Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu Pendahuluan: Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari

jalan penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh muridmurid tahun 4. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4 memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU. Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal

Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal. lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini. akhiran dan apitan. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. 2. Kelemahan ini juga berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan. Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat. Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah: .0 FOKUS KAJIAN. Melalui pengalaman saya. terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 46) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat.

murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. . .Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat. Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk: 3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang diberi. tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Keadaan ini juga akan membantu muridmurid lebih mudah menulis karangan kelak.. 3. . akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan.2. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan.1 Objektif am: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan. saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul. akhiran dan apitan.murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. 3. 3.

3. 5. 4.1. Selepas saya menyemak kertas ujian pra.2.0 KUMPULAN SASARAN.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 5.1 Tinjauan masalah: Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini.1 Ujian Pra: Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan. akhiran dan apitan.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki Melayu dan 15 orang murid perempuan Melayu dalam Tahun 4. saya dapati murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi. 3. 5.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat 3.0 PELAKSANAAN KAJIAN. . Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang diberi.2.2.

7 6. Sebagaimana biasanya.3 16.2 Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu muridmurid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.3 33.7 100 Bilangan Sampel Peratus (%) .1.1 Analisis Ujian Pra: Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra Pencapaian (Gred) A (80 – 100) B (60 – 79) C (40 – 59) D (20 – 39) E (0 – 19) JUMLAH 3 10 10 5 2 30 10 33. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. 5.2 Analisis tinjauan masalah: 5. murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguhsungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.5.2.

7 %). 5. 20 mengganggu 5.Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan.Berdasarkan Jadual 1. soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %).2. soalan 10 (90%).7% (23 orang) murid telah lulus dan 23. Soalan– soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.3 Tindakan yang dijalankan: Dalam melaksanakan tindakan. 76. saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah: .Mengenalpasti perkataan berimbuhan .2 Analisis pemerhatian: Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.Bercerita .Membina ayat .3% (7 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.Ujian Pos . akhiran dan apitan) . Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar Tingkah laku Kesungguhan Kurang mengambil bahagian Kurang berbual kawan) tumpuan dan Peratus % 50 30 (bermain.

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian: 5. Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Afida. “Mengapa kamu tidak makan coklat itu. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Sebaik sahaja loceng berbunyi. . Cikgu Afida telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi. Musa menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Musa. Coklat pemberian Cikgu Afida itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Musa?” Tanya Cikgu Afida. Akhirnya. Hari ini sekolah Musa mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.4. Mujib memegang coklat itu eraterat.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan: i. Musa terus pulang. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan. Musa terus teringat akan coklatnya itu. Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Musa terlena di dalam biliknya. “Ibu.” kata Musa.

Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan .3 40 6. bersihkan. iii.79) C (40 – 59) D (20 – 39) E (0 – 19) Peratus % 10 43. Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan Markah A (80 – 100) B (60 . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.6 0 . Pemerhatian : Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan.ii. membersihkan) v Saya memperdengarkan semula petikan cerita vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan. iv.

Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di .imbuhan yang hadir selepas kata dasar 3.imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar 4. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Apitan . (Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan.imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar. Sisipan .6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan. Akhiran .4. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar 2.Jadual 3 menunjukkan hanya 6. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Refleksi : Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita. 5. 1. Saya membacakan petikan cerita TABUNG BULUH HANIM Hanim baru saja balik dari sekolah.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan: i. akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan) ii. iaitu.

bawah katil. Dalam masa yang singkat. wang di dalam tabungnya sudah banyak. Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. iii. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu. Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Hanim tersenyum gembira. Pemerhatian : Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut: Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan Markah A (80 – 100) B (60 . Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu.79) C (40 – 59) D (20 – 39) Peratus % 25 55 20 0 . Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaran yang diberikan. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

(Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok pisang) v.E (0 – 19) 0 Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah. ii. Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. 5. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.3 Aktiviti 3 : Membina ayat: i. Refleksi : Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan. iv. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat. . Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P . Murid menyatakan apa yang dilihat.4. (Contoh :Monyet nampak buah pisang masak) iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.

6 56. Refleksi : Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan muridmurid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian. Murid dikehendaki menjawab semua soalan.vi. Kertas Ujian Pos disediakan. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. 5. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti perbincangan Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid Aktiviti Perbincangan Membaca Bilangan murid 22 26 % pencapaian 43. murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar.4.4 Pemerhatian : Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah.4 Aktiviti : Ujian Pos: Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. .

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.imbuhan akhiran Bahagian C .Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.imbuhan apitan Bahagian D .7 Refleksi : Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat .3 50 16. Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.Bahagian A .Imbuhan awalan Bahagian B . Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan.5 Refleksi keseluruhan: Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara.membina ayat Bahagian E . 5.79) C (40 – 59) D (20 – 39) E (0 – 19) Bilangan murid 10 15 5 % 33. Markah A (80 – 100) B (60 .

6 %) 7 (33.4 %) 30 (100 %) 30 (100 %) Ujian pos 30 (100 %) Berdasarkan Jadual 7 di atas. akhiran dan apitan yang betul dalam . 6. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. 76. Manakala dalam Ujian Pos.0 Cadangan kajian seterusnya. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.selepas tindakan diambil. Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan. Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus Pencapaian Lulus Gagal Jumlah Ujian pra 23 (76. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan . Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid.

Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. .