You are on page 1of 11

Pengertian ilmu tajwid

Dari segi bahasa ilmu tajwid bermaksud mengelokkan atau mencantikkan.


Dari segi istilah pula bermaksud satu ilmu mengetahui cara menghafal huruf-huruf
al-Quran dengan betul.
Sesetengah ulamak mentakrifkan hukum tajwid ialah menunaikan hak
huruf dan apa yang sepatutnya bagi huruf al-Quran,seperti menunaikan apa yang
sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf,sifat-sifatnya (ciri-cirinya) ,dengungnya,
panjangnya (mad), tebal atau tipis sesuatu sebutan sesuatu huruf dan lain-lain
hukum ilmu tajwid.
Hukum ilmu tajwid
Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayyah. Mempraktikkannya pula
dalam bacaan adalah fardhu ain
Mempelajari hukum tajwid adalah fardhu kifayyah dengan erti kata,
mestilah ada dalamsatu tempat itu seseorang atau beberapa orang yang mengetahui
tentang ilmu tajwid dan boleh menjadikan rujukan ilmu tajwid bagi masyarakat
tempatan. Jika tidak ada seorang pun dalam satu Bandar , orang yang mahir dalam
ilmu tajwid dan mengajarnya kepada penduduk bandarnya, maka semua penduduk
bandarnya adalah berdosa 1
Dalil wajib mempriktikkan ilmu tajwid dalam setiap bacaan

Dalil dari al-Quran


. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.


Surah Al-Muzammil ayat 4
Ayat ini jelas menunjukkan allah memerintahkan kepada nabi membaca
alQuran yang diturunkan kepadanya dengan tartil iaitu memperelokkan sebutan
huruf-huruf al-Quran yakni bertajwid. Maka ini membuktikan ayat yang
diturunkan kepada rasulallah hendaklah dibaca dengan tartil.

Izhar Syafawi( ) .

Kitab

m/s39

Takrif
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari
makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim
Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan
kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya.

Huruf
Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf
hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'.

Sebab
Berjauhan makhraj diantara mim mati dengan huruf-huruf Izhar Syafawiy.2

Hukum membaca
Bila mim mati bertemu dengan huruf-huruf selain huruf Mim dan Ba,
maka hendaklah diizharkan iaitu dinyatakan makhraj Mim mati itu tanpa dengung
(sifat dengungnya tidak dipanjangkan sampai dua harkat, hanya mengekalkan
kadar dengung yang sedia ada)3 dan tanpa berputus suara.4

Peringatan : Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim
Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan
2

Abdullah Hisyam bin Abdul Wahab, Kitab Al-Tajwid.m/s:43


Haji Abdul Qadir, Tajwid AlQuran Rasm Uthmani: Leong.m/s46
4
Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh, Kursus Qari dan Qariah m/s 76
3

sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf
Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj
huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan
huruf Fa' pula adalah berhampiran.
:Huruf Izhar Syafawiy Mim sukun terbahagi kepada dua bahagian
1. Berlaku dalam dua kalimah sahaja (lapan huruf)
Contohnya:
2. Berlaku dalam satu dan dua kalimah (lapan belas huruf)
Contohnya:

dan

Contoh Izhar Shafawiy dalam Surah Al-Baqarah

Ikhfa' Syafawiy( ) .
Takrif
Dari sudut bahasa: Tersembunyi sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan
Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama.ia juga
menyembunyikan mim mati apabila bertemu dengan huruf ikhfa syafawiy iaitu
Ba disertai dua harkat5. Ia dinamakan Syafawiy kerana Huruf Mim dan Ba' samasama keluar dari dua bibir mulut.
Ia dinamakan Ikhfa Syafawi ertinya Ikhfa Kebibiran.6

Huruf
Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

Sebab Diikhfakan
Apabila Ba dan Mim yang bersamaan pada makhraj dan tajanis pada sifat infitah
dan istifal akan memberatkan sebutan jika diizharkan atau diidghamkan.

Caranya:
5
6

Kitab Al-Tajwid: Abdullah Hisyam bin Abdul Wahab.m/s:42


Haji Abdul Qadir Leong Tajwid AlQuran Rasm Uthmani:.m/s:45

Bibir mulut direnggangkan sedikit supaya tersembunyi makhraj mim mati. Jika
merapatkan dua bibir bacaannya telah menjadi Idgham Mithlain Saghir.

Contoh Ikhfa' Syafawiy dalam Surah Al-Baqarah

Idgham Syafawiy
Takrif
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun
(mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang
berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya dengan dengung
dua harkat.
Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari
dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula
ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris
hidup. Idgham Mithlain atau Mutamaathilain ini dikenal juga dengan nama
Idgham Maalghunnah Saghir (Idgham berdengung kecil)7 kerana kedua-dua
huruf yang bertemu itu adalah ma iaitu mim sama atau serupa tentang makhraj
dan sifatnya, maka ianya didengungkan.

Huruf
Idgham syafawiy terdiri dari satu huruf iaitu Mim.

Sebab
Bersamaan makhraj dan sifat
7

. Haji Abdul Qadir Leong, Tajwid AlQuran Rasm Uthmani.m/s:46

Contoh Idgham Syafawiy dalam Surah Al-Baqarah

Rujukan
1.

Abdullah Hisyam bin Abdul Wahab,2005, Kitab Al-Tajwid.

2.

Haji Abdul Qadir Leong, 2002, Tajwid AlQuran Rasm


Uthmani.

3.

Hj. Ismail Muhammad Al-hafiz, 1991 Mutiara Asuhan Islam,


Tajwid.

4.

Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh, 1983, Kursus Qari dan


Qariah .

5.

Azhari Ibrahim, 1995, Kitab Pelajaran Tajwid.

10

11

You might also like