You are on page 1of 17

PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: MEI 2012 KOD KURSUS : HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA NO MATRIKULAS NO. TELEFON E-MEL

: : : :

MOHD REZMAN BIN SIDI HAMAT 790616035703001 790616035703 0199563312 mr_rezman@yahoo.com PPW KELANTAN

NO .KAD PENGENALAN :

PUSAT PEMBELAJARAN :

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN .........................................................................................................................2 PENDAHULUAN...........................................................................................................................3 DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH.......4 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER...................................................................6 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER...................................................................6 PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN........................................................7 CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR..........................11 IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI.................................................................................................13 PENUTUP......................................................................................................................................14

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

PENDAHULUAN
Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hosffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan yang terbaik Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di dalm diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Berdasarkan faktor inilah maka sangat

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.

DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH


Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif . Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaiticreare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula perkataan crearebermaksud memenuhi. Pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti antaranya ialah Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah Berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesta hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau Berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorangg individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrument ciptaannya Torrence Test Of Creative Thinking. Carl Rogers di lahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Sepanjang hidupnyaCarl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Theraphy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doctor falsafah.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat,yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada 4

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

pengalaman,cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beluai percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim& Hassan, 2003).Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau pun sains,Victor Lowenfeld-menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran ,(secara spontan serta pantas),fleksibel,(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan). (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,mendengar,menghidu,dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.) Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Kepentingan kreativiti pada kanak-kanak Kreativiti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan mereka tahu potensi kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.Antara kepentingan kreativiti pada kanak-kanak ialah: - Menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru. - Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional. - Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan ataupun karya bagi menyelesaikan Tugasan dengan lebih lancar. - Meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER


PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER(1943)

Peringkat Rangsangan

Peringkat Penerokaan

Peringkat Perancangan

Peringkat Aktiviti

Peringkat Kajian Semula

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER


Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Mengikut pendapat Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: a)Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. b)Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang 6

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk latihan dan pendedahan seperti eksprementasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini,kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara,gaya dan teknik.

c)Peringkat Perancangan Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui tiga cara iaitu perancangan secara verbal melalui perbincangan,pemerhatian,interaksi dan sebagainya, perancangan secara visual dilakukan secara visual,graf,imeg lukisan dan sebagainya. d)Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melaui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? e)Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN.
Perkembangan kreativiti berkembang mengikut tahap-tahap tertentu bergantung kepada pengetahuan asas dan pengalaman kanak-kanak. Walau bagaimanapun perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dirangsang melalui lima peringkat iaitu rangsangan,penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan lima tahap kreativiti kanak-kanak.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

Antara strategi yang dicadangkan disini ialah strategi penyoalan mengikut aras soalan Taksonomi Bloom. Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalm semua kaedah pengajaran. Kemahiran dalam penyoalan sangat penting. Menyoal merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran. Ada pelbagai jenis soalan akan memberikan respons yang berbeza. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan teori Taksonomi Bloom, dan soalan pada setiap tahap memerlukan murid menjawab dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Soalan yang dibina perlu berupaya menggalakkan murid terlibat dalam proses kognitif. Sebelum membina soalan pada setiap tahap, terdapat enam kategori yang perlu difahami terlebih dahulu. 1. Pengetahuan Pengetahuan memerlukan murid mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Murid tidak dikehendaki mamanipulasikan maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untuk menjawab soalan ini, murid mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisikan apa yang telah dipelajari. 2. Pemahaman Peringkat pemahaman memerlukan murid menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Murid perlu memilih fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman,murid perlu pergi lebih jauh daripada hanya setakat mengingat kembali. Murid perlu menunjukkan mereka lebih memahami apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya denga perkataan sendiri atau membuat perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan murid menterjermah atau mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual, dan kartun. Murid harus ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman. 3. Aplikasi Soalan tahap ini mengkehendaki murid mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari. Soalan aplikasi memerlukan murid menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki. 4. Analisis Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan murid memikirkan dengan kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, murid perlu mengenal pasti sebab 8

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan, inferens dan generelisasi berdasarkan maklumat resebut. Selain itu, murid menganalisis kesimpulan, inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menyagkal hipotesis. 5. Sintesis Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Murid dikehendaki menghasilkan pemikiran kreatif dan asli. Murid perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau menghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan satu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci tentang sesuatu subjek. Murid tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis. 6. Penilaian Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahp yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalan sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaian tidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan murid membuat penghakiman sesuatu idea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Ianya juga memerlukan murid memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Untuk melakukannya, murid perlu mempunyai kriteria.

Soalan Mengikut Lima Tahap Perkembangan Kreativiti


Tahap/Aras Soalan Rangsangan Pengetahuan Apakah kenderaan yang kamu naiki? Pemahaman Terangkan bahagianyang terdapat pada kereta. Penerokaan Dengan menggunakan pensel lukis masa cuba kereta sebuah pernah bahagian Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

hadapan. Perancangan Apakah ciriciri kamu? Aktiviti Apakah yang kamu jangka jika kamu berjaya? Kajian Semula Bagaimana pandangan kamu tentang ciri-ciri keselamatan kereta kamu? ciptaan rekaan rekaan -

Fisher berpendapat tahap perkembangan aktiviti dapat dilaksanakan berdasarkan lima tahap. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengembangkan setiap tahap-tahap tersebut. Salah satu kaedah yang dicadangkan disini ialah kaedah penyoalan mengikut Taksonomi Bloom. Kaedah ini merupakan penyoalan mengikut aras yang telah ditetapkan berpandukan aras-aras soalan mengikut tahap. Pada tahap pertama Fisher telah menyatakan bahawa murid perlu dirangsang terlebih dahulu dengan soalan-soalan apa,mengapa,siapa,bagaimana dan sebagainya. Berdasarkan kepada jadual di atas guru telah mengemukakan soalan apakah. Soalan ini adalah untuk membantu murid berinteraksi dengan guru dan rakan rakan dengan menyatakan jenis kenderaan yang pernah mereka naiki. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid membantu mereka untuk bercerita dengan jelas dan yakin. Pada peringkat kedua, murid mula meneroka berdasarkan bahan yang telah dirangsang. Murid mula berimaginasi untuk mencipta sesuatu ciptaan yang baru. guru boleh meminta murid

10

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

melakar kereta ciptaan mereka. Murid mungkin akan menggabungkan pengalaman-pengalaman mereka dengan keinginan mereka untuk mendapatkan hasil yang baru. Pada peringkat ketiga murid mula merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Guru boleh membantu murid dengan mengemukakan soalan seperti apakah ciri-ciri idaman yang ada pada rekaan kamu. Murid akan membentangkan cirri-ciri yang akan diaplikasikan pada rekaan mereka. Pada peringkat keempat murid akan mula mereka cipta rekaan mereka. Di sini murid- murid akan merasai keseronokan dan kebebasan untuk mencipta. Pemikitan mereka akan lebih terbuka dan dapat menjangkakan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku. Peringkat yang kelima adalah peringkat untuk menilai keberkesanan tindakan atau hasil yang telah mereka lakukan. Berdasaekan contoh soalan di dalam jadual diatas,murid dapat membuat penilaian yang tepat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada rekaan mereka. Mereka dapat meyakinkan dengan hujah-hujah bahawa rekaan mereka adalah benar-benar selamat untuk digunakan. Kesimpulannya, aras aras soalan sangat membantu tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak kerana mereka dapat dirangsang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR


1- 4 Tahun Contengan tidak terkawal oleh Mohd Shazlee Amir (20 bulan)

4 7 tahun 11

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

7 -9 tahun

12-14 tahun

12

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek social, fizikal dan emosi. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pacaindera dan deria. Pendidikan seni visual juga menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan 13

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Kanak-kanak terlalu unik sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya.

PENUTUP
Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluah kan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan ICT,carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu. Merujuk kepada kajian pakar-pakar pendidikan maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan ialah 75%, deria pendengaran 13%, deria sentuhan 4% dan deria bau 4%. Oleh sebab itu perlu melibatkan kesemua deria murid dalam proses pembelajaran melalui alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid serta objektif yang diingini. Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka sendiri. Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsure tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh yang demikian, amatlah penting guru

14

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajarannya bagi memperkembangkan kreativiti pelajarnya.

15

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

RUJUKAN Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York : McGraw Hill. Krieger, et. al. (2003). Children art. Munich Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44. Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203)

790616035703

17

You might also like