P. 1
sejarah kaum kadazan dusun

sejarah kaum kadazan dusun

|Views: 20|Likes:
Published by Tefanny Aryanni
sejarah kaum kadazan dusun
sejarah kaum kadazan dusun

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Tefanny Aryanni on Mar 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $0.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

10/07/2013

$0.99

USD

pdf

text

original

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2009/11/negeri-sabah-yang-tidak-kurangtiga.

html NEGERI Sabah yang tidak kurang tiga puluh etnik suku kaum adalah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Melalui tarian yang dipersembahkan itu, kita dapat mengenali sesuatu tarian dari pelbagai suku kaum yang terdapat di negeri Sabah ini. Maka dengan adanya tarian-tarian ini, ia dapat membantu negeri Sabah dalam eko pelancongan. Mengenai kedua-dua perayaan yang dirayakan ini kehadiran pelancong dari luar mahu pun dalam negeri meningkat dan ini membuktikan bahawa tarian kebudayaan adalah antara produk pelacongan negeri kita. Antara tarian kebudayaan yang biasanya kita saksikan ialah tarian sumazau, tarian limbai, tarian mongigol sumandai, tarian kuda pasu dan banyak lagi. Tarian sumazau ialah tarian dari suku kaum Kadazandusun dari daerah Penampang. Tarian ini ditarikan semasa upacara ritual ataupun majlis keramaian seperti perkahwinan selain daripada perayaan Pesta Kaamatan. Tarian ini ditarikan dengan gerak seolah-olah seekor helang sedang terbang sambil menari, sekali-sekala dengan suara yang nyaring, penari akan melebarkan kedua-dua tangan. Tarian daling-daling pula merupakan tarian kegembiraan yang sangat popular di kalangan masyarakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna. Biasanya tarian ini dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari perempuan dan lelaki dalam majlis perkahwinan ataupupacarakeramaian lain di daerah Pantai Timur Tarian ini diiringi oleh puisi mengenai cinta, kehidupan dan kebahagiaan. Puisi ini dinyanyikan dengan irama lagu yang berulang. Kadang kala lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur jenaka dan cerita-cerita pendek disampaikan secara spontan. Lain pula dengan tarian mogunatip. Tarian ini ditarikan di kalangan penduduk tempatan di pedalaman Sabah termasuk suku kaum Kadazandusun di Tambunan, suku kaum Kujiu diKeningau dan kebanyakan suku kaum Murut.

Tarian ini ditarikan mengikut gerak seekor naga yang diketuai oleh penari lelaki yang seolah-olah kepala naga. Tarian limbai pula merupakan tarian suku kaum Bajau yang menetap di daerah Kota Belud di bahagian Pantai Barat Sabah.Semasa tarian ini ditarikan. Sebagai tarian ritual. beberapa pasang bambu panjang akan dihentak dan diketuk pada lantai mengikut rentak sementara para penari akan melompat masuk dan keluar di antara ruang hentakan bambu tanpa tersepit kaki. . Tarian yang bertenaga dan menghiburkan ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian di kampung ataupun pada majlis keramaian yang lain. Ia ditarikan semasa menyambut ketibaan pengantin perempuan yang lain. Tarian ini ditarikan sama ada di majlis keramaian ataupun sebagai tarian ritual. Tarian adai-adai juga yang biasanya ditarikan oleh masyarakat Brunei yang menetap di daerah Sipitang yang biasanya ditarikan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan majlis sosial yang lain yang diadakan di kampung dan ditarikan oleh pasangan lelaki dan perempuan. Tarian ini menggambarkan aktiviti dan kehidupan nelayan serta petani. Tarian ini ditarikan oleh tiga hingga empat pasang penari yang lemah lembut. Penari akan berpakaian tradisi dan kadang-kala menggunakan alat-alat seperti bakul dan jala semasa menari. manakala badannya pula terdiri daripada penari-penari perempuan. Tarian mongigol sumandoi juga merupakan tarian popular di kalangan masyarakat Rungus yang menetap di daerah Kudat dan Kota Marudu. lazimnya tarian ini ditarikan untuk menghormati bambarayon. iaitu semangat padi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->