You are on page 1of 15

Mohammad Akmal Alif B.

Azman PPISMP PJ/BI/BM Semester 2 tahun 2009

Dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Dahulu, latihan yang dilakukan, di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal.

Gimnastik Moden , seperti yang dikawal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa menggabungkan enam disiplin yang berbeza:

Gimnastik artistik Gimnastik berirama Sukan aerobik

Sukan akrobatik
Trampolin Gimnastik Umum Power Tumbling

Dalam proses perkembangan sukan gimnastik, jumlah guru pendidikan jasmani ditambah di sekolah rendah manakala mata pelajaran gimnastik dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan.

Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan Program Pembangunan Bakat dan menyediakan latihan kepada 14,570 atlit muda dalam 37 acara sukan termasuklah sukan gimnastik. Bagi tujuan ini, pusat latihan dan jurulatih untuk Program Pembangunan Bakat telah ditambah.

Program pembangunan sukan sekolah terus diperkukuh termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada, membina dua sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa serta penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan

Satu program khas sukan gimnastik telah diperkenalkan untuk jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program pembangunan atlit manakala bekas atlit dan atlit sedia ada yang berpengalaman digalakkan untuk mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih.

Program Persediaan Atlit Gimnastik diteruskan lagi dengan mempersiap para atlit gimnas Malaysia ke sukan yang lebih berprestij seperti Olimpik, Komenwel dan Sukan Asia.

Bagi tujuan ini, program latihan intensif dan khusus telah dianjurkan bagi memastikan kejayaan penyertaan atlit gimnastik Malaysia.

Pencapaian: 2003: Memenangi empat emas pada Sukan Sea Vietnam; dua emas pada Kejohanan Gimnastik Antara Bandaraya 2005: Memenangi satu emas dan satu perak pada Sukan Sea Manila; mendapat tempat ke-34 daripada 82 gimnas dalam Kejohanan Gimrama Corbeil Essones di Perancis 2006: Memenangi empat perak pada Sukan Komanwel 2006 Durratun Nasihin Rosli

Pencapaian:

Tempat ke-35 keseluruhan di Kejohanan Gimnastik Dunia di Anaheim, Amareka Syarikat.


4 pingat Emas di Sukan SEA , Manila. 1 pingat perak di Sukan Asia Gimnas olimpik Malaysia Ng Shu Wai

You might also like