You are on page 1of 86

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

Disediakan Oleh, 1)Gayatiri.B 2)Saranya.S 3)Suapnah.M 4)Umathevi.M

Etika dalam sukan:


Panduan peranan peserta, penonton, jurulatih, kumpulan sorak, pegawai, pengurus dan juga pentadbir sukan. Untuk menangani insiden negatif dalam sukan spt caci-mencaci, pergaduhan, rusuhan dan tingkahlaku lain tidak beretika. Semangat Kesukanan ialah kualiti tingkahlaku yang adil terhadap pasukan sendiri dan pihak lawan serta sedia menerima kekalahan dan kemenangan dgn hati terbuka.

Ciri semangat kesukanan penonton:


Keberanian diri -Ia berani serta berazam melakukan sesuatu pekara dgn betul dan bersifat kemanusiaan.

Mengetahui peraturan dan undang-undang permainan - ia dapat memahami keputusan pengadil, beri komen dgn lebih teknikal, bernas dan terperinci melalui saluran betul untuk penambahbaikan pasukanya.

Sentiasa menghormati pihak lawan & pengadil


-Pihak lawan perlu dihormati, disambut dan beri layanan baik. -Pengadil individu mengadili sesuatu perlawanan. -Penonton perlu bersifat tolak ansur, bersopan santun, mengambil berat & menjalinkan persahabatan dlm situasi kemenangan @ kekalahan.

Dapat mengawal perasaan diri - Penonton perlu mengetahui cara menyokong pasukannya ketika menang & dpt mengawal perasaan bila kalah. Sabar & tenang menerima keputusan. Kesetiaan kepada pasukan sendiri - Pemain perlu diberi peluang & galakan peningkatan prestasi diri dlm pasukan diwakilinya.

Menghargai kemahiran dan persembahan berkualiti. - Penonton perlu memberi sokongan kpd persembahan kemahiran baik, perlakuan ini menunjukkan kesedaran dan pengargaan terhadap prestasi yang berkualiti tanpa mengira pasukan

Permainan bersih (fair play)

Etika merupakan prinsip, nilai dan pegangan diterima sebagai panduan tingkahlaku dlm kehidupan seharian. Etika ditekankan dalam sukan ialah permainan bersih . Amalan permainan bersih pada o Peserta o Jurulatih & pegawai sukan o penonton

Etika peserta-permainan bersih:


Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan Mematuhi keputusan pengadil Mematuhi arahan jurulatih Menjaga displin dan maruah diri semasa perlawanan Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menghormati pasukan lawan. Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi. Bermain dengan adil dan berlaku jujur. Elak daripada bermain kasar. Bermain sebagai satu pasukan

Etika penonton permainan bersih:


Menghormati keputusan pengadil. Menghormati pemain dan pegawai pasukan lawan. Mematuhi peraturan tempat pertandingan Menghormati arahan pegawai pertandingan dan pegawai keselamatan. Menjaga displin dan maruah diri. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menjaga kebersihan padang atau tempat pertandingan. Menjaga harta awam atau peralatan di tempat pertandingan. Menghormati perasaan penyokong pasukan lawan dan penonton lain. Sentiasa tenang dan tidak mengikut emosi.

Etika jurulatih dan pegawai sukan permainan bersih:


Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan pada setiap masa. Menerapkan semangat kesukanan dalam diri semua atlit Memastikan keselamatan dan kebajikan pemain Sentiasa menjaga displin pemain Menghormati pasukan lawan. Mengamalkan permainan yang bersih.

Kesan daripada Permainan Bersih:


Bagi-Pengadil & pegawai sukan Kelancaran perlawanan dan pertandingan Mengurangkan jumlah pemain yang dikenakan tindakan displin. Mewujudkan keharmonian dan keselesaan pemain dan penonton

Bagi Pemain
Mengelak daripada berlaku kecederaan. Merapatkan hubungan pemain dengan pasukan yang lain. Mengajar nilai-nilai penting seperti semangat kesukanan ( sportmanship) Meningkatkan imej pasukan

Penonton
Menjadikan aktiviti sukan satu aktiviti yang menyeronokan. Meningkatkan minat penonton terhadap sesuatu acara sukan Meningkatkan jumlah penonton

PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM SUKAN


Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan? Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahliahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

Apakah maksud Drug?


Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Apakah 'doping'?
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubatubatan yang diambil.

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan? Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu: Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?


Strategi yang diambil bertujuan untuk : Pencegahan Pembasmian :
Salah laku dan penyalahgunaan dadah

Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping Memantau :


Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan

Langkah berjaga-jaga Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit.

Kenapa terdapat penyalahgunaan bahan oleh atlet berlaku sewaktu pertandingan? kerana atlet ingin berada atau mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik di samping sebagai jalan mudah untuk mengecapi kejayaan Ia juga bertujuan untuk meningkatkan stamina dan tenaga pada tahap yang tinggi selain bertindak sebagai ubat tahan sakit sekiranya atlit mengalami sebarang kecederaan tertentu.

Apakah akibat/ hukuman yang akan diterima atlet tersebut sekiranya dia didapati bersalah?

Hukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain tindakan tataterbib dikenakan pada atlet tersebut

KEGANASAN DALAM SUKAN

Apakah itu keganasan?

Jenis Keganasan
Terbahagi kepada dua jenis :
a) Keganasan Instrumental b) Keganasan reaktif atau matlamat (hostile)
Keganasan Instrumental - Niat keganasan adalah untuk mendapat ganjaran atau mencapai kemenangan. - Kecederaan mungkin berlaku namun ia tidak dikira melanggar undang-undang (cth.tinju)

Keganasan reaktif atau matlamat (hostile) Matlamat utama adalah untuk mencederakan /mencacatkan orang lain supaya orang tersebut menderita. Tindakan tersebut didorongkan oleh rasa marah dan kecewa. Tindakan sebegini dikira sebagai sejenis kelakuan yang melanggar peraturan-peraturan.

Contoh keganasan dalam sukan.


Di Amerika Selatan, keganasan pemain bola sepak menyebabkan pembinaan pagar elektirk di sekliling padang bola untuk mengelakkan penonton daripada menyerbu pemain. Di Gautemala, penyokong sukan yang kalah menyerang penyokong pasukan yang menang dengan parang menyebabkan lima kematian.

Contoh-contoh kes keganasan


Pada tahun 1975, di Amerika, seorang pemain hoki dihukum kerana memukul pemain lain dengan kayu hoki. Seorang pemain bola keranjang,Kermit Washington telah menumbuk Rudy Tomjanivich di muka. Di Malaysia, agresifan berleluasa di kalangan ahli bola sepak. Contohnya Kejohanan Piala Malaysia. Pemain sebuah pasukan bertindak menyerang dan memaki Hamun, seorang pengadil kerana dikatakan berat sebelah.

Teori Keganasan/Keagresifan
Terdapat empat punca keagresifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi iaitu : 1)Teori Semulajadi 2)Teori Frustrasi agresif 3)Teori Pembelajaran Sosial 4)Teori Perubahan Frustrasi-Agresif

Teori Semula Jadi


Menyatakan setiap manusia mempunyai sifat keagresifan semulajadi. (Gill, 1986) Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan yang ada (Cathasis) pada manusia. Bidang sukan telah menjadi satu medan untuk melepaskan perasaan yang ada dalam diri seseorang. Bidang sukan juga telah menjadi satu tempat untuk seseorang untuk melakukan keganasan dan dapat diterima oleh

Teori Frustrasi Agresif


Menyatakan bahawa keagresifan seseorang berlaku kerana berasa frustrasi atau kecewa (dollard,miller,doob,movres dan sears,1939) Tahap agresif berkait rapat dengan tahap frustasi dan kecewa. Tahap frustrasi dan kecewa yang keterlaluan akan menyebabkan seseorang melakukan keganasan dalam sesuatu permainan.

Model Agresi Kekecewaan

Mengejar Matlamat

Halangan Mencapai matlamat

Kekecewaan

Agresif

Kejayaan

Denda / Hukuman

Kartasis

Teori Pembelajaran Sosial


Menurut Bandura (1973), keagresifan merupakan satu yang dipelajari atau dilatih melalui pemerhatian. Sesuatu tindakan yang telah dilihat akan membolehkan seseorang itu mengulangi tindakan tersebut secara tidak langsung.

Teori Perubahan Frustasi-Agresif


Teori ini telah menggabungkan kedua-dua teori frustrasi-agresif dan teori pembelajaran sosial. Walaupun bukan semua frustrasi akan menyebabkan keagresifan tetapi ia akan meningkatkan tahap kemarahan dan kekecewaan.

Model Berkowitz
KEGAGALAN ATAU KEKECEWAAN

MENINGKATKAN KEMARAHAN

KEAGRESIFAN BERLAKU

PEMBELAJARAN SOSIAL SEBAGAI PETUNJUK PENGHASILAN KEAGRESIFAN

Punca-punca berlakunya keganasan


Psikologi
ROVOKASi

Persekitaran
LOKASI PERTANDINGAN

Biologi

TEKANAN EMOSI (STRESS)


JANGKAAN PERLAKUAN KASAR KURANG PENGETAHUAN

CUACA
KEPUTUSAN PERTANDINGAN

HORMON ADRENALIN
KEBANGKITAN FISIOLOGI KESAN STEROID

JANGKA MASA PERMAINAN


ASPEK KESELAMATAN

Punca Psikologi
PROVOKASI Tindakan yang mencabar dari pihak lawan atau penonton akan menyebabkan seseorang pemain bertindak secara ganas. TEKANAN EMOSI (STRESS) Mementingkan kemenangan. Prestasi pemain kurang baik. Tekanan daripada jurulatih. Provokasi daripada pihak lawan & penonton.

Punca Psikologi
JANGKAAN PERLAKUAN KASAR Pemain berjangka bahawa pihak lawan akan bertindak secara ganas semasa permainan, jadi mereka juga bertindak secara ganas untuk mempertahankan diri. KURANG PENGETAHUAN Penonton tidak mengetahui undangundang.

Punca Persekitaran
LOKASI PERTANDINGAN Sokongan Padu pemain tuan rumah dapat penyokong yang lebih ramai daripada pihak lawan menyebabkan pihak lawan kekurangan sokongan dan lebih kecewa sehingga bertindak ganas. CUACA Cuaca Panas memudahkan pemain bertindak agresif sebab ketidakselesaan. Hujan padang licin, pemain mudah jatuh.

Punca Persekitaran
KEPUTUSAN PERTANDINGAN Pemain dipengaruhi oleh keputus pertandingan, kumpulan yang lebih rendah kedudukan dalam liga dan markah akan bertindak dengan lebih agresif atas ketidakpuashatian. JANGKA MASA PERMAINAN Perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan

Punca Persekitaran
ASPEK KESELAMATAN Tahap keselamatan yang longgar menyebabkan keganasan mudah berlaku. Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll Penempatan Penonton iaitu penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat harus dipisahkan.

Punca Biologi
HORMON ADRENALIN Hormon ini meransang perlakuan ganas. Rembesan hormon ini meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan dan keadaan bising. KEBANGKITAN FISIOLOGI Naik semangat Respon Unik daripada penyokong atau jurulatih.

Punca Biologi
Penggunaan steroid Keagresifan akan meningkat sekiranya seseorang mengambil steroid. Penggunaan steroid akan membawa kesan sampingan seperti mud seseorang sukar dikawal.

Kesan Keganasan dalam sukan


Menonton kegiatan ganas dalam sukan sebenarnya menambahkan sikap agresif penonton. ( Isoahola dan Halfield,1986) Kecederaan berlaku di kalangan penonton dan juga para pemain. Menyebabkan sesuatu pertandingan terpaksa diberhentikan ataupun dibatalkan. Menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan juga penonton.

Kesan Keganasan dalam sukan


Menyebabkan seseorang atlet mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat meneruskan permainan pada masa kelak. Seseorang atlet mungkin tidak mahu lagi terlibat dalam sukan tersebut. Nama baik pasukan ataupun negara akan tercemar akibat berlakunya keganasan dalam sukan.

Kesan Keganasan dalam sukan


Kos-kos yang tinggi akan dikenakan untuk membina kemudahan-kemudahan yang mengelakkan berlakunya keganasan contohnya pagar.

Cara-cara Mengatasi Keganasan


Jurulatih dan pemain haruslah mengawal emosi ketika di padang agar tidak menimbulkan sebarang tindakan keganasan. Kawalan ketat ke atas minuman alkohol. Singkarkan penonton yang bersikap agresif. Hentikan tindakan keganasan dengan cepat apabila ia dimulakan sebelum keadaan hilang kawalan.

Cara-cara Mengatasi Keganasan


Memberi amaran kepada pelatih bahawa tiada tolenrasi jikan keagrasifan berlaku dalam pasukan mereka. Bekerjasama dengan media supaya tingkah laku agresif tidak dimuliakan oleh penonton-penonton yang lain. Kawalan pada tindakan pada atlet dan juga termasuk penonton di padang.

Cara-cara Mengatasi Keganasan


Para atlet harus didedahkan dengan model tingkah laku yang tidak agresif, penerapan disiplin dalam permainan oleh jurulatih. Motivasi diri supaya tidak bertindak agresif.

Kesimpulan
Keganasan dalam sukan merupakan satu lakuan yang bertentangan dengan peraturan dan norma permainan dan kurang disenangi (Anshel, 1997; Cox, 1998; Weinberg & Gould 1999). Para pendidik dan jurulatih bertanggungjawab menanamkan semangat kesukanan dalam setiap remaja supaya masalah ini dapat diselesaikan dan membantu peningkatan prestasi dan pencapaian atlit atau pasukan dalam bidang sukan.

Gangguan dalam Sukan

Gaya Hidup Tidak Sihat

1. 2. 3. 4.

Penyalahgunaan Dadah Minuman Alkohol Merokok Pendopan Bahan

Penyalahgunaan Dadah:
Tujuan Keinginan atlet meningkatkan prestasi Kesan 1.Gencatan kematangan otak dan otot. Koordinasi anggota badan menjadi kurang cekap. 2.Ketagihan dengan dadah dan tidak dapat memberi tumpuan semasa latihan.

3. menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Pengaruh Alkohol
Pengambilan alkohol yang lebih menyebabkan guanguan kepada kerongkong, permukaan dalam usus besar dan perut dan menambahkan aktiviti buah pinggang. Kerosakan / ganguan otak Hati bengkak dan mengganggu fungsinya (hepatic failure)

Semasa metabolisma, alkohol menghasilkan kimia cetaldehydeyang boleh mencederakan hati, jantung dan organ-organ lain. Pengambilan alkohol juga menyebabkan penyakit jantung dan penyakit sistem pengaliran.

Merokok
Dalam Kajian Kementerian Belia dan Sukan (1997) menyatakan sebanyak 71 peratus remaja melibatkan diri dalam merokok. Kesan: 3kali lebih mudah diserang penyakit jantung 10 kali lebih mudah mengidap penyakit barah terutamanya barah paru-paru

Pendopan Bahan
Penggunaan bahan atau teknik oleh atlet yang bolah meningkatkan prestasi. Contoh bahan haram: 1.Peransang 2.Analgesik nakotik 3.Steroid anaboli 4.Beta penghalang

Kesan:
Pendopan bahan haram ini amat menjejaskan kesihatan atlet . Hal ini tidak adil terhadap peserta lain dalam pertandingan.

Isu ekonomi
Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu menjejaskan program pembangunan sukan negara. Akhir-akhir ini sahaja kita mempunyai dana yang mencukupi untuk merangka perancangan jangka panjang. Hasilnya belum lagi menampakkan hasil dalam setahun dua ini.

Isu ekonomi
Kekurangan sumber kewangan di kalangan pertubuhan / persatuan sukan kebangsaan untuk pengurusan dan pelaksanaan program. Mereka juga tidak berusaha mendapatkannya sendiri dan hanya bergantung kepada sumbangan kerajaan.

Isu ekonomi
Kita juga kekurangan sumber untuk menghantar atlet berlatih di luar negara. Krisis ekonomi negara turut menyebabkan tidak banyak syarikat yang sanggup menaja persatuan sukan dan atlet negara kita.

Isu ekonomi
Hakikat ini berbeza dengan atlet luar negara yang mendapat penajaan besar daripada syarikat-syarikat penaja. Banyak usaha dan perancangan tidak dapat dilaksanakan kerana kurang peruntukan.

Isu ekonomi
Masalah kegawatan ekonomi menjadi punca utama BAM(Persatuan Badminton Malaysia) terhutang dengan pemain. Tunggakan bernilai lebih RM1 juta. Pemain terjebak dalam masalah rasuah kerana tidak dapat peruntukkan yang sepatutnya.

GANGGUAN SEKSUAL JURULATIH TERHADAP ATLET WANITA


Masalah gangguan seksual bukan sahaja berlaku di luar, bahkan dalam sukan Malaysia. Atlit wanita tidak terlepas dari permasalahan ini. Jurulatih tidak beramanah dan tidak melaksanakan tugas dalam memikul tanggungjawab membawa atlit Negara ke puncak.

Perjudian
Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6 (2007). Biasanya perjudian berlaku di luar gelanggang Ketika sesuatu pertandingan sukan diadakan di gelanggang sukan. Masing-masing akan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal menjadi pemenang. Terdapat pihak yang merasuah dan mengatur perlawanan yang dilangsungkan. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian.

Biasanya perjudian berlaku di luar gelanggang Ketika sesuatu pertandingan sukan diadakan di gelanggang sukan. Masing-masing akan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal menjadi pemenang.
Terdapat pihak yang merasuah dan mengatur perlawanan yang dilangsungkan. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Terdapat `bookie yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit jika pemain sanggup mengikut telunjuk mereka.

Hakikatnya, pemain sedemikian menjadi tamak dan sanggup membiarkan diri mereka diperalat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Hal ini akan menjadi gangguan apabila terdapat berita tentang pemain-pemain yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah. Ia juga menimbul gangguan dalam pasukan permainan jika ada pemain yang digantung permainan atau dibuang dari pasukan. Keadaan seperti ini telah mencemarkan nama baik dan tujuan asal sukan tersebut diadakan.

Contoh rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura. Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang daripada mereka dikenakan tahanan permainan dan 16 orang lagi dibuang daerah.

Import Jurulatih Luar Negara


Biasanya acara sukan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran teknikal yang tinggi masih belum dikuasai jurulatih tempatan,oleh itu terpaksa mencari jurulatih dari luar negara.

Import jurulatih dari luar negara memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak berbanding dengan jurualatih tempatan dan membebankan kewangan majlis sukan.

Ia juga menyebabkan gangguan latihan bagi pemainpemain pasukan apabila menimbul masalah kontrak jurulatih atau pencapaian pasukan dalam sesuatu pertandingan yang kurang memuaskan.
Sikap jurulatih luar negara terhadap pemain juga boleh mempengaruhi mutu pencapaian sesebuah pasukan.

Contohnya, semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bertalan Bicskei dari Hungary selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia, telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sikap
Tidak bekerjasama Sikap pemain yang tidak ingin memberi kerjasama menyebabkan sukan terganggu. Pemain perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Sikap tidak memberi kerjasama dan mementingkan diri sendiri perlu dielakkan.

Pergaduhan Pemain yang berasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil bergaduh dengan pengadil. Pergaduhan juga berlaku antara pemain yang bermain kasar.

Sikap pemain yang tidak fokus Pemain yang menghadapi masalah tidak dapat memberi fokus yang sepenuhnya semasa bersukan. Pemain yang tidak memberi fokus tidak dapat meningkatkan prestasi sukan. Tidak mencampuradukkan hal peribadi dalam sukan.

Tidak berdisiplin Pemain tidak mendengar arahan jurulatih dan bertindak sesuka hati akan menjadi satu gangguan dalam sukan. Pemain yang tidak mematuhi setiap peraturan permainan dan tidak bertindak kasar terhadap pemain lain juga menyebabkan sukan terganggu.

Emosi
Masalah peribadi Pemain menghadapi gangguan emosi disebabkan masalah peribadi. Kurang bermotivasi, kurang yakin, kemurungan.

Masalah keluarga Tidak mendapat sokongan daripada keluarga menyebabkan emosi pemain terganggu. Keluarga yang bermasalah seperti penceraian ibu bapa menyebabkan fikiran pemain terganggu dan prestasi permainan menurun.

Tekanan Tekanan pemain yang terlalu mementingkan kemenangan. Tekanan daripada jurulatih yang selalu menginginkan pemain sentiasa meningkatkan prestasi dalam sukan.

Geografi di Malaysia
Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa sepanjang tahun. Banyak aktiviti sukan dapat dijalankan seperti surfing dan berkayak. Tetapi, keadaan ini telah menyebabkan aktiviti sukan seperti meluncur salji dan meluncur ais tidak dapat dijalankan di Malaysia

Selain daripada lapangan ais di Sunway Piramid, Malaysia tidak menyediakan kemudahan dan tempat lain untuk aktiviti meluncur ais dan meluncur salji. Orang yang berminat untuk mempelajari dan bermain aktiviti meluncur ais dan meluncur salji memang sukar kerana kekurangan kemudahan yang baik. Jadi, sukar untuk mencungkil bakat dan melatih peluncur yang baik di Malaysia

Rujukan
Arzmi Yaacob. (2002). Issues In Sport. Kuala Lumpur: Bina Minda Resources. Mohd Sofian Omar Fauzee. (2001). Pendekatan SosioPsikologi Dalam Sukan. Ampangan: Penerbitan Salafi. Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Psikologi Sukan: Daya Tahan Mental Dan Emosi Di Kalangan Atlet. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Vasudevan T.A. (1991). Psikologi Sosial Dalam Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Edisi Kedua). Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Rujukan
Wee Eng Hoe(2002) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Maxima Colour Separation Sdn Bhd, Selangor. Ancu. (2008). Psikologi Sukan. http://sainssukan.forumotion. com/psikologi-sukan-tg-4-f54/psikologi-sukannota-t87.htm. Dilayari pada 24 Mac 2010 Azhar Zakaria.(2009). Keganasan / Keagresifan Dalam Sukan. http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifandalam-sukan.html. Dilayari pada 24 Mac 2010 Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan : Dasar Sukan Negara http://www.kkbs.gov.bn/dasar%20sukan.htm Scrib : Isu sukan http://www.scribd.com/doc/3116674/Isu-sukan

Rujukan
Utusan Malaysia Online : BAM jamin langsai hutang http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010& dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_ 01.htm Sport : Masalah Gangguan Seksual Jurulatih Terhadap Atlit Wanita http://nasport.blogspot.com/2008/10/masalahgangguan-seksual-jurulatih.html

Sudah habis.. Thank you~~

You might also like