You are on page 1of 1

Pengertian ilmu tajwid

Dari segi bahasa ilmu tajwid bermaksud mengelokkan atau mencantikkan. Dari segi istilah pula bermaksud satu ilmu mengetahui cara menghafal huruf-huruf al-Quran dengan betul. Sesetengah ulamak mentakrifkan hokum tajwid ialah menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi huruf al-Quran,seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf,sifat-sifatnya (ciri-cirinya) ,dengungnya, panjangnya (mad), tebal atau tipis sesuatu sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hokum ilmu tajwid. Hukum ilmu tajwid Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayyah. Memprektikkannya pula dalam bacaan adalah fardhu ain Mempelajari hokum tajwid adalah fardhu kifayyah dengan erti kata, mestilah ada dalamsatu tempat itu seseorang atau beberapa orang yang mengetahui tentang ilmu tajwid dan boleh menjadikan rujukan ilmu tajwid bagi masyarakat tempatan. Jika tidak ada seorang pun dalam satu Bandar , orang yang mahir dalam ilmu tajwid dan mengajarnya kepada penduduk bandarnya, maka semua penduduk bandarnya adalah berdosa 1 Dalil wajib mempriktikkan ilmu tajwid dalam setiap bacaan

Dalil dari al-Quran


. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Surah Al-Muzammil ayat 4

Ayat ini jelas menunjukkan allah memerintahkan kepada nabi membaca alQuran yang diturunkan kepadanya dengan tartil iaitu memperelokkan sebutan huruf-huruf al-Quran yakni bertajwid. Maka ini membuktikan ayat yang diturunkan kepada rasulallah hendaklah dibaca dengan tartil.

Kitab

m/s39

You might also like