You are on page 1of 9

JENIS JENIS PEMIMPIN

1. Kepimpinan Demokratik Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa.

2. Kepimpinan Autokratik Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.

3. Kepimpinan Lepas-Bebas Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Selain itu, pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga

tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpinpemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal. Ketiga-tiga gaya kepimpinan di atas adalah penentu kepada bentuk kuasa dan juga penjalanan politik dalam pentadbiran di sekolah. Oleh itu terpulanglah kepada para pentadbir gaya kepimpinan yang mana jadi amalan mereka selama ini. Sebagai rumusannya, memang tidak ada satupun jenis kepimpinan yang terbaik kerana aplikasi gaya kepimpinan itu juga bergantuk kepada amalan kerja dan sikap individu dalam sesebuah organisasi. Cuma apa yang dapat diperkatakan di sini, semua pentadbir seharusnya dapat menghindarkan diri daripada menjalankan kuasa dan politik yang berunsurkan kepentingan diri sendiri. Ini kerana amalan seumpama itu akan melunturkan sikap saling mempercayai di antara satu sama lain yang akhirnya meruntuhkan sistem politik organisasi yang cuba dibangunkan. Wallahualam..

4. Kepemimpinan Biokratik Kempimpinan biokratik amat berstruktutur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin Biokratik menggunakan kuasa rasmi yang diberi kepadanya melalui perlantikan jawatan untuk menerajui sesebuah organisasi. Tujuan kepemimpinan boikratik dalam sesebuah organisasi formal bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan menggunakan pendekatan rasional. Model kepemimpinan biokratik tulen mengikut Weber (1989) dalam buku ,Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional-pemimpin, memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti :1. 2. 3. 4. 5. 6. Organisasi berasaskan matlamat. Pembahagian bidang pengkhususan. Struktur berhierarki. Mementingkan peraturan dan tertib Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang.

Aplikasi kepimpinan biokratik amat nyata dalam bidang organisasi sekolah dan Institusi pendidikan. Antara ciri-ciri kepemimpinan biokratik dalam organisasi sekolah ialah:1. Struktur organisasi yang berhierarki dengan Guru Besar berada di pucuk kepemimpinan. 2. Guru guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing. 3. Mempunyai satu peraturan sekolah dan jadual waktu akademik yang patut dipatuhi. 4. Ketua bidang atau panitia mata pelajaran akan bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan atau sukatan yang telah ditetapkan. Guru besar yang mengamalkan kepemimpinan biokratik biasanya akan memastikan segala proses dan prosedur yang diamalkan oleh organisasi dipatuhi dan dituruti sebelum memulakan sebelum sesuatu tugas itu ditujukan kepada pihak yang lebih tinggi. Selain itu, pemimpin biokratik juga mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya dengan memestikan kualiti kerja dipelihara dan matlamat organisasi dicapai.

Jenis-jenis Kepimpinan

Teori Gaya Kepimpinan


seorang yang dogmatik dan positif, memerlukan pekerjanya untuk menurut perintah yang diarahkannya dan memimpin mengikut kebolehnya untuk menarik balik ganjaran kerja serta hukuman.

Autokratik Demokratik Laissez-faire

menggalakkan penglibatan dan penyertaan dari pekerjanya tentang tindakan dan pembuatan keputusan.

melibatkan sedikit penggunaan kuasanya dan memberikan pekerjanya kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka.

Kepimpinan Autokratik Kepimpinan autokratik ini juga dikenali sebagai kepimpinan kuku besi yang mana gaya kepimpinan yang mementingkan status dan kedudukan. Pemimpin seperti ini akan membolot semua kuasa yang diberikan kepada kumpulannya Kepimpinan Demokratik Demokratik kuku besi : mereka yang mengambilkira pendapat orang bawahan apabila membuat keputusan tetapi mereka akan perhatikan kerja orang bawahan mereka dengan teliti serta terperinci.

Demokratik bebas : pemimpin yang membenarkan orang bawahnnya memberi pandangan dan kritikan sebelum membuat keputusan. Kepimpinan Kerja Pemimpin dalam kepimpinan kerja mementingkan kerja dan kepimpinan yang dipimpinnya. Mereka banyak melakukan aktiviti merancang dan melaksanakan kerja, mendorong orang bawahan supaya mematuhi segala peraturan, membuat sasaran kerja yang perlu dicapai, menerangkan dengan jelas pembahagian tugas dan tanggungjawab antara ketua. Pemimpin dalam kumpulan ini tidak mementingkan hubungan dengan kumpulan yang mereka pimpin dan hanya mementingkan peningkatan kecekapan dan prestasi. Kepimpinan Manusia Mereka memfokuskan kepada aktiviti membina hubungan kemanusiaan antara dirinya dengan orang-orang yang berada di bawah pimpinannya. Biasanya pengikut akan menyukai mereka kerana pemimpin ini mengutamakan kebajikan dan memberikan banyak penerangan. Teori Kepimpinan Transformasi Bryman (1992) menyatakan kepimpinan trasformasi merupakan proses

berlakunya perubahan dan transformasi dalam setiap individu yang melibatkan nilai, etika, piawaian dan matlamat jangka panjang bagi setiap individu. Pemimpin pada transformasi ini melibatkan motif para pengikut, memberi kepuasan kepada kehendak setiap individu dan melayan setiap individu sebagai individu yang sama.

Ciri-ciri pemimpin transformasi Membantu organisasi supaya dapat melaksanakan perubahan positif. Mempunyai visi dan misi. Diyakini, dihormati, ditaati dan disanjungi para pengikut. Berupaya mengemukkan wawasan-wawasan baru dan menggerakkan seluruh tenaga kerja bagi menerima wawasan-wawasan baru untuk bersatu dan bekerjasama. Melakukan tugas dan tanggungjawab transformasi orang dan organisasi yang dipimpin. Memberikan visi dan misi serta perjuangan yang jelas kepada organisasi yang dipimpin. Teori Kepimpinan Karismatik Kepimpinan berasakan kepada sifat peribadi manusia yang menarik yang ada pada seseorang. Max Weber menyatakan karisma adalah bentuk pengaruh yang bukan berbentuk kuasa tradisi atau formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan sifat-sifat luar biasa. Pemimpin yang mempunyai karisma boleh menarik pengikutnya untuk mencapai visi dalam kepimpinan.

Teori X dan Teori Y Konsep teori yang telah diperkenalkan oleh Douglas Mc Gregor pada tahun 1960 Perbezaan gaya kepimpinan seseorang adalah bergantung kepada tanggapan pemimpin terhadap orang bawahnya. Teori X adalah pemimpin yang berkesan apabila mereka memimpin secara autokratik dengan menggunakan pendekatan carol and stik atau pemusatan tugas. Teori Y menyatakan pemimpin yang berkesan adalah mereka yang

menggunakan kepimpinan demokratik dan memberikan keutamaan kepada faktor manusia.

Bibliografi :

Anonimus. (2011). Jenis-Jenis Kepimpinan. Diakses pada March 4, 2013 daripada http://nadiawatan-club.blogspot.com/2011/04/yang-mana-satukah-jeniskepimpinan-anda.html

Gagasansahabatku. (2012). Jenis Jenis Pemimpin. Diakses pada March 4, 2013 Daripada http://gagasansahabatku.blogspot.com/2012/03/jenis-jenispemimpin.html

You might also like