You are on page 1of 14

KELIM BELAH KANGKUNG

Kelim belah kangkung adalah sesuai untuk mencantum dua tepi yang lurus dan
melengkung serta digunakan untuk membuat belah pada pakaian Ciri-ciri kelim belah kangkung: o o o o Rata dan terbuka Terdiri daripada sebaris jahitan di sebelah dalam pakaian Mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar artikel Lebar kelim yang siap di jahit ialah 1.25 cm

Cara untuk menjahit kelim belah kangkung ialah :

o Temukan sebelah luar fabrik . Semat dan jelujur di garis pemadan o Jahit mesin di garis pemadan o Tanggalkan jahitan jelujur. Tekan kelim di sebelah dalam mengikut arah
jahitan. Kemudian tekan kelim supaya terbuka. o Buka kelim dan tekan rata

Cara

mengemas tepi belah kangkung ialah:

Bentuk pucuk rebung

KELIM BETAWI
Kelim betawi merupakan sejenis kelim yang kukuh dan halus Kelim ini sesuai dijahit pada pakaian fabrik yang nipis atau mudah berjerumbai seperti pakaian kanak-kanak dan blaus Ciri-ciri kelim betawi : o o o Mempunyai dua baris mata jahitan Lebar basi kelim yang siap dijahit ialah 4 mm hingga 6 mm. Tidak bergulung

Cara-cara menjahit kelim betawi :

o Temukan sebelah dalam fabrik. Semat dan


jelujur di garis pemadan

o Jahit mesin 4mm di luar garis pemadan.


Tanggalkan jahitan jelujur. Trim basi kelim sehingga tinggal 2 mm dari jahitan mesin.

Tekan kedua-dua basi kelim terbuka. Lipat tepat di garis jahitan mesin. Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan. Tekan kelim menghala kebelakang pemadan

LISU PEMADAN CEKUNG


Lisu pemadan cekung dijahit dari bahagian tengah hingga kedua-dua hujung tirus. Ianya sesuai untuk di buat pada bahagian pinggang baju ceongsam, kebaya atau blaus yang mempunyai bentuk pinggang. Cara-cara untuk menjahit lisu pemadan cekung ialah:

Tandakan kedudukan lisu pemadan dengan peniti

o Temukan sebelah luar fabrik di garis pemadan

o Jahit mesin dari bahagian tengah ke satu bahgian


tirus. Tindihkan mata jahitan awal sepanjang 2 cm. Kemudian jahit mesin kesatu hujung lagi o Susupkan semua hujung benang

o Snipkan bahagian tengah lisu sehingga 5 mm dari garis jahitan untuk


meratakannya.

LISU PEMADAN CEMBUNG

Lisu pemadan cembung dijahit dari bahagian lebar menjurus ke bahagian tirus.

Ianya sesuai di jahit pada bahagian dada, bahu,siku, lubang lengan dan pinggang.
Cara-cara untuk menjahit lisu pemadan cembung ialah : o o Tandakan kedudukan lisu pemadan Temukan sebelah luar fabrik. Pastikan kedua-dua garisan pemadan bertemu. Semat dan jelujur pada garis pemadan

o Jahit mesin dari hujung yang lebar ke hujung yang


runcing di atas garis pemadan. Matikan jahitan dengan menjahit 2 kali jahitan mesin pada bahgaian runcing sepanjang 1.5 cm.

Untuk fabrik nipis dan jarang, tekan buka lisu dan kelimnya di tengah-tengah

KEDUT LEPAS
Kedut lepas ialah satu proses membahagikan satu bahagian fabrik supaya dapat dipadankan dengan satu bahagian yang lebih kecil. Kedut lepas dihasilkan dengan menarik benang dari dua baris jahitan untuk membentuk lisu-lisu yang halus pada fabrik Kedut lepas pada kebiasaannnya di buat pada garis pinggang, bahu atau skirt mendatang, kepala lengan dan/atau hujung lengan dan ropol sebagai hiasan Cara menjahit kedut lepas: o Laraskan mata jahitan mesin ke saiz yang panjang untuk fabrik sederhana tebal dan saiz yang sederhana panjang untuk fabrik yang halus

Dengan sebelah luar fabrik di atas , buat satu baris jahitan mesin kira-kira 1 mm di atas garisan pemadan dan sebaris lagi 6 mm di atasnya.

o Dengan sebelah luar fabrik bertemu, sematkan tepi


yang berjahit dengan tepi bahagian yang hendak di cantum. Padankan bahagian tengah. o o Lilitkn kedua-dua benang di satu hujung pada peniti dengan angka lapan. Untuk membuat kedut lepas pada sebahagian lagi buka lilitan benang pada peniti dan tarik benang sehingga sama padan dengan tepi yang bersebelahan.

o Di hujung yang satu lagi, terik kedua-dua benang s

gelendongsehingga sama padan dengan tepi yang hujung benang dengan kemas pada peniti.

bersebelahan. Lilit

o Sama ratakan kedut lepas. Semat dengan peniti untuk


menetapkan kedudukan kedut lepas.

KELIM

Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Berikut adalah kegunaan kelim pada pengguna iaitu untuk: menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan perhiasan Pemilihan kelim yang dibuat bergantung kepada: Jenis Fabrik Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan kelim betawi. Jenis Pakaian Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk kain jenis jeans tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas. Gaya dan kedudukan Kelim Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya kelim betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus Jenis-jenis kelim (i) Kelim Belah Kangkung (ii) Kelim Betawi (iii) Kelim Papan Mesin (iv) Kelim Papan Tangan (v) Kelim Lipat Tindih

LISU PEMADAN

Lisu pemadan dijahit pada fabrik yang rata untuk mendapatkan satu bentuk yang tertentu mengikut lengkungan tubuh badan. Lisu pemadan dijahit pada sebelah dalam pakaian dan meruncing ke arah bahagian badan yang paling penuh. Panjang dan lebar lisu pemadan pada sehelai pakaian ditentukan oleh saiz dan ketinggian pemakai. Ciri-ciri lisu pemadan ialah: Rata Tidak bergulung Dijahit pada sebelah dalam pakaian Mempunyai hujung yang runcing Mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar.

Terdapat dua jenis lisu pemadan : Lisu pemadan cembung Lisu pemadan cekung

PENYUDAH TEPI
Penyudah tepi ialah sejenis proses jahitan yang digunakan untuk menyudahkan jahitan yang digunakan untuk menyudahkan atau mengemaskan tepi pakaian atau artikel kelengkapan rumah.

Tujuan dijahit penyudah tepi ialah:


o o o sebagai hiasan mengemas tepi fabrik yang berbulu melindungi tepi fabrik

Jenis penyudah tepi ialah: o o Kelepet Lapik

Penyudah tepi dapat dihias dengan renda, kun,ropol, dan sulaman hiasan.

KELEPET
Ciri ciri kelepet adalah seperti yang berikut: o o o rata kedudukannya sama lebarnya pada keseluruhannya tidak mengelembung

Kegunaan kelepet ialah mengemaskan dan menyudahkan tepi pakaian atau


artikel Ada dua jenis kelepet iaitu: o o Kelepet lurus : ianya di jahit secara lurus Kelepet melekung : ianya di jahit secara melengkung

KELEPET LURUS

Langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus ialah: o Buat lipatan pertama dengan lebar 5mm ke S.D pakaian

Buat lipatan kedua selebar 5cm di garisan pemadan

o Jelujur, tekan seterika dan ditetapkan dengan salah satu jahitan di


bawah:

KELEPET MELENGKUNG

Buat lipatan pertama dengan lebar 5mm ke S.D Buat lipatan kedua di garisan pemadan (G.P) Buat lisu kecil untuk menghilangkan gelembung, ratakan dengan jahitan sembat

Tetapkan kelepet dengan jahitan sembat susup


Tekan dan seterika kelepet

LAPIK

Lapik ialah proses jahitan dengan menambah sekeping fabrik lain pada pakaian atau artikel. Kepingan fabrik dapat dipotong secara lurus atau berbentuk Tujuan menjahit lapik adalah untuk: o o mengemas tepi dijadikan sebagai hiasan

Lapik sesuai di jahit pada: o o o o o o garis leher lubang lengan hujung lengan hujung seluar/skirt/baju kelepet skirt kolar

Ciri ciri lapik yang baik adalah: o o lapik mestilah terletak rata cantuman lapik tidak berkedut dan beralur, serta tidak bergelembung

Lapik terbahagi kepada dua iaitu: o o Lapik lurus Lapik berbentuk

LAPIK LURUS

Temukan S.L lapik dengan S.L pakaian Semat dan jelujurkan di garisan pemadan Jahit mesin di garisan pemadan dan trim basi kelim selebar 6 mm

Tekan dan seterika kelim supaya kelim terbuka Buat lipatan pada hujung lapik

Terbalikkan lapik ke S.D pakaian Tekan dan seterika dan jelujurkan Lipat tepi lapik ke S.D, jelujur dan tetapkan salah satu jahitan mesin

LAPIK BERBENTUK

You might also like