You are on page 1of 23

Puisi moden yang lebih bebas yang tidak terikat pada pola khusus.

Mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui kata-katanya.

Puisi moden yang digubah dalam bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran, perasaan, pengalaman dan sebagainya.Bentuk sajak adalah bebas. Tidak tertakluk kepada jumlah perkataan atau suku kata.

Menurut Hashim Awang*Sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturanperaturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima.* Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

Unsur-unsur sajak Tema -inti sebuah puisi dan merupakan soalan pokok. - Pengalaman penyajak yang dirasai atau dilihatnya. - Enam jenis tema : -persoalan diri -persolan masyarakat -cinta -nasionalisme -keagamaan - alam

SIFAT-SIFAT SAJAK *Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap.* Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.* Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.

Bentuk Dilihat dari dua segi : 1. Bentuk luaran 2. Bentuk dalamnya.

Bentuk luaran
Susunan baris dalam rangkap, jumlah kata dalam baris, susunan rima di hujung baris dalam rangkap. Beberapa bentuk luaran yang berdasarkan jumlah baris. Distikhon dua baris Terzina-tiga baris Kuatren-empat baris Quitain-lima baris Sekstet- enam baris sestina=-enam rangkap dan baris Septet-tujuh baris Oktaf-lapan baris Soneta-14 baris Bebas-segi, jenis, bentuk, struktur

Bentuki dalaman
Cara persembahan fikiran Mengambarkan kesan fikiran dan perasaan terhasil daripada pemakaian bahasa Penyusunan baris membawa kesan penyataan fikiran dan perasaan. Susunan baris yang ringkas-melambangkan perasaan gelisah, marah dan benci. Susunan baris panjang- perasaan sedih, hampa atau rindu dan bernada lembut, perlahan, dan rendah.

Gaya bahasa
Bahasa yang digunakan untuk memindahkan pengalaman jiwa. Kehalusan dan kesempurnaan pembentukan puisi. Bahsa bersifat konotasi (makna yang banyak) Dan denotasi-makna yang khusus. -terbahagi kepada tiga iaitu : Gaya perbandingan Gaya penegasan Gaya pertentangan

Gaya perbandinganContoh unsur-unsur bahasa:-simile-metafora-personifikasihiperbola

Gaya penegasanMenegaskan, menjelaskan dan memberi penekanan terhadap maksud tertentu.Bentuk gaya bahasa: perulangan/repetisi-anaforaresponsie-epifora inversi

Gaya pertentanganMemberi kesan gambaran yang bertentangan dengan kenyataan sebenar.Disebut sebagai paradoks.

Suasana
Membawa pembaca ke dalam suasana perasaan tertentu. Dibina melalui gambaran yang disajikan menerusi pembentukan bahasa Membangtu menguatkan tema yang dikemukakan Suasan bersemangat- tema perjuangan Suasan khusyuk-tema ketuhanan

simbol
Simbol tertentu digunakan penyair dalam sajak mereka. Subjek poipular ialah bunga sebagai simbol kekasih tercinta kemudian berubah mewakili nanah dan darah. Simbol khas untuk melambangkan peristiwa atau fikiran.

Imej
Gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat. Pembaca mengalami kesan melalui penglihatan, perasaan dan pendengaran. Memberi kesan seperti bahang, kesejukan, kepahitan, dan penderitaan.

Bunyi
Unsur ini berfungsi seperti muzik. Penyajak sangat berhati-hati dengan bunyi puisinya dari segi : Rima Aliterasi Asonasi Penggunaan kombinasi beberapa kata.

Rima
Perulangan atau pertentangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau pada akhir puisi berdekatan. Bunyi berirama lazimnya mempunyai nada tertentu. Dapat menimbulkan keadaan, kesenangan pancaindera, membentuk rangkap, memudahkan hafalan, dan mencirikan puisi.

Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan dalam satu baris Contoh : Ketika cekerawala tropika memutar Pada intaian sejarah melayu Tertarik catatan terbilang Yang lahir dari jerih perih Dan tangisan seabad

Asonasi
Perulangan bunyi vokal Contoh : Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan Suara siapa parau menderau di malam lara Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa.

Gabungan kombinasi bunyi


Bunyi yang digabungkan akan menghasilkan keindahan puitis. Nbunyi halus dan kasar akan memberikan kesan tertentu. Contoh huruf r dapat mengetarkan perasaan dan huruf s lebih lembut Contohnya : Engkau cembur (gabungan ng, c,b,r) Engkau ganas (gabungan ng,k, gn)

Jenis-jenis sajak
Bergantung pada penyajian atau penyampaian Ada sajak disampaikan secara bercerita, ungkapan perasaan, watak atau aksi seseorang tokoh. Beberapa jenis sajak: balada romantis dan sentimental dramatik-menyelitkan dialog elegi-dukacita dan keluh kesah epigram-nasihat dan pengajarn Hymm-mengagungkan tuhan naratif- cerita yang jelas okasional- ditulis seleps peristiwa berlaku

CARA MENDEKLAMASI SAJAK* Pemahaman* Mimik* Peresapan* Gerak geri* Pengucapan* Daya hafal* Daya ucapan dan irama* Batas kalimat

Seorang guru tua\Guruku yang baikMasih lagi mengajarSedang aku kini sudah besarDulu wajahnya mudaKini rambut memutih kepalaAda anak-anak muridnyaSudah menjadi menteriAda anak-anak muridnya Kini memegang jawatan tinggiTidak kurang pula bergelar usahawan berjaya

You might also like