You are on page 1of 42

ACARA-ACARA BALAPAN

PERATURAN 160 - 170

PERATURAN 160 UKURAN BALAPAN


1. 2. 3. 4. Ukuran Standard - 400M Ia hendaklah mengandungi sepasang bahagian lurus selari dan sepasang selekoh. Bahagian dalam balapan hendaklah dipisahkan oleh bendul setinggi lebih kurang 5sm dan lebar 5sm. Jarak larian diukur dari tepi belakang garisan permulaan sehingga ke tepi belakang garisan penamat.

Mula

Tamat

6.

Lebar lorong 1.22m (0.01m)

1.22m

1.22m

7. 8. 9.

Lebar garisan (putih) 5sm. Hendaklah mempunyai 8 lorong. Sehingga dan termasuk 400m, setiap peserta berlari dalam lorong sendiri.

PERATURAN 161 BLOK MULA


1. Blok mula mesti digunakan dalam semua larian sehingga dan termasuk 400M (termasuk 4 X 200M dan 4 X 400M) sahaja.
2. Apabila dipasang, bahagian-bahagian Blok Mula tidak dibenarkan bertindih dari garis permulaan atau terjulur ke lorong lain.

3. Blok mula mestilah memenuhi dan spesifikasi berikut:


a.

Keadaannya kukuh dan tidak memberi kelebihan kepada peserta.

b.

Dipasang begitu rupa pada balapan dengan pin atau pepaku, dimana kerosakkan pada balapan dapat dikurangkan.

c. Jika seorang atlet menggunakan blok mulanya, alat tersebut mestilah mematuhi keperluan-keperluan perenggan (a) dan (b).

NOTA: Reka bentuk atau jenisnya tidak

menjadi hal asalkan penggunaan tidak menggangu atlet lain.

d. Jika Blok mula disediakan oleh JK Pengelola, alat tersebut sebagai tambahan, mematuhi spesifikasispesifikasi berikut:

i.

Blok Mula hendaklah mempunyai 2 keping plat penahan kaki semasa atlet berada dalam keadaan hendak berlepas. ii. Hendaklah dipasang menyendeng supaya sesuai dengan kedudukan kaki atlet yang hendak berlepas. iii. Pemasangan plat penahan kaki boleh diubah-ubah kedudukannya tetapi tidak boleh bergoyang apabila digunakan.

4. Dalam Pertandingan-pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), (b) dan (c), Blok-blok mula hendaklah disambungkan kepada peralatan salah mula yang diluluskan oleh IAAF. 5. Bagi Pertandingan-pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), (b),(c), (d) dan (e) peserta-peserta hanya dibenarkan menggunakan blok mula yang disediakan oleh JK Pengelola dan dalam Pertandinganpertandingan lain, di balapan serba cuaca JK Pengelola boleh mendesak menggunakan Blok Mula yang disediakan oleh mereka.

PERATURAN 162 PERMULAAN


1. Permulaan sesuatu larian ditandakan dengan garisan putih lebar 5 sm. 2. Semua larian bermula dengan tembakan pistol. 3. Arahan pelepas Bahasa sendiri (Negara berkenaan).
Contoh: Bagi acara 400M ke bawah Ke garisan, Sedia & Tembakan Pistol. Bagi acara 800M ke atas Ke garisan dan Tembakan Pistol.

4. Sekiranya pelepas tidak berpuas hati beliau akan mengarah untuk diulang permulaan.

SALAH MULA
5. Setelah dalam kedudukan SEDIA seseorang peserta HANYA dibenarkan bergerak selepas tembakan pistol. 6. Jika pada pendapat pelepas/pelepas pemanggil balik peserta memulakan larian sebelum tembakan pistol dianggap sebagai salah mula.

7. Mana-mana seorang peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi AMARAN. Hanya satu SALAH MULA dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan atlet. Mana-mana peserta melakukan SALAH MULA lagi akan dibatalkan.

8.

Sekiranya terdapat lebih daripada 12 orang peserta dibahagikan 2 kumpulan iaitu 65% satu kumpulan bermula di garis permulaan melengkung biasa dan selebihnya akan bermula di garisan melengkung yang kedua (35%).

PERATURAN 163 Perlumbaan


1. Arah larian adalah mengikut arah bahagian kiri di sebelah dalam arena. Lorong akan dinomborkan mengikut kearah yang sama dan lorong di sebelah dalam arena diberi No 1. 2. Halangan di Balapan. Mana-mana pelari atau pejalan kaki yang menyigung atau menghalang peserta lain akan dibatalkan dari pertandingannya.

3. Berlari dalam Lorong. Dalam semua perlumbaan yang mengikut lorong setiap peserta hendaklah berlari dilorong masing masing dari mula hingga tamat. 4. Jika peserta berlari diluar lorongnya tidak memperolehi kelebihan sekiranya dibahagian lurus tidak akan dibatalkan.

5. Meninggalkan Balapan: Peserta yang meninggalkan balapan secara sukarela tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan tersebut.
6. Penanda Bantuan: Kecuali bagi acara lari beganti-ganti menggunakan lorong, peserta tidak dibenarkan meletakkan benda atau tanda bantuan di atas atau di sisi lorong larian bagi membantu mereka.

7. Sukatan Halaju Angin. Jangkamasa halaju angin disukat bermula dari ketika terlihatnya api tembakan pistol Pelepas atau sebarang Alat Pelepas Lain yang diluluskan adalah seperti berikut:
100M 100m L/P 110M L/P 10 saat. 13 saat. 13 saat.

Bagi acara 200M apabila perserta sampai di bahagian garisan lurus balapan selama 10 saat.

9.

Alat penyukat Angin diletakkan di sisi bahagian lurus balapan bersebelahan Lorong 1, 50 meter dari garisan penamat. Ketinggiannya 1.22 Meter dan jaraknya tidak lebih dari 2 meter dari balapan. Bacaan alat penyukat angin ialah meter/sesaat, dibulatkan kepada persepuluh meter sesaat yang lebih tinggi ke arah positif. (Contoh : + 2.03 dikira sebagai +2.1)

10.

PERATURAN 164 Penamat

Penamat sesuatu perlumbaan ditandakan dengan satu garisan putih selebar 5cm. Membantu penjajaran peralatan Foto Penamat dan memudahkan bacaan terhadap filem Foto Penamat, titik sentuhan garisan penamat melintasi garisan lorong hendaklah diwarnakan hitam mengikut corak yang sesuai. Kedudukan peserta-peserta akan ditentukan mengikut susunan supaya mana-mana bahagian tubuh atlet (misalnya torso, yang bukan kepala, leher, lengan, betis, tangan atau kaki) jelas mencecah alur menegak bahagian terdekat garisan penamat.

Dalam perlumbaan yang berdasarkan jarak yang dibuat untuk jangkamasa yang ditetapkan, Pelepas hendaklah menembak pistolnya tepat satu minit sebelum perlumbaan tamat memberi amaran kepada peserta dan Hakim-hakim yang perlumbaan hampir tamat.
Pelepas akan diarahkan oleh Ketua Penjaga Masa, dan tepat pada masanya selepas bermula, beliau akan menandakan tamat larian dengan sekali lagi tembakan pistolnya. Meletup sahaja tembakan kali ini, Hakim-hakim yang dilantik, dengan serta merta menanda pada balapan tempat yang tepat-tepat peserta sampai sebelum atau serentak dengan letupan pistol penamat tadi. Jarak yang dibuat oleh setiap peserta diukur ke meter terdekat di belakang tanda tadi. Hakim dilantik untuk seorang peserta sebelum perlumbaan bertujuan menandakan jarak yang dibuat.

PERATURAN 165 Catatan Masa dan Penamat Foto


Dua kaedah penjagaan masa: Masa catatan tangan; Masa catatan Automatik Sepenuhnya

PERATURAN 165 CATATAN MASA DAN PENAMAT FOTO Masa Catatan Tangan Penjaga masa harus berada sebaris dengan garis penamat dan di luar trek. Jika mungkin, harus ditempatkan sekurang-kurangnya 5m dari lorong yang paling luar. Untuk memastikan mereka dapat melihat dengan baik, suatu tempat duduk bertangga harus disediakan.

CATATAN MASA DAN PENAMAT FOTO

PERATURAN 165

Tugas utama: Masa untuk setiap peserta yang tamat harus dicatat. Masa harus diambil dari ketika api/asap pistol sehingga ketika mana-mana bahagian torso tubuh sampai ke sisi garis penamat yang lebih dekat. Tiga orang penjaga masa rasmi (salah seorang mestilah Ketua Penjaga Masa) dan seorang atau dua orang penjaga masa tambahan harus mencatat masa pemenang setiap acara.

Tugas utama: Masa yang dicatat oleh penjaga masa tambahan tidak harus diambil kira kecuali salah seorang daripada Penjaga Masa Rasmi gagal mencatat masa dengan betul. Setiap Penjaga Masa harus bertindak secara sendiri tanpa menunjukkan jamnya, atau berbincang masa catatannya dengan orang lain harus mencatatkan masa di atas borang rasmi dan selepas menandatanganinya, menyerahkannya kepada Ketua Penjaga Masa

Bagi semua perlumbaan catatan tangan di atas trek, masa harus dicatat kepada 1/10 saat yang lebih panjang. Masa bagi perlumbaan yang sebahagiannya atau seluruhnya di luar stadium harus dibundarkan kepada saat penuh berikutnya yang lebih panjang, iaitu bagi Maraton 2:09:44.3 harus dicatat sebagai 2:09:45.

Jika dua daripada tiga buah jam menunjukkan catatan masa yang sama dan jam ketiga tidak sama, masa yang dicatat oleh dua buah jam itu dikira sebagai masa rasmi. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berbeza, masa yang di tengah-tengah haruslah dijadikan masa rasmi. Jika hanya dua masa yang dapat diperoleh, dan jika berbeza, masa yang lebih panjang harus dianggap masa rasmi.

Ketua Penjaga Masa harus menentukan masa rasmi bagi setiap peserta dan memberi keputusan kepada Setiausaha Kejohanan untuk siaran

Penamat Foto Automatik Sepenuhnya diluluskan oleh IAAF boleh menghasilkan gambar bercetak, yang menunjukkan masa bagi setiap peserta dimulakan dengan automatik oleh pistol Pelepas atau alat permulaan yang diluluskan dan serupa juga alat itu mesti mencatat masa tamat dengan automatik.

Penamat Foto Automatik Sepenuhnya Ketua Hakim Penamat Foto harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kefungsian alat catatan masa Bersama orang Penolong, Ketua Hakim Penamat Foto harus menentukan kedudukan peserta dan catatan masa masing-masing

Masa dibaca daripada gambar penamat foto seperti berikut: Bagi semua perlumbaan sehingga dan termasuk 10,000m, masa haruslah dibaca dan dicatat dari gambar penamat foto dalam 1/100 saat yang lebih panjang. Bagi semua perlumbaan melebihi 10,000m, masa haruslah dibaca dan dicatat dari gambar penamat foto dalam 1/100 saat dan dicatat kepada 1/10 saat yang lebih panjang, contohnya, bagi 20,000m, masa 59:26.32 harus dicatat sebagai 59:26.4

Masa dibaca daripada gambar penamat foto seperti berikut: Bagi semua perlumbaan yang sebahagiannya atau sepenuhnya diadakan di luar stadium, masa harus dibaca dalam 1/100 saat dan haruslah diubah kepada saat yang lebih panjang, contohnya bagi acara Maraton, masa 2:09:44.32 harus dicatat sebagai 2:09:45.

PERATURAN 166 Pilihan, Undian dan Kelayakan dalam Acara Trek

Bagi acara-acara 100m hingga dan termasuk 800m, dan lari berganti-ganti hingga dan termasuk 4x400m lorong haruslah diundi seperti berikut: Pada pusingan pertama lorong diundi Pada pusingan berikutnya, dua undian dilakukan:

satu untuk empat atlet atau pasukan yang paling atas untuk menentukan penempatan dalam lorong 3, 4, 5 dan 6. satu lagi untuk atlet atau pasukan yang terendah untuk menentukan penempatan dalam lorong 1,2, 7 dan 8.

Tempoh minimum yang berikut harus diberi antara saringan yang terakhir bagi sebarang pusingan dengan saringan pertama pusingan berikutnya atau final:

Sehingga dan termasuk 200m 45 minit Lebih 200m sehingga dan termasuk 1000m 90 minit Lebih 1000m Bukan pada hari yang sama

PERATURAN 167 SERI


-Untuk

mengesahkan kelayakan ke pusingan berikutnya yang menggunakan catatan masa, Ketua Hakim Foto Penamat menggunakan masa sebenar yang dicatatkan mengikut kiraan 1/1000 saat.
-Jika

masih seri, peserta dibenarkan bertanding di pusingan berikutnya. Jika tidak praktikal, cara undian digunakan untuk memutuskan peserta yang layak.
-Refri

berkuasa memutuskan seri di kedudukan pertama dalam pusingan akhir melalui c ara bertanding semula atau keputusan dikekalkan.
-Seri

pada kedudukan lain dikekalkan.

PERATURAN 168 Lari Berpagar


1.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah:a) Lelaki dan Remaja Lelaki 110m, 400m b) Wanita dan Remaja Perempuan 100m, 400m. Semua larian akan mengandungi 10 set pagar mengikut jarak dan ketinggian. Ukuran Ketinggian standard pagar-pagar ialah:a) Lelaki 110m Ketinggian 1.067m 400m Ketinggian - 0.914m b) Perempuan 100m Ketinggian 0.840m 400m Ketinggian 0.762m Semua larian mengikut lorong dan setiap peserta mesti berada dilorongnya sepanjang larian. PEMBATALAN (DISQUALIFICATION)

2. 3.

4.

5.

a) Seorang peserta yang merewangkan kakinya (trailing of the foot) di paras bawah ketinggian pagar hendaklah dibatalkan. b) lompat pagar di lorong lain c) Atas pandangan Refri, peserta sengaja merebahkan pagar dengan tangan atau kakinya. Seorang peserta boleh dikira sebagai pemenang walaupun semua pagar dijatuhkan. Untuk satu Rekod Dunia, semua pagar mestilah mengikut spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan dalam peraturan ini.

6.

7.

PERATURAN 169 LARI BERHALANGAN 1. Jarak standard 2000m & 3000m. 2. 3000m (28 lompatan halangan 7 lompatan air) 2000m (18 lompatan halangan 5 lompatan air) 3. Setiap pusingan ada 5 lompatan, lompatan air adalah yang ke-4.

PERATURAN 169 LARI BERHALANGAN


4. Spesifikasi: Pagar halangan: Lebar 3.96m Tinggi 0.941m(L), 0.762m(P) Pagar lompatan air: Lebar 3.66m Berat pagar 80kg-100kg. 5. Peserta hendaklah melompat melepasi dengan apa jua cara melepasi t halangan tersebut.

PERATURAN 170 LARI BERGANTI-GANTI


1. 2. 3.

4 X 100m ; 4 X 200m ; 4 X 400m.

4 X 100m dijalankan dalam lorong sepenuhnya.


Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Zon sambut baton adalah sepanjang 20m. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta. Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

4. 5.

6. 7.

You might also like