You are on page 1of 30

1

1.0 PENDAHULUAN

Zaman keemasan kesenian Islam bermula pada 750 apabila seni tembikar,
kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang
maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni
tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati
dan lukisan potret kenik berkembang maju di Parsi. Secara umumnya para ulama
membahagikan seni rupa kepada dua iaitu seni rupa yang mempunyai imej
ataupun bentuk dan seni rupa yang yang tidak mempunyai imej dan bentuk. Seni
rupa yang mempunyai bentuk ialah apa yang diperbuat daripada tembaga, batu,
besi dan sebagainya. Manakala seni rupa yang tidak mempunyai imej dan bentuk
pula sesuatu yang dilukis diatas kertas, dinding-dinding, lantai-lantai,bantal-
bantal dan sebagainya.

Seni ukir Islam terdiri dari pelbagai cabang seperti seni bina, seni khat dan
seni lukis. Seni ukir berkembang seiring dengan seni-seni yang lain sehingga
kini. Ada pendapat mengatakan seni khat dan seni ukir tidak berbeza kerana
kemasyuran seni khat atau kaligrafi juga merupakan hasil kemajuan seni ukirnya.
Perkembangan seni ukirnya berjalan seiring dengan perkembangan seni-seni
lain terutama seni bina Islam. Ini kerana bangunan dan binaan-binaan tersebut
biasanya dihiasi dengan ukiran yang bertujuan untuk mengindahkan dan
menampakkan keunggulan.

Kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada seni ukiran pada zaman
Islam. Dalam kertas kerja ini juga akan dikupas mengenai seni ukir yang ada
pada zaman kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, Umaiyyah di Andalus,
kerajaan Fatimiyyah, kerajaan Uthmaniah, kerajaan Mughal dan Tanah Melayu.
Semoga kertas kerja ini akan memberi manfaat kepada kita semua.
2

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN SENI UKIR ISLAM

Seni ukir Islam memulai sejarah kemunculan di Tanah Arab diikuti Parsi, Turki,
India dan negeri-negeri Tanah Melayu. Bangsa Arab merupakan bangsa yang
mula-mula memeluk Islam dan kerana merekalah seni ukir bermula. Kehebatan
mereka sebagai pengukir dan ahli pertukangan telah terbukti sejak sebelum
kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi(Norashikin Mhd Bani 2002).

Sebagai contohya, masyarakat Saba’ di Yaman sudah mempunyai ahli-


ahli yang mahir dalam bidang ukiran dan pertukangan. Terdapat banyak bukti
yang menunjukkan seni ukir dan seni bina sudah berkembang pada zaman
tersebut menerusi peninggalan runtuhan-runtuhan bangunan termasuk bangunan
empayar Ma’rib. Antara yang ditemui ialah ukiran batu kaum Saba’ yang
menunjukkan Puteri Saba’ iaitu Puteri Balqis. Turut ditemui ialah beberapa kesan
pertukangan tangan seperti alat-alat rumah, kerusi, lampu dan
sebagainya(Norashikin Mhd Bani 2002).

3.0 CIRI-CIRI SENI UKIR ISLAM

Keindahan seni ukir Islam sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan
unik. Seni ukir Islam mempunyai ciri yang berbeza dengan seni ukir bangsa lain.
Seni ukir dalam Tamadun Islam perlu dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai
estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu
kaum(Norashikin Mhd Bani 2002).

Antara ciri seni ukir Islam ialah seni yang berpandukan kepada akidah dan
akhlak. Satu garis panduan mengenainya telah dicetus iaitu bertujuan untuk
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ukiran yang dihasilkan mengandungi nilai-
nilai murni yang melambangkan akhlak ataupun ia berbentuk neutral yakni bebas
3

dari nilai-nilai negatif. Konsep penting dalam penghasilan seni ukir Islam kerana
ia akan membangkitkan perasaan, damai dan merendahkan diri ke hadrat Ilahi.
Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukir Islam.
Namun dengan perkembangan bentuk penggunaan corak, warna dan rekabentuk
yang diperbuat berdasarkan ajaran al-Quran(Norashikin Mhd Bani 2002).

Seni ukir Islam mestilah tertakluk kepada Syariat. Contohnya seni ukir
Islam tidak boleh menyerupai unsur-unsur haiwan dan manusia ataupun makhluk
bernyawa. Perkara ini berbeza dengan seni ukir Parsi yang banyak
menghasilkan ukiran yang menyerupai haiwan dan manusia. Manakala ukiran
pada tembikar dan gangsa turut bercampur aduk dengan motif-motif kaligrafi dan
arabes(Norashikin Mhd Bani 2002).

4.0 KONSEP SENI UKIR

Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan komposisi
cara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif
ukiran. Pada umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri
yang bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam
seni ukir Islam kelihatan paduan yang hormani antara rasa dan akal yang
kelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi dan sebagainya(Abdul Ghani
Samsudin et al 2001).

Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatu
keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan
Islam. Oleh itu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni
untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga
memberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yang
mendekatkan kepada peri manusia dan rasa ketuhanan. Justeru ukiran-ukiran
dari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis
4

dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia(Abdul
Ghani Samsudin et al 2001).

Seni ukir juga dinamakan seni pahat merangkumi apa sahaja yang dipahat
atau yang di ukir, samada yang berbentuk patung-patung manusia, binatang atau
apa sahaja yang sifatnya berlembaga, samada ukirannya pada dinding-dinding
rumah dan sebagainya(Abdul Ghani Samsudin et.al 2001).
5.0 PERKEMBANGAN SENI UKIR ISLAM

5.1 ZAMAN RASULULLAH DAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

Bermula dengan turunnya ayat suci al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w,
masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian
yang dikurniakan mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan
tamadun Islam untuk ditatap generasi seterusnya. Pensyarah pelawat Muzium
Kesenian Islam Malaysia (IAMM), Profesor Dr Heba Barakat, berkata sejarah
kaligrafi atau dalam bahasa Yunaninya, kalious, dikatakan bermula sejak kurun
kelapan apabila masyarakat Arab menghasilkan tulisan bagi menunjukkan
ketinggian martabat kabilah mereka.

Menurutnya, adalah menjadi satu kebanggaan bagi mereka apabila dapat


menghasilkan seni ukiran yang indah dan halus untuk ditunjukkan kepada pihak
lawan, apatah lagi apabila digabungkan dengan kekuatan kehebatan kabilah
mereka sewaktu di medan perang. Ketinggian kabilah Arab pada zaman dulu
diukur pada kehebatan mereka sewaktu berperang, bersyair serta tulisan yang
dihasilkan. Semakin tinggi kreativiti mereka, semakin tinggi sanjungan yang
diterima(http://www.sipoel.unimed.in).

Kebanyakan hasil lakaran yang dicipta berdasarkan suasana pada masa itu
seperti berlatar belakangkan peperangan antara kabilah. Mereka melakarkan
kaligrafi sebagai cara untuk menunjukkan kekuatan mereka dari segi emosi
5

dengan merujuk pada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai sebab dan
akibat berlakunya peperangan itu.

Ia mempunyai simbolik tersendiri kerana bukan semata-mata menunjukkan


kekuatan dalam peperangan tapi juga dalam menghasilkan sesuatu yang boleh
menaikkan martabat dan semangat kaum mereka yang pergi berperang untuk
mencari kemenangan,” katanya. Penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia
oleh pedagang Arab menyebabkan tulisan kaligrafi turut berkembang sama ada
melalui dakwah, penaklukan mahupun perdagangan. Pertembungan antara dua
budaya menyaksikan tulisan kaligrafi mengalami corak perubahan dalam bentuk,
warna mahupun tulisan namun paksi asasnya masih pada ayat al-Quran.

Sejajar dengan perkembangan Islam, tulisan kaligrafi mengalami


perubahan mengikut kesesuaian tempat dan budaya masyarakat, namun masih
gunakan ayat al-Quran. Kehalusan ukiran dan ayat yang dilakarkan begitu
terserlah kerana dihasilkan dengan penuh rasa tawaduk terhadap Allah, sesuai
untuk memberi penghormatan pada ayat al-Quran(http://www.sipoel.unimed.in).

Pada zaman Rasulullah S.A.W, seni ukir Islam belum lagi mengalami
perkembangan yang luas. Binaan yang ketara ialah dengan pembinaan masjid.
Ia dibina dengan ringkas tanpa hiasan yang pelbagai. Kesenian Islam nampak
ketara dari sudut seni bina dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi.

Selepas Nabi Muhammad wafat yang memerlukan kepada penganti untuk


menyambung tugas-tugas sebagai pentadbir negara. Zaman Khalifah al-Rasyidin
telah menyaksikan masjid-masjid mula dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang
diukir indah. Ukiran yang dibuat bertujuan untuk mengambarkan dengan jelas
padian antara pembangunan fizikal dengan kerohanian serta ketakwaan yang
tinggi. Seni khat, ukiran dan hiasan dalaman merupakan ciri baru yang di adun
dengan ciri masjid yang dibina pada zaman Rasulllah pada zaman ini. Mimbar
masjid telah diperkenalkan penggunaanya oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid
6

Nabawi di Madinah ditingkatkan kualitinya. Pada tahun 21 H, mimbar masjid


mula diukir dengan seni khat yang cantik beserta ukiran yang berseni.

5.2 SENI UKIR ZAMAN UMAYYAH

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah telah perkenalkan kubah yang


merupakan salah satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan pada
zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (65-86H). Keindahan seni bina ini
telah kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat yang dapatmenimbulkan
keimanan kepada Allah SWT. Arca, maqsurah, dan bentuk-bentuk gambarajah
yang indah turut diperkenalkan oleh seni bina Islam pada zaman Bani Umayyah.
Seni khat dan ukiran yang menakjubkan menjadi lebih indah dan berseri apabila
dihiasi dengan kaca yang bertatahkan batu permata yang berkilauan dan lain-lain
lagi. Ukiran seni khat begitu meluas pada masa itu yang mengukir ayat-ayat al-
Quran di masjid. Di masjid sekali-kali tidak diukir lukisan yang mempunyai bentuk
seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana ia bertentangan dengan nilai-
nilai akidah Islam(Mustafa Hj Daud 1991).

Pada zaman Rasulullah, baginda telah mimbar dengan tiga tangga dan
baginda merasa lebih nyaman duduk di atasnya semasa berkhutbah. Setelah
Umayyah mengambil alih tapuk pemerintahan, beliau telah menambah jumlah
tangga menjadi enam. Tempat duduk baginda dalam menyampaikan dakwah
iaitu mimbar telah di ubah menjadi tinggi dan dihiasi indah dengan
ukiran(Yulianto Sumalyo 2000).

Banyak bukti yang menunjukkan seni ukir Islam mula menampakkan


perkembangan secara meluas zaman Bani Umayyah. Pada zaman ini, seni ukir
Islam berkembang maju untuk membentuk suatu identiti kesenian Islam yang
tersendiri. Para khalifah Bani Umayyah berpendapat bahwa perlu bagi kerajaan
untuk membina struktur-struktur dan binaan yang mewah bagi menunjukkan
kehebatan mereka sebagai khalifah. Misalnya, Muawiyyah memindahkan pusat
7

pentadbiran ke Damsyik dan beliau merasakan perlu untuk membina kediaman


yang menunjukkan status sebagai khalifah. Oleh itu, beliau telah memerintah
pembinaan istana yang diperbuat daripada batu-batu yang bermutu
tinggi(Norashikin Mhd Bani 2002).

Selain itu, perkembangan bandar yang begitu pesat telah menarik ramai
rakyat dari pelbagai keturunan dan agama untuk berhijrah ke kota Damsyik.
Dengan itu berlaku pertembungan tamadun yang turut memberi kesan kepada
penghasilan ukiran. Bangsa Arab banyak belajar dari kepakaran seni tukang dan
ukiran batu dari negeri Syam, Parsi dan Mesir. Antara kepandaian yang dikuasai
termasuk ukiran dinding berbentuk sarang labah-labah.

Antara contoh lain yang menunjukkan perkembangan seni ukir Islam pada
zaman ini sepertimana terdapat pada binaan Masjid Suriah. Keseluruhan bentuk
dan ciri masjid ini telah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang indah dan ia
terdiri daripada bahan-bahan yang mahal dan bermutu tinggi.

Jelaslah bahawa perkembangan seni ukir Islam berkembang pesat


dengan bermula zaman Bani Umayyah. Perkembangan ini merupakan satu dari
lambang atau petanda kewujudan kesenian Islam yang terpenting dalam
Tamadun Islam. Ukiran-ukiran yang menghiasi bangunan-bangunan telah
tersebar luas dibumi Sepanyol, Iraq, Syam dan Mesir. Semua ini menjadi bukti
peninggalan umat Islam pada zaman Bani Umayyah(Norashikin Mhd Bani 2002).

5.3 SENI UKIR ZAMAN ABBASIYAH

Keagungan seni bina Islam telah sampai ke puncak keagungan pada zaman
pemerintahan Bani Abasiyyah. Tamadun Islam telah berhadapan dengan
beraneka jenis tamadun yang ada di dunia, khususnya seni bina. Pertembungan
dengan kebudayaan asing yang beraneka rupa ini memberi inspirasi yang cukup
bertenaga bagi ahli seni bina Islam mereka bentuk bangunan dan perhiasan
8

yang masih lagi berada dalam lunas-lunas Islam. Jika sekiranya seni bina asing
berasaskan kepada lukisan yang berbentuk berhala, seni bina Islam
mengantikannya dengan pamandangan yang indah seperti tumbuh-tumbuhan,
garisan geometri dan lain-lain lagi(Mustafa Hj Daud 1991).

Zaman Khalifah Abbasiyyah lebih luas sempadan berbanding Bani


Umayyah. Pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyyah iaitu Baghdad ternyata
mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi tumpuan pelbagai bangsa
serta mengalami asilimisasi kebudayaan. Keadaan ini telah mencorakkan
kemajuan dalam Daulah Abasiyyah(Norashikin Mhd Bani. 2002).

Ukiran bangsa Parsi kelihatan jelas pada binaan Istana al-Dhabab di


Banghdad. Reka bentuk dan seni ukir Parsi ini di ambil dari orang Parsi yang
tinggal di Baghdad. Istana ini kemudian dijadikan model seni ukir dan seni khat
yang menghiasai bangunan istana samada bahagian dalam dan luar.

Penghasilan seni ukir Islam pada zaman Daulah Umayyah banyak


dihasilkan pada masjid-masjid, tetapi pada zaman Daulah Abasiyyah lebih
ditumpukan kepada pembinaan Istana. Contohnya, semasa pemerintahan
khalifah al-Jaafar telah membina istana al-Dhabab (Istana Emas) di Baghdad.
Pada masa itu juga, istana-istana telah menjadi tempat berkembangnya seni ukir,
seni khat , seni bina dan sebagainya. Jika dilihat bahawa seni ukir lebih luas
pengaruhnya dan konsepnya kerana tidak terhad pada bangunan masjid sahaja.

Pada zaman Daulah Abbasiyyah, jelas perkembangan seni ukir Islam


telah sampai ke kemuncak iaitu apabila jajahan takluk menjadi luas dan serta
berlaku asilimisasi kesenian antara kaum dan kawasan. Pada waktu itu juga,
bentuk dan ukiran Islam menjadi lebih banyak dan bertambah indah. Kehalusan
corak ukiran Islam begitu mengagumkan mata memandang. Aspek seni ukir
Islam zaman Daulah Umayyah jelas lebih bersifat klasik berbanding pada zaman
Daulah Abbasiyyah(Norashikin Mhd Bani. 2002).
9

5.4 ZAMAN KERAJAAN FATIMIYYAH

Selama lebih kurang 240 tahun kerajaan Fatimiyyah memerintah Mesir dan
negeri-negeri sekitarnya yang meluas di Lautan Atlantik di barat dan Laut Merah
di timur dengan seramai tiga belas orang khalifah yang memegang tampuk
pemerintahan kerajaan berkenaan, terdapat begitu banyak kemajuan dan
pembangunan negara ini yang dapat menandingi pencapaian kerajaan
Abbasiyah di Baghdad dalam bidang ketenteraan, ekonomi, pelajaran, kesenian,
dan lain-lain( Dasuki Ahmad 1982).

Dalam bidang kesenian ini kerajaan Fatimiyyah telah berjaya memajukan


perusahaan tangan yang bernilai tinggi seperti bertenun, mengukir, dan
menyulam dalam berbagai jenis. Antaranya tikar permaidani, pakaian, pelana
kuda, dan lencana-lencana kebesaran dari logam. Khalifah pertama kerajaan
Fatimiyyah di mesir iaitu Khalifah Muiz, pernah mendirikan sebuah kilang yang
menjalankan perusahaan tenunan untuk pakaian para pegawai kerajaan yang
akan digunakan ketika musim sejuk dan panas. Selain itu, di tempat tersebut
juga dibuat kiswah ( kelambu ) Kaabah yang megah sekali. Pada kelambu
tersebut, dilukis dua belas bulan sabit daripada emas. Ayat-ayat Al-Quran juga
ditulis dengan zamrud yang berwarna biru, kemudian di bungai pula dengan
permata-permata yang mahal harganya(Dasuki Ahmad 1982).

Disebabkan kekayaan yang melimpah-limpah, sejarah ada membuktikan


terdapat satu zaman dalam pemerintahan kerajaan Fatimiyyah ini, dengan
tertegaknya istana-istana yang tersergam indah, megah, cantik ukirannya
sebagai lambang kesenian Islam pada waktu tersebut dan dapat dilihat hingga ke
hari ini(Dasuki Ahmad 1982).

5.5 ZAMAN UMAYYAH DI ANDALUS


10

Kerajaan Bani Umayyah boleh dianggap sebagai zaman permulaan


perkembangan kesenian Islam di Sepanyol. Sejak pembukaan di Sepanyol
sehingga tahun 976M, boleh dianggap sebagai tahap pembinaan tamadun Islam
di Sepanyol. Dalam tempoh tersebut telah dibina masjid besar di
Cordova(Mahyudin Yahya, Ahmad Jelani Halimi 1995)

Alhambra (Bahasa Arab: ‫ = الحمراء‬Al Ħamrā'; yang bermaksud "Istana


Merah") adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor
Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya
dibina), menduduki atas bukit teres di tenggara sempadan di bandaraya
Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja Muslim Granada dan mahkamah
mereka, tetapi sekarang sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan gaya
seni bina Islam( http: www.wikipedia.org).

Kecantikkan masjid cordova tidak dapat menandingi dengan masjid-masjid


lain kecuali Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa. Pada bangunan ini terdapat
kesenian Byzantine dan Rom Purba. Terdapat kira-kira 1093 tiang dari marmar
berbentuk papan catur. Selain itu, masjid ini mengandungi 19 ruang tengah yang
membujur. Mimbarnya diperbuat daripada gading dan kayu yang berharga serta
diletakkan paku-paku emas. Dalamnya dihiasi seribu lampu. Sebelah selatan
berhadapan Wadi al-Kabeer dengan 19 pintu yang di tempa dengan emas.
Manakala bahagian tenggara dan barat laut mempunyai 9 pintu. Terdapat arca di
dalamnya yang berbetuk tapak kaki kuda dan bulat. Di pintu-pintu dan di
bumbungnya terdapat banyak lukisan-lukisan geometri.

Selain Masjid Cordova, Madinat al-Zahra dibina berlandaskan seni bina


Islam yang tinggi nilainya. Menurut pakar arkeologi bandar istana punyai bentuk
dan senibina cukup indah paduan seni bina rom dan Islam. Siling dan dinding
dibentuk dari emas dan marmar. Terdapat kolam raksa dan lapan buah pintu
terdiri dari gading gajah dan kayu ebony yang amat berharga. Sertiap hari
11

pembinaaannya menggunakan 6000 ketul batu besar yang telah dipahat selain
batu granit dan batu bata(Maruwiah Ahmat 1993).

Zaman pertama kerajaan Umayyah di Sepanyol yang terpisah dari


kerajaan Abbasiyah di Baghdad bermula apabila Abdul Rahman bin Muawiyah
bersama dengan pengikut-pengikutnya berjaya merampas kuasa pemerintahan
negeri Sepanyol di Cordova bawah pimpinan gabenor Abbasiyah yang pertama
Yusuf bin Abdul Rahman al-Fihri dan mendirikan pemerintahan Umayyah di
Sepanyol iaitu pada tahun 756M ( 138H )(Dasuki Ahmad 1982).

Abdul Rahman ini juga dikenali dengan gelaran Abdul Rahman al-Dakhil
( Yang Memasuki Negeri ), kerana kejayaannya sebagai pengasas kepada
kerajaan Umayyah yang terletak di Sepanyol ini. Selain itu, baginda juga
memutuskan hubungan dengan kerajaan Abbasiyah dan mendirikan pusat
pentadbirannya yang tersendiri yang terletak di Cordova, Sepanyol(Dasuki
Ahmad1982).

Abdul Rahman al-Dakhil telah menubuhkan sebuah kota yang kuat dan
teguh di Sepanyol. Semasa pemerintahannya, baginda telah mencantikkan
bandar-bandar dibawah kerajaannya, mengadakan beberapa telaga simpanan
air, membina tali air, dan menanam pokok buah-buahan dan memajukan
perusahaan pertanian, membina tempat persinggahan di luar Kota Cordova dan
membina benteng di sekeliling ibu kota. Pada tahun 786M, beliau telah
meletakkan batu asas sebuah masjid yang besar di Cordova yang menjadi
simbol pemerintahan Islam. Masjid ini diberikan nama Masjid al-Qurtuba yang
telah siap pembinaannya pada zaman pemerintahan amir-amir selepasnya.
Masjid ini merupakan suatu keagungan kerajaan Islam Sepanyol dalam sejarah
kesenian Islam. Namun malangnya, dalam tahun 1236M ia telah dijadikan gereja,
hingga kini masih tetap berdiri teguh dengan nama La Mezquita atau Cathedral-
Mosquita(Dasuki Ahmad 1982).
12

Khalifah Abdul Rahman I, perkembangan seni tekstil, tembikar dan


seramik berkembang pesat kerana diberi perlindungan, sokongan dan
pengarahan dari khalifah. Hasil dorongan daripada pemerintahan seni-seni
tersebut mengalami perkembangan yang maju serta memiliki ciri-ciri khas dan
tersendiri sebagai bentuk seni orang moor yang disebut ‘hispano mauresque’.
Pemerintahan Abdul Rahman II, ( 206-238H/822-852M ) Andalus dalam zaman
ini dikenali juga dalam zaman kebebasan dan kegemilangan. Pada tahun 832-
848M, dibina beberapa anjung dan ruang yang mengadap kiblat masjid ini dihiasi
dengan ukiran ayat-ayat al-Quran yang menarik dan cantik, seni binanya ditiru
dari gaya klasik Rom.

Pemerintah kedua yang telah memajukan kerajaan Islam ini ialah Abdul
Rahman al-Ausat yang telah memerintah pada tahun 822M/206H. Baginda telah
mencantikkan Kota Cordova dengan membina jalan-jalan raya, taman-taman,
tempat-tempat perdagangan, dan memperbesarkan serta memperbaiki masjid-
masjid. Manakala dalam istana pula, telah diukirkan dengan bentuk dan corak
yang begitu menarik menambahkan lagi kemegahan istana yan telah berdiri
tersergam indah(Dasuki Ahmad.1982).

Seterusnya kemajuan kerajaan Umayyah di Andalus ini terus diciptakan


oleh pemerintah yang seterusnya dengan memakai gelaran Khalifah Abdul
Rahman al-Nasir berbanding pemerintah yang sebelum ini dengan gelaran amir,
memerintah pada tahun 912M ketika usia mencapai 23 tahun. Semasa
pemerintahannya, Cordova telah menjadi sebuah kota yang terbesar dan megah
sekali ketika waktu tersebut. Kemegahan dan kebesaran itu adalah kerana
adanya istana-istana dan gedung-gedungnya yang indah permai, masjid-
masjidnya yang besar, jambatannya yang panjang, hebat dan kukuh melintangi di
atas Sungai Guadalquivir ( Sungai Wadil Kabir ) (Mahyudin Yahya & Ahmad
Jelani Halimi 1995).
13

Abdul Rahman III, setiap istana punyai nama tersendiri seperti Istana al-
Mubarrra’, al-Kamil, al-Masyuq, al-Raudha, al-Mujaddl, al-Hair dan lain-lain.
Tetapi taman bunga, kolam-kolamnya indah serta punyai keluasan yang sangat
luas. Sekeliling taman terdapat arca yang indah dan menarik, seni pahatnya
berasal dari Rom dan percikan air yang berpancaran pelbagai bentuk. Manakala
zaman Hakam II, ( 350-366 H/ 961-976M )

Keistimewaannya yang lain ialah dari segi kehalusan dan keindahan seni
bina yang tidak dijangkakan pada perbelanjaan masjid ini yang pada awalnya
sebanyak 80,000 dinar. Saiznya pula, ialah 360x 270 kaki dan dibina di atas
sebidang tanah seluas empat ekar. Ia mempunyai 21 pintu dan 1239 tiang batu
yang bertatahkan permata. Di dalamnya tedapat 10 lorong melintang dan 30
lorong membujur. Mimbarnya diperbuat daripada gading dan kayu berharga dan
dilekatkan dengan paku-paku emas. Di dalam masjid ini dihiaskan dengan 1000
buah lampu. Di tengah-tengahnya dibina sebuah air pancut (Mahyudin Yahya &
Ahmad Jelani Halimi1995).

Selain masjid Cordova, terdapat bandar istana di Madinah al-Zahra’yang


dibina oleh Abdul Rahman II. Namun begitu, menurut pakar-pakar arkeologi,
Bandar istana ini mempunyai bentuk dan seni bina yang sungguh indah. Selain
itu, terdapat beberapa buah seni bina yang menarik berupa benteng-benteng
pertahanan yang dibina pada zaman Bani Umayyah di Sepanyol. Begitu juga
barang-barang dan alat-alat perhiasan rumah yang diperbuat dari emas, perak,
gading, marmar dan kristal yang ditemui di Cordova(Mahyuddin Yahya. 1995).

Istana al-Zahra merupakan sebuah kota yang cantik yang didirikan oleh
Abdul Rahman pada tahun 936M, di suatu sudut penjuru dalam Kota Cordova. Ini
merupakan tanda ketinggian, kehalusan kesenian dan kekayaan negeri Sepanyol
pada waktu tersebut. Kos bagi mendirikan kota tersebut telah dibiyai Abdul
Rahman dengan membelanjakan wang hampir tujuh juta dinar. Di samping kota
ini, terdapat sebuah masjid yang besar dan permai dikelilingi oleh pejabat-
14

pejabat kerajaan dan taman-taman bunga yang indah. Pada zaman ini bilangan
masjid d Kota Cordova sahaja telah mencapai angka hingga 600 buah,
perpustakaan 70 buah, kedai-kedai buku pula tidak terhitung banyaknya,
sedangkan penduduk di kawasan tersebut tidak lebih dari setengah juta
orang(Dasuki Ahmad: 1982,340 ).

Selain itu, antara yang dapat dikagumi hingga sekarang peninggalan yang
terdapat di Sepanyol ialah Masjid al-Qurtuba di Cordova, Menara Giralda di
Seville, Istana Zahra, Istana Jaafariyah di Saragossa, Istana Makmun, Masjid
Jamik di Isybiliyah, Istana Alhambra di Granada, dan lain-lain. Bandar Toledo hari
ini telah dijadikan muzium, iaitu bangunan-bangunannya dan jalanrayanya yang
berasal dari kurun kelima belas tidak diubah untuk dijadikan tumpuan pelancong,
manakala jalan-jalannya sempit dan boleh dilalui oleh hanya sebuah kereta
sahaja.

Masjid besar di Cordova yang boleh memuatkan 100,000 orang dan


mempunyai 1000 tiang telah dijadikan gereja dan sampai sekarang terkenal
dengan nama Cathadal-Mosquita. Ukiran di dalamnya sangat cantik, orang-orang
Sepanyol hari ini membiarkan ukiran dan tulisan ayat-ayat al-Quran dalam
bangunan itu, di samping itu mereka telah mendirikan patung-patung dan lukisan
tentang Nabi Isa dan pemimpin agama kristian yang lain. Mereka melakukannya
sebagai ingatan kemenangan Kristian ke atas umat Islam(Dasuki Ahmad 1982).

5.6 ZAMAN MUGHAL

Seni bina dalam Empayar Mughal adalah dibentuk dari gaya seni yang Parsi dan
India. Seni bina Mughal mengandungi arca, kubah, menara-menara,
indentur(surat perjanjian antara pekerja dan majikan dan dibuat dalam dua
salinan), dan ukiran. Untuk menunjukkan kehebatan seni bina Mughal,
bangunan-bangunan cenderung menjadi tinggi dan besar. Contoh terbaik seni
bina Mughal adalah Taj Mahal, dibuat oleh Shah Jahan, seorang raja Mughal.
15

Hari ini, bangunan-bangunan India telah ciri-ciri serupa sebagai seni bina
Mughals. Bangunan-bangunan biasa yang seumpama telah indentur(surat
perjanjian antara pekerja dan majikan dan dibuat dalam dua salinan)dan kubah.
Kerana ini, seni bina India menyalin semula seni bina dinasti Mughal.

5.6.1 LUKISAN DI MUGHAL

Seni lukis di Mughal berkembang pesat sejak awal kemunculan islam di Timur.
Lukisan-lukisan di Mughal banyak dipengaruhi oleh perkmbangan lukisan
semasa zaman Kerajaan Saljuk. Pelukis Mughal banyak melihat kepada
manuskrip Manafi al-Hayawan untuk mencari idea dalam lukisan yang akan
dihasilkan. Sekurang-kurangnya pada ketika itu terdapat tiga jenis gaya lukisan
yang dihasilkan iaitu Gaya Tradisional Baghdad, Gaya Saljuk dan Gaya Ilkhanid.
Ketiga-tiga gaya ini turut menberi pengaruh kepada lukisan yang dihasilkan di
China. Lukisan Gaya Baghdad lebih bercorak atau bercirikan binatang dan
patung(Ernst J. Grube 1966).

5.6.2 TAMPALAN

Pada zaman ini, perkembangan seni bina cemerlang dalam kepelbagaian


bangunan-bangunannya dan penapisan tradisional membentuk, pencapaiannya
yang tertinggi tiada bandingannya dengan kekayaan ia adalah tampalan iaitu
sesuatu menghairankan dengan kepelbagaian teknik. Menampal berhias
berturap dinding seluruh permukaan-permukaan dan turut ditekankan ciri-ciri
struktur tertentu. Sifat perhiasan luar biasa dalam pedalaman Pir-I Bakran-
sebuah makam raja yang kecil Isfahan-deretan yang dekat daripada mudah
mendalam garis untuk memperdalami timbulan tinggi potongan muka, daripada
ikhtisar tenang corak-corak lurus pergerakan yang untuk hampir ukiran barok
dalam besar berbunga-bunga dan panjang lebar, diukir dan meniru mihrab juga
menerangkan penggunaan kerap reka bentuk seni khat. Di satu tiga bingkainya
hiasan, satu tulisan yang dengan cantik ganda dan bercorak dalam naskhi dan
16

Kufic yang bersudut disediakan pada lapisan-lapisan gulungan kertas berbunga-


bunga dan arabes corak-corak adalah dicipta dengan watak seni khat yang
berlari perpenjuru dengan mengulangi perkataan itu lagi(Ernst J. Grube 1966).

5.6.3 TAJ MAHAL

Pembinaan struktur putih yang tesergam indah di bandar Agra ini bermula
dengan titah Sultan Shah Jahan, pemerintah Kerajaan Mogul Islam India ketika
itu. Ia dibina sebagai tanda cinta dan kasih sayang seorang suami memperingati
pemergian isteri Baginda yang telah meninggal dunia. Taj Mahal dibina
menggunakan batu marmar putih yang terpilih dan meliputi hampir keseluruhan
persekitaran taman-tamannya yang indah. Taj Mahal ketika itu dan sehingga kini
adalah mercu tanda kemegahan dan kecantikan tamadun Islam India dan di
dunia. Walaubagaimanapun, Sultan Shah Jahan tidak lama kemudian
digulingkan oleh anaknya sendiri dan hanya mampu melihat Taj Mahal melalui
lubang kecil tingkap di bilik penjaranya.

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah
kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika
melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada
di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen
memperluaskan tanah jajahannya.
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal.
Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan
Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang
dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk
mereka di Delhi.
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz
mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang
emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung,
kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek
17

yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di
dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz
dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22
tahun. Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong
hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di
India yang kononnya mengalir dari syurga. Terdapat ayat dari al Quran menjadi
hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat
bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan
ialah Surah 91 , Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95 , Surah 94, Surah 36,
Surah 81, Surah 8 , Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan
Surah 39.
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar
putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari
Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.28
jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.Kos pembinaan
lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu. Bahan binaan di bawa dari
seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan.
Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi dari
Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga
telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee.
Kos ini tidaklah banyak ketika itu(http://sianakwarisan.blogspot.com/).

5.7 ZAMAN UTHMANIYAH

Dalam sejarah peradaban Islam mencatitkan negara-negara Islam dan yang


pernah berada di bawah wilayah Islam banyak meninggalkan warisan-warisan
tamadun dunia yang mempunyai nilai-nilai estetik yang sangat berharga
terpelihara hingga ke hari ini. 'Qubbat al-Sakhrah' contohnya, mempunyai nilai-
nilai estetik yang tinggi untuk ditandingi kehebatannya. Pembinaan awal masjid
ini diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. di atas sebuah bukit bernama
18

Moriah berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Palestin. Masjid ini terkenal di


seluruh dunia termasuk masyarakat Barat dengan gelaran 'Dome of the Rock'.
Khalifah Abdul Malik bin Marwan, pemerintah kelima kerajaan Bani Umaiyah
telah memperbaharui semula pembinaan masjid ini dengan menjemput arkitek-
arkitek dari Byzantine. Di samping mereka, orang-orang Parsi juga dijemput
untuk membuat ukiran dan tulisan khat 'kufi' pada dekorasi 'qubbah' masjid.

Monumen-monumen warisan dunia yang mempunyai nilai-nilai estetik


tersendiri juga berjaya dihasilkan oleh acuan kesenian arkitek-arkitek
Uthmaniyah yang hebat seperti Khayruddin, Mahmud Aga, Davud Aga, Ahmad
Pasha, Ibrahim Pasha dan yang paling terkenal di kalangan mereka ialah Sinan.
Dia digelar sebagai 'chief imperial architect' Dawlah Uthmaniyah di bawah
pemerintahan tiga orang sultan, iaitu Sultan Sulaiman al-Qanuni, Salim II dan
Murad III. Antara projek mega hasil pemikiran dan keringat Sinan termasuklah
pembinaan Masjid Sehzade dan Suleymaniye di Istanbul serta Masjid Selimiye di
Edirne.

5.7.1 Iluminasi

Iluminasi, kebanyakkannya adalah dalam warna emas dan biru, merupakan


warna diraja dalam Dewan Mahkamah Tinggi Abbasiyah, yang sesuai dengan
iringan untuk kaligrafi terbaik daripada abad ke 19M dan tukang-tukang
Uthmaniyyah dalam studio istana pad abad ke 16m di Istanbul mempunyai tradisi
yang sangat besar yang mana perlu dikikis daripada Tabriz, Herat, Damascus
dan Kaherah dan daripada abad ke 15M di Turki. Di mana Mehmet II yang
penting telah memesan buku-buku untuk perpustakaannya menghasilkan
gambar-gambar yang telah diiluminasikan dalam gaya yang tersendiri. Dalam
perbandingan kepada tulisan, dimana gaya-gaya istana Herat dan Tabriz seolah-
olah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas studio Suleyman, gaya asli
Uthmaniyyah terhadap manuskrip iluminasi yang masih tinggal untuk menarik
perhatian. Memenuhi iluminasi klasik Uthmaniyyah ini adalah pada dasarnya
19

kerja gulungan dengan anyaman yang bergabung atau ruas batang-batang yang
berdaun banyak yang mana lebih biasa kepada Safavid, perhiasan anyaman
bersudut masih popular untuk kerja kayu Uthmaniyyah yang mana ianya sangat
karekteristik terhadap iluminasi al-Quran(J.M. Roger & R.M. Ward 1988).

5.7.2 Lukisan atau Maniatur

Dalam bidang lukisan atau maniatur pula, pelukis Turki pada abad ke 16M, telah
menunjukkan sedikit keasliaan dalam kerja-kerja kesusateraan ilustrasi Parsi.
Antara pelukis yang telah berpindah dari Tabriz ke Istanbul ialah Shah Quli yang
mana yang nampak jelas kegembiraannya dan berus lukisannya yang lembut
tetapi mereka mengingatkan sama sekali dalam semangat orang-orang Iran.
Gaya Turki yang berlainan telah berkembang dengan keperluaan melengkapkan
ilustrasi grafik untuk kronologi kehidupan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam pemerintahan Uthmaniyyah, kemenangan mereka, sambutan majlis
tertentu, perarakan dan persembahan yang masyhur(Ernest Kuhnel 1970).

Sebilangan kecil mengetahui lukisan awam Uthmaniyyah dan meskipun ini


telah pasti dihasilkan di kawasan istana Uthmaniyyah di Bursa dalam penaklukan
Konstantinople, ianya amat susah untuk dipastikan yang mana bilangan kecil
tarikh lukisan awal Uthmaniyyah adalah daripada zaman Pra-Istanbul. Selepas
penaklukan dan penubuhan sebuah kawasan sekolah di bawah naungan Sultan
Mahmud di Istana, lukisan Uthmaniyyah telah mengambil satu langkah yang
berbeza untuk lukisan itu sendiri.

Pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah, lukisannya seringkali dianggap


sebagai meniru daripada lukisan Parsi, walhal pada hakikatnya lukisan parsi
memberi sedikit sahaja pengaruh kepada lukisan Uthmaniyyah. Lukisan Parsi
tidak mempunyai gambaran gaya hidup di Istana, mempunyai cita-cita dan
prinsip yang berbeza idea yang puitis dan mengiliustrasikan puisi berdasarkan
perkara yang lepas untuk melukis gambar tradisi, manakala lukisan Turki
20

Uthmaniyyah pula berminat dengan keadaan dunia sebenar, peristiwa


bersejarah pada sesuatu masa dan karektor Sultan secara individu yang banyak
dalam bentuk potret(Ernest J. Grube 1966).

Penemuaan pertama dalam pemilihan bahan subjek, personaliti lukisan


Uthmaniyyah telah muncul pada kemenangan dan upacara keramaian pada
abad ke16M. Lukisan tersebut menceritakan tentang peranan megah-megah di
eropah dan Asia dan mengenai perayaan Negara itu. Hasil karya seperti History
of Sultan Sulaeyman (Sejarah Sultan Sulayman) dan Sur-Name (Perayaan
Berkhatan) ilustrasi di ambil untuk pemberitaan realistic peristiwa sezaman(David
James 1977:53).

5.7.3 Perusahaan Besi dan logam

Pada zaman Uthmaniyyah, kerja seperti menempa dan mengukir besi gangsa ,
perak dan pelbagai barangan logam lain adalah sedikit. Tetapi pada masa yang
sama, kerajaan Uthmaniyyah sangat produktif dalam menghasilkan peralatan
perang. Pedang pada zaman Uthmaniyyah sangta terkenal dengan proses
pembuatannya yang menggunakan besi keluli yang berkaliti tinggi dan ia telah
menjadi model dalaam pembuatan senjata bagi tentera berkuda Eropah. Cara
penghasilan senjata Uthmaniyyah yang menggunakan besi keluli yang berkualiti
tinggi telah mejamin keunggulan senjata di zaman tersebut(Oktay Aslanapa
1971: 330).

Sebagai contoh senjata yang digunakan pada zaman Uthmaniyyah adalah


pedang, senapang, pisau, belati, perisai, panah dan sebagainya. Ianya
digunakan ketika berlakunya pertempuran. Sehingga pada abad ke 17M , 18M
dan 19M, masih lagi beratus bala tentera termasuk Turki Uthmaniyyah. Senjata
Turki Uthmaniyyah masih lagi lagi pelbagai, ketagori yang boleh diramalkan dan
seperti dirangkakan atau persamaan kategori ini menggambarkan sebab
kemerosotan empayar. Perkembangan seni ukir pada besi dan logam ketika
21

zaman Uthmaniyyah, secara mutlak tidak berubah daripada tahun 1650M-


1850M. Terdapat senjata-senjata yang pelbagai lebih baik, sebenarnya untuk
zaman ini. Ada juga berubah sedikit demi sedikit. Ianya ketegasan senjata
termasuk juga mengubah teknik ketika di medan pertempuran. Ini telah
melambang kepada kemerosotan empayar Uthmaniyyah(Anthony C. Tirri 2003:
109-110).

5.8 ZAMAN KEPULAUAN MELAYU

Sejarah telah membuktikan pengislaman masyarakat di dalam alam Melayu ini


melalui catatan-catatan sejarah yang telah dikatakan berlaku sekitar kurun
permulaan hijrah lagi. Buktinya ialah, terdapat satu batu nisan diukir dengan
huruf-huruf arab yang bertarikh tahun Masihi 1082 hingga 1102 telah dijumpai di
Gerisik Jawa. Namun begitu, perselisihan berlaku untuk menentukan dari mana
asal kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu ini. Kebanyakkan ahli sejarah
menetapkan kedatangan Islam dari Perlabuhan Cambay daerah Gujerat
berdasarkan batu-batu nisan yang mula-mula ditemui. Batu nisan yang terdapat
di perkuburan Sultan Malikus Salleh ( 1297M ) di Pasai, batu nisan Waliullah,
Abdullah bin Muhammad ( 1407M ) adalah hasil pertukangan tangan orang Islam
di Gujerat(Dasuki Ahmad.1982).

Manakala dakwaan sesetengah pendapat lain mengatakan agama Islam


ini datang dari negeri China yang terus ke Terengganu berdasarkan sebuah batu
bersurat bertulis yang membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah
mendiami Terengganu sekitar tahun 702H/1303M, Tempat tersebut ialah di Kuala
Berang lebih kurang dua puluh batu ke Hulu Sungai Terengganu. Buktinya masih
dapat dilihat di Muzium Negara Kuala Lumpur, iaitu Batu Bersurat Terengganu,
batu yang tertulis dalam bahasa melayu jawi. Dalam tulisan itu antara lain
terdapat susunan peraturan tentang undang-undang kekeluargaan dan hukuman
terhadap perzinaan. Namun pendapat ini tidak dapat diterima oleh para
sejarawan berdasarkan beberapa sebab antaranya Terengganu bukanlah tempat
22

yang menjadi tumpuan para pedagang China untuk menjalankan perniagaan di


Tanah Melayu. Selain itu,juga ditemui batu bersurat Islam yang dijumpai di
daerah Sungai Ujong Negeri Sembilan iaitu batu nisan yang ganjil di Pengkalan
Kempas, Sungai Linggi. Batu nisan ini menunjukkan kubur seorang yang
bernama Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 1467M .

Selain itu, terdapat juga ukiran yang tertulis di wang dinar milik seorang
syeikh dari Patani yang datang berdakwah ke negeri Kelantan. Pada wang
tersebut telah tertulis angka arab 577 yang mungkin bermaksud 557H telah
dijumpai di sana. Manakala terdapat juga ukiran di batu nisan sultan Pahang
yang pertama bernama Sultan Muhammad yang telah meninggal pada tahun
1475M. Batu nisan tersebut dapat dilihat di Makam Langgar dan batu inilah batu
bertulis yang terawal di temui di Pahang(Dasuki Ahmad.1982).

5.8.1 Ukiran Kayu Melayu Tradisional

Seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana satu bentuk seni
dalam bidang yang sama. Bidang ini juga tidak dapat dipisahkan daripada
kebudayaan melayu yang berterusan sepanjang zaman. Pada masa lampau, titik
permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah terdapat satu
zaman yang penuh dengan cabaran bagi orang Melayu, iaitu zaman yang digelar
zaman kebudayaan batu hidup atau megalitik. Pada ketika itu, manusia telah
mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai spiritual yang berhubung
dengan kepercayaan yang berbentuk anemisme dan pemujaan leluhur yang
mereka anuti ketika waktu tersebut(Abdul Halim Nasir 1986).

Bertempat di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan


yang terletak kira-kira 30km ke tenggara bandar Seremban terdapat tugu-tugu
23

batu megalitik yang berbagai-bagai bentuk seperti pedang, dayung, sudu, kura-
kura dan lain-lain lagi. Batu yang berbentuk pedang itu terdapat ukiran-ukiran
yang dipahat timbul menggambarkan haiwan yang menyerupai ular atau naga.
Pada batu megalitik yang disebut ‘Batu Kemudi’ terukir bentuk beberapa ekor
haiwan yang menyerupai anak rusa atau kijang(Abdul Halim Nasir 1986).

Contoh-contoh yang terukir pada batu megalitik di Kompleks Sejarah


Pengkalan Kempas itu membuktikan bahawa nenek moyang orang-orang Melayu
pada zaman sebelum tercipta tulisan merupakan pencipta ukiran yang
mempunyai kebolehan dan menghayati seni ukiran(Abdul Halim Nasir 1986).

Persejarahan mengenai seni rupa yang menjadi induk kepada lain-lain


bentuk seni akan mengingatkan kita kepada beberapa peninggalan sejarah
purba di Gua Tambun, Ipoh Perak. Pada salah sebuah batu kukup ( rock shelter )
yang condong ke arah luar itu masih terdapat lakaran-lakaran lukisan yang
merupakan hasil karya manusia di zaman kuno. Tidak dapat dibuktikn sama ada
itu adalah keturunan kita atau tidak, namun demikian lakaran itu membuktikan
kepada generasi masa kini yang mereka juga sudah berminat terhadap bidang
seni dan peneroka bidang terebut lebih awal daripada yang kita sangkakan.
Peninggalan warisan yang sedemikian itu merupakan karya seni yang tidak
ternilai dan menjadi khazanah yang terpenting(Abdul Halim Nasir 986).

Melalui artifak-artifak sama ada yang ditemui secara tidak sengaja atau
secara penggalian oleh ahli-ahli arkeologi di tempat-tempat tertentu seperti di
muka-muka gua, tanah-tanah lapang, di pinggir sungai, kita dapat melihat hasil
kemahiran mereka dalam mencipta seni ukiran bagi menghiasi alat-alat
keperluan seperti tembikar-tembikar yang dibuat daripada tanah untuk keperluan
memasak atau alat-alat yang digunakan dalam amalan-amalan yang bersifat
rohaniah(Abdul Halim Nasir 1986).
24

Kesan awal mengenai kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu


dipegang buktinya dari batu bersurat Terengganu yang bertarikh awal kurun
keempat belas. Selain itu, terdapat batu nisan yang berukir, digelar Batu Aceh.
Batu-batu nisan ini terdapat di perkuburan-perkuburan lama di beberapa tempat
di Semenanjung Malaysia seperti di daerah Pekan, Pahang, Kota Tinggi Johor
serta di negeri-negeri Perak, Kedah,Terengganu, Perlis dan juga Selangor(Abdul
Halim Nasir.1986).

Nisan yang berukir berusia tua, terutama nisan batu Aceh, mempunyai
keistimewaan yang menarik. Bentuknya unik, terdapat tulisan khat yang indah.
Kehalusan ukiran-ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi.

5.8.2 Seni ukiran logam

Kepandaian menggunakan logam di zaman purba merupakan sesuatu yang


menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk
menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu(Abdul
Halim Nasir 1986).

Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini.


Orang-orang Melayu banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang
diperbuat daripada logam, emas, perak, suasa, tembaga, timah, besi, dan lain-
lainnya. Seni ukiran ini dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu pada senjata-
senjata seperti lela rentaka, keris, lembing, pisau, alat-alat perhiasan diri, alat-
alat permainan, alat-alat perabot, pemujaan, pembomohan dan
sebagainya(Abdul Halim Nasir 1986).

5.8.3 Seni ukiran kayu

Seni ini juga dikenali dengan seni kerajinan tangan dan telah lama wujud dalam
masyarakat melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan sama juga dengan yang
25

terdapat pada batu, tanah, dan lain-lain bahan logam. Cuma yang
membezakannya ialah cara dan teknik pengukiran sahaja(Abdul Halim Nasir
1986).

Ukiran kayu bukan sahaja terdapat pada rumah, tetapi penjelmaan dan
penerapannya terdapat pada istana-istana raja, masjid, surau, wakaf, pintu
gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat pemujaan dan
pembomohan, alat-alat muzik tradisi, alat-alat perabot, alat-alat pertanian, alat-
alat pertukangan, alat-alat senjata pendek, alat-alat memasak, alat-alat pakaian,
perahu tradisional dan kenderaan lain seperti kereta kuda, pedati, kereta lembu
dan berbagai lagi(Abdul Halim Nasir 1986).

Contohnya ialah, terdapat catatan yang menerangkan tentang istana


sultan mansur syah ( sultan melaka 1459-1477M ), selain bentuk istna yang
indah dan unik, diselitkan juga dengan ukiran-ukiran yang terdpt pada dinding-
dinding, bendul, bumbung, serambi dan lain-lain(Norhana Ismail 2001).

5.8.4 Motif Ukiran Melayu Tradisi

Penjelmaan sesuatu ragam hias dalam karya ukiran melayu tidak dapat
dipisahkan dari dua perkara iaitu motif hiasan dan teknik penyusunan. Dalam
seni ukiran ini, terdapat beberapa teknik dan gaya bagaimana ukiran tersebut
diolah mengikut kebolehan, kebijaksanaan, kemahiran, daya kreatif dan
kemampuan yang terdapat pada seorang pengukir(Abdul Halim Nasir 1986).

Ukiran melayu terdiri dri beberapa teknik tebuk atau sober, digelar tebuk
terus, tebuk separuh, dan tebuk timbul. Manakala pola seni ukiran pula terdiri dari
tiga pola yang penting, iaitu pola bujang/pola putu, pola bingkai ( pola
pemidang ), dan pola lengkap(Abdul Halim Nasir 1986).
26

Pola bujang ialah bermotifkan gaya bebas, tidak terikat, berkait, atau
bersambung. Biasanya menggunakan unsur-unsur kuntum bunga, putik buah,
bulan, bintang, matahari dan juga unsur-unsur makhluk hidup. Manakala pola
pemidang pula, menggunakan unsur sederhana, pergerakkannya tidak banyak
berbelit-belit atau berlingkar dan mempunyai pemidang atau bingkai. Ukiran-
ukiran bentuk ini, dikenal dengn motif seperti itik pulang petang, badak mudik,
setampuk manggis, dan sebagainya(Norhana ismail: 2001). Selain itu, bagi pola
lengkap pula, dikenali juga dengan pola induk. Lebih menitik beratkan unsur
tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya yang lebih lembut dan mudah disusun. Bentuk
ini merangkumi seluruh pokok itu bermula dari akar, batang, dahan, daun, buah,
putik, dan sulurnya sekali(Abdul Halim Nasir: 1986).

6.0 UNSUR-UNSUR DALAM SENI UKIRAN

Unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ini sangat dipengaruhi beberapa


faktor berkaitan dengan cara hidup seperti adat resam, kepercayaan agama,
alam persekitaran semula jadi, iklim dan juga topografi.

6.1 Unsur makhluk hidup

Tidak banyak digunakan dalam ukiran melayu kerana agama Islam tidak
menggalakkan penciptaan ragam hias berdasarkan makhluk yng bernyawa.
Biasanya yang menjadi contoh ialah burung, kucing, ayam, itik dan sebagainya.
Ukiran berunsurkan makhluk hidup peninggalan orang melayu sebelum
kedatangan Islam.

6.2 Unsur Kosmos


27

Unsur ruang angkasa dipersembahkan melalui gambaran matahari, bulan,


bintang, awan berarak, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain. Unsur-unsur
ini juga selalu dipasangkan bersama unsur tumbuhan dan kaligrafi.

6.3 Unsur Geometri

Mula dikesan dalam ukiran melayu yang menggunakan pola seperti bersegi atau
yang dikenali dengan pola tupal. Selain itu digunakan unsur piling berganda, iaitu
bentuk-bentuk huruf ‘s’ yang disusun berderet-deret, atau ukiran piling berganda
dan berpiuh-piuh. Ukiran jenis ini mudah didapati pada alat-alat tembikar, sarung
keris, tepak sirih, barang-barang tembaga dan alat-alat ragam hias yang dipakai
dalam rumah.

6.4 Unsur Kaligrafi

Unsur ini mengambil contoh huruf arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi. Juga
terdapat tulisan jawi yang digabungkan dengan unsur-unsur kosmos, dan
tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian. Sering terdapat pada bangunan masjid,
surau juga rumah-rumah kediaman.

6.5 Unsur Tumbuh-tumbuhan

Biasanya tumbuhan yang menjalar atau pohon-pohon bunga yang menjadi


pilihan para pengukir. Antara yang menjadi sumber ilham ialah jenis kacang,
labu, ketumbit, peria, daun salad, balung ayam dan sebagainya(Abdul Halim
Nasir: 1986).
28

7.0 KESIMPULAN

Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah,
sehinggakan tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang
dan tidak munasabah. Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi
dan petang, bulan dan bintang dan sebagainya teratur menurut aturan yang telah
ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Begitu juga hiasan-hiasan alam
semulajadi, bunga-bungaan, pokok-pokok, tasik, pergunungan dan
seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaan-ciptaan Allah
Subhanahu Wata'ala dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong
tempatan dan luar negeri melihat pemandangan alam dan menikmati
keindahannya. Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi yang diciptakan oleh
Allah Subhanahu Wata'ala untuk manusia ini sudah setentunya patut disyukuri,
dihargai dan dipergunakan untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-
baiknya. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Kahfi ayat 7:

‫إنا جعلنا ما على الرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عمل‬
Tafsirnya:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai
perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya
yang lebih baik amalnya.

Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala apa yang Allah
ciptakan di dunia ini merupakan satu perhiasan yang sangat indah untuk kita
mempermanfaatkannya. Melalui daya usaha seni kreatif, apa yang ada di dunia
ini boleh diubah dan direka bentuk menjadi suatu yang lebih bermanfaat,
berharga dan berguna untuk keperluan manusia. Setiap manusia ada daya
imaginasi dan kreativiti menurut akal pemikiran, yang dengannya manusia
mampu mencipta sesuatu yang bernilai estetik bagi keperluan diri, keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara. Kekuatan imaginasi dan kreativiti pada diri
29

seseorang merupakan anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu


Wata'ala yang perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan
yang hanya dibenarkan oleh syariat Islam.
BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Samsudin, Ishak Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail. 2001. Seni dalam
Islam.
Selangor : Intel Multimedia and Publication.

Anthony C. Tirri. 2003. Weapons Maghribi and Moghul. United State Of America:
Indigo Publishing.

Davi James. 1977. Islamic Art An Introduction. London: The Hamlyn Publishing
Group Limited.

Davies, Philip. 1989. The Penguin Guide to the Monument of India. Vol II.
London: Viking.

Derek Hill, Oleg Grabar.1967. Islamic Architecture and Its Decoration. London:
Faber
and Faber 24 Russell Square.

Dusuki Ahmad. 1982. Iktisar perkembangan islam. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan
Pustaka.

Ensklopedia Dunia, Jilid 19. 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ernest Kuhnel. 1970. Islamic Art. Klinkhardt & Bierman,Braunschweig

Ernst J. Grube. 1966. The World of Islamic. London: Paul Hamlyn Limited

http://ms.wikipedia.org [23 Febuari 2008]

http://www.sipoel.unimed.in [23 Febuari 2008]

http://sianakwarisan.blogspot.com/ [26 Febuari 2008]

J.M. Roger & R.M Ward. 1988. Suleyman The Magnificent. Secaucus: The
Wellfleet Press.
30

Mahyudin Yahya & Ahmad Jelani Halimi.1995. Sejarah Islam. Selangor : Penerbit
Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Mustafa Hj Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn.Bhd

Maruwiah Ahmat. 1993. Bani Umayyah dan Sumbangannya terhadap Tamadun


Islam di
Andalus. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Norashikin Mhd Bani. 2002. Seni Ukiran pada Zaman Umayyah dan Abbasiyyah.
Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia

Norhana Ismail. 2001. Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai Suatu
Penerapan Unsur-Unsur Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasirah Ashaari. 2007. Sejarah Kesenian Islam di Andalus: Kajian Mengenai


Imej dan Keistimewaam Kesenian Islam di Andalus. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia

Oktay Aslanapa. 1971. Turkish Art and Architecture. London: Fabor and Feber
Limted 3 Queen Square.

Robert Irwin. 1997. Islamic Art Incontext. New York: Harry N. Abrams,inc.
Publishers

Siti maryam. 2003. Sejarah Peradaban Islam dari Masa Klasik hingga Moden.
Yogyakarta: Jurusan Spi Fak.Adab IAIN Sunan Kalijaga.

Tagell, Chistopher. 1990. History of Archtiecture in India. Lodon: Phaidon Press.

Yulianto Sumalyo. 2000. Arsitetuk Mesjid dan Monumen Sejarah Muslim.


Yogyakarta:
Gadjah Mada University Pres

You might also like