You are on page 1of 5

KUMPULAN 5 SK ASPEK TATABAHASA RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA Mata Pelajaran dan Kelas Tema/Tajuk Masa Standard

Pembelajaran Objektif Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 Bestari Kesihatan dan Kebersihan - Bersih dan Sihat 7.45 8.45 pagi (1 jam) 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung gabungan dengan betul mengikut konteks Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Menggunakan 4 daripada 5 kata hubung yang diberi dengan betul mengikut konteks. 2. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 4 ayat menggunakan rajah tukar ganti yang diberi. 1. Menyanyi lagu Bangun Pagi. 2. Menyebut kata hubung yang terdapat di dalam lagu secara kelas. Guru membetulkan kesalahan murid. 3. Membaca kad kata hubung yang ditunjukkan satu persatu 4. Membina ayat majmuk berpandukan rajah tukar ganti yang disediakan oleh guru. (didik hibur) 5. Menulis ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang betul. 6. Aktiviti Pengayaan. 7. Menyanyikan semula lagu Bangun Pagi. Nilai Murni berbudi bahasa, jujur Keusahawanan sikap dan pemikiran keusahawanan TMK paparan slaid Radio/komputer, kad perkataan, lembaran kerja Murid telah berjaya membina ayat majmuk yang mengandungi kata hubung berdasarkan rajah tukar ganti. 25 orang daripada 30 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Aktiviti

EMK

Bahan Bantu Belajar Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi

Set Induksi Murid mendengar dan menghayati senikata lagu yang dimainkan.
Lirik Lagu Bangun Pagi

Bangun pagi gosok gigi, Cuci muka lalu mandi, Pakai baju minum susu, Salam ayah dan ibu.

Pergi sekolah jalan kaki, Jumpa cikgu depan pintu, Ucap salam sambil senyum, Hormat guru kerana ilmu.

Rajin belajar cikgu ajar, Pandai tulis atau lukis, pandai nyanyi, baca buku, Semua orang suka hati.

Kalau kita rajin usaha, Ibu bapa gembira, Mari kawan sama-sama, Pasti kita berjaya.

Aktiviti 3 Kad Kata Hubung

dan

sambil

lalu

atau

kerana

Aktiviti 4 Rajah Tukar Ganti

Frasa A 1 Kakak memasak . 2 Kami suka . berkawan dengan Anas 3 Huda makan roti .

Kata Hubung lalu dan

Frasa B minum susu. membaca buku?

sambil

menyanyi di dapur.

4 Arif melukis .

kerana

dia peramah serta baik hati.

5 Dia terjatuh .

atau

menangis kesakitan.

Aktiviti 5 Contoh ayat majmuk yang dibina oleh murid.


1.

Kakak memasak sambil menyanyi di dapur.

2. __________________________________________________ 3. __________________________________________________ 4. ___________________________________________________ 5. ___________________________________________________

Aktiviti Pengayaan

Melengkapkan ayat dengan kata hubung betul.

yang

Swee Lan tidak hadir ke sekolah ________ demam.

Tawi menyikat rambut _________ melihat cermin.

Siti ________ ibunya mencuci pinggan.

Bunga itu busuk ________ wangi?

You might also like