You are on page 1of 2

Carta Pai Carta pai merupakan suatu jenis perwakilan data yang menggunakan sektor bulatan untuk menunjukkan

maklumat- maklumat tertentu. Maklumat- maklumat tersebut biasanya dikumpulkan dalam bentuk pecahan atau peratus dan setiap sudut sektor adalah berkadaran terus dengan pecahan atau peratus yang mewakili maklumat maklumat yang berkenaan. Carta pai lazimnya digunakan untuk membuat perbandingan suatu kumpulan data dengan keseluruhan data.

Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

Bilangan Penduduk 10 012 100 5 373 800 1 521 200 2 873 400 19 780 500

Peratus () 50.6 27.2 7.7 14.5 100

Sudut Sektor () 182 98 28 52 360

Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Kaum Rajah 1.1

(Kemahiran Geografi : Carta Pai, 2001- 2007)

Sebagai contoh, carta pai dalam rajah 1.1 menunjukkan taburan penduduk Malaysia mengikut kaum. Carta pai digunakan untuk menunjukkan perwakilan data tersebut kerana bilangan penduduk ramai dan terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan menggunakan carta pai, data- data tersebut dibahagikan kepada empat sektor mengikut kaum dan jumlah penduduk bagi setiap kaum dikira dengan menggunakan peratusan. Seterusnya, peratusan tersebut ditukarkan kepada sudut sektor. Hal ini adalah untuk memudahkan kita menganggarkan jumlah penduduk bagi setiap kaum apabila kita mengkaji carta pai tersebut. Oleh itu, carta pai sesuai digunakan dalam kehidupan harian untuk mewakili data data seperti jumlah penduduk bagi setiap kaum di sesuatu tempat.

You might also like