You are on page 1of 16

Biodata Skinner

Nama sebenar ialah Burrhus Federic Skinner. Dilahirkan pada 20 Mac 1904 dan meninggal dunia pada 18 August 1990. B.F.Skinner di gambarkan oleh rakan sepermainan beliau ketika kecil di Pennsylvania seorang yang peramah. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau menyukai mencipta sesuatu dan akhirnya kemahiran yang ada digunakan dalam experimen psikologi beliau sendiri. Beliau menerima Ijazah Kesusasteraan Bahasa Inggeris pada tahun 1926 dari Kolej Hamilton dan meluangkan masa menjadi penulis sebelum beliau menjumpai hasil penulisan Watson dan Pavlov. Beliau mendapat inspirasi dari penulisan dua tokoh ini dan membuat keputusan untuk melepaskan kariernya sebagai penulis novel dan mengamabil ijazah kedoktoran(Ph.D) dalam bidang psikologi di Universiti Harvard. Menerbitkan buku berjudul Behavior of Organism yang mengandungi huraianhuraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan pada tahun 1930-an.

Skinner bersama isteri dan anak mereka, Debbie

Pada tahun 1945, beliau berpindah ke Bloomigton, Indiana dan memasuki Jabatan Psikologi di Universiti Indiana. Tiga tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1948 beliau mendapat tempat di Jabatan Psikologi di Universiti Harvard dan kekal di sana sehingga nafas yang terakhir. Beliau menjadi salah seorang ketua behavioris dan menjalankan kajian ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia. Malah beliau pernah membesarkan anaknya, Debbie di dalam kotak Skinner. Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia.

Anugerah yang telah diperoleh sepanjang karier beliau ialah National Medal of Science from President Lyndon B. Johnson (1968) , Gold Medal of the American Psychological Foaudation (1971), Human of the Year Award (1972) dan Citation for Outstanding Lifetime Contribution to Psychology.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER


Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal tingkahlakunya. Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan.

Kotak Skinner

Skinner

telah

menjalankan

tiga

eksperimen

bagi

membuktikan

hipotesis

beliau.

1.

Eksperimen pertama

Seekor tikus yang lapar diletakkan ke dalam Kotak Skinner . Di dalam kotak tersebut, terdapat sebuah mangkuk disambungkan kepada alat penekan. Apabila alat penekan itu dipijak, biji makanan akan disalurkan ke dalam mangkuk tersebut. Di dinding bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan kajian selanjutnya. Tikus yang lapar kelihatan berlari-lari secara mundar-mandir di dalam Kotak Skinner untuk mencari makanan. Apabila ia terpijak alat penekan, makanan disalurkan ke dalam mangkuk.

Tindakan yang berulang kali telah membawa kesedaran kepada tikus tersebut untuk memperolehi makanan. Dan apabila tikus itu dikeluarkan dari Kotak Skinner kemudian di masukkan kembali ke dalam Kotak Skinner, ia terus memijak alat penekan tersebut. Pada peringkat ini, tikus tersebut telah belajar cara memperolehi makanan dengan memijak alat penekan tersebut,. Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan.
2.

Eksperimen kedua

Skinner memutuskan hubungan mangkuk dengan alat penekan. Jadi, apabila tikus memijak alat penekan dalam Kotak Skinner, makanan tidak dapat disalurkan ke dalam mangkuk. Tikus mula berulang kali bertindak seperti dalam eksperimen pertama, tetapi akhirnya berhenti memijak alat penekan tersebut apabila mendapati makanan tidak akan dikeluarkan lagi. Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai proses penghapusan, iaitu makanan (ganjaran) tidak lagi dikeluarkan, tikus pun berhenti memijak alat penekan tersebut (gerak balas). Bagaimanapun, fenomena ini didapati berlaku dalam kajian pelaziman klasik.
3.

Eksperimen ketiga

Skinner menyambung hubungan lampu dengan alat penekan, di mana apabila tikus memijak alat penekan, lampu akan menyala dan makanan dikeluarkan secara serentak. Jika lampu tidak menyala, makanan juga tidak akan keluar. Proses ini diulang-ulang hingga kelihatan tikus hanya memijak alat penekan apabila lampu menyala sahaja. Skinner menghuraikan fenomena ini sebagai pembelajaran diskriminasi, iaitu tikus telah belajar konsep diskriminasi dengan membezakan masa yang sesuai untuk memijak alat penekan untuk memperolehi makanan. Fenomena ini juga didapati berlaku dalam kajian pelaziman klasik.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner iaitupeneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premackdan pelupusan.

a) Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Tingkah laku Tingkah laku masa hadapan Pelajar mengemukakan Guru memberikan Pelajar mengemukan soalan yang baik pujian kepada pelajar lebih banyak soalan yang baik. Kesan/akibat

a) b) c) d) e) f)

Menurut Brophy (1981), cirri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah:Memuji secara ikhlas Memuji dengan cepat Memuji tanpa pilih kasih Memuji usaha dan cuba jaya Memuji tingkah laku yang spesifik Memuji jawapan atau respon yang spontan

b) Peneguhan negatif Peneguhan negative adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku Tingkah laku masa hadapan Pelajar tidak Guru berleter kepada Pelajar akan menyiapkan tugasan pelajar. menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. yang seterusnya tepat pada waktunya. Rajah di atas menunjukkan peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual di atas meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.
Peneguhan Maksud Contoh Bentuk Gerak Balas Tindakan apabila peneguhan diberhentikan Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat. Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu. Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan. Tiada nilai peneguhan di mana

Kesan/akibat

Peneguhan berterusan

Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas. Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan.

Menonton televisyen.

Cepat memberi kesan.

Peneguhan berkala tetap

Kuiz mingguan

Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan. Pelajar akan lambat member gerak balas, berhenti seketika selepas peneguhan. Cepat member gerak balas: berhenti

Peneguhan berkala berubah

Peneguhan selepas jangka masa berubah-ubah.

Pop kuiz

Peneguhan berkala nisbah tetap

Peneguhan selepas bilangan set

Kerja yang dibayar mengikut kadar

gerak balas yang telah ditetapkan

seketika selepas peneguhan

Peneguhan berkala nisbah berubah

Peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubahubah

Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya.

Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan.

peneguhan hilang nilanya bila kerap diberikan peneguhan yang sama. Kekal tinggi.

Jadual Peneguhan Skinner Sumber: http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran c) Dendaan Adalah satu proses atau cara untuk mengurangkan atau melemahkan tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini membawa kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Tingkah laku Tingkah laku masa hadapan Pelajar membuat kotok Guru member amaran Pelajar tidak lagi dalam kelas. kepada pelajar. membuat kotor di dalam kelas. Dendaan dibahagi kepada dua:Dendaan persembahan Disebabkan oleh sesuatu rangsangan yang menyebabkan perubahan tingkah laku diri pelajar tetapi tidak melibatkan fizikal. Ia menakutkan pelajar. Contoh:Pelajar tidak suka membaca buku, kemudian guru mengadakan sistem demerit agar pelajar membaca buku. Dendaan Penyingkiran Berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Guru atau ibu bapa tidak member kemudahan apabila pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh:Pelajar mendapat markah rendah dalam ujian, ibu bapa mengenakan denda agar pelajar tidak boleh keluar rumah untuk bermain sehingga mendapat markah yang baik. Kesan/akibat

d)

Prinsip Premack Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati kepada aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh bermain selepas selesai memakan sayursayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menggunakan kaedah ini dengan menyelang

selikan aktiviti yang menarik dengan yang kurang menarik untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. e) Pelupusan Bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika:Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan Guru bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.

1. Untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah memberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala. 2. Berbanding peneguhan negatif yang membawa kesakitan, penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan. 3. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah lebih sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak diingini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. 4. Konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan membantu murid untuk memperolehi ilmu serta kemahiran dengan tepat. 5. Prinsip Jadual Peneguhan Skinner dapat digunakan untuk merancang serta melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan dapat dikekalkan. 6. Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid. 7. Guru harus berhati-hati dalam memberi peneguhan negatif kerana murid akan menganggapnya sebagai hukuman

ANALISIS TEORI MENGGUNAKAN TEKNIK S.W.O.T


Kekuatan (Strength) Untuk mencapai kejayaan, yang paling penting dalam pelaziman operan ialah konsep dskriminasi . Untuk meningkatkan keebarangkalian gerak balas murid, peneguhan positif merupakan rangsangan yang penting.

Kelemahan (Weakness)

Peluang (Opportunity)

Ancaman (Threat )

Peneguhan negatif akan menghasilkan tingkah laku yang diingini, tetapi ia membawa kesan yang tidak menyeronokkan. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan diri sendiri. Konsep diskriminasi boleh dikuasai oleh manusia melalui proses pelaziman operan. Jika peneguhan tidak diberikan, penghapusan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan akan berlaku.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik.

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran.


Objektif hendaklah khusus. Satu objektif bagi satu langkah kecil.

3. Buat analisis tugasan.

Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.

4. Sedikan langkah pengajaran secara berperingkat.


Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya.

5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai.

Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku.

Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai. Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah

6. Aplikasi hukukm kesediaan.


Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Sediakan situasi yang merangsangkan. Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7. Aplikasi hukum latihan.


Banyakkan pengulangan dan latih tubi. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

8. Aplikasi hukum kesan/ akibat.


Adakan aktiviti pengukuhan. Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.

9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.


Amalan rutin belajar. Amalan rutin keceriaan. Peraturan bilik darjah yang positif. Amalan dinamika kumpulan. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

Pengenalan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.
Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:53 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Konsep Khas Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov ) Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis

olehEddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa
Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:45 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau

menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah: i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman
Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:43 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

IVAN PAVLOV TEORI PELAZIMAN KLASIK Biodata dan foto berkenaan dengan pengasas Teori/Model Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah bahawa Ivan Pavlov

merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden. Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini.
Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:39 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan

pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov. Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah: Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim GTT ). Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur. Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan. Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan

Terlazim RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim GT ). Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng. Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan. Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan. Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan penghapusan sebagai berikut: Konsep Keterangan Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas. Contoh: makanan Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan. Contoh: lelehan air liur Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama.

Contoh: loceng Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah dipadankan dengan ransangan lama. Contoh: lelehan air liur Menurut laman sesawang http://peoplelearn.homestead.com/psychlearnconte nt2a.html, Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektif dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi. Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji. Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov.

Contoh Dalam Kehidupan Nyata

Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang sangat suka dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda. Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov

You might also like