You are on page 1of 9

PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.0 Pendahuluan
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk ’Pengurusan Bilik
Darjah Dinamik Ke Arah Pengurusan Modal Insan Berkualiti’, pengurusan
bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli
untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk
proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula
adalah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang
merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seorang guru.
Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah
satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik
darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.

1.1 Bilik Darjah KBSR


Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah
rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik
darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik
darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah
kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara
berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi
murid dengan murid.
Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang
pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu ,
bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut.

1
Ini akan menyebabkan suasana bilik darjah menjadi menarik dan boleh merangsang
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Bilik darjah KBSR seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis,
papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid,
almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan
mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan
peredaran udara yang mencukupi.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan
kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi
dengan guru.
Ciri-ciri bilik darjah KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalahseperti berikut;
• Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan,
• Murid dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan
tersendiri,
• Menggalakkan penglibatan murid secara aktif,
• Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid,
• Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan
murid,
• Hasil kerja yang dipamerkan di dalam bilik darjah memperlihatkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan selesa, dan
• Murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

1.2 Bilik Darjah Prasekolah


Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya
dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

2
• Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu.
Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan
kraf.
• Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan
yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat
manipulatif.
• Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka
menjalankan aktiviti bebas.
• Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini
menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk,
warna dan sebagainya.
Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah
prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah;

• Pusat bahasa,
• Pusat manipulatif,
• Pusat drama atau main masak-masak.
• Pusat seni dan kraf,
• Pusat kognitif (sains dan matematik),
• Pusat teknologi,
• Pusat kerohanian dan moral, dan
• Pusat perbualan awal.

Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh
menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru menyediakan
pusat-pusat yang penting sahaja.

2.0 Kajian Kes


Soalan: Kaji rajah yang diberikan. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal
bilik darjah ini. Kenalpasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi
masalah ini di bilik darjah ini dengan merujuk bilik darjah prasekolah yang ideal serta
beri hujah-hujah yang menyokong cadangan anda.
3
Rajah 1: A room arrangement with potential problems
2.1 Masalah
Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan
memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur
sebuah bilk darjah, guru seringkali buntu untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi
murid-murid malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Menurut Savage (1999),
menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku
murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada
prestasi akademi murid.
Beberapa masalah telah dikenalpasti terdapat dalam gambar rajah bilik darjah
yang telah diberikan. Berikut adalah masalah-masalah tersebut;
4
(a) Guru mengajar dari kawasan berhampiran dengan papan tulis, murid di
kawasan lain berada agak jauh dari papan tulis dan guru.
Ini menyebabkan murid sukar untuk melihat bahan yang ditulis di papan hitam
dan guru sukar untuk mengawal murid. Pada masa yang sama, pergerakan guru
menjadi terhad serta tiada ruang yang mencukupi untuk pelajar menyimpan
bahan.

(b) Laluan lalu lintas agak sempit di kawasan rak buku dan juga dalam
perjalanan menuju ke tandas dan tempat mengasah pensel.
Ini menyulitkan keadaan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran
yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, murid-murid juga tidak dapat bergerak
secara aktif di dalam bilik darjah serta menyukarkan pergerakan murid dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.

(c) Meja “small group” di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan
meja murid.
Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat mereka,
malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid. Ini
menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah.

(d) Lokasi tempat menyimpan buku menyebabkan kawasan tengah bilik darjah
sukar untuk diawasi.

(e) Sesetengah murid membelakangi papan tulis dan kawasan pembentangan.


Murid-murid yang duduk membelakangi papan tulis dan kawasan
pembentangan terpaksa menoleh ke tempat tersebut semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Ini akan menyebabkan murid-murid tersebut mungkin
mengalami masalah kerana sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa.
5
Seterusnya hasil pembelajaran tidak dapat dicapai 100% kerana mungkin ada
murid-murid yang bosan kerana terpaksa menoleh ke belakang iaitu menoleh ke
papan tulis dan kawasan pembentangan yang membelakangi tempat duduk
mereka.

(f) Guru mengalami masalah untuk memerhatikan murid lain di dalam bilik
darjah semasa sedang membantu murid lain di dalam bilik darjah semasa
sedang membantu murid di meja mereka.

(g) Meja yang terpinggir, yang terletak berhampiran dengan bilik rehat
perempuan merupakan sumber berpotensi kepada masalah.
Ia menghalang laluan ke pintu tersebut. Murid yang duduk di meja berhampiran
akan terganggu dan menjadi gangguan kepada murid lain yang keluar dan
masuk ke dalam bilik darjah. Selain itu, lokasi meja menyukarkan guru
mengawasi bilik darjah.

2.2 Cara Atasi Masalah


Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung
aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin
disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan
keperluan akademik, sosial dan juga emosi murid-murid.

Kunci utama pengurusan bilik darjah yang baik;

• Pastikan kawasan tumpuan bebas daripada sesakan.

• Pastikan bahawa kesemua murid–murid boleh dilihat oleh guru.

• Simpan ABM dan peralatan mengajar yang sering digunakan di tempat yang
mudah.

• Pastikan bahawa murid boleh melihat persembahan pengajaran dan bahan


pameran.

6
• Jangan meletakkan meja atau perabot lain di hadapan pintu ataupun tempat lain
yang menjadi tumpuan.

• Cuba elakkan daripada murid mengahadap sumber gangguan; tingkap ataupun


bahan pameran yang menarik perhatian.

• Pastikan ada ruang yang mencukupi di antara murid supaya guru boleh
menghampiri murid untuk membantu mereka semasa menjalankan aktiviti P&P.

• Pastikan bilangan meja dan kerusi mencukupi dan sentiasa mengganti dan
memperbaiki perabot yang telah rosak.

Berikut adalah cadangan susunan fizikal bilik darjah prasekolah yang sesuai
sebagai penambahbaikan daripada bilik darjah dalam Rajah 1.

Rajah 2: Susunan bilik darjah prasekolah yang sesuai


Berdasarkan daripada bilik darjah prasekolah yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di
atas;
(a) Meja murid disusun secara berkelompok, berbanding dalam bentuk
barisan.
Tiada pelajar yang membelakangi kawasan pengajaran utama (major
instructional area). Jika guru meletakkan pameran di skrin projector, semua
murid boleh menontonnya dengan hanya memusingkan badan sedikit di tempat
duduk masing-masing serta boleh menyalin bahan yang ditunjukkan di skrin.
(b) Terdapat dua pintu di dalam bilik darjah ini.
Satu pintu adalah sebagai pintu utama dan satu pintu lagi adalah sebagai pintu
keselamatan. Pintu-pintu ini adalah untuk memudahkan laluan keluar masuk.
Pintu keselamatan dibina demi keselamatan murid-murid jika berlaku sebarang
kecemasan.
(c) Tingkap di kiri dan kanan bilik darjah.

7
Kedua-dua tingkap dibina di kiri dan kanan bilik darjah untuk pengaliran udara
dan cahaya di dalam bilik darjah.
(d) Book centre dan reading centre.
Book centre dan reading centre diletakkan di bahagian tepi bilik darjah dan
berdekatan dengan tingkap memudahkan murid-murid untuk membaca dan
mendapatkan pencahayaan yang cukup semasa membaca dan mencari bahan-
bahan di bahagian tersebut.
(e) Ruangan circle time.
Ruangan ini menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah kerana di
ruangan ini, murid-murid akan berkumpul setiap pagi untuk menjalankan rutin
dan sesi perbualan pagi bersama guru. Di ruangan ini juga sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid.
Kebanyakan aktiviti di bilik darjah prasekolah banyak menggunakan ruangan ini
memudahkan guru untuk mengawal bilik darjah.
(f) Kedudukan meja guru dan rak fail.
Meja guru dan rak fail diletakkan di sudut bilik darjah memudahkan guru melihat
pergerakan murid-murid dalam bilik darjah dari sudut yang lebih luas.
3.0 Rumusan
3.1 Kesimpulan
Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga
pendidik menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan
pembelajaran masing-masing.
Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik
menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti pengajaran dengan
mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada
di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah murid yang ramai bilangannya,
memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang terhad.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan
murid yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu
banyak memberi tumpuan kepada murid yang lemah dan sederhana saja sehingga
mengabaikan murid yang cerdas. Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya
menumpukan kepada murid yang cerdas sehingga murid lain terabai.
8
Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan
berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan
elektrik atau cuaca yang tidak menentu.

3.2 Rujukan
Carolyn M. Evertson, Edmund T. Emmer, Barbara S. Clements, Murray E.
Worsham(1994); Classroom Management for Elementary Teachers, Allyn and
Bacon, USA.
Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
Selangor.
Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2007); Panduan Pendidikan Prasekolah, PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003); Panduan Kurikulum
Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html
http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

You might also like