You are on page 1of 5

Menangani Konflik Keluarga Fauwaz Hasbullah Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...

barangkali ini boleh dijadikan perumpamaan berkaitan masalah dalam sesebuah keluarga. Memang tiada siapa yang menginginkan keluarga yang dibina dengan bahagia akhirnya atau sering berlaku konflik. Sesebuah keluarga itu tidak boleh lari dari dari menghadapi konflik, namun yang paling penting ialah bagaimana sesebuah keluarga itu mengurus konflik yang dihadapi dengan baik demi masa depan keluarga tersebut. Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan negara. Institusi kekeluargaan harus ditadbir dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian negara. Pelbagai permasalahan sosial seperti perceraian, peningkatan kadar jenayah seksual, kelahiran anak tak sah taraf, penagihan dadah, keruntuhan moral dikalangan remaja adalah diantara berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Apakah konflik keluarga? Konflik biasanya berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama, bagaimana keputusan harus dibuat ataupun hilangnya rasa hormat antara satu sama lain di kalangan ahli keluarga tersebut. Perbezaan-perbezaan ini memberi kesan ke atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga. Dalam keluarga, sebarang isu boleh bertukar menjadi konflik. Sebuah keluarga boleh bergaduh mengenai isu yang bersifat tunggal, jelas ataupun yang melibatkan hubungan seperti kuasa, kasih-sayang dan autonomi pasangan. Tidak dapat dinafikan adakalanya ia bermula dengan isu-isu kecil seperti si isteri tidak sediakan air ketika suami balik. Kerana itu Rasullullah amat pentingkan proses pendidikan dalam membentuk sesebuah keluarga terutama melibatkan hubungan antara pasangan;
"Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita-wanita kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok iaitu yang paling atas. Jika kamu hendak luruskan nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia, tetaplah dia bengkok kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita." (Hadis muttafa'alaihi dari Imam Bukhari).

Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi biasanya menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya isu-isu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang

besar" kerana perselisihan faham disebabkan masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah tangga.

Suami isteri yang berkongsi kehidupan bertahun-tahun, malah sehingga akhir hayat pasti tidak dapat lari daripada menempuh pelbagai dugaan berumah tangga. Kadangkala, perkara kecil terbawa-bawa menjadi kes besar, bermasam muka dan berbalah. Malah, sesetengahnya sanggup mengeluarkan perkataan kesat, maki hamun, mengungkit dan membaling pinggan mangkuk dan periuk belanga. Pertelingkahan atau konflik rumah tangga semakin menjadi-jadi, malah berpanjangan dari semasa ke semasa jika pasangan terbabit tidak mencapai kata sepakat dan persefahaman, apa lagi jika saling menunjukkan keegoan. Konflik juga merupakan satu ujian atau dugaan dari Allah kepada seseorang atau ahli keluarga. Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Alwi Parman, berkata pertelingkahan berlaku sebagai satu cubaan kepada pasangan terbabit kerana ada dosa dengan Tuhan yang mungkin tidak disedari pasangan terbabit.Berdasarkan kajian terdapat pelbagai punca konflik yang timbul dan meruncing dalam keluarga. Di antaranya adalah seperti berikut;1. Mengabaikan pendidikan agama 2. Pengurusan ekonomi keluarga yang tidak mantap 3. Kurangnya kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak. 4. Campurtangan keluarga 5. Wujudnya pihak ketiga 6. Berlaku keganasan di dalam rumahtangga. 7. Kegagalan suami isteri menguruskan masa dengan bijak. Punca- punca ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada institusi keluarga tersebut sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang seperti;
1. Suami/isteri/ibu bapa mungkin bimbang tentang keselamatan atau

kehidupan pasangan atau anak mereka semasa berada jauh dari rumah. 2. Kanak-kanak mahupun orang dewasa mungkin boleh mengalami mimpi buruk, trauma atau takut bahawa krisis yang baru akan menimpa diri mereka atau keluarga.
3. Anggota keluarga yang lain mungkin akan marah kerana ketakutan dan

kegelisahan yang mereka alami. Seringkali emosi mengatasi rasional.perasaan ini mungkin diarahkan kepada anggota keluarga yang terlibat, terhadap satu sama lain atau terhadap orang di luar keluarga.
4. Anggota keluarga mungkin akan hilang kepercayaan dan

keyakinan dalam diri sendiri ataupun terhadap orang lain. Dunia

dirasakan seolah tidak selamat lagi, kebajikan mereka sendiri mungkin seakan-akan tidak pasti, segalanya mungkin dalam hidup ini seperti sukar untuk dihadapi 5. Kanak-kanak juga akan meluahkan perasaan ketidakpastian mereka melalui kenakalan, perubahan sifat yang ketara seperti kemurungan, tabiat makan, tidur dan sebagainya. 6. Kemungkinan berlakunya kekacauan emosional, kemarahan, rasa bersalah, kesedihan, kelakuan yang tidak diduga atau tingkalaku yang tidak wajar dikalangan ahli keluarga yang menghadapi konflik.
7. Masalah komunikasi semakin sulit dan wujudnya halangan dalam

perhubungan kerana kesan terhadap kemarahan dan kesedihan akibat konflik telah mempengaruhi ahli keluarga.

Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan, kecuali mati. Sepertimana firma Allah (94: 5-6) ..Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Oleh yang demikian perlu ada kesungguhan dan keyakinan terhadap Allah dalam usaha untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga. Antara perkara yang boleh dilakukan dalam usaha untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi ialah;
1. Tingkatkan kefahaman dalam mendalami selok belok agama. Amat

penting bagi kita semua kembali menghayati dan menerapkan asasasas agama dalam diri sendiri dan keluarga. Penghayatan kepada konsep ketuhanan akan membentuk keluarga yang tauhidik dan secara tidak langsung mampu untuk memandu sesebuah keluarga untuk memahami peranan dan fungsi keluarga dalam Islam.
2. Pulihkan komunikasi. Cuba bercakap atau berbincang tentang apa

yang sedang berlaku, bagaimana perasaan ahli keluarga, apa yang diperlukan antara satu sama lain, bagaimana masalah keluarga ini boleh diselesaikan. Ini perlu bagi mengelakkkan perasaan terasing, sunyi dan kemunrungan. Cuba cari jalan untuk berkomunikasi dan jangan jadikan ia sebagai satu kebetulan. Elakkan daripada terlalu emosi bila berkomunikasi. 3. Berkongsilah maklumat dengan anak-anak, adik beradik atau ahli keluarga yang lain. Mereka mengetahui bahawa sesuatu sedang berlaku dan kenyataan yang pahit lebih mudah dihadapi berbanding dengan kerisauan atau ketakutan yang tidak diketahui.Perlu dielakkan daripada mengeruhkan keadaan seperti menghasut atau menyalahkan satu pihak.

4. Penting bagi memastikan peranan anggota keluarga yang lain jelas.

Jangan biarkan kanak-kanak menerima atau memikul tanggungjawab terlalu lama, walaupun mereka ingin menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang lain yang dalam kesusahan. Bantulah dan sokonglah anggota keluarga mengekalkan peranan mereka. Fahamilah apabila ada anggota keluarga lain tidak dapat memainkan peranan mereka buat seketika dan bercakaplah dengan mereka agar mereka boleh memainkan peranan mereka semula bila telah bersedia.
5. Bergiatlah atau lakukan sesuatu. Tangani masalah, cuba dapatkan

bantuan, carilah maklumat dan jangan membiarkan isu-isu kecil bertimbun. Apa sahaja penyebabnya, ketegangan akan mengakibatkan pelbagai masalah. Faktor ketegangan tidak akan membantu, malah makin bertambah dan akan mengakibatkan segalanya lebih buruk daripada yang sebenarnya berlaku
6. Galakkan anggota keluarga yang bermasalah untuk meluahkan

perasaan. Berilah sokongan kepada anggota keluarga yang gelisah dan berilah mereka masa untuk memahami perasaan mereka. Mereka mungkin mengutarakan kegelisahan berkali-kali sebelum ini dan tiada respon dari anggota keluarga yang lain. Memendamkan perasaan boleh memindahkan perasaan kepada tingkahlaku di luar kawalan
7. Perlu dapatkan kaunseling, mediator atau orang tengah. Cuba

hubungi kumpulan sokongan, anggota keluarga lain, teman,jiran, rakan sekerja. Pastikan keluarga tidak terlalu terasing dan terlalu terlibat dalam diri sendiri. Bincangkan pengalaman anda dengan orang yang anda percayai. Anngota keluarga yang lain perlu melihat masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan bukan menambahkan lagi konfllik. Kebanyakan keluarga mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu krisis. Namun perlu untuk memahami kesan daripada krisis dan menangani kesan tersebut dengan sebaik mungkin.
8. Banyakan melakukan amalan-amalan solat sunat. Banyakkan berserah

kepada Allah dan akui serta sedar bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah. Berdoalah agar diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini dan insafilah keatas kesalahan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan walaupun kecil. Dalam mengharungi cabaran semasa, membina sebuah keluarga yang bahagia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang penting. Pengaruh

persekitaran yang pelbagai ini boleh mewujudkan konflik dalam sesebuah keluarga. Apa yang yang penting adalah pengukuhan aqidah diri, penyemaian benih-benih didikan agama amat kritikal . apabila sesebuah keluarga itu diasaskan dengan didikan agama yang kukuh, tentunya setiap ahli keluarga mampu memainkan peranan yang terbaik dalam menangani konflik dalam keluarga dan seterusnya membina sebuah keluarga sakinah wa rahmah.

You might also like