You are on page 1of 7

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA 2009

SEKOLAH MENENGAH TSHUNG TSIN TENOM

Bahagian Menengah Tinggi

BAHASA MALAYSIA (SY02)


KERTAS 1 KARANGAN Masa : 90 minit ______________________
ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi 7 soalan. Pilih dan jawab satu soalan sahaja. 2. Calon-calon dinasihati supaya membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. 3. Mulakan setiap jawapan anda dengan helaian baharu.

Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu

Nama: ...

Kelas:.

Tulis karangan tentang salah satu daripada tajuk di bawah ini, panjangnya hendaklah antara daripada 350 hingga 500 patah perkataan. Markah akan dipertimbangkan berdasarkan isi, penyampaian, gaya bahasa, tatabahasa, ejaan dan susunannya. Markah akan dipotong sekiranya anda tidak menyatakan jumlah perkataan yang sebenar. 1. Sebagai pelajar yang menggunakan bas awam untuk berulang alik ke sekolah setiap hari, anda tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan syarikat berkenaan. Tulis sepucuk surat kepada pihak pengurusan syarikat bas berkenaan untuk mengadukan kelemahan-kelemahan yang berlaku. Jelaskan juga beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. 2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk pilihan anda ialah Tabiat Membaca Bermula di Rumah. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. 3. Keadaan dunia ini semakin terancam. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan tersebut? 4. Isu kepupusan hidupan liar menjadi topik hangat pada masa kini. Sebagai pencinta hidupan liar, anda ingin menulis sebuah rencana tentang faktor-faktor kepupusan hidupan liar dan langkah-langkah mengatasinya. Tulis rencana tersebut selengkapnya. 5. Kejadian jenayah semakin meningkat dalam kehidupan masyarakat yang serba maju ini. Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian itu dan cadangkan cara-cara untuk menanganinya. 6. Sejarah penting dalam membina jati diri bangsa. Bincangkan. 7. Tulis karangan peribahasa yang bertajuk Genggam bara api biar sampai jadi arang.

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA 2009


SEKOLAH MENENGAH TSHUNG TSIN TENOM

Bahagian Menengah Tinggi

BAHASA MALAYSIA (SY02) KERTAS 2 UJIAN BAHASA Masa : 90 minit ______________________


ARAHAN KEPADA CALON

1. Jawab soalan 1 dan mana-mana dua soalan yang lain dalam kertas 2. 2. Jumlah soalan yang perlu dijawab ialah TIGA soalan sahaja.

3. Calon-calon dinasihati supaya membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. 4. Mulakan setiap jawapan anda dengan helaian baharu.

Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu

Nama: ...

Kelas:.

SOALAN 1

RUMUSAN (20%) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buatlah suatu rumusan tentang pemuliharaan kawasan batu karang negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Di perairan negara kita, terdapat berpuluh-puluh spesies batu karang dan ikan karang yang bukan sahaja menarik minat para pelancong untuk berkunjung, bahkan juga penyelidik marin dari serata dunia. Sehingga kini, kerajaan telah mewartakan 38 buah pulau di Malaysia sebagai Taman Laut Negara berasaskan kepelbagaian dan mutu ekosistem karangnya yang tidak ternilai. Pewartaan dan pengisytiharan ini telah membantu memelihara dan mengekalkan kecantikan dan keunikan ekosistem batu karang kerana dengan pengisytiharan tersebut, pengambilan batubatu karang di pulau-pulau taman laut adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Pengisytiharan pulaupulau taman laut itu juga menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang prihatin dan mengambil berat tentang ekosistem marinnya dan jauh mendahului beberapa buah negara maju dalam hal pengurusan dan pemuliharaan kawasan karang. Hasil kajian mendapati bahawa batu karang terdedah kepada faktor-faktor kemusnahan, umpamanya bencana alam seperti ribut taufan, contohnya El-Nino, perubahan suhu dan kemasinan air yang mendadak, pemendakan dan perubahan faktor biologikal, tetapi ancaman yang paling serius ialah tindakan dan aktiviti manusia. Bertambahnya bahan terampai di dalam air dan kadar mendakan yang tinggi terhasil daripada kesan pembukaan kawasan-kawasan baru untuk pembinaan di daratan, yang kemudiannya dibawa hujan ke sungai-sungai yang mengalir ke dalam perairan pantai dan menambahkan lagi tekanan kepada ekosistem karang. Kerosakan kawasan karang sangat sukar dipulihkan kerana batu karang mengambil masa yang begitu lama untuk hidup dan membiak. Namun begitu, daripada banyak penyelaman dan penelitian yang dilakukan di kawasan kemusnahan karang, terdapat karang yang berupaya untuk tumbuh semula tetapi perlu diberi bantuan dan pengawasan. Dalam usaha membantu pertumbuhan semula karang, Sektor Pembangunan dan Pengurusan Sumber Perikanan Malaysia (MFRDMD) telah melancarikan sebanyak 75 unit tukun pertumbuhan semula karang di kawasan Teluk Tekek, Pulau Tioman. Kawasan ini telah terdedah kepada kesan sampingan projek pembangunan dan banyak kawasan karang di luar pantainya rosak dan mati. Struktur tukun ini diharap dapat menjadi tapak asas untuk karang mula tumbuh dan membiak. Tukun ini berukuran 1.0 meter tinggi dan 1.3 meter lebar dan keseluruhannya diperbuat daripada bahan konkrit. Setiap satu tukun ini dapat menampung pertumbuhan karang seberat 2000 kilogram di atasnya. Di samping pelaksanaan projek tukun pertumbuhan karang, satu projek lagi yang dilaksanakan ialah mewujudkan kawasan bebas gangguan terhadap organisma karang gergasi atau kima. Pewujudan kawasan seumpama itu bertujuan membantu memberikan perlindungan dan mengekalkan kewujudan organisma ini secara semula jadi. (Diubahsuaikan daripada rencana Pemuliharaan Ekosistem Marin) SOALAN 2 PEMAHAMAN PROSA MODEN (20%) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Lebai Daha masih lagi ragu-ragu dengan berita yang didengar daripada Jahara, isterinya itu. Seribu pertanyaan menujah-nujah kotak fikirannya. Lebai Daha semakin gelisah. Kegelisahannya semakin bertambah rumit bila melihat gelagat isterinya Jahara seperti kurang siuman. Jahara sentiasa pula pergi ke pengkalan di hujung kampung .Termenung menanti kepulangan anaknya. Menanti dan terus menanti. Kelibat Ilyas, anak kesayangannya tidak juga kelihatan. Awan di kaki langit makin mendung. Seperti mendungnya harapan mereka berdua. Saban waktu mereka akan ke situ. Saban hari mereka tetap menanti. Setiap anak kapal yang turun ke darat akan dirapati. Hati mana tidak resah. Hati mana yang tidak risau. Kelakuan Jahara telah banyak berubah. Lebai Daha merasakan sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan mereka kini. Jahara, isterinya itu sudah nampak seperti orang yang tidak siuman kini. Setiap hari dia mahu ke gigi laut pantai Teluk Kemahang. Saban waktu pula Lebai Daha akan menuruti langkah Jahara. Angin perubahan telah menyambar kebahagiaan mereka kini. Hanya kerana sebuah janji mereka berdua sanggup ke pengakalan. Hanya sebuah janji mereka rela lepaskan Ilyas belayar. Hanya sebuah janji jugalah mereka kini terpisah. Terpisah demi inginkan suatu pembaharuan. Demi mengubah nasib. Demi mengubah haluan. Ilyas berjanji dengan mereka. Tapi kini janji itu semakin terhakis. Persis terhakisnya pantai yang dipukul ombak. Ilyas berjanji akan segera pulang. Namun, setiap kapal yang menghampiri di birunya laut, kelibat Ilyas tidak juga kelihatan. Jangan mak dan ayah bersedih. Ilyas akan pulang dengan jayanya nanti! Ilyas! Kaulah satu-satunya anak kami. Jika kau pergi tu, segeralah pulang. Jangan lupa tanah tumpah darahmu nak. Ilyas tahu, tapi dengan pelayaran ni juga, Ilyas dapat pengalaman baru. Dapat tambah rezeki dengan kudrat Ilyas sendiri. Izinkan Ilyas pergi. Ilyas janji, Ilyas akan pulang nanti. Kenangan itu terus bermain di fikiran Labai Daha. Angin laut berhembus keras ke muka Lebai Daha dan Jahara. Dalam keterpaksaan mereka lepaskan juga Ilyas pergi. Pergi dengan seribu kesedihan. Mereka menanti dengan sejuta harapan. Bang! Tak ada jalan lain lagikah untuk menyatukan kembali kasih kita yang terpisah ni?

Dia sudah jauh tersasar. Kemakmuran telah memenjarakannya! Hanya kita sendiri sahaja mampu membina rumah hidup ini. Kita tak perlukan dia lagi. Kita sudah lama merdeka. Tak perlu kita menerimanya setelah bertahun dia memisahkan dirinya. Kita tak perlu tunduk pada kehendaknya! (Diubahsuaikan daripada cerpen Hanya sebuah janji) 1. Terangkan maksud rangkai kata di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas. Seribu pertanyaan menujah-nujah kotak fikirannya Janji itu semakin terhakis. Mengapakah perangai Jahara merisaukan Lebai Daha? Bagaimanakah Ilyas memujuk ibu bapanya supaya membenarkannya pergi merantau?

(4%) (4%) (4%)

2. 3.

4. Apakah yang dimaksudkan Kita sudah lama merdeka? Berdasarkan petikan buktikan yang
Lebai Daha dan isterinya Jahara sudah lama merdeka. 5. Pada pandangan anda, adakah Ilyas akan pulang untuk bertemu dengan keluargannya? MEMBINA AYAT DAN TATABAHASA(20%) (4%) (4%)

SOALAN 3

A. MEMBINA AYAT (10%) Bina SATU ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Menurun Mengupas Menyokong Menampung Menjemput

B. TATABAHASA (10%) Baca petikan ringkas ini dengan teliti, kemudian, baiki kesalahan-kesalahan imbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut. Malaysia melangkahkan maju ke era teknologi angkasa lepas apabila satelit pertamanya, Satelit Malaysia Asia Timur (MEASAT 1) dilancari ke orbit. Penglancaran MEASAT 1 terbukti kemampuan Malaysia berlonjak maju dalam bidang telekomunikasi dan teknologi angkasa lepas seiringan dengan negara-negara maju yang lain. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berulas kejayaan itu penyataan bahawa kita sedang bergerak untuk keluar meninggal kategori negara pembangunan kepada sebuah negara maju menjelang tahun 2020 . SOALAN 4 SAJAK DAN PROSAK KLASIK (20%) Jawab sama ada A atau B.

A. Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Lukisan Dalam Sajak 1 Sesekali melukis denai silam manis kelmarin mencanda ingatan mengharu tetapi mengharum taman dewasa indah nian lambaian hari ke sekolah Ketika pagi petang mengukur siang Walaupun berkaki ayam meredah sawah Menjelang matahari membenam siang istimewa musim puyuh. mengawan bendang di sini, padang merdeka terbuka membebaskan anak-anak petani memilih acuan terbaik masa akan. 15 Demikian lukisan pengalaman dilentur bau kampung yang tebal disirami pekat selut kubang kerbau dileburi hapak jerami lepas menuai disuburi wangi emping berderau dihiasi bendang saujana pandang diwarnai pelbagai unsur alam Segala-galanya menjadikan lukisan itu pilihan terbaik warna alam menghias perkampungan dewasa dan mengharum denai silam walau disuburi kasih yang tipis tetapi kekal melurus laluan hari ini seseorang petani

20

10

25

1.

Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan Mencanda ingatan Menghias perkampungan dewasa Apakah yang dilakukan oleh penyajak ketika zaman kanak-kanak? Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak pada rangkap keempat sajak ini?

(4%) (4%) (6%)

2. 3.

4. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak berpendapat bahawa pengalaman


masa lampau penting dalam mendewasakan seseorang? (6%)

B. Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Maka Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun segeralah menyembah kepada Tuan Puteri Bidadari Segerba, disambut oleh Tuan Puteri dengan sukacitanya. Maka Raja Muda pun bersalam-salaman dengan adinda baginda Tuan Puteri Bidadari Segerba. Maka Tuan Puteri Bidadari Segerba pun segeralah menyembah kepada kakanda baginda itu, maka disambut oleh baginda dengan sukacitanya serasa mendapat gunung intan berapit dengan manikam rasanya oleh suka melihatkan isterinya kedua itu telah berdamai seperti saudara sejalan jadi rupanya. Maka Tuan Puteri Bidadari Segerba pun bersabda, Ayuhai adinda Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, maka sangatlah kesukaan hati kakanda akan adinda sudi guna-gunaan akan paduka kakanda ini kesenanganlah bagi diri kakanda pula. Maka sekarang kakanda ini sudah hamil dengan paduka kakanda itu enam bulan; sangatlah keberatan kakanda hendak melayang ke kayangan. Maka oleh ramah mesra hati kakanda akan anakanda di dalam kandungan kakanda ini, silakanlah adinda pula ganti kakanda mengandungnya yang enam bulan lagi itu, tanda kakanda sudah semuafakat sebicara dengan adinda. Hatta, Tuan Puteri Bidadari Segerba segeralah santap sirih. Maka sepahnya itu pun diberikan kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Maka disambut oleh Tuan Puteri sepah itu, seraya menyembah lalulah disantapnya. Maka dengan takdir Allah subhanahu wataala melakukan kudrat iradatnya, maka putera yang di dalam kandunganTuan Puteri Bidadari Segerba itupun menjelmalah berpindah ke dalam kandungan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, maka perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri besarlah, seperti perut Tuan Puteri Bidadari Segerba itu dahulu juga, hamil enam bulan tiada bersalahan lagi. Maka perut Tuan Puteri Bidadari Segerba kecillah, pulang pulih seperti sedia kala, pinggang secekak jari manis sahaja. Maka setelah dirasa oleh Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri ia sudah hamil itu, maka ia pun hairan ajaib melihat kesaktian Tuan Puteri Bidadari Segerba itu. 1. Terangkan maksud rangkai kata yang berhuruf condong di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas Saudara sejalan jadi rupanya Pulang pulih seperti sedia kala (4%) Apakah buktinya yang Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan Tuan Puteri Bidadari Segerba semuafakat sebicara? Mengapakah Tuan Puteri Bidadari Segerba ingin memindahkan kandungannya kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri makan sepah sirih? Apakah yang terjadi selepas Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri makan sepah sirih? Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Bidadari Segerba digambarkan mempunyai pelbagai kesaktian? (4%) (4%) (4%) (4%)

2. 3. 4. 5.

SOALAN 5

PENTERJEMAHAN(20%) Pilih dua daripada petikan Cina dan bahasa Inggeris di bawah ini, kemudian terjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia moden. Markah akan diberikan berdasarkan ketepatan isi, gaya dan kelancaran bahasa.

You might also like