P. 1
teks doa

teks doa

|Views: 65|Likes:
Published by Siti Rohaizah
majlis rasmi
majlis rasmi

More info:

Published by: Siti Rohaizah on Mar 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/07/2013

pdf

text

original

Ya Allah..

Ya Rahman Ya Rahim… Sesungguhnya kami pada hari ini ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadapMu atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Sesungguhnya kami berkumpul di sini keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul adalah untuk mendapat keredhaan dari Mu. Kami berhimpun untuk mendapat keberkatan dari rahmatMu Ya Allah. Berkatilah pertemuan kami, berkatilah usaha-usaha kami. Ya Allah.. Ya Manzil Barkah… Kami panjatkan kesyukuran kepadaMu yang telah memudahkan perjalanan aktiviti kami selama 4 hari kami di sini Ya Allah. Kami panjatkan kesyukuran di atas limpahan kurnia sepanjang Perkhemahan Integrasi Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal Kadet Remaja Sekolah Daerah Klang pada tahun ini Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan masa-masa akan datang. Ya Zal Jalal Wal Ikram… Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Perbaikilah segala kesilapan kami. Jernihkanlah hubungan di antara kami. Lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Ya Allah.. Ya Robbal Alamin.. Bukalah pintu hati kami, terangilah hati kami dengan Taufik dan Hidayah dariMu. Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut. Kau penuhkanlah diri kami dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk kebaikan dan manfaat anak-anak didik kami seterusnya masyarakat keseluruhannya. Berkatilah ilmu yang telah dipelajari dan yang akan kami pelajari. Tetapkanlah hati kami untuk terus membangunkan agamaMu Ya Allah. Kau jauhkan kami daripada segala sifat keji dan tercela. Muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->