SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 1

FIZIK DAN PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sinopsis Sains fizik adalah berasaskan beberapa prinsip dan melibatkan perkembangan konsep. Aplikasi prinsip-prinsip dan konsep-konsep biasanya melibatkan melibatkan satu atau lebih kuantiti-kuantiti fizik. Hampir seluruh dunia menggunakan sistem metrik dalam kehidupan harian. Satu adaptasi sistem metrik digunakan oleh untuk kegunaan sains, perdagangan dan komunikasi. Sistem ini dikenali sebagai sistem SI (System International) Hasil Pembelajaran 1. Menukarkan kuantiti fizik dari satu unit ke unit yang lain 2. Menulis kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil ke dalam bentuk piawai 3. Menulis kuantiti fizik kepada angka bererti yang sesuai 4. Menyatakan teknik-teknik pengukuran yang sesuai

Gambaran Keseluruhan Fizik pengukuran dalam kehidupan harian

Pertukaran unit

Bentuk piawai

Kejituan dan kepersisan

Angka bererti

Teknik-teknik pengukuran yang baik

Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi kandungan

Isi Kandungan 1.1 Pertukaran Unit

1

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Seperti sistem nombor, sistem metrik adalah satu sistem perpuluhan. Imbuhan digunakan untuk menukar unit SI dalam kuasa sepuluh. Contohnya, satu persepuluh meter adalah satu desimeter, satu per seratus meter adalah sentimeter. Unit metrik untuk semua kuantiti menggunakan imbuhan yang sama. Contohnya, satu per seribu gram adalah satu miligram, dan satu ribu gram adalah satu kilogram. Oleh itu, untuk menggunakan unit-unit SI dengan berkesan, adalah penting untuk mengetahui maksud imbuhan-imbuhan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1
Imbuhan Tera Giga Mega Kilo Desi Senti Mili Mikro Nano Piko Nilai 1 000 000 000 000 1 000 000 000 1 000 000 1 000 0.1 0.01 0.001 0.000 001 0.000 000 001 0.000 000 000 001 Bentuk Piawai 1012 10
9

Simbol T G M k d c m µ n p

106 103 10-1 10-2 10-3 10
-6

10-9 10-12

Melayari Internet (1 jam)

Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat mengenai Unit SI dan sejarah perkembangan Unit SI. Sediakan satu rumusan terhadap kefahaman anda mengenai Unit SI dalam buku nota refleksi. http://www.bipm.org/en/si/ http://en.wikipedia.org/wiki/SI

Contoh:

2

11 µg c. Tukarkan setiap pengukuran panjang yang diberi kepada nilai yang setara dalam meter.1. 7. jisim bumi adalah lebih kurang 6 000 000 000 000 000 000 000 000 kilogram dan jisim elektron adalah 0.2 pm c. 1.0 x 1024 kg dan jisim elektron sebagai 9. 56.123 Mm 2. 500mm adalah (500 mm) 1 × 10 3 m = 500 x 10-3 m = 5 x 10-1 m. Sebagai contoh.11 x 1031 kg. 0. jisim bumi boleh di tulis sebagai 6. untuk memudahkan pengiraan dilakukan dengan nombor-nombor sebegini.2 Bentuk Piawai Kajian dalam sains biasanya melibatkan kuantiti-kuantiti yang sangat besar atau sangat kecil. 3 . a. Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan kapada tiga atau empat angka bererti. kita lihat faktor pertukaran adalah 1 milimeter = 1 x 10-3 meter Maka. Tukarkan setiap pengukuran jisim berikut kepada nilai setara dalam kilogram a. Bentuk piawai adalah M x 10n dengan 1≤ M ≤ 10 dan n adalah integer Dengan itu. 147 g b.1 km d.1 cm b. 1mm Latihan 1. 2. kita tulisnya dalam bentuk yang lebih pendek dengan menggantikan nombor perpuluhan dengan nombor kuasa asas sepuluh.23 Mg d. 478 mg 1.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 911 kilogram Kuantiti-kuantiti yang ditulis dalam bentuk ini mengambil ruang yang sangat besar dan sukar digunakan untuk pengiraan.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Apakah nilai yang sama dengan 500 milimeter dalam meter? Jawapan: Dari Jadual 1. Oleh itu. .

jika seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengukur halaju cahaya. Kosong di antara dua angka bererti adalah sentiasa bererti.001 x 108 m/s. Semua kosong terakhir selepas titik perpuluhan adalah bererti.001 x 108 m/s. Angka yang sah ini di panggil angka bererti. Oleh yang demikian. 3. halaju cahaya adalah dalam julat 3. Beberapa cubaan dilakukan dan menghasilkan nilai-nilai antara 3. Oleh itu. kejituan satu alat pengukur bergantung kepada bertapa baik nilai yang diukurnya dibandingkan dengan nilai piawai. kejituan pengukuran adalah 0. bilangan angka yang sah bagi mana-mana pengukuran adalah terhad.003 x 108 m/s. 4 . Sebagai contoh. dia akan mengulanginya beberapa kali.3 Angka Bererti Oleh kerana kepekaan alat-alat pengukur adalah terhad.002 x 108 m/s nilai sebenar.002 x 108 m/s. kejituan adalah perbezaan antara nilai ukuran pelajar yang dinyatakan dalam kepersisan yang sama. 1.001 x 108 m/s yang membuat kesimpulan bahawa halaju cahaya adalah 3. Berfikir (1 jam) Bagaimanakah kamu melakukan hasiltambah.002 x 108 m/s di mana nilai puratanya adalah 3. Kosong yang digunakan semata-mata untuk memberi ruang kepada titik perpuluhan adalah tidak bererti.4 Kejituan dan kepersisan Kepersisan adalah darjah ketepatan bagi pengukuran satu kuantiti yang diulangi. Daripada pengukuran pelajar ini.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian 1. ukuran pelajar adalah 2.000 x 108 m/s kepada 3. Dalam eksperimen mengukur halaju cahaya. Kejituan adalah sejauh manakah nilai yang diukur hampir kepada nilai sebenar. 2. kepersisan pengukuran adalah 0. Angka bukan kosong adalah sentiasa bererti. Oleh itu. hasiltolak dan hasidarab terhadap nombor-nombor angka bererti? Rujuk kaedah matematik untuk melakukan operasi ini. 4. Sebagai contoh.000 x 108 m/s kepada 3. Kepersisan alat pengukur adalah terhad kepada bacaan terkecil pada alat pengukur. Bilangan angka bererti dalam satu pengukuran boleh ditentukan dengan merujuk kepada pernyataan-pernyataan di bawah: 1.998 x 108 m/s dibandingkan 3.

ketebalan sebuah buku dan lebar meja Rujukan http://www. Pertimbangan-pertimbangan berikut harus dititik beratkan: 1. panjang tali. (b) Sikap cermat dan berhati-hati ketika membuat pengukuran.0 cm adalah kurang serius berbanding dengan 0.0 cm.wikipedia. Pengukuran alat pengukuran yang tepat (a) Sentiasa mematuhi arahan penggendalian alat.1 cm dalam pengukuran 100. (c) Memahami sebab pelbagai jenis ralat yang mungkin timbul.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Rajah 1. Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk satu pengukuran (a) Ralat 0. pengukuran yang jitu dan persis harus diberi keutamaan.1 cm dalam 10.5 Teknik-teknik pengukuran yang baik Dalam kajian fizik secara eksperimen. Perbincangan ( 1 jam) Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti fizik berikut.bipm.org/en/si/ http://en. (b) Pengukuran kuantiti besar seperti panjang dawai tidak memerlukan alat yang peka manakala pengukuran yang kunatiti yang kecil seperti diameter dawai memerlukan alat yang peka. ketebalan cermin tingkap. 2. ketebalan satu keping kertas.2 Alat-alat untuk mengukur panjang 1.org/wiki/SI (Sistem Internaional) TOPIK 2 GERAKAN – DALAM ARAH MANA? 5 .

Dalam fizik. Melakukan hasil tambah vektor secara algebra Gambaran Keseluruhan Gerakan Vektor Skalar Hasil tambah dan hasil tolak vektor Komponen (Leraian vektor) Grafik Algebra Halaju relatif Rajah 2. Melakukan hasil tambah dan hasil tolak vektor menggunakan kaedah grafik 3. Hasil Pembelajaran 1. Sesiapa juga boleh menggambarkan gerakan menggunakan perkataan untuk memerihalkan gerakan misalnya jarak dan laju. Perbezaan antara dua kategori perkataan-perkataan ini adalah dari segi kuantitinya. kita juga menggunakan perkataan baru seperti sesaran. halaju dan pecutan untuk mewakili gerakan.1 Gambaran keseluruhan isi kandungan Isi kandungan 2.1 Mewakilkan kuantiti vektor 6 . iaitu samada ia adalah kuantiti vektor atau kuantiti skalar. Menyatakan cara mewakilkan kuantiti vektor 2. Menyatakan komponen-komponen vektor 5.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Sinopsis Gerakan objek boleh digambarkan melalui. Menyatakan halaju relatif 4.

B dan sebagainya. Selain mewakilkan vektor secara grafik. kita juga boleh mencari hasil tambah dua vektor secara grafik. A dan B dilukis mengikut skala seperti ditunjukkan dalam Rajah 13. dan arah paduan daya adalah ke timur.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Satu kuantiti vektor diwakili oleh satu garis yang mempunyai anak panah dihujungnya.2 Hasil tambah vektor dalam dua dimensi 7 . 2. Vektor diwakilkan dengan huruf-huruf A. A dan B adalah 600m ke timur. jumlah sesarannya dicari dengan menambahkan dua vektor tersebut. dan seterusnya 400 m ke timur.2 Hasil tambah vektor Hasil tambah vektor dalam satu dimensi Jika seorang kanak-kanak bergerak 200 m ke timur. R = A + B atau. Fikirkan bagaimana kamu boleh memperoleh paduan daya secara grafik bagi rajah-rajah tersebut. Arah anak panah menunjukkan arah kuantiti tersebut. Rajah 2. Oleh itu paduan daya.2(a). Oleh itu magnitud paduan daya. R = 200m + 400m =600 m. Panjang garis dilukis mengikut skala untuk mewakili magnitud kuantiti tersebut. Perhatikan rajah (b) dan (c).

4 Halaju relatif : beberapa aplikasi Kadang kala objek bergerak dalam medium yang bergerak relatif kepada pemerhati.3 Hasil tolak vektor dalam satu dimensi Untuk mencari hasil tolak dua vektor. Halaju kapal terbang + halaju angin = Halaju paduan Halaju relatif = 100 km/j + 25 km/j = 125 km/j Apakah halaja relatif kapal terbang ini pada arah-arah angin di bawah? 25 km/j ke arah utara? 25 km/j ke arah barat ? Bacaan Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa aplikasi vektor untuk mencari halaju relatif 2.5 Komponen-komponen vektor http://physics.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian lukis segiempat selari A B Paduan vektor Rajah 2.2c).2 Rujukan http://phet.edu/sims/vector-addition/vectoraddition_en.edu/~duffy/java/RelV2. kamu hanya perlu mencari hasil tambah dua vektor yang bertentangan arah (Rajah 2.colorado. A + (-B) = R 2.html 2.html 8 . Satu kapal terbang yang bergerak pada satu arah akan mengalami perubahan arah dan halaju.bu.

3 menunjukkan komponen-x vektor F. 2.3 Warna merah pada Rajah 2. F = 316N 35◦ Rajah 2.6 Melakukan hasil tambah vektor secara algebra Hasil tambah dua boleh dilakukan dengan menggunakan trigonometri. yang mengaitkan sudut dalam segi tiga dengan sisi-sisi segi tiga. dan warna hitam menunjukkan komponen-y bagi vektor F. Dalam kebanyakan situasi.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Komponen vektor bermaksud bahagian-bahagian dalam vektor. komponen vektor yang penting adalah komponen-x dan komponen-y. Dua kaedah matematik yang digunakan adalah: Contoh: 9 .

html (halaju relatif) TOPIK3 GERAKAN DALAM SATU DIMENSI 10 .html (hasil tambah dan hasil tolak vektor) http://id.mind.net/~zona/mstm/physics/mechanics/vectors/findingComponents/findingCo mponents.html http://physics.us/gbssci/Phys/Class/vectors/u3l1f. Langkah 3: Menggunakan trigometri untuk mencari sudut arah vektor paduan.il.glenbrook.bu. ϴ Rujukan: http://physicslearningsite.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Cari hasil tambah vektor bagi dua vektor di bawah Jawapan: Langkah 1 : Melengkapkan segi tiga bersudut tepat Langkah 2: Menggunakan teorem Pythagoras untuk mencari magnitud vektor paduan.com/vectors.k12.edu/~duffy/java/RelV2.htm (komponen vektor) http://www.

menyahpecut atau kekal pegun. Hasil Pembelajaran 1. geseran. julangan dan berat dan membincangkan tindakan daya-daya dalam konteks yang berlainan 2. Dalam bahagian ini. Terdapat pelbagai jenis daya yang bertindak ke atas satu jasad bergerak.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Gerakan adalah perubahan kedudukan sesuatu jasad mengikut masa dibandingkan dengan persekitarannya. anda akan mempelajari jenis-jenis daya yang bertindak dalam ke atas suatu objek dan melukis daya-daya tersebut dalam satu rajah jasad bebas. Membina rajah jasad bebas dalam pelbagai konteks. normal. memecut. tegangan. Gerakan dalam satu dimensi adalah gerakan dalam satu laluan yang lurus. halaju seragam. Menerangkan daya-daya berikut. samada memecut. jatuh bebas dan sebagainya Gambaran Keseluruhan Gerakan dalam satu dimensi Daya Rajah bebas jasad Daya geseran Daya tegangan Daya normal Daya julangan Daya graviti Isi kandungan 11 .

Daya diukur dalam unit SI Newton. Geseran bergantung kepada jenis permukaan dan sekuat mana bahan ditekan. Beberapa daya antara objek yang akan dibincangkan adalah: Jenis-jenis daya Daya geseran Daya graviti (berat) Daya normal Daya tegangan Daya Julangan Daya geseran Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu cuba bergerak melaluinya. Bila interaksi ini berkurangan. Objek yang jatuh ke bumi tanpa pengaruh daya-daya luar (seperti rintangan udara) dikatakan sebagai jatuh bebas. Berat adalah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Daya normal 12 . Satu Newton adalah bersamaan dengan 1kgms-2. Geseran dihasilkan oleh dua permukaan ditekankan bersama.1 Jenis-jenis Daya Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas suatu objek yang mengakibatkan interaksi objek ini dengan objek yang satu lagi. pecutan graviti adalah g. Jika jisim objek adalah m. menyebabkan daya tarikan molekul antara molekul dari permukaan berbeza. maka Berat = mg. Ia biasanya bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah gerakan. Geseran maksimum boleh dikira menggunakan rumus berikut: Fgeseranϴ µ x Fnormal di mana µ = koefisien geseran Daya graviti Graviti adalah satu daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi. objek ini tidak lagi merasai daya. Daya adalah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai kedua-dua magnitud dan arah.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian 3. Objek yang jatuh bebas akan mengalami pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti. Daya hanya wujud hasil daripada interaksi. Terdapat dua jenis daya geseran iaitu daya geseran statik dan daya geseran menggelongsor.

Fgrav = daya graviti. (a) Rajah 3. permukaan mengenakan satu daya ke atas untuk menyokong berat buku itu (Rajah 3.1b).1 Daya tegangan (b) Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan melalui tali. Maka dinding akan mengenakan satu daya normal ufuk ke atasnya (Rajah 3.2 Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelbagai konteks Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan magnitud relatif dan arah semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek dalam suatu situasi. jika satu buku terletak di atas meja. Rajah haruslah mengandungi komponen-komponen berikut: (1) Anak panah: saiz anak panah mewakili magnitud daya arah anak panah mewakili arah daya (2) Label daya yang bertindak: daya dilabel untuk mewakili jenis daya (contoh. Fnorm = daya normal.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dangan satu permukaan. benang. Ftens = daya tegangan) (3) Objek diwakili dengan titik atau kotak. Ia juga boleh menyebabkan kapal terbang bergerak melalui udara. Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara dua objek yang bersentuh. Misalnya. 3. dan daya-daya dilukis daripada pusat titik atau kotak itu 13 . Daya Julangan Daya julangan adalah daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia kelihatan kehilangan berat dalam bendalir (cecair atau gas). kabel atau wayar yang ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua hujungnya. Sebagai contoh.1a). Ffric = daya geseran. seorang yang bersandar pada suatu dinding akan mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding.

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Sebagai contoh: Fnorm : daya normal Fap : daya aplikasi Ffric atau Fgeseran : daya geseran Fgrav : daya graviti Contoh-contoh: Sebuah buku berada di atas permukaan meja Seorang budak perempuan duduk di atas buaian Sabuah buku ditolak ke kanan di atas meja supaya ia bergerak dengan pecutan Sebuah kereta yang bergerak kekanan atas permukaan jalan yang kasar sedang dinyahpecut 14 .

uk/forcetypes.html http://www.glenbrook.co.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Latihan Lukis rajah jasad bebas bagi situasi-situasi di bawah: (a) Seorang budak sedang duduk di atas kerusi (b) Sebiji telur sedang jatuh ke lantai (c) Sebuah baldi berisi penuh dengan air ditarik keluar daripada perigi (d) Sebuah budak mengayuh basikal dengan laju yang bertambah Bacaan Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa cara pergerakan boleh diperihalkan http://www.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html http://www.physicsclassroom.il.il.com/Class/1DKin/ http://www.html TOPIK 4 GERAKAN DALAM DUA DIMENSI Sinopsis 15 .uk/forcetypes.k12.co.3 Rujukan http://www.html 3.zephyrus.k12.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.glenbrook.physicsclassroom.zephyrus.com/Class/1DKin/ Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa jenis daya dan aplikasinya di http://www.

Daya dalam dua arah berlainan dan tidak seimbang menghasilkan gerakan dalam dua dimensi. Dengan itu tiada gerakan akan dihasilkan. anda akan didedahkan kepada konsep keseimbangan antara daya bagi daya dalam dua dimensi dan aplikasinya dalam satah condong. Dalam keadaan seimbang. Suatu objek yang terletak pada suatu satah condong akan mengalami beberapa daya yang berlainan untuk menghasilkan gerakan dua dimensi. Jika satu lagi daya yang sama tetapi bertentangan arah dengan daya ufuk tadi dikenakan pada objek. Ia dihasilkan apabila daya dikenakan kepada suatu objek. Ia dinamakan sebagai gerakan dalam satu dimensi. 16 .1 Gambaran keseluruhan Isi Kandungan Isi kandungan 4.1 Keadaan Keseimbangan dan Daya Penyeimbang Suatu objek adalah dalam keadaan keseimbangan apabila daya bersih yang bertindak ke atasnya adalah sifar. Dalam topik ini. Mengenalpasti daya yang dapat mewujudkan keseimbangan dalam situasi yang melibatkan tiga daya 3. Biasanya daya dalam suatu hala tertentu misalnya ufuk akan menghasilkan suatu gerakan dalam arah ufuk juga. Menyatakan syarat untuk keseimbangan untuk objek dikenakan daya-daya 2. Keadaan keseimbangan juga akan berlaku apabila daya paduan untuk tiga atau lebih daya yang bertindak ke atas suatu objek adalah sifar.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Gerakan adalah sesuatu yang biasa anda dapat perhatikan dalam kehidupan seharian. objek akan menjadi pegun atau bergerak dengan halaju seragam. Menghurai gerakan objek pada suatu satah condong Gambaran Keseluruhan Gerakan dalam Dua Dimensi Keadaan Keseimbangan antara daya-daya Daya Penyeimbang Gerakan pada suatu Satah Condong Rajah 4. dua daya itu dikatakan dalam keadaan seimbang. Hasil Pembelajaran 1.

2(a)) bertindak ke atas sesuatu objek dan hasil tambah dua daya bukan sifar.1 Objek adalah dalam keadaan seimbang jika kesemua daya yang bertindak ke atasnya mempunyai paduan atau hasil tambah sama dengan sifar. B dan C yang bertindak pada objek tersebut? Rajah 4. Daya penyeimbang adalah daya yang mempunyai magnitud yang sama tetapi dengan arah bertentangan dengan R. Apakah paduan daya A.(Rajah 4. R.2(b)) adalah satu daya yang mempunyai kesan serupa dengan gabungan dua daya L dan M.2 (c)) (a) (b) 17 .1(b) menunjukkan hasil tambah tiga daya A. Hasil tambah dua daya atau paduan dua daya.(Rajah 4. Untuk mencari daya keseimbangan. Ini bermakna tiada daya bersih ke atas objek tersebut. (a) (b) Rajah 4. (Punca: Physics: Principles and Problem) Katakan terdapat dua daya. B dan C.1(a) menunjukkan tiga daya yang bertindak ke atas suatu objek berbentuk titik. anda perlu mencari hasil tambah dua daya L dan M dahulu. jadi hasil tambah ketiga-tiga daya itu adalah sifar. Perhatikan bahawa ketiga-tiga daya itu membentuk satu segitiga tertutup. L dan M.(Rajah 4. Bagaimanakah anda mencari satu daya apabila ditambah kepada dua daya tersebut suapaya menghasilkan suatu daya paduan yang sifar? Daya tersebut dikenali sebagai daya penyeimbang (equilibrant).SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Rajah 4. Objek itu adalah dalam keadaan keseimbangan.

N adalah daya normal yang bertindak secara serenjang kepada satah lereng bukit dan F adalah daya geseran yang bertindak secara selari dengan satah lereng bukit.com) Dalam rajah di atas.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/interactive_tutor.mcgrawhill. Apabila objek itu adalah dalam keadaan pegun. 18 . W. Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh membuat latihan secara interaktif dalam topik daya keseimbangan http://glencoe.images. apakah daya-daya lain yang bertindak ke atasnya selain daya graviti.2 Daya penyeimbang mempunyai magnitud yang sama dengan daya paduan tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.3 Manufactured materials (Source: http://google. Figure 4.? Rajah 4.3 Gerakan Pada Suatu Satah Condong Semua objek pada permukaan bumi mengalami satu daya tarikan graviti yang menghala ke pusat bumi. Arah tindakan daya geseran F adalah berlawanan dengan arah gerakan objek.4. Bagi suatu objek yang berada pada lereng bukit.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian (c) Rajah 4. daya-daya yang bertindak pada objek itu adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 4. Latihan Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan daya Keseimbangan.html 4.3 menunjukkan daya yang bertindak ke atas objek itu.

satu mengikut paksi-x dan satu lagi mengikut paksi-y Fikir Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi yang berkaitan dengan daya yang bertindak ke atas seorang pemain ski http://glencoe.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian Rajah 4.4 Untuk memudahkan kajian gerakan objek pada satah lereng. daya normal dan daya geseran tidak perlu ditukar manakala daya tarikan graviti perlu dileraikan kepada dua komponen daya. satu sistem koordinat yang bersesuaian untuk arah gerakan digunakan. Komponen daya paksi-x selari dengan satah lereng bukit dan komponen daya pada paksi-y adalah serenjang dengan satah lereng.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter %205/Motion%20Along%20an%20Inclined%20Plane. Dalam sistem koordinat ini.swf Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan bina sebuah gambarajah untuk menyatakan daya yang bertindak pada seorang 19 .

(2002) Physics: Principles and Problems. Rujukan http://glencoe.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/ (daya dalam dua dimensi) Zitzewitz.P. 20 .W. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.mcgraw-hill.SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian yang sedang bergerak turun suatu satah condong seperti dalam pemainan gelongsor.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful