P. 1
Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah

Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah

4.67

|Views: 14,360|Likes:
Published by cik petir

More info:

Published by: cik petir on Mar 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/03/2015

pdf

text

original

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah

Posted by Cikgu Azleen | April 3, 2008 .

Cikgu Zulham telah meminta saya berkongsi masalah-masalah pengajaran bahasa inggeris di sekolah. Jadi saya rasa alang-alang saya tulis emel kat Cikgu Zulham, elok juga saya siarkan aje di sini.. Anda semua pun pasti ada idea dan pendapat yang boleh dikongsi bersama saya kan? Pertama sekali, saya ingin mengingatkan bahawa saya juga bukan guru bahasa inggeris di sekolah. Saya mengajar bahasa inggeris mulanya atas dasar suka-suka untuk membantu anakanak di kawasan perumahan saya, dan lama-lama saya dapati saya sangat suka ajar bahasa inggeris berbanding subjek-subjek lain kerana pengajaran bahasa tidak terhad atau mempunyai kekangan dari segi silibus dan sebagainya. Justeru, apapun pandangan dan pendapat saya di sini tidak boleh dianggap sebagai pendapat seorang profesional mahupun pakar bahasa. Bahkan saya tidak melakukan apa-apa kajian secara formal di sekolah, dan hanya sekadar membuat pemerhatian dari jauh. Punca 1# Guru Tidak Kreatif Dalam Pengajaran Bagi saya, punca utama adalah guru tidak kreatif sewaktu menyampaikan pelajaran. Chalk and talk tidak lagi sesuai pada masa sekarang (Dulu pun tak sesuai juga!). Dengan adanya pelbagai bahan multimedia, guru sepatutnya boleh membina pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid, walaupun pada asalnya murid tersebut tidak berminat. Lagipun, itulah tujuan guru dihantar ke sekolah bukan? Saya faham bahawa tugas guru di sekolah bukan sekadar mengajar, malahan guru adalah arkitek, tukang paip, babysitter, tukang kebun, jurutera dan macam-macam lagi peranan guru di sekolah. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat membina PnP yang menarik. Murid dilihat sebagai individu yang sebenarnya masih belum dapat mengenalpasti minat dan bakat mereka. Justeru, guru perlu dedahkan mereka dengan seberapa banyak perkara dan berusaha menjadikan perkara tersebut menarik. Dari pengalaman saya berada dibeberapa sekolah (dalam tempoh yang singkat-singkat saja), saya dapati murid di kawasan luar bandar sangat gemarkan PnP berasaskan multimedia. Mereka rasa kalau dapat belajar menggunakan komputer dan LCD projektor tuh, macam menonton tayangan

filem. Berbeza dengan murid sekolah bandar, mungkin sebab peralatan kat rumah lebih canggih, mereka tak begitu teruja bila menggunakan multimedia. Mungkin juga, guru tidak kreatif kerana mereka banyak bergantung kepada buku teks dan buku kerja yang dibekalkan. Jadi, kebanyakan mereka enggan berfikir lebih untuk menjadikan pengajaran mereka unik berbanding hanya membaca buku teks yang ada. Memang saya ada beberapa kejayaan mengubah murid yang gagal bahasa inggeris sehingga mendapat A, tetapi pengajaran saya tidak tersekat dengan buku teks mahupun silibus sekolah kerana saya mengajar bahasa inggeris di luar waktu sekolah. Cara Mengatasi: Guru perlu lebih kreatif - saya pun tak tahu macamana nak hasilkan guru yang kreatif, agaknya kena tanya pensyarah kat IPG kot Punca 2# Murid Tidak Minat Ini banyak berkaitan dengan punca #1 dan saya rasa sebab utamanya murid tidak minat adalah kerana gagal melihat kepentingannya mereka belajar bahasa inggeris ini. Pendek kata mereka tidak tahu kenapa perlu belajar bahasa inggeris. Cara Mengatasi: Guru perlu berikan sebab dan rasional belajar bahasa inggeris. Maklum ajelah, budak sekarang ni sentiasa nak tahu ganjarannya mereka lakukan sesuatu - termasuklah belajar. Punca 3# Saiz Kelas Terlalu Besar/ Kebolehan Murid Tidak Sama Jika saya diberikan peluang untuk memberitahu menteri pendidikan, inilah perkara pertama yang saya akan cakap. 1 guru = 40 orang murid. Sungguh tidak munasabah. Maafkan saya kalau ada yang rasa pandangan saya ini negatif, tapi bagi saya selagi masalah nisbah guru murid ini tidak diatasi, apapun usaha lain dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan, agak sukar untuk berjaya. Kumpulan kelas bahasa inggeris saya juga kecil, maksima 12 orang sahaja bagi setiap sesi. Ini kerana saya rasa saya tidak dapat memberikan tumpuan individu jika jumlah murid melebih angka tersebut. Apatah lagi apabila kebolehan murid dalam kelas itu tidak sama. Ini tambah menyukarkan keadaan dan menyulitkan guru mengajar. Banyak sekolah tidak lagi membuat pengajaran secara berkumpulan, sebaliknya murid dalam kelas dianggap lebih kurang sama. Cara Mengatasi: Jika sekolah membuat streaming class, jumlah murid bagi kelas yang pandai bolehlah lebih banyak berbanding kelas yang tidak pandai. Pada pendapat saya, semakin mundur kelas tersebut, semakin kecil jumlah murid dalam kelas itu. Contohnya, murid kelas A ada 40 orang, murid kelas B ada 35 orang, murid kelas C ada 30 orang dan murid kelas D hanyalah 25 orang. Itu lebih baik berbanding setiap kelas dipuratakan.

Selain daripada itu, murid juga boleh ditukarkan kelas bagi subjek tertentu contohnya bahasa inggeris. Contohnya, bagi kedudukan tahun seseorang murid itu mungkin berada di kelas A, tetapi jika beliau lemah dalam bahasa inggeris, waktu bahasa inggeris beliau perlu ke kelas C atau D mengikut tahap penguasaan beliau. Punca 4# Guru Galakkan Murid Malas Secara Tidak Langsung Walaupun tidak semua, tetapi banyak guru bahasa inggeris mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Macamana ya? Memang bunyinya pelik, tapi pemerhatian saya dapati itulah yang berlaku. Cuba bayangkan, sudahlah ibubapa murid tidak bertutur dalam Bahasa inggeris, waktu bahasa inggeris di sekolah adalah satu-satunya waktu murid akan mendengar bahasa ini. Tup-tup murid diajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Jadinya macamana ya nak pandai? Selain daripada itu, saya lihat sekarang ni murid juga tidak lagi diwajibkan mempunyai kamus. Ada murid yang langsung tidak tahu bagaimana nak gunakan kamus. Kita semua pun tahukan kepentingan kamus dalam pembelajaran bahasa. Cara Mengatasi: Guru perlu tegas dalam penggunaan bahasa. Memang ada masalah murid tidak faham apabila guru mengajar dalam bahasa inggeris, tetapi guru perlu gunakan alternative lain untuk membuatkan murid tersebut faham. Contohnya, apabila guru kata sit down murid tidak faham. Jangan ubah kepada sila duduk. Sebaliknya gunakan bahasa isyarat atau buat contoh perbuatan tersebut. Ada baiknya juga sekiranya guru bahasa inggeris bercakap bahasa inggeris sepanjang masa mereka berinteraksi dengan murid di sekolah, walaupun diluar waktu PnP. Secara tidak langsung, murid akan terdesak untuk berkomunikasi dalam bahasa ini. Kempen-kempen yang diadakan di sekolah sekarang cukup baik, cuma saya rasa penguatkuasaan tidak dilakukan dengan sempurna. Sewaktu minggu bahasa inggeris, pastikan semua guru dan murid bertutur dalam bahasa inggeris dan kenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya termasuklah guru. Kepimpinan melalui tauladan kan? Punca 5# Buku Teks/ Buku Kerja Tidak Sesuai Dengan Tahap Murid Sebenarnya saya tidak pernah melihat buku teks bahasa inggeris, tetapi saya telah banyak kali melihat buku teks bahasa melayu. Pada pandangan saya, buku teks yang ada itu lebih sesuai untuk kegunaan murid-murid sedia bijak. Kalau buku teks bahasa melayu sebegitu, buku teks bahasa inggeris pun pastinya sama saja. Cara Mengatasi: Kalau tidak silap saya, buku teks dipilih mengikut negeri/ zon. Pada pendapat saya, daripada mengadakan buku teks mengikut negeri atau zon, adalah lebih baik sekiranya buku teks dibuat mengikut tahap - murid bijak, murid sederhana dan murid lemah. Pemilihan pula dibuat sendiri oleh sekolah dan bukan pihak negeri.

Maksudnya, sekolah akan menentukan majoriti jenis muridnya - bijak, sederhana atau lemah. Seterusnya sekolah akan memilih buku teks yang paling hampir menepati tahap majoriti muridnya. Walaupun ada di kalangan murid-murid sekolahnya yang lebih bijak/ lebih lemah berbanding majoriti murid, itu menjadi tanggungjawab guru sekolah menyediakan aktiviti pengayaan atau pemulihan bagi muridnya. Agaknyalah, kalau betul-betul nak disenaraikan ada banyak punca masalah pengajaran bahasa inggeris ni, tapi kalau difikir secara mendalam, kesemuanya berpunca dari etika dan sikap yang salah samada oleh guru mahupun murid. Bagaimanapun, inilah sedikit perkongsian saya hari ini, saya sangat mengalu-alukan jika ada kalangan pembaca yang ingin berkongsi pendapat dengan saya. Mungkin tidak semua pendapat saya di atas itu anda rasa betul, tetapi tidak semuanya juga salah kan? Apa yang saya harapkan adalah kita semua dapat berbincang secara rasional dan terbuka tanpa bertindak menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Kita mencari jalan penyelesaian dan bukannya orang untuk bertanggungjawab. Semua ini demi kepentingan anak bangsa kita juga. Tunggu apa lagi, apa pendapat anda?

Berita Harian Online
Menilai keberkesanan kurikulum pendidikan
FAKTOR penting yang menggerakkan kelancaran sistem pendidikan ialah guru atau pendidik. Guru adalah kumpulan pelaksana pendidikan formal yang diamanahkan untuk merancang, melaksana dan menilai kesan pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tanggungjawab guru terhadap kejayaan misi dan pengisian wawasan pendidikan adalah tinggi maka wajarlah program pendidikan guru sentiasa dikemas kini supaya selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Dari segi penyediaan guru, falsafah Pendidikan Negara berhasrat menyediakan guru yang seumur hidupnya mencari ilmu dan mengamalkannya serta boleh menjadi model kepada insan terdidik pelajar dan masyarakat. Perancangan dan pelaksanaan pendidikan guru dalam kurikulumnya mengambil kira matlamat menyediakan guru berkualiti yang dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai guru yang berkesan. Antaranya guru yang berpengetahuan, berkemahiran mempunyai nilai murni serta bersikap positif. Situasi yang jelas dan kerap diperdebatkan ialah program pendidikan guru. Ini sudah pasti membabitkan kurikulum pendidikan guru itu sendiri. Malah dikatakan model pendidikan guru di negara ini tidak banyak berubah sejak 1960-an lagi (Prof Dr Abu Bakar Nordin: 1994). Banyak kritikan terhadap bakal guru yang terhasil daripada kurikulum pendidikan guru ini; banyak kelemahannya. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah:
• • • • • • • •

Kurang pendedahan kepada pengurusan aktiviti kokurikulum; Kurang kemahiran menjalankan aktiviti sukan; Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah; Kurang yakin mengawal disiplin bilik darjah; Kurang pengalaman mengenai masalah yang wujud di sekolah; Kursus terlalu berpusatkan kepada teori dan kurang amalan latihan; Tidak cukup kemahiran dalam pengajaran; dan Kurang kemahiran sosial.

Bersandarkan kritikan dan persoalan pendidikan guru masih belum mencapai tahap penghasilan guru berkualiti, maka perubahan dalam kurikulum pendidikan guru harus dilakukan.

Pendapat ini turut diketengahkan oleh Asiah Abu Samah (1992) yang menyatakan matlamat pendidikan guru di Malaysia kini adalah untuk melahirkan guru yang dapat menyesuaikan diri dengan dunia luar yang mencabar dan tidak lagi dikongkong oleh semangat kedaerahan. Mereka harus bersikap terbuka, bertoleransi, berdaya tahan dan berdaya saing serta mampu keluar dari

sempadan yang membendung mereka. Kothagen (1988), Shahrir dan Shahril (1989) menyatakan guru adalah permulaan yang berkesan dan perlu menjadi pengamal yang mahir serta dapat membuat refleksi secara kritis mengenai pedagoginya. Idea ini disokong oleh Reynolds (1988) bahawa guru permulaan perlu memiliki pengetahuan mengenai pelajaran yang diajar dan mempunyai kemahiran analitikal dalam mendapatkan maklumat mengenai murid dan sekolah. Ini dipersetujui oleh Glasser (1993) dalam The Quality of Teacher yang menyatakan guru seharusnya sentiasa memimpin dan menggalak dan tidak memerintah. Wan Zahid Mohd Nordin (1993) menyenaraikan beberapa ciri guru yang amat rapat kaitannya dengan kejayaan seseorang guru sebagai pengurus dan pemimpin pendidikan. Oleh itu, seseorang guru adalah juga seorang pemimpin dan pengurus pembelajaran di bilik darjah. Antara ciri yang diperlukan oleh guru ialah memiliki ilmu yang luas, sahsiah dan akhlak yang baik, mengamalkan nilai murni dan akhlak yang baik, bersifat terbuka, dinamik, asertif dan sentiasa menilai hasil kerja dan menilai diri sendiri. Namun, ada beberapa andaian bahawa guru yang dilatih menguasai ilmu bidang pengajaran yang hendak diajarkan di sekolah. Mereka hanya perlukan kaedah. Oleh itu, timbullah beberapa masalah misalnya guru sains yang kurang pengetahuan sains dan guru bahasa yang kurang pengetahuan dalam bahasa. Shulman (1986) menggambarkan mengenai kehilangan pengetahuan dalam pendidikan guru sebagai 'the lost paradigm' atau paradigma yang hilang, dengan penekanan kepada ilmu tidak diberi perhatian. Shulman menghuraikan fenomena itu sebagai: "...In the oversimplification of the process of classroom teaching, investigator ignore one the most important aspects of classroom life: the subject matter. No one asked how subject matter was transformed from the knowledge of the teacher into content of instruction." Kini jelas satu persoalan penting yang ingin dikemukakan ialah mengapakah tumpuan hanya diberikan kepada kaedah mengajar atau kaedah belajar yang efisien tetapi bukan kepada pengetahuan khusus yang berguna kepada guru? Penguasaan isi pelajaran adalah penting. Oleh itu, menurut Relly (1989) anjakan paradigma perlu dibuat dalam sistem pendidikan guru yang selama ini berfokus kepada sistem pengajaran dan kognitif. Sebaliknya sistem itu harus diubah supaya berfokus kepada proses pembelajaran dan pelajar. Cameron-Jones (1988) dan MacKinnon (1987) mencadangkan agar model putaran perkembangan profesional digunakan dalam pendidikan guru. Dalam model ini ketrampilan profesional pengajaran, dikaitkan dengan kebiasaan membuat refleksi yang dibuktikan dengan kesungguhan untuk menyemak pengalaman pengajaran beberapa kali daripada pelbagai perspektif dan teori. Ini disokong oleh Fawns (1992) yang membuat kajian yang dilakukan berterusan selama 15 tahun ke atas bekas pelajar. Dia membuat kesimpulan bahawa teori pendidikan tidak banyak memberi

sumbangan kepada pengajaran. Eqbert (1988) menegaskan pendidikan guru perlu membantu guru supaya mereka boleh secara sistematik memindah dan menerapkan teori pendidikan dan penyelidikan ke dalam amalan. Pendapat ini disokong oleh Schon (1987) yang menegaskan kebanyakan pendidik guru bahawa perkembangan dari segi pemikiran dan amalan perlu ditekankan kepada pendidikan guru untuk membolehkan mereka berfikir secara reflektif dan bertindak secara inovatif. Sarason (1982) menyatakan program penyediaan bakal guru memadai hanya dengan pendahuluan di bilik darjah semata-mata sebaliknya mereka perlu didedahkan dengan isu-isu konkrit mengenai bilik darjah dan sekolah di samping tindakan segera yang memerlukan bakal guru menilai dan menggunakan teori dan dapatan kajian yang mereka laksanakan. Hussien Ahmad (1992) menyatakan bahawa tanggungjawab guru seharusnya menekankan kepada semua kumpulan pelajar dan guru sewajarnya meningkatkan keupayaan dalam pengurusan pengajaran dengan lebih cekap bagi meningkatkan keupayaan pelajar mencapai matlamat itu. Cameron-Jones (1988) dan Korthagen (1988) mencadangkan pendidikan guru mengutamakan ciri kognitif pengajaran iaitu pengajaran kreatif sebagai prinsip asas dalam pengajaran. Kini program pendidikan guru berkembang dan diubah suai dari semasa ke semasa. Malah kini ada pelbagai program pendidikan guru seperti Kursus Perguruan Asas, Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) serta terbaru adalah Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) di maktab perguruan selain Kursus Diploma Pendidikan di universiti tempatan dan program kembar antara maktab perguruan dengan universiti tempatan dalam dan luar negara. Sehubungan itu, satu model program pendidikan guru yang berasaskan sekolah sebagai satu program dan alternatif serta cadangan dicadangkan sebagai satu usaha untuk menggembleng tenaga dan fikiran semua pihak yang terbabit dalam alam pendidikan dan memantapkan rantaian kemuafakatan. Pendidikan berasaskan sekolah adalah cara terbaik yang diharap dapat memenuhi kehendak negara, profesion perguruan dan pendidikan dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme dan ketrampilan guru serta merapatkan hubungan antara teori dan amalan pendidikan di sekolah. Program ini akan menjadikan pengalaman dalam sekolah sebagai sebahagian yang 'integral' dalam kursus pendidikan bagi mewujudkan kerjasama antara pengamal pendidikan dengan ahli akademik supaya program pendidikan guru mendapat satu usaha kerjasama semua pihak yang terbabit dengan pendidikan. Selain itu, pendekatan ini juga dapat mengintegrasi institusi pendidikan guru dengan sekolah dan merapatkan teori pendidikan dengan amali dalam pendidikan. Guru pelatih dari awal lagi hendaklah mengenal pasti isu dan masalah yang timbul di sekolah dan melihat sama ada teori dalam bilik kuliah dapat membantu menyelesaikan masalah sebenar. Untuk

maksud ini kurikulum pendidikan guru perlu disusun semula. Apa yang jelas, penyediaan pelbagai profesion lain, sedikit sebanyak dipengaruhi beraneka faktor kehidupan yang ada di dalam dan luar sekolah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->