You are on page 1of 24

4571/1

Nama :……………………………………….. Kelas: ……………….

PEPERIKSAAN BERSAMA AKHIR TAHUN 2008


DAERAH KUANTAN

PENGETAHUAN SAINS SUKAN


TINGKATAN 4
Kertas 1
Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-
tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

2
4571/1

Arahan: Bagi soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang
berhuruf A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan.

1. Jelaskan definisi tepat Sains Sukan

A. Satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan melibatkan
perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi,fisiologi psikologi sosio dan
biokemamik
B. Kajian menyeluruh yang merangkumi aspek sains dalam sukan
C. Bidang pengajaran yang melibatkan sukan seperti psikologi, fisiologi, biokimia dan anatomi.
D. Satu cabang ilmu kesukanan yang berasaskan sains dalam fisiologi dan anatomi.

2. Apakah kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam sukan kepada seseorang atlet

A. Atlet akan sentiasa dihormati


B. Menjadi panduan kepada atlet untuk memudahkan perjalanan perlawanan
C. Menjadikan seseorang atlet itu lebih berdisiplin dan beretika
D. Mewujudkan suasana harmoni dalam perlawanan

3. Sejarah perkembangan Sains Sukan bermula dengan...

A. Penubuhan Sekolah Sukan Malaysia pada tahung 1970 yang bertujuan untuk mencungkil
bakat-bakat atlet di peringkat sekolah lagi
B. Mata peljaran Pendidikan Jasmani diperkenalkan di semua peringkat sekolah
C. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1968 untuk
menganjur dan melaksanakan program pembangunansukan sekolah-sekolah di
Malaysia.
D. Institusi Pengajian Awam mula memperkenalkan program-program dalam bidang Sains
Sukan

4. Manakah antara berikut merupakan fungsi pengurusan sukan.

A. Merancang, mengelola, mengarah, menggubal


B. Merancang, menyedia bajet, mengawal, mengelola, menyediakan jadual pertandingan.
C. Merancang, menggubal jadual pertandingan, mengurus latihan
D. Merancang, Mengawal, menyedia bajet, menyedia jadual pertandingan

5. Kejohanan Bola Tampar Daerah Temerloh telah disertai oleh 8 pasukan. Berapakah jumlah
perlawanan yang akan berlangsung

A. 20
B. 24
C. 26
D. 28
6. Pilih padanan yang betul.

3
4571/1

Keagresifan Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat


A
Kasar/ Ketara untuk melihat individu tersebut menderitan kesakitan
B Kesan Atribusi Kesan yang dialami olet atlit akibat daripada faktor
dalaman
Keagresifan Bermain mengikut peraturan dengan penggunaan daya
C
Instrumental fizikal serta peralatan dalam permainan
D Asertif Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk
mendapatkan ganjaran tertentu

7. Kemahiran mengawal kebimbangan adalah

A. terapi pernafasan, terapi sukan, visualisasi, pemusatan


B. terapi pernafasan, pemusatan, relaksasi, visualisasi
C. pemusatan,relaksisasi, terapi sukan, pemusatan
D. pemusatan, terapi pernafasan, visualisasi, relaksisasi

Faktor Psiko-Fisiologikal
- Tindakan seorang peninju yang
agresif apabila merasakan pihak
lawan untuk mencederakannya.

Faktor Semasa
– Sorakan penonton

8. Penyataan di atas merujuk kepada

A. Strategi menjatuhkan pihak lawan


B. Faktor atribusi
C. Faktor yang mempengaruhi keagresifan
D. Faktor Kebimbangan

9. Pilih susunan aras organisasi structural manusia yang betul.

A. Aras sel – Aras molekul – Aras tisu – Aras organ – Aras sistem
B. Aras tisu – Aras sel – Aras molekul – Aras organ – Aras sistem
C. Aras sel – Aras molekul – Aras tisu – Aras organ – Aras sistem
D. Aras molekul – Aras sel – Aras tisu – Aras organ – Aras sistem

10. Antara berikut yang manakah fungsi sistem rangka ?

4
4571/1

i. Membentuk rangka tubuh


ii. Menyokong berat badan
iii. Melindungi organ dalaman
iv. Tempat penstoran mineral

A. i, ii dan iii sahaja


B. i, iii dan iv sahaja
C. i, ii dan iv sahaja
D. i, ii, iii dan iv

11. Antara berikut yang manakah bukan tulang panjang ?

A. Radius
B. Tibia
C. Skapula
D. Humerus

12. Apakah otot antagonis yang terlibat semasa melakukan fleksi tangan ?

A. Pektoralis
B. Deltoid
C. Trisep
D. Bisep

13. Antara pergerakan-pergerakan berikut manakah yang melibatkan penguncupan


isotonik ?

A. Menaiki tangga
B. Lentik belakang
C. Latihan menggunakan mesin “multi-gym”
D. Menolak dinding dengan siku bengkok

Rajah 1

14. Terdapat beberapa jenis sendi yang dikategorikan sebagai sendi sinovial. Nyatakan bahagian tulang
yang berkaitan dengan rajah 1.

5
4571/1

A. Sendi siku dan lutut


B. Sendi antara radius dan ulna
C. Sendi antara metakarpal falang
D. Sendi antara karpal dan tarsal

15. Pada sendi ini tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen. Jenis sendi ini
hanya membenarkan pergerakan yang terhad.

A. Sendi fibrous
B. Sendi sinovial
C. Sendi cartilagenous
D. Sendi vertebra

16. Apakah otot yang mempunyai bentuk sel yang tunggal, sangat panjang dan berjalur?

A. Otot licin
B. Otot rangka
C. Otot kardiak
D. Otot fiber

Sistem Keperluan Oksigen Penghasilan ATP Jangka masa


Anaerobik Alaktik Tidak perlu Sedikit 10 saat
Anaerobik Laktik Tidak perlu Sedikit X
Aerobik Perlu Banyak Lebih 3 minit
Jadual 2

17. Apakah X?

A. 10 saat hingga 1 minit


B. 1 minit hingga 2 minit
C. 1 minit hingga 3 minit
D. 2 minit hingga 3 minit

18. Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal.

A. Kecergasan keseluruhan yang merangkumi komponen- komponen mental, sosial,


emosi, fizikal dan rohani.
B. Kecergasan yang melibatkan keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan
maklumat untuk meningkatkan kualitit hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
C. Kecergasan yang melibatkan keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan
untuk menghadapi cabaran dalam kerja harian dan menpunyai lebihan tenaga untuk
kecemasan.
D. Kecergasan yang melibatkan keupayaan individu untuk berinterksi dengan orang lain bagi
mewujdkan perhubungan yang baik bagi meningkatkan kualiti hidup semua pihak.

6
4571/1

19. Manakah di antara komponen berikut yang dikaitkan dengan komponen kecergaan fizikal
berdasarkan kesihatan.

A. Fleksibiliti
B. Kelajuan
C. Ketangkasan
D. Masa reaksi

20. Padanan berikut adalah benar tentang komponen kecergasan fizikal.

Berdasarkan kesihatan Berdasarkan lakuan motor


A Kelajuan Ketangkasan
B Fleksibiliti Masa reaksi
C Ketangkasan Kelajuan
D Daya tahan otot Kekuatan otot

21. Komponen- komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara satu sukan
dengan sukan yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada
kehendak indivudu atau sesuatu sukan yang diceburi.

Kenyataan di atas adalah dimaksudkan dengan prinsip latihan fizikal berikut.

A. Prinsip perbezaan individu


B. Prinsip kekhususan
C. Prinsip kebolehbalikan
D. Prinsip kepelbagaian individu

22. Definisi yang tepat tentang frekuensi latihan dalam prinsip latihan bebanan adalah seperti berikut.

A. Kualiti kerja yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima.
B. Masa yang diambil bagi menjalankan sesuatu latihan seperti satu jam sesesi.
C. Prestasi fizikal yang menurun jika tidak dilakukan lebih daripada 72 jam.
D. Kekerapan latihan yang dilakukan seperti dua sesi sehari atau lima sesi seminggu.

23. Atlet- atlet olahraga MSSM telah menjalani latihan yang sama dari awal sesi latihan sehingga
akhir sesi latihan selama seminggu. Walaubagaimanapun tahap kecergasan atlet masih di tahap
lama. Mengapakah hal yang sedemikian berlaku dalam pasukan tersebut.

A. Atlet tidak mematuhi prinsip kekhususan.


B. Atlet tidak mematuhi prinsip perbezaan individu
C. Atlet tidak mematuhi prinsip kepelbagaian latihan
D. Atlet tidak mematuhi prinsip kebolehbalikan

7
4571/1

24. Komponen kecergasan fizikal berdasrkan lakuan motor adalah seperti berikut.

i. Kelajuan
ii. Ketangkasan
iii. Koordinasi
iv. Fleksibiliti

A. i,ii dan iii


B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Aktiviti ini dijalankan secara berulang-ulang dalam masa yang singkat


dan terdapat masa rehat antara setiap ulangan.

25. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada kaedah latihan

A. Fartlek
B. Jarak jauh perlahan
C. Jeda jarak jauh
D. Latihan litar

26. Apakah objektif utama kaedah latihan jarak jauh perlahan

A. Membina kecergasan kardiorespiratori


B. Meningkatkan daya tahan otot
C. Meningkatkan ketangkasan dan kelajuan
D. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular

27. Berikut adalah kesan latihan aerobik kepada sistem kardiovaskular kecuali

A. Pertambahan kekuatan dan saiz jantung


B. Pertambahan kadar isipadu jantung
C. Pertambahan jumlah pengaliran darah ke otot
D. Peningkatan kadar denyutan jantung

8
4571/1

Rajah 3

28. Berdasarkan rajah 3, nyatakan jenis latihan yang dilakukan oleh atlet tersebut.

A. Latihan Isometrik
B. Latihan Isotonik
C. Latihan Isokinetik
D. Latihan Bebanan

29. Seorang atlet angkat berat telah mengambil satu hidangan makanan yang terdiri daripada 14g
lemak, 8g protien, dan 18g karbohidrat. Kirakan jumlah kalori ( C ) yang telah diambil oleh atlet
tersebut?

A. 254.9 kilokalori
B. 0.2549 kilokalori
C. 2394 kilokalori
D. 0.2394 kilokalori

30. Apakah yang akan berlaku jika seorang atlet wanita itu mengalami kitaran haid yang tidak normal
dan hormon reproduktif yang kurang?

A. Kekurangan densiti mineral tulang.


B. Kekurangan hormon testiteron
C. Kekurangan hormon androgen propesteron
D. Kekurangan sebatian organik kompleks

Mengguling Merangkak Diri tanpa


sokongan
Rajah 4

9
4571/1

31. Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang berlaku selepas dua tahun
kelahiran. Apakah aspek tahap pencapaian motor berdasarkan rajah 4?

A. Aspek keupayaan bukan lokomotor


B. Aspek keupayaan motor
C. Aspek keupayaan lokomotor
D. Aspek kawalan postur

32. Apakah kemahiran yang akan mempengaruhi atlet sukan badminton dan perahu layar?

A. Kemahiran terkawal
B. Kemahiran luar kawal
C. Kemahiran berterusan
D. Kemahiran bersiri

33. Terdapat dua jenis lakuan motor dalam sistem biologi manusia, salah satunya adalah lakuan
motor involuntori yang menjurus kepada

A. Lakuan motor yang terhasil daripada pergerakan otot licin dan kardiak
B. Lakuan motor yang terhasil adalah dalam kawalan
C. Pelaku telah menghasilkan lakuan yang dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan
persekitaran
D. Semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan

34. Antara pergerakan berikut yang manakah melibatkan sistem tuas kerja kelas ketiga?

i. Fleksi sendi siku


ii. Ektensi leher
iii. Ektensi sendi lutut
iv. Abduksi kaki

A. i,ii dan iii


B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

35. Antara yang berikut yang manakah menunjukkan pemindahan pembelajaran positif

A. kemahiran hantran bola sepak kemahiran hantaran bola keranjang


B. kemahiran hantaran bola jaring kemahiran hantaran bola baling
C. kemahiran pukulan badminton kemahiran pukulan tennis
D. kemahiran menghantar bola hoki kemahiran menghantar bola sepak

10
4571/1

Rajah 5

36. Di antara berikut, manakah yang dapat menerangkan tentang ciri-ciri lengkuk dalam proses
pembelajaran dalam rajah 5?

A. Peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses dan berkurangan di penghujungnya


B. Tiada terdapat peningkatan dalam prestasi di awal dan akhir proses pembelajaran
C. Prestasi yang tidak seimbang di sepanjang proses pembelajaran
D. Peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran

Rajah 5

37. Dalam mempelajari kemahiran mengelecek bola hoki ketika bergerak, apakah aspek keupayaan
motor yang diperlukan oleh pemain hoki?

A. Ketepatan kawalan
B. Koordinasi pelbagai anggota
C. Ketangkasan manual
D. Kelajuan pergerakan tangan

11
4571/1

38. Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil dan tindakan
ditentukan oleh pelaku. Antara acara berikut yang manakah merupakan kemahiran motor yang
berasaskan kemahiran terkawal

A. Badminton
B. Berkayak
C. Tenis
D. Golf

Rajah 6

39. Namakan jenis pergerakan dalam rajah 6.

A. Sirkumduksi
B. Pronasi
C. Supinasi
D. Abduksi

40. Pergerakan yang melibatkan pergerakan sesaran menegak dan mendatar pada arah dan kelajuan
yang sama?

A. Sukan papan luncur


B. Sukan luncur ais
C. Sukan luncur salji
D. Sukan terjun

12
4571/1

Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan.

Salah satu objektif Dasar Sukan Negara adalah membentuk masyarakat yang sihat,
berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih dbaik
dalam sukan di semua peringkat masyarakat.
Huraikan sumbangan Dasar Sukan Negara kepada

1. a) Individu

...................................................................................................................................
.

............................................................................................................................... …………
[2
markah]

b) Negara
...................................................................................................................................
..
……………………………………………………………………………………

[2
markah]

Semasa perlawanan akhir perlawanan badminton peringkat MSSM,


Rahim berasa gementar dan gugup. Dia seringkali melakukan kesalahan yang sama.
Tekanan yang dihadapi membuatkan Rahim bimbang.

2. a) Berikan definisi kebimbangan.

...................................................................................................................................
.

...............................................................................................................................…
.
[2 markah]
b) Nyatakan dua jenis teknik mengawal kebimbangan.

...................................................................................................................................
.

13
4571/1

...................................................................................................................................
.
[2 markah]

3. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan sendi-sendi yang terdapat pada tubuh manusia.

Rajah 1.1 Rajah 1.2

a) Namakan jenis sendi pada Rajah 1.1 dan Rajah 1.2

Rajah 1.1 : ……………………………………………………………………………………..


Rajah 1.2 : ……………………………………………………………………………………
[2 markah]

b) Sendi yang sama seperti pada Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 terdapat pada bahagian lain tubuh
manusia.

Lengkapkan Jadual 1.3 untuk menyatakan kedudukan sendi-sendi itu.


Jenis sendi Sendi pada Rajah 1.1 Sendi pada Rajah 1.2

Kedudukan di tubuh

Jadual 1.3
[2 markah]

4. Jadual 2 menujukkan ciri-ciri sistem tenaga.

Sumber
Sistem Tenaga Intensiti Jangka Masa Acara Sukan

14
4571/1

X fosfokreatin tinggi 10 saat P

Y glukos/glikogen tinggi 1 – 3 minit Q

glukos/glikogen/
Z rendah/
lemak/protein lebih 3 minit R
sederhana
Jadual 2

a) Namakan sistem tenaga Y.

………………………………………………………………………………..............................
[1 markah]
b) Berikan satu contoh acara sukan R.

…………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
c) Bandingkan dua kaedah latihan untuk atlet dalam acara sukan P dan R.

Atlet P Atlet R
(i)
(ii)

[2 markah]

5. a) Berikan definisi yang tepat tentang kecergasan fizikal.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
b) Senaraikan jenis sukan yang boleh membantu meningkatkan kecergasan fizikal seseorang
individu.
......................................................................................................................................................
.
......................................................................................................................................................
[2 markah]

6. Berdasarkan jadual berikut, senaraikan komponen- komponen kecergasan fizikal.

Komponen berdasarkan kesihatan Komponen berdasarkan lakuan motor

15
4571/1

[4 markah]

7. Rajah 3 menunjukkan satu jenis latihan yang sering digunakan dalam kaedah latihan
anaerobik.

Stesen 3
Stesen 1 Stesen 2

Stesen 5 Stesen 4

Rajah 3

a) Nyatakan satu tujuan aktiviti dalam rajah itu.

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

b) Namakan jenis latihan di atas.

…………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

c) Berikan dua contoh aktiviti lain yang sesuai dijalankan dalam latihan di 3(b).

16
4571/1

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

[2 markah]

8. Rajah 4 menunjukkan piramid panduan makanan untuk atlet.

Rajah 4

a) Berikan definisi pemakanan sukan?

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

b) Nyatakan satu kepentingan pemakanan sukan kepada atlet?

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

17
4571/1

c) Berdasarkan piramid makanan dalam rajah 4, nyatakan bilangan hidangan yang diperlukan oleh atlet
dalam kumpulan 2 dan 5.

Kumpulan 2: ……………………………………………………………………………………

Kumpulan 5: ……………………………………………………………………………………
[2 markah]

Rajah 5

9. a) Satu kriteria pergerakan rajah di atas adalah berpandukan kepada bagaimana suatu
kemahiran itu dimulakan dan berakhir. Berikan dua contoh yang sesuai bagi kriteria ciri
pergerakan yang sama iaitu dimulakan dan berakhir?
…………………………………………………………………………………………
……
………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
Pergerakan
Berkemahiran

X Y

b) i. Nyatakan jenis pergerakan berkemahiran di X.

…………………………………………………………………………………………
…..
[1 markah]

ii. Di Y kemahiran sesorang itu boleh dipertingkatkan menerusi latihan yang kerap dan praktis
yang bersistematik. Berikan dua unsur penting yang harus diambil kira untuk
mengukuhkan penguasaan sesuatu kemahiran?

a: ………………………………………………………………………………………………

18
4571/1

b: ………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

10. Rajah di bawah menunjukkan lengkuk pembelajaran kemahiran dan prestasi P dan Q

P Q
a) Nyatakan satu contoh kemahiran dalam permainan yang digambarkan oleh lengkuk
pembelajaran kemahiran dan prestasi motor P dan Q.

P: ……………………………………………………………………………………………….

Q: ……………………………………………………………………………………………….
[2 markah]
b) Nyatakan dua perbezaan antara lengkuk pembelajaran kemahiran dan prestasi motor P dan Q

P Q
i) i)

ii) ii)

[2 markah]

19
4571/1

Bahagian B
[20 markah]
Jawab mana-mana dua soalan.

1. Pengurusan adalah satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu pertandingan atau
kejohanan sukan bersama dengan orang lain, sekumpulan orang semata-mata untuk
membantu mencapai objektif yang diingini.

Huraikan fungsi-fungsi pengurusan sukan [10 markah]

2. Lakar dan huraikan fungsi-fungsi struktur neuron yang berikut.


(a) Dendrit
(b) Ekson
(c) Badan sel [10 markah]

3. Setiap tahun, atlet- atlet di Malaysia akan mewakili negeri masing- masing untuk beraksi
dalam Sukan Olahraga MSSM. Setiap atlet dikehendaki menyiapkan diri dengan latihan-
latihan yang memenuhi prinsip-prinsip latihan fizikal bagi mendapatkan kecergasan fizikal
dan mencapai kejayaan dalam acara yang diwakili.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal. [2 markah]


b. Senaraikan dan jelaskan prinsip- prinsip latihan fizikal tersebut. [8 markah]

4 a. Terangkan kedudukan fulkrum, daya dan beban dalam tuas kelas pertama [3 markah]

b. Terangkan anggota badan yang bertindak sebagai fulkrum, daya dan beban dalam satu
aktiviti sukan melibatkan tuas kelas pertama.
[7
markah]

20
4571/1

Skema jawapan Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Bahagian A

1. a) Kebimbangan bermaksud
- Kesan kognitif @ emosi yang terhasil daripada persepsi terhadap situasi yang
dihadapi
- Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran @ persepsi seseorang induvidu
terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan.

b) Teknik mengawal kebimbangan


- Terapi pernafasan
- Pemusatan (centering)
- Relaksasi
- Visualisasi

2. a) Individu

- Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan pembangkitkan


semangat pertandingan
- Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
- Memanfaatkan masa senggang
- Mengurangkan tekanan hidup
- Interaksi sosial yang bermakna
- Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

b) Negara

- Mencapai kecemerlangan di peringkat tertiggi


- Menigkatkan maruah bangsa dan negara di pesada sukan antarabangsa
- Memupuk persahabatan

3. (a) Rajah 1.1 : Sendi kondil


Rajah 1.2 : Sendi lesung
(b) Pergelangan kaki, pinggul

4. (a) Anaerobik laktik


(b) Marathon
(c) i. Latihan jeda, Latihan jarak jauh perlahan(LSD)
ii. Latihan pliometrik, Latihan Fartlek

21
4571/1

5.a. Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menhadapi
cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di
samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

b. Berjoging,berenang, berbasikal.acara yang menggunakan sistem tenaga aerobik

6.
Komponen berdasarkan kesihatan Komponen berdasarkan lakuan motor
Komposisi badan Kelajuan
Daya tahan kardiovaskular Ketangkasan
Daya tahan otot Kuasa
Kekuatan otot Imbangan
fleksibiliti Masa reaksi
koordinasi

7. a. Meningkatkan kecergasan dalam usaha menambah kekuatan, daya tahan otot dan daya tahan
kardiovaskular.

b. Latihan Litar.

c. Lari ulang-alik/Burpee/Lari zing-zag/Lompat skip/Tekan tubi


(mana-mana yang sesuai)

8. a. Aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, mengadaptasikan pemakanan


kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi
optimum semasa latihan dan bertanding.

b. - meningkatkan prestasi atlet


- mengurangkan masa pemulihan selepas latihan yang membebankan
- mengurangkan risiko mendapat kecederaan semasa latihan atau bertanding
- memberi tenaga kepada atlet semasa latihan atau bertanding
- membekalkan tubuh dengan nutrien-nutrien esential yang diperlukan

c. Kumpulan 2: 6 – 11 hidangan
Kumpulan 5: 2 -3 hidangan

9 a. bola sepak, melontar peluru, merejam bola takraw, merejam bola tampar

b. i) kemahiran generik
ii) a. kecekapan/
b. ketekalan/
c. cepat bertindak balas terhadap rangsangan

10. a. berenang/ rutin tarian/ rutin latihan lantai gimnastik


22
4571/1

b. i. P - perlahan di awal pembelajaran


Q - terdapat pergerakan yang mudah dipelajari dan berlaku dengan cepat
ii P - mendadak pada akhir pembelajaran
Q - terdapat pergerakan yang sukar dipelajari dan berlaku dengan kadar yang
perlahan

Bahagian B
Skema esei

Soalan 1
Fungsi pengurusan sukan

i) Merancang
- Masa yang diperuntukan, bilangan peserta, belanjawan yang diberi
- Jadual latihan, prapertandingan dan pertandingan,penenpatan tempat latihan,
keperluan atlet/ badan sukan

ii) Pengelolaan
- Masa yang diperuntukan, bilangan peserta.
- Belanjawan yang diberi
- Kemudahan yang disediakan

iii) Pengarahan
- Maklumat perancangan dan bentuk latihan atau pertandingan
- Memberi arahan AJK yang lain menjalankan tugas mereka
- Pemantauan dan pemerhatian ke atas perjalanan AJK

iv) Pengawalan
- Mengawal selia bidang tugas AJK pengurusan yang lain
- Bersedia memberi bantu muladan bantuan terapi kepada atlet yang mengalami
kecederaan semasa latihan/ pertandingan

v) Penyediaan belanjawan
- Menyediakan kertas kerja program yang dirancangkan
- Meneliti kertas kerja
- Mendapatkan belanjawan daripada sekto/ bahagian tertentuseperti Kementerian
Belia dan Sukan
- Mendapatkan tajaan

vi) Pemimpin (jurulatih, pengurus, pakar pemakanan)


- Merangka rancangan latihan
- Mengaplikasikan prinsip-prinsip dan kaeah latihan
- Menetapkan ujian mendapatkan skor
- Pemakanan atlet

vii) Penilaian
- Post morterm
- Membuat penilaian setelah selesai sesuatu pertandingan

23
4571/1

- Sebagai penambahaikan untuk program yang akan datang


-
Soalan 2

(a) Dendrit
- merupakan fiber-fiber halus bercabang-cabang yang mengunjur dari badan
sel.
- berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel.

(b) Akson
- merupakan satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari
badan sel.
- akson disaluti dengan bahan putih dan berlemak yang dikenali sebagai
mielin.
- mielin melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan kadar
transmisi impuls saraf.

(c) Badan sel


- mengandungi nukleus dan merupakan pusat metabolik sel.

Soalan 3

a. Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menhadapi
cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di
samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

b. Prinsip lebihan bebanan.


Prestasi fizikal akan meningkat bila berlaku penambahan dalam beban kerja.
Penambahan beban kerja perlu dilakukan secara progresif setelah badan atau sistem
biologi dapat mengadaptasi kepada beban kerja yang dikenakan.

Prinsip kekhususan.
Konponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara sukan dengan sukan yang lain.
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau sukan
yang diceburi.

Prinsip kebolehbalikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan
secara berterusan, penurunan dalam presati akan berlaku. Prestasi fizikal akan menurun
dengan ketara jika latihan tidak dilakukan lebih daripada 72 jam.

Prinsip kepelbagaian latihan


Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu
aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

Soalan 4

24
4571/1

a) Terangkan kedudukan fulkrum, daya dan beban dalam tuas kelas pertama

- berlaku apabila fulcrum berada di antara daya dan beban


- tuas kelas pertama menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar
tetapi pergerakan perlahan
-

B D

(b) Terangkan anggota badan yang bertindak sebagai fulkrum, daya dan beban dalam satu
aktiviti sukan melibatkan tuas kelas pertama.

Acara lontar peluru


- siku bertindak sebagai fulcrum
- penguncupan otot trisep memberi daya
- peluru sebagai beban

25

You might also like