You are on page 1of 2

Pengenalan Modul

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH! Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3107


Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri pelajar. Modul ini memberi tumpuan kepada penerangan konsep akhlak dalam Islam, menganalisis dan memperincikan kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Dalam modul ini anda akan mempelajari: Tajuk 1: Pengenalan konsep akhlak dalam Islam 1.1 Definisi konsep akhlak 1.2 Akhlak dan moral Tajuk 2: Akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah 2.1 Konsep 2.2 Pelaksanaan 2.3 Kesan Tajuk 3: Analisis dan huraian isi kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah Tahun 1 hingga 6 3.1 Cerakin tajuk 3.2 Perincian isi kandungan

Di akhir setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar terhadap isi modul. Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama

viii

dengan pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.

viii

You might also like