1

KRM 3013 ASAS NOMBOR
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2 - INDIVIDU

KUMPULAN GROUP: UPSI-04 ( A121 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH: NAMA CHONG LAI MEI NO. ID D20102045679 NO. TELEFON 012-5072120

NAMA PENSYARAH

:

DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH

:

18 NOV 2012

KRM3013: TUGASAN 2

Unit 3 – Nombor Pecahan 3. Unit 1 – Nombor Bulat 2. Unit 5 – Nombor Perpuluhan 4. Unit 7 – Wang MUKA SURAT 3 5 7 9 5. Unit 9 .2 KANDUNGAN PERKARA 1.Peratus 11 KRM3013: TUGASAN 2 .

iaitu Menentukan kuantiti. tujuh. 9.”. 1. 6. Penambahan nombor bulat boleh dilaksnakan dengan menggabungkan beberapa kumpulan objek atau set. 5.6. Model Perbandingan dan Model Garis Nombor. KRM3013: TUGASAN 2 .”. iaitu nilai sebenar sesuatu digit.8. Kemudian Gottfried Wilhelm von Leibnitz (16461716) menggunakan simbol “. Model Melengkapkan. dua. tiga. 4 sifat penambahan melibatkan nombor bulat.. Asas bagi nombor bulat adalah nombor asli. 7. lima. c) Perpuluhan: Sistem penomboran ini dibina berdasarkan nilai tempat yang menggunakan kaedah pengulangan berkumpulan asas sepuluh. Sifat komutatif. Setiap digit mempunyai nilai muka. Setiap digit dalam sistem penomboran Hindi-Arab mempunyai 2 fungsi: Kedudukan digit dalam sistem penomboran mengandungi nilai tempat. 2. 2. iaitu Sifat tertutup. Algoritma bermaksud penggunaan prosedur yang sistematik bagi mencapai sesuatu penyelesaian. Reckon dan Menamakan. William Oughtred (1575-1660)mula memperkenalkan penggunaan simbol “x” untuk kira darab. 9. 4. Sistem penomboran Hindi-Arab mempunyai ciri-ciri penting yang berikut: a) Digit: setiap nombornya adalah dibina daripada sepuluh digit asas. satu. Verschaffel and De Corte(1996) mengelaskan penggunaan nombor bulat kepada 5 kategori. Terdapat 4 model boleh digunakan bagi melaksanakan operasi tolak nombor negatif iaitu Model Ambil Keluar. 11. Digit-digit berkenaan adalah seperti berikut: 0. Mengukur. yang dipanggil sistem perpuluhan. yang dipanggil digit. Algoritma adalah berasal daripada nama Mohammed al Khowarizmi. enam.. Nombor bulat terdiri daripada nombor-nombor “0.7. 8. 10. b) Simbol Asas: terdapat simbol asas iaitu sifar. empat. 4.5.3 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1 TAJUK NOMBOR BULAT RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Sistem penomboran Hindu-Arab yang kita gunakan sekarang mengandungi sepuluh nombor asas. 3. Sifat asosiatif dan Sifat identiti.. Mengenal pasti. 3. 1. lapan dan sembilan. Operasi kira darab adalah merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa nombor bulat yang serupa.

menjelaskan bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan serta membantu murid memperbetulkan miskonsepsi murid-murid. Ini dapat mengenalpastimurid-murid benar-benar menguasai apa yang cikgu ajar sebelum masuk ke topic atau kemahiran yang seterusnya. sebagaimana dijelaskan oleh Polya. KRM3013: TUGASAN 2 . Penyelesaian masalah merupakan suatu proses. e) menyusun nombor mengikut tertib. Algoritma kira bahagi boleh dilakukan menggunakan kaedah scaffolding.4 Operasi kira bahagi nombor bulat boleh difahami melalui aktiviti sejumlah nombor dibahagi kepada beberapa bahagian yang sama banyak. f) memahami konsep nilai tempat. iaitu memahami masalah. d) merekod dengan perkataan dan symbol. Guru hendaklah selalu prihatin dan meramal kesilapan yang mungkin dan sering dilakukan oleh murid. yang melibatkan 4 langkah utama. pelajar barulah diperkenalkan algoritma atau prosedur untuk melaksanakan operasi Matematik. bahagi faktor tertinggal dan kira tolak berulang. Dalam perancangan pengajaran dan pembelajran konsep nombor. melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali. Guru boleh melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dengan menggunakan bahan konkrit atau menggunakan media dan teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran. guru hendaklah member penekanan kepada penguasaan 6 kemahiran asas yang berikut: a) mengelas dan membanding. CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Bahan konkrit amat penting semasa pengajaran konsep bagi pelbagai jenis operasi Matematik. c) membilang. Terdapat 3 strategi kira bahagi iaitu bahagi langsung. b) memadan satu dengan satu. merancang penyelesaian. Selepas murid memahami konsep pelbagai operasi Matematik. Miskonsepsi adalah kesukaran yang sering dialami oleh murid.

Terdapat 5 sifat kira darab rasional iaitu sifat identity. sifat kesamaan dan sifat sifar. adalah lebih mudah kita menjadikan gambar rajah yang lebih konkrit. Penyelesaian masalah melibatkan nombor pecahan dilaksanakan melibatkan 4 langkah iaitu memahami masalah. sifat taburan. Gambaran pecahan merupakan sebahagian kuantiti daripada keseluruhan kuantiti. Suatu nombor yang terbina daripada gabungan antara suatu nombor integer dan suatu nombor rasional dipanggil sebagai nombor bercampur. ¾ dan lain-lain disebut sebagai nombor pecahan. Pecahan tak wajar ialah pecahan berbentuk ½. Menambahkan 2 nombor pecahan yang denominator adalah tidak sama perlu dilaksanankan dengan menyamakan terlebih dahulu penyebutnya.5 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 3 TAJUK NOMBOR PECAHAN RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT ADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Nombor pecahan telah digunakan oleh manusia sebelum masihi lagi. melaksanakan penyelesaian . Operasi kira tambah dan kira tolak nombor pecahan akan menjadi mudah dilaksanakan sekiranya penyebutnya adalah sama. Naobor rasional dan nombor pecahan menjadi lebih mudah difahami sekiranya digambarkan dalam bentuk garisan nombor. sifat songsang. yang mana |a|≥|b|>0. nombor pecahan tidak semestinya nombor rasional. yang mana 0≤ |a|<|b|. Algoritma kira bahagi yang melibatkan nombor pecahan boleh dilaksanakan dengan menggunakan prosedur yang khusus. Untuk memahami pecahan. Memahami operasi kira bahagi melibatkan nombor pecahan. Operasi kira darab nomboe pecahan boleh difahami dengan lebih mudah sebagai penambahan berulang. KRM3013: TUGASAN 2 dan menyemak kembali. Ia mempunyai perkaitan dengan nombor rasional. Nombornombor yang kita sering jumpai seperti ½. lebih mudah dilakukan melalui perwakilan dalam situasi sebenar. b≠0. ¼. melaksanakan penyelesaian. merancang penyelesaian. Bagaimanapun. Nombor pecahan boleh dimudahkan dengan berpandukan Hukum Asas Pecahan. Menyusun nombor pecahan dalam satu urutan daripada suatu nilai yang kecil kepada nilai yang lebih besar. Pecahan wajar adalah pecahan a/b. atau sebaliknya. gambar rajah sesuai digunakan.

Guru hendaklah peka kepada miskonsepsi yang murid lakukan. murid-murid hendaklah menguasai konsep asas nombor pecahan. Pengertian sebenar dalam konteks matematik. guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran secara induktif. Untuk mengajar konsep asas nombor pecahan. Guru hendaklah secara sengaja memberi tumpuan yang khusus tentang kefahaman mengenai konsep pecahan. Guru hendaklah memberi tumpuan kepada murid tentang maksud “pecahan” pada awal pengajaran. KRM3013: TUGASAN 2 . kira tolak. Kemudiannya murid diminta melorek bahagian pada kertas atau kad manila bagi mewakili nombor pecahan yang dinyatakan. guru menggunakan kek dan membahagikan kek untuk memperkenalkan topik ini. Misalnya. kira bahagi dan kira darab. Selain itu. bolehlah diringkaskan sebagai “sebahagian daripada keseluruhan”. Strategi ini dapat mengelakkan guru mengajar prosedur tanpa kefahaman kepada murid. Masalah miskonsepsi sering berlaku di kalangan murid dalam topik nombor pecahan. Ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Guru hendaklah menjelaskan kepada murid mengapa mereka melakukan kesalahan dan memastikan murid membuat pembetulkan sebelum masuk ke topik yang seterusnya.6 CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Sebelum pengajaran dan pembelajaran operasi kira tambah. bahan konkrit amatlah sesuai digunakan. Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan konkrit seperti meminta murid melipatkan kad manila atau kertas. Gambar rajah dengan petak-petak yang sama besar juga sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Operasi kira darab ini boleh diringkaskan dengan menggunakan algoritma berikut: i) nombor perpuluhan ditukar dahulu kepada nombor bulat. kira tolak. Nombor perpuluhan boleh diwakili dengan nombor pecahan yang penyebutnya bernilai 10. Operasi melibatkan nombor perpuluhan adalah meliputi kira tambah. 100. perkaitan antara perpuluhan dan nombor pecahan amat ketara sekali. b ≠ 0. Sebenrnya. iaitu seperti 10. Melaksanakan operasi kira darab. melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali. Pengetahuan dan kemahiran tentang nombor perpuluhan amat penting bagi muridmurid kerana kegunaannya merentasi kebanyakan daripada masalah dalam kehidupan manusia. . Nombor perpuluhan dan nombor pecahan mempunyai hubungan walaupun bentuk tulisan mereka berlainan. di mana a dan b ialah integer. Dalam hal penyelesaian masalah ini. 100. pada asasya boleh didarab dengan lebih mudah dengan cara menukar dahulu nombor perpuluhan menjadi nombor pecahan ½. penambahan dan penolakan akan menjadi lebih mudah jika disusun dalam susunan menegak berpandukan kepada titik perpuluhan. Operasi dilakukan secara menambah atau menolak nombor yang penyebutnya serupa. merancang penyelesaian. bilangan digit selepas titik perpuluhan adalah bersamaan dengan jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi kedua-dua nombor yang didarab.7 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 5 TAJUK NOMBOR PERPULUHAN RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Perkataan perpuluhan atau dalam Bahasa Inggeris ialah “decimal” berasal daripada perkataan Latin “decem” yang bermaksud “sepuluh”. 1000 dan sebagainya. kira darab dan kira bahagi. Prinsip asas dalam melaksanakan operasi kira tambah dan kira tolak nombor perpuluhan dapat dihayati dengan mengubahnya menjadi nombor pecahan yang penyebutnya dalam kuasa 10. Operasi kira bahagi melibatkan nombor perpuluhan dilaksanakan sebagaimanan membahagikan 2 nombor bulat. Secara umumnya. iii) meletakkan titik perpuluhan mengikut jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi nombor-nombor yang terbabit. Pemelajaran nombor perpulhan boleh menjadi lebih mudah apabila digambarkandalam bentuk gambar rajah. operasi kira bahagi boleh dipermudahkan melalui algoritma. ii) mendarab 2 nombor bulat. ia merupakan suatu proses yang dijalankan dalam 4 langkah iaitu iaitu memahami masalah. Walaubagaimanapun. melaksanakan KRM3013: TUGASAN 2 penyelesaian. 1000 dan seterusnya.

pengetahuan dan kemahiran nombor bulat menjadi asas penting sebelum meneruskan kepada pengajaran nombor perpuluhan. Konsep nilai tempat perlu diberi penekanan dalam pengajaran nombor perpuluhan. Secara umum. Guru hendaklah memperbetulkan miskonsepsi yang murid lakukan dan jelaskan cara penyelesaiannya. Selain daripada yang disebut di atas. KRM3013: TUGASAN 2 . Penggunaan bahan-bahan ini memudahkan murid menguasai konsep tentang nombor perpuluhan. guru hendaklah menggunakan bahan konkrit ataupun media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran konsep perpuluhan sukar diajar persendirian.8 CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor perpuluhan ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan nombor perpuluhan berbanding dengan nombor bulat dan cara pengajaran guru di bilik darjah.sebaliknya perlulah dilaksanakan bersama-sama dengan proses mengingat kembali konsep pecahan dan nombor bulat.

khususnya wang. Operasi kira darab melibatkan mata wang boleh dilaksanakan sebagaimana operasi kira darab nombor perpuluhan. Pastikan simbol RM digunakan kepada nilai mata wang. Operasi kira bahagi melibatkan mata wang boleh dilaksanakan sebagaimana operasi kira bahagi nombor perpuluhan. Operasi kira darab melibatkan mata wang mematuhi prosedur kira darab nombor perpuluhan. operasi darab danoperasi bahagi. penggunaan wang telah diguna oleh manusia sebagaialat pertukaran barang semenjak sebelum Masihi. Dua bentuk pertukaran mata wang yang perlu diperlajaripelajar adalah pertukaran daripada sen kepada ringgit dan ringgit kepada sen. sistem “barter” atau sistem pertukaran barang telah digunakan secarameluas dalam sistem jual beli. simbol. Selain itu. Dari segi sejarah. niali wang dan pertukaran ringgit dan sen. Wang merupakan objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalamurusan jualbeli oleh sesuatu masyarakat dan sah dari segi undang-undang sesebuah negara. Pastikan simbol RM digunakan kepada nilai mata wang. Operasi melibatkan wang KRM3013: TUGASAN 2 ditekankan. penyelesaian masalah merupakan satu daripada matlamat dalam Unit Pelajaran ini. Ringgit diwakilkan dalam bentuk “kepingan kertas” manakal “sen” diwakilkan dalam bentuk “syiling”. nilai wang yang diterima pakai dan sah disisi undang-undang ialah ringgit dan sen. Di Malaysia. 4 operasi asas melibatkan wang ialah operasi tambah. Asas dalam pertukaran mata wang ringgit dan sen adalah 1 ringgit bersamaan 100 sen. Operasi kira bahagi melibatkan mata wang mematuhi prosedur kira bahagi nombor perpuluhan. . Prasyarat untuk melaksanakan operasi kira tambah dan kira tolak ialah dengan terlebih dahulu menyusun kedua-dua nilai mata wang dengan meletakkan titik perpuluhannya di dalam satu turus. Bab ini membincangkan tentang aplikasi tentang asas nombor. Konsep wang seperti rupa bentuk wang. Simbol bagi wang di Malaysia ialah “RM” yang mewakili Ringgit Malaysia. . Nilai wang adalah merupakan gabungan daripada beberapa jenis wang lain dengan nilai yang lebih rendah. Namun urusan jual beli menjadi lebih mudah apabila wang diperkenalkan. operasi tolak.9 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 7 TAJUK WANG RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Pada zaman dahulu.

biasanya mereka juga menghadapi masalah dalam kiraan wang. Lembaran kerja adalah bahan yang penting dan tidak boleh diabaikan dalam pengajaran bab ini. murid dapat mengetahui bahawa harga sesuatu barang boleh dibuat dengan berbagai cara atau kombinasi. Konsep wang penting diperlajari pelajar. Penguasaan tentang nombor perpuluhan dan peratusan amat penting.10 CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Sekiranya murid menghadapi masalah dalam nombor perpuluhan dan peratus. KRM3013: TUGASAN 2 . media dan teknologi semasa memperkenalkan rupa bentuk wang kepada murid. Selain itu. guru boleh meminta murid membuat refleksi tentang kombinasi atau cara mengira wang bagi membeli sesuatu barang. Aktiviti jual beli dengan menggunakan wang sampel (permainan) dijalankan dalam bilik darjah membolehkan murid mengenal nilai wang dan melibatkan diri secara langsung dalam urusan jual beli. Guru juga boleh melibatkan secara langsung muridmurid dalam urusan jual beli. Selain itu. Aktiviti ini dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan wang. Dengan cara ini. miskonsepsi tentang nilai wang sering berliku di kalangan murid. Guru boleh menggunakan bahan konkrit seperti wang sampel.

b) nombor bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tidak wajar. dan seterusnya mendarab dengan 100%. Nombor pecahan boleh ditulis dalam bentuk peratus dengan terlebih dahulu mencari pecahansetara dengan penyebutnya bernilai 100. oleh itu. Sebarang nombor peratus boleh ditukarkan kepada pecahan dengan nilai penyebutnya 100. Umumnya. Menukarkan nombor pecahan bercampur kepada peratus boleh dilakukan melalui 3 cara: a) peratus nombor bulat dan nombor perpuluhan dikira secara berasingan.11 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 9 TAJUK PERATUS RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Simbol “%” adalah perwakilan bagi perkataan “peratus”. Peratus ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau 1/100. diikuti dengan menjadikan penyebutnya bernilai 100. iaitu “per centum” yang bermaksud “perseratus”. KRM3013: TUGASAN 2 . operasi matematikakan menjadi mudah melalui menggunakan formula berikut: Peratus = nilai sebahagian suatu kuantiti x100% Jumlah keseluruhan Penyelesaian masalah melibatkan peratus boleh diperoleh dalam berbagai bentuk. Perlu memberi maklumat kepada murid bahawa jumlah peratus bagi keseluruhan sesuatu kuantiti ialah100%. Konsep peratus merujuk kepada sebilangan bahagian daripada seratus bahagian. c) nombor bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tak wajar. Sebarang pecahan yang mempunyai penyebutnya bernilai 100 boleh terus ditulis dalam bentuk peratus. untung dan rugi. nilai dalam bentuk peratus menggambarkan perbandingan antara suatu kuantiti dengan kuantiti keseluruhan. dan seterusnya memudahkannya menjadi pecahan dan menjadi bentuk teringkas. Proses penyelesaian masalah membabitkan peratus ditekan dalam topik “peratus”. Antara masalah yang popular dalam konteks kehidupan masyarakat adalah konsep diskaun. Perkataan “peratus” berasal daripada perkataan Latin. Peratus ini boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100.

masalah juga akan muncul semasa pengajaran dan pembelajaran peratus. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan pelbagai masalah miskonsepsi tentang peratus kepada murid-murid. guru hendaklah banyak menggunakan bahan manipulative supaya dapat meningkatkan kefahaman murid tentang konsep peratus. Terdapat juga murid mengahdapi kesukaran menggambarkan maksud perbandingan 2 kuantiti. Guru hendaklah membuat refleksi tentang konsep-konsep asas seperti pengertian konsep peratus. Peratus mempunyai perkaitran ketara dengan pecahan dan perpuluhan. kefahaman murid tentang konsep peratus amat penting untuk membolehkan penyelesaian masalah dapat dilaksanakan dengan sempurna. perpuluhan dan pecahan.12 CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Pengajaran peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan terdahulu. dan penyelesaian masalah peratus dalam pengajaran tentang peratus. Dalam pengajaran penyelesaian masalah tentang peratus. Jika pelajar menghadapi masalah dalam nombor bulat. kesukaran yang dihadapi murid-murid dalam pembelajaran tentang peratus adalah untuk memahami konsep peratus. pecahan dan perpuluhan. Oleh itu. iaitu nombor bulat. pecahan dan perpuluhan. Aktiviti ini melibatkan murid secara aktif semasa proses pembelajaran dan pengajaran. KRM3013: TUGASAN 2 . kemahiran dalam peratus. nilai wang dan diskaun. Selain itu. Konsep peratus perlu dikaitkan dengan konsep-konsep asas yang lain seperti konsep nombor pecahan. guru bolehlah merancang suatu aktiviti “jual beli” yang melibatkan pembelian diskaun di pasar raya. Selain itu. Guru hendaklah menjelaskan hubungan ini dengan baik. konsep nombor perpuluhan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful