You are on page 1of 9

SOALAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan orentasi dan latihan

 Orientasi merupakan satu proses memperkenalkan pekerja baru kepada


organisasi agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan kerja baru serta rakan-
rakan sekerja baru mereka. Orientasi ini selain mengurangkan perasaan bimbang
dan terasing pekerja juga akan dapat mempercepatkan proses sosialisasi mereka.
Program orientasi yang baik juga dapat memberi pekerja baru tanggapan pertama
yang positif tentang organisasi. Tanggapan pertama yang postif ini barangkali
akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kerja pekerja pada kemudian hari
nanti.

 Latihan adalah satu proses terancang bagi mencapai kecekapan melalui satu
proses pembelajaran yang dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi. Pada
umumnya, ia merujuk kepada segala usaha terancang organisasi untuk
memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan
memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan
meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-
objektif organisasi dapat dicapai.

SOALAN 2

Senaraikan tujuan orientasi dan latihan yang diberikan kepada pekerja.

 Tujuan orientasi ialah untuk:

a) Memperkenalkan pekerja baru kepada organisasi.

b) Membantu pekerja baru mengatasi perasaan bimbang,cemas dan malu

c) Meningkatkan penerimaan pekerja baru terhadap organisasi

d) Meningkatkan komitmen pekerja baru

e) Mengurangkan perasaan bimbang dan terasing pekerja dan dapat


mempercepatkan proses sosialisasi mereka.

f) Memberi pekerja baru tanggapan pertama yang positif tentang organisasi.


 Manakala tujuan latihan diberikan kepada pekerja baru ialah:

a) Meningkatkan keupayaan dan kemampuan pekerja untuk melakukan kerja

b) Mengembangkan kemahiran dan menggelakkan kemahiran yang ada


menjadi usang. Program latihan dapat menggalakkan kemahiran sedia ada
pekerja menjadi usang. Melalui latihan,kemahiran yang dimiliki pekerja
dapat dicungkil dan diasah kembali dan seterusnya dapat digunakan untuk
meningkatkan produktiviti organisasi.

c) Melahirkan pekerja yang berkualiti dan berpotensi untuk meningkatkan


prestasi kerja.

d) Untuk meningkatkan tahap keinsafan atau kesedaran diri dan


tanggungjawab pekerja dalam melaksanakan sesuatu tugas.

e) Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-


bidang tertentu.

f) Untuk mmeningkatkan motivasi pekerja agar melakukan kerja dengan


baik dan penuh berdedikasi.

SOALAN 3

Bincangkan peringkat program oreintasi pekerja.

Peringkat program orientasi pekerja terbahagi kepada dua iaitu berbentuk formal dan
tidak formal.

1) Bentuk formal
Meliputi peringkat organisasi dan jabatan

(a). Peringkat organisasi


(1). Meliputi hal-hal umum yang ada hubungannya dengan semua pekerja seperti
berikut:
• Dasar dan prosedur organisai
• Pembayaran pampasan
• Prosedur keselamatan di tempat kerja
• Kemudahan fizikal seperti tempat letak kereta,surau dan cafeteria

(2).Program orientasi pada peringkat organisasi lazimmnya dilaksanakan


dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.Salah satu cara ialah membekalakan
pekerja dengan buku panduan pekerja.Buku panduan ini boleh dirujuk oleh
pekerja pada bila-bila masa.Alat pandang dengar seperti slaid dan video juga
boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat orientasi
(b). Peringkat jabatan
(i). Orientasi pada peringkat jabatan biasanya dikndalikan oleh penyelia terdekat
pekerja.penyelia ini bertanggungjawap memperkenalakan pekerja baru kepada
rakan sekerjanya dan menerangkn fungsi,dasar dan prosedur jabatan.Tugas
memberi taklimat kepada pekerja baru pada peringkat jabatan lazimnya
dijalankan secara lisan boleh diberi kepada seorang pekerja lama yang
berpengalaman.

(ii). Pengurus summer manusia bertanggungjawap menguruskan proses orientasi


sehingga selesai.Dalam hal ini pengurus ini harus menyediakan satu
senarai
perkara yang perlu diliputi dalam program orientasi untuk kegunaan indiidu
yang menjalankan orientasi.Senarai ini membolehkan pihak organisasi
memastikan perkara-perkara yang penting tidak tertinggal apabila
setiap peringkat orientasi telah tamat.Senarai ini perlu diisi dan ditanda
tangani oleh
individu yang mengendalikan orientasidan pekerja baru yang menjalani
orientasi tersebut.Senarai seterusnya boleh disimpan alam fail peribadi
pekerja
(iii).Tindakan susulan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu program
orientasi.Oleh sebab seseorang pekerja tidak mungkin dapat
mengingati semua maklumat yang diberikan semasa orientasi,satu sesi
pertemuan susulan yang formal dan teratur harus diadakan untuk membolehka
pekerja megemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan
tentang perkara-perkara yang masih belum difahami.Maklum balas
yang diberikan oleh pekerja semasa pertemuan susulan juga boleh
digunakan sebagai panduan untuk memperbaiki program orientasi.

2. Berbentuk tidak formal


Terdapat beberapa contoh orientasi yang berbentuk tidak formal seperti sesi suai
kenal sacara mudah dimana tanpa perancangan dan ia adalah spontan.
SOALAN 4

Bincangkan masalah-masalah yang wujud dalam program latihan dan


pembangunan.

1. Objektif latihan dan pembangunan yang tidak jelas.

Objektif latihan seharusnya menyatakan hasil yang dikehendaki atau perubahan


yang perlu dilakukan selepas pekerja melalui program latihan. Objektif latihan yang
baik mesti mengandungi perubahan gelagat yang dikehendaki dan tahap piawai yang
ingin dicapai. Objektif latihan membantu untuk menentukan bentukprogram latihan yang
akan diberikan kepada pekerja jenis-jenis kemahiran yang akan diajar, bilangan individu
yang akan diberikan latihan, jangka masa latihan dan kandungan latihan. Kekaburan
kepada objektif latihan akan menyebabkan kepada kegagalan program latihan dan
pembangunan seterusnya meyebabkan prestasi pekerja masih di tahap yang sama sahaja.

2. Pelatih yang dipilih dalam program latihan dan pembangunan tidak bersesuaian.

Pelatih yang dipilih mestilah bersesuaian dengan keperluan organisasi,


pekerjaan atau individu. Jika diberikan kepada individu yang kurang berminat, masa,
tenaga dan wang akan dibazirkan. Individu yang berminat tetapi tercicir akan berasa
kecewa kerana diketepikan. Jika keadaan ini kerap berlaku, pekerja berkenaan mungkin
akan bertukar ke organisasi lain. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam
menentukan pelatih-pelatih ialah undang-undang berkaitan dengan pekerjaan,
keperluan individu, pekerjaan dan organisasiserta tujuan latihan.

3. Kurikulum latihan dibuat tidak berdasarkan kepada objektif latihan dan


keperluan pelatih-pelatih.

Hal ini akan menyebabkan objektif latihan tidak tercapai. Kurikulum latihan
yang baik boleh dipilih melalui tiga pendekatan iaitu berbentuk pemberian maklumat
penerapan pengalaman dan program latihan khas.

4. Kekurangan kos.

Kekurangan kos akan menyebabkan kekurangan bahan latihan seperti alat tulis
dan alat bantuan pandang dengar. Selain itu, kekurangan kos dalam menyediakan
pengangkutan dan tempat tinggal pelatih, makanan, sewa tempat latihan, elaun pelatih
dan jurulatih akan menyebabkan pelatih berasa kurang selesa semasa menjalani latihan
seterusnya akan menyebabkan objektif latihan tidak tercapai.
5. Pemilihan jurulatih yang tidak sesuai.

Pemilihan jurulatih yang idak sesuai akan menyebabkan latihan yang diberikan
dijalankan dengan sambil lewa kerana jurulatih tersebut tdak berminat untuk memberi
khidmat sebagai jurulatih.

SOALAN 5

Bincangkan secara ringkas jenis-jenis latihan perantisan yang boleh diamalkan oleh
organisasi.

1. Latihan aprentis

Merupakan satu bentuk latihan penggabungan antara kaedah pengajaran bilik


darjah dengan kaedah latihan sambil bekerja. Latihan perantisan ini lazimnya
digunakan untuk melatih pekerja bertukang seperti mekanik dan tukang elektrik.

2. Main Peranan (Role Play)

Satu kaedah latihan yang dijalankan oleh firma untuk pelatih yang memegang
jawatan pegawai dan pengurus.Pelatih dikehendaki menyelesaikan masalah-
masalah tertentu dengan membayangkan diri mereka sebagai watak yang sedang
menghadapi masalah dalam situasi tersebut dan bertindak balas terhadap masalah-
masalah yang diberikan.Masalah yang diberikan biasanya berkait rapat dengan
masalah kerja seharian.Pelatih akan diberi tunjuk ajar praktikal tentang
cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contohnya, cara mengendalikan penilaian prestasi dan temu duga.

3. Latihan Amali

Latihan yang dijalankanoleh sesebuah firma untuk pelajar-pelajar universiti


yang mempunyai potensi untuk bekerja dengan firma tersebut setelah menamatkan
pengajian.Di Malaysia, latihan ini lazimnya diberi kepada pelajar universiti
yang belajar atas bantuan biasiswa yang diberikan oleh firma-firma
tertentu.Sesetengah kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan
mengehendaki penuntutnya menjalani latihan amali di firma-firma tertentu bagi
memenuhi sebahagian daripada syarat kelulusan yang ditetapkan.
SOALAN 6

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program latihan.

1. Sokongan Pihak Pengurusan Atasan

Sokongan pihak pengurusan atasan ialah faktor paling penting bagi memastikan
latihan diserap ke dalam budaya sesebuah organisasi.Sokongan pihak pengurusan
atasan akan mendorong pekerja untuk mendapatkan latihan yang bersesuaian
dengan tugas mereka.Sokongan ini boleh ditunjukkan melalui penyebaran
maklumat mengenai peluang-peluang latihan terkini, memberi pelepasan atau cuti
bergaji kepada pekerja yang mengikuti program latihan, menyediakan program
latihan sendiri atau menanggung kos perbelanjaan yang diikuti pekerja.

2. Kemajuan Teknologi

Kemajuan teknologi mempengaruhi keperluan terhadap latihan.Bagi


memudahkan pekerja menguasai kemahiran dan melakukan kerja mereka dengan
teknologi baru yang digunakan dalam organisasi,latihan amat diperlukan .Melalui
latihan ,pihak organisasi dapat mengubah persepsi negatif sesetengah pekerja
terhadap penggunaan teknologi terkini dan seterusnya meningkatkan keupayaan
mereka untuk mengendalikan penggunaan teknologi tersebut.

3. Persaingan antara organisasi

Bagi menghadapi persaingan yang lebih sengit,terutama dalam organisasi yang


besar,setiap organisasi perlu mempunyai sumber manusia yang benar-
benar berkemahiran dan berpengetahuan bagi meningkatkan prestasi organisasi.

4. Pengetahuan tentang gelagat pekerja

Bagi memastikan sumber manusia yang produktif terus berkhidmat dalam


organisasi,pengetahuan tentang cara untuk menguruskan sumber manusia amat
penting.Contohnya,cara untuk memotivasikan dan mendisiplinkan
pekerja.Pengetahuan tentang pengurusan sumber manusia ini dapat diperoleh
melalui latihan:-

a) Reaksi

Merupakan criteria penilaian yang subjektif untuk mengukur tingkat


kepuasan pelatih berdasarkan pandangan mereka mengenai
kandungan latihan yang digunakan, jurulatih yang terlibat dan tempat
latihan cara yang digunakan untuk menilai pelatih ialah melalui soal
selidik dan temu bual. Penilaian reaksi mendatangkan faedah-faedah
berikut :

i) Reksi positif mengukuhkan sokongan organisasi terhadap program


latihan pada masa akan datang.
ii) Membolehkan pihak pengurusan mengukur kejayaan usaha mereka
untuk melatih pekerja dan menggalakkan meeka membuat
perancangan latihan yang lebih berkesan pada masa akan datang.
iii) Reaksi positif dapat meningkatkan motivasi para pelatih..
iv) Reaksi posiif yang diberi membolehkan seorang pelatih menilai
keberkesanan latihan tersebut terhadap perkembangan kerjayanya
dengan cara yang lebih realistic.

b) Pembelajaran

Pelatih akan dinilai berdasarkan tahap pembelajaran dan kefahaman


mereka terhadap kandungan program latihan. Oleh itu, pelatih
dikehendaki
menduduki ujian seperti ujianlisan, ujian bertulis, dan ujian prestasi.
Objektif pembelajaran bagi sesuatu program latihan lazimnya
ditentukan berdasarkan pengetahuan yang telah ditetapkan melalui
analisis tugas yang menjadi prasyarat yang penting untuk menjalankan sesuatu
kerja dengan berkesan.

c) Tingkah laku

Kriteria ini digunakan untuk menilai sejauh mana proses pemindahan


pembelajaran telah berlaku, iaitu sama ada terdapat perubahan dari
segi tingkah laku pelatih terhadap kerja atau tidak setelah pelatih
menjalankan latihan. Teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengukur
tingkah laku pelatih terhadap kerja termasuk soal selidik dan temu bual.

d) Hasil

i) Kriteria program ini melibatkan penilaian terhadap pencapaian


objektif program latihan yang telah ditetapkan. Objektif
program latihan boleh
dinyatakan dalam keputusan hubungan antara kos dengan faedah
program latihan tesebut. Objektf program latihan ialah mengurangkan
kadar pusing ganti pekerja, meningkatkan kualiti dan kuantiti produk
yang dihasilkan, meningkatkan jualan atau hasil, dan mengurangkan
kemalangan di tempat kerja.

ii) Sekianya penilaian terhadap hasil menunjukkan kesan positif, program

latihan tersebut boleh diperbaiki pada masa hadapan berdasarkan


maklum balas yang ditrima daripada pelatih. Dasar latihan sedia ada
akan dikekalkan. Sebaliknya, jika penilaian terhadap hasil menunjukkan
kesan negatif, dasar latihan sedia da perlu dinilai semula.

SOALAN 7

Senaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh unit sumber


manusia sebelum memberi latihan kepada pekerja organisasi.

a) Kaedah latihan yang digunakan harus dapat memenuhi objektif latihan,


membolehkan para jurulatih memerhati tingkah laku para pelatih
sepanjang proses latihan dan memberi para pelatih maklum balas.

b) Kaedah yang berkenaan juga harus dapat mewujudkan suasana alam


persekitaran latihan yang hamper sama dengan suasana kerja sebenar agar
proses pemindahan latihan dapat dipermudahkan.

c) Kaedah latihan yang digunakan harus membolehkan pelatih mengambil


bahagian yang aktif dalam proses latihan serta mencuba dan mengulangi
sesuatu yang telah dipelajari.

d) Mempertimbangkan kos-kos yang perlu dikeluarkan oleh organisasi.

e) Menentukan keperluan mengadakan atau memberi latihan kepada pekerja.

f) Membuat perancangan dengan menentukan objektif latihan yang akan


dijalankan.
BIBLIOGRAFI

1 .Sarimah Hanim Aman Shah,Siri Teks Politeknik Fajar Bakti Pengurusan


Sumber Manusia.

2. June M.L Poon, Pengurusan Sumber Manusia

3 Aini Hayati Mohamed,Faridahwati Mohd Shamsudin,Pra-u STPM


MATRIKULASI,Pengajian Perniagaan 1

You might also like