You are on page 1of 11

Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam AS.

Dan kita juga terlalu tahu


tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita
sudah tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui akan tentangnya
itu dan Insyaallah dapatlah kita mempelajari tentangnya bersama-sama. Berpesan-pesanlah
pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran (Al-A'ssr)

NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/Bapa segala manusia)


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk
mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke
bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi kuathir
Adam jadi maksiat kepada Allah.Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-
apa, mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas
itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi alangnya jawapan bumi masih tidak berganjak,
dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: " Hai Izrail
engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah
dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah
dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,
maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah
berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di
belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka kuathirlah Izrail
kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab,
terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis


2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima
nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan
sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada
Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air
hanyir,angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai
macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam
"Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum
dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur
Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan
Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas
dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah
menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun
masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti
warna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada
warna kulitnya. Sebagai peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah
sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau
liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya
di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua
macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan


2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200
tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untul memasukkan roh ke dalam tubuh
Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk
mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya
dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan
melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih
merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan
kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan
suara merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah
Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah.itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat
Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat
Allah"Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulllah" dan orang
yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian
badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka
tergesa-gesa (tidak sabar).sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu,
suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunanisi perut dengan
sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terusroh itu meresap sampai ke seluruh
tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan
sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-
kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk
manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang
begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun la
diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa
ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa
Selamat)

Renungan
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta
setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

People will forget what you said,


People will forget what you did,
But people will never forget how you made them feel.

[Non-text portions of this message have been removed]

Iktibar Buat Mereka Yang Murtad


KETUA PADERI SELURUH SABAH MASUK ISLAM
(Rev. Thomas Laiden - Ust.Tajuddin Othman Abdullah)

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan


yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup
mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.

Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei


-------------------------------------------------------------------------

AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir
yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang
akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang
tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDU LLAH, seorang bekas
paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi
paderi.

Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian
Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak


mengetahui selok-belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji,akhirnya Allah
memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas
di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan
JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto
WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri),
Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

-------------------------------------------------------------------------

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan
berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.Saya mendapat pendidikan di
Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh
Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai
paderi di Vantiken.

Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.Pada tahun 1988
saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja
Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu
kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan
harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal
dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian,
Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan
Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam
keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi
yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, sayaTerfikir
apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui
agama yang saya anuti.

Konflik Diri Yang Tidak Terbendung


Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar
iaitu untuk mengampunkan dosa manusia.

Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa
manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskanAllah, mereka ini tidak sanggup
mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius
membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi
masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya
pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama
tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope
John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang Memusykilkan saya
sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia
terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri,
kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad
saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.

Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah
melakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi,
maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang
saya merasakan diri saya mempunyai dosa.

Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri
mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah
dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak
mempunyai dosa." Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu
pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi
untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata
agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan."
Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa
Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa?(Allah)." Beliau mengatakan
Jesus itu Tuhan.Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."Jadi saya
katakan padanya "kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus
dosa semua manusia?" Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas
awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian. Saya katakan padanya,
"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya
membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai
seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu
bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak
boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Didalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air
suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk
menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini.
Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti
apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau
langsung tidak boleh mengucap,hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi
dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan
Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yangmeminum air tersebut dapat
melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktortersebutmeminumnya, akhirnya beliau memeluk
Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian
agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.

Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau
menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke
gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup
dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya Surah Al-Kahfi di samping memintanya
mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin
pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah
sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali
mengucap dan terus menangis.

Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara
memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada
agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa.
Kekuatannya hanya pegangan akidah.

Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang
membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang
sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya
pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun
yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian
boleh makan tubuh tuhan? Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti
Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana
tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak
boleh dipertikaikan lagi.

Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia
seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang
kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik
yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi
yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka
yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang
baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama
Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius
kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara.
Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak
ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama
Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan
kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di
dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat
mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi
(perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut
mengatakan kepada saya, "Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi
kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan.
Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan kuncinya
diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan yang
diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya
dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada
saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan
kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan
kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan
mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan
tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui
semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap
paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang
diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan membaca isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang
menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada
mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati
saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab
tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai
pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan
Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa
tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara
mengangkat sumpah. Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir,
apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya?
Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas
di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang
(dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan
Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang
saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku.
Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak
sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan,
diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini.
Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku".
Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-
pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi
tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya
merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang
benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan
saya, orangnya Masya Allah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan
bumi. Saya bertanya kepadanya, "Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak
layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya
sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di
dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani
katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan
kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan
saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk,
tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)".
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke
dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar.
Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya
bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia
membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke
satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah
masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya
menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui
imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu
juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri
Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."
Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal
dia
tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnya
imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masukIslam sekarang sebab awak perlu mengisi
borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam". Dengan agak
kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang
masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk
masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan
tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan
bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah.
Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Kekuatan Diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja,
orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai
tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu
kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan
mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak
sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti
kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli
keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya
panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka
katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya
katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk dimakan.
Saya membuat pengumuman kepadamereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa
saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12
tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya
tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah
Islam." Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi
mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid
bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang
Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya
beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-
rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang
kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat
atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus
meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu
bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad
(keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah
seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya
saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan
pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur
sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke
hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak
prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan
meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin
Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di
Ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang
cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata
berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi
perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan
dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka
akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah
agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sanaorang Kristian murtad kenapa ianya tidak
terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang
susahnya.

Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya
mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah
mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang
tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang
mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi
dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji
bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah
serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup
melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi
mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar
orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga
sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi
cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan
ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke
sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di
seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk
menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.

Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun
tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad
diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan
acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada
lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara
Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka.
Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk
mereka memeluk Islam adalah sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing
mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan
orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan
soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang
bijak.

Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di
Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut
tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama
mereka masih ada dalam simpanan saya.

Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka
berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya
mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam


Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad
sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad
dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah
dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di
Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang
memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya; "Wahai
Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada
mengatakan di dalam salah sebuah ayat-Nya yang bermaksud; "Tidak akan masuk syurga
melainkan orang- orang yang beragama Yahudi dan Nasara". Sekarang kami pendakwah Kristian
mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus
Khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan olehTuhan-
mu itu". Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran
bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini
jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir
separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun
baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah
boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-
Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan
Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu
hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu
adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu
bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan
tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah
memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa
walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah.
Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"

Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya
bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah
pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?


Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki
lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki
lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.

Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu
yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan
saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama-nama
tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak
boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila
Seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita? Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau
memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka
tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu
saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong
buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau
memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan
beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya
dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut
dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana
seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang
mudah dipengaruhi.

Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling
mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk
Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat


'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka
beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan
berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'

You might also like