Bukit iaitu penduduk pedalaman pergunungan Meratus. sebagai bahasa perantaraan sesama suku. Di samping itu ada pula pada perbezaan nada dan tekanan meskipun yang terakhir ini bersifat tidak membezakan. bahasa banjar berada dalam kategori yang masih jauh dari kancah kepupusan kerana ia masih digunakan sebagai bahasa perbualan seharian oleh masyarakat banjar mahupun pendatang. Jika diperhatikan. Dalam perkembangannya. manakala dialek Banjar Hulu pula ditutur oleh penduduk daerah Hulu Sungai umumnya.

rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabot seperti karusi. masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana. perkembangan keperibadian dan corak pergaulan mereka. Keadaan inilah yang telah mempengaruhi Menurut beliau lagi.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Di bawah ini ditunjukkan perbezaan beberapa perkataan antara bahasa Banjar Hulu dan Banjar Kuala serta maksudnya di dalam bahasa Melayu. Justeru. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Banjar Hulu banyu dingin gani‟i ma-hurup Hingkat Arai Balalah Linger Tuti Kadai Uma Banjar Kuala banyu dingin Dangani ma-nukar Kawa Himung Bakunjang Tuang tadih / hintadi Warung Mama Bahasa Melayu air sejuk menemani membeli dapat / boleh senang bersiar-siar tuang tadi warung Ibu 9. Jadi bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. jarang berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Mereka merasakan orang-orang selain dari suku mereka dianggap “orang luar”. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja. mereka dapat mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam masyarakat ini. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka 16 .0 KEPERCAYAAN MASYARAKAT BANJAR Perkara ini sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Satu hal yang agak mustahak juga ialah. meja dan almari. mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok.

Nilai yang diberi ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahlian dalam ilmu-ilmu agama Islam. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi. Tambahan pula. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk menanam padi. Sebagai contoh. Disebabkan kebanyakan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman padi. Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca Al-Quran . 17 . maka terdapat satu budaya yang dinamakan “berderau” bagi aktiviti penanaman padi ini. kebanyakan orang banjar yang berhijrah ke tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan orang Banjar. jika tuan pemilik tanah sawah padi ingin menanam padi. mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu agama yang lain. penanaman padi bermula. terdapat 10 orang yang datang untuk membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu pula 10 orang itu menanam padi mereka. tidak hairanlah bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam kehidupan mereka. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti Aktiviti ini diadakan apabila musim penanaman padi secara berkumpulan.

Namun begitu.Sabak Bernam dan di Johor boleh didapati di Batu Pahat. kami rasa berbangga kerana dapat bersama-sama hidup dalam kalangan masyarakat Banjar ini. guring dan pengulir. Tambahan pula. kebudayaan dan bahasa etnik Banjar ini. kemungkinan bahasa ini akan lenyap terus dan tinggal sejarah sahaja. Adalah sesuatu yang dianggap mustahil untuk melihat beberapa budaya lama. contohnya Pertubuhan Banjar Malaysia atau lain-lain pertubuhan Banjar memainkan peranan yang penting.membuktikan bahawa masyarakat Banjar masih ramai lagi terdapat di daerah Kerian iaitu daerah yang kami diami sekarang. Di Malaysia kaum Banjar ramai tinggal kawasan Bagan Serai. Begitu juga dengan adat budaya dan pantang larang. Sungai Manik. mereka tidak tahu dan kurang faham dengan bahasa Banjar. mungkin ada yang sama seperti etnik yang lain. ada juga perkataan yang digunakan dalam bahasa banjar sama dengan bahasa Melayu dan dialek lain. Dari kajian yang di buat ini. benarlah bahawa masyarakat Banjar sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada 18 .0 RUMUSAN Sebenarnya banyak lagi budaya masyarakat Banjar yang dibawa dari Banjarmasin tetapi semakin tidak diamalkan.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 10.Masyarakat Banjar bukan sahaja dari rumpun melayu yang kaya dengan budaya dan adat malah mereka juga mempunyai keistimewaan dan sejarah tersendiri. contohnya seperti bahasa Jawa. Masyarakat Banjar kini kurang bertutur bahasa Banjar . Sekiranya warisan ini tidak dipelihara. malah tidak ramai juga yang mampu berkongsi cerita tentang adat budaya masyarakat banjar dewasa ini. Kaum Banjar dapat dikenali melalui warna kulit sawo matang agak keputih-putihan dan mempunyai kelopak mata yang agak sepit. Teluk Intan dan Parit Buntar di Perak Sekincan. jika pihak pertubuhan. Melalui pendokumentasian ilmiah ini. Justeru itu. Begitu juga dengan generasi banjar kini. hanya golongan tua sahaja yang masih bertutur menggunakan bahasa Banjar. masyarakat Banjar ini semakin terhakis. Anak cucu orang Banjar zaman sekarang tidak lagi tahu berbahasa banjar. Namun begitu. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang dapat difahami oleh generasi muda kini seperti kulaan. mungkin dapat terus memelihara segala adat resam .

Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. 19 . Kesimpulannya. etnik Banjar juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN identiti dan cara hidupnya yang tersendiri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful