You are on page 1of 3

Pengangkutan Dalam Tumbuhan Para pelajar sekalian, sistem pengangkutan pada tumbuhan melibatkan tiga organ penting pada

tumbuhan iaitu akar, batang dan daun. Sistem pengangkutan ini dibantu oleh proses TRANSPIRASI. Pengangkutan air pada tumbuhan menggunakan saluran XILEM dan pengangkutan makanan (hasil fotosintesis) menggunakan saluran FLOEM. Proses Transpirasi 1. Transpirasi adalah proses apabila tumbuhan kehilangan air melalui penyejatan menerusi daun dan batang tumbuhan. 2. Air dan garam mineral dari dalam tanah meresap masuk ke dalam akar pokok 3. Air merentasi dari satu sel ke satu sel yang lain dan memasuki saluran XILEM 4. Tekanan transpirasi menarik air bergerak sepanjang saluran XILEM hingga ke sel-sel pada daun. 5. Air tersejat dari sel-sel daun ke permukaan daun dan terbebas ke udara menerusi liang-liang STOMATA.

Kepentingan Transpirasi Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun Memastikan kesegahan sel sebagai sokongan kepada tumbuhan Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan

Faktor Mempengaruhi transpirasi tumbuhan KELAJUAN ANGIN - Semakin laju angin, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah. SUHU - Semakin tinggi suhu (panas), semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah KELEMBAPAN - Semakin lembap persekitaran (banyak wap air), semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang ALTITUD - Semakin tinggi altitud (kawasan tinggi),semakin kurang tekanan atmosfera, lebih banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah TUMPUAN CAHAYA - Semakin tumpu cahaya, lebih besar liang stoma dibuka, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah AIR - Sekiranya bekalan air berkurangan, tumbuhan akan layu, liang stomata akan ditutup, semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang

Sistem pengangkutan tumbuhan Bahan utama yang diangkut oleh tumbuhan berbunga adalah AIR (mengandungi garam mineral daripada tanah) dan MAKANAN (dihasilkan di daun semasa fotosintesis).

XILEM: FLOEM: Mengangkut makanan (Seperti glukosa) daripada daun ke seluruh bahagian tumbuhan Mengangkut air dan garam mineral daripada tanah naik ke daun. Memberi sokongan kepada tumbuhan Mengandungi banyak saluran yang mengangkut air

KAMBIUM: Menghasilkan sel-sel xilem dan floem yang baru.

LUKIS TIGA JENIS KERATAN RENTAS BAGI TUMBUHAN

PUCUK

AKAR

DAUN

You might also like