You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanakkanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme,

Perkembangan Lewat, Hiperaktif dan sebagainya. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan muridmurid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid PKBP secara amnya amat rendah dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid PKBP menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing. Oleh itu, terdapat beberapa strategi dan kaedah yang dibuat agar dapat meningkatkan keupayaan murid-murid ini dalam pembelajaran. Strategi yang sesuai dengan kelaianan stail pembelajaran dan sikap murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Disamping strategi yang bersesuaian, Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu Mengajar yang menarik turut memberikan kesan yang positif dalam perlaksanaan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.

2.0 Sebab Kegagalan Penguasaan Kemahiran Matematik Dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang

disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi pertuturan dan bahasa (communication speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness). Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Matematik adalah salah satu subjek yang diajar kepada pelajar pendidikan khas. Kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini amat penting untuk murid-murid pendidikan khas menguruskan kehidupan harian mereka. Dalam menguasai kemahairan yang terdapat dalam subjek Matematik ini masih terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas ini yang menyebabkan mereka gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran dalam subjek ini. Antara sebab kegagalan murid pendidikan dalam menguasai kemahiran dalam subjek Matematik ialah seperti huraian di bawah.

2.1 Pengamatan auditori Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), pengamatan bermaksud pengawasan atau penelitian. Jika dialihbahasa ke Bahasa Inggeris, istilah pengamatan bermaksud perception atau persepsi. Buku Pengantar Psikologi (1990) pula menyatakan bahawa pengamatan bukanlah berlaku secara automatik. Ianya adalah satu proses di mana tiap-tiap kederiaan harus diorganisasikan dan diinterpretasikan supaya membawa makna yang lebih dalam kehidupan manusia seharian. Penerima akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya dengan cara memberikan

tumpuan kepada rangsangan tersebut. Menurut Sekuler dan Blake (1994), pengamatan merangkumi penterjemahan urutan peristiwa-peristiwa secara berterusan dari dunia fizikal luar penerima kepada corak aktiviti yang terdapat di dalam sistem saraf penerima, kemudiannya berakhir dengan pengalaman dan gerak balasnya terhadap peristiwa tersebut. Oleh itu, bagi memahami proses pengamatan, seseorang itu hendaklah mengetahui komponen-komponen yang terkandung di dalam urutan

peristiwaperistiwa yang berkaitan dan cara komponen itu berinteraksi. Pengamatan auditori amat penting dalam membantu seseorang manusia memahami sesuatu perkara. Kecelaruan pemprosesan audutori menghalang keupayaan individu untuk mnganalisis maklumat yang diperoleh dari telinga. Kesukaran dengan pemprosesan auditori tidak mempengaruhi apa yang didengar oleh telinga tetapi ia mempengaruhi bagaimana maklumat diinterpretsikan dan diproses oleh otak manusia. Oleh itu, sebarang bunyi yang didengar tidak kira sama ada kuat atau perlahan ianya tidak dapat dioleh oleh otak untuk memahami bunyi tersebut. Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 Keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran).

2.2 Kognitif Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai halangan dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor kognitif. Ianya mungkin disebabkan oleh faktor pengamatan, ingatan atau faktor penaakulan. Pengamatan melibatkan pengumpulan maklumat dari persekitaran dan memprosesnya untuk simpanan serta digunakan. Ia bukannya sekadar melihat simbol nombor tetapi ia melibatkan rasa, sentuhan, menyebut, dan menulis nombor tersebut. Pengamatan juga bukan sekadar melihat dan mendengar sahaja malah berusaha mendiskriminasi dan menginterpretasi hasil daripada visual dan auditori. Satu daripada kebolehan manusia yang amat menakjubkan ialah ingatan. Manusia boleh mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu, apa yang berlaku semalam, seminit tadi, bahkan sesaat yang lepas. Bugelski (1979) menyatakan yang pada amya, ingatan manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu ingatan berkaitan dengan masa ingatan berkaitan dengan kandungan. Bagi ingatan yang berkaitan dengan masa pula terbahagi kepada tiga. Pertamanya ingatan ikonik. Perkataan Ikonik berasal daripada perkataan Ikon (icon) yang bermaksud gambaran. Ingatan Ikonik ini melibatkan pendaftaran rangsangan hanya buat satu jangka masa yang amat pendek dan ringkas. Seterusnya ialah ingatan jangka masa pendek. Ingatan ini melibatkan penyimpanan bahan di dalam ingatan untuk bebrapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih daripada itu. . Yang ketiga ialah ingatan jangka masa panjang. Ingatan Jangka Masa Panjang ini melibatkan ingatan yang boleh disimpan beberapa minit hinggalah bertahun-tahun lamanya. Bahan-bahan yang disimpan ini boleh dapat kembali daripada ingatan bila-bila masa sahaja. Salah satu masalah ingatan ialah lupa. Mengikut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Semua manusia mengalami fenomena yang dikatakan lupa. Beberapa orang pakar percaya lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat.

2.3 Motor Masalah motor terutama dalam tugasan menulis merupakan bukti yang jelas bahawa murid menghadapi masalah dengan pembentukan nombor dan simbol.melalui hasil tugasan yang diberikan, guru dapat mengetahui masalah motor yang dihadapi murid. Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah

kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot kasar atau otot halus. Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses seperti ingatan berkaitan dengan simbol berasaskan ingatan visual dan motor. Kemahiran motor juga melibatkan pengamatan visual dan pemindahan. Di samping itu, indikator bagi masalah motor ini mudah dikenal pasti melalui pembentukan simbol, pengawalan tulisan dari segi ruang dan mengelak diri daripada membuat kerja-kerja yang bertulis.

3.0 Strategi Mengatasi Masalah Matematik Dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Ramai pendidik percaya kebanyakan pelajar yang gagal uttuk menguasai konsep, kemahiran dan strategi penyelesaian masalah dalam matematik (Cawley & Miller,1989; Schid,1990). Mengikut perspektif metakognitif, pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam kebolehan menyelesaikan masalah, mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai, menyusun maklumat yang telah dipelajari, menjalankan proses penyelesaian masalah, menghuraikan masalah untuk ketepatan dan membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai. Charles-Julkowski,1985 dan Goldman,1989 pula menyatakan metakognitif merujuk kepada pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-strategi dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan dan kebolehan untuk digunakan semasa menjalankan tugas ( Baker & Broen,1984). Berdasarkan kajian, kesalahan kecuaian pengiraan dan kelemahan dalam mengingat kembali fakta penambahan dan pendaraban dalam semua tahap kebolehan. Algoritma termasuk langkah-langkah yang spesifik untuk menyelesaikan masalah matematik (Roberts,1968). Banyak strategi dan langkah yang boleh dilakasanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas masalah pembelajaran bagi menguasai kemahiran dalam subjek Matematik ini. Berikut adalah beberapa cadangan langkah-langkah atau strategi yang boleh dilakasanakan.

3. 1 Pendekatan Kontruktivisme Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan, konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kekeliruan dalam menjawab soalan biasanya akan dihadapi oleh murid pendidikan khas masalah pembelajaran ini. Ini kerana murid ini mempunyai daya ingatan yang lemah disamping tahap kognitif yang agak rendah. Untuk membetulkan kesilapan atau kekeliruan yang dialami oleh murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini penggunaan pendekatan pengajaran konstruktivisme boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Ini adalah supaya pengetahuan tersebut dapat dibinanya sendiri melalui aktiviti atau pengalaman yang dilaluinya. Murid pendidikan khas ini sangat unik kerana sesetengahnya tidak dapat berinteraksi secara lisan walaupun mempunyai deria pendengaran yang baik. Oleh itu saya memberi ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dengan bahan pengajaran. Pembelajaran ini lebih tertumpu atau berpusatkan kepada murid itu sendiri dan guru hanya membantu memudahkan pembelajaranya sahaja. Guru boleh merancangkan supaya murid mengukuhkan konsep mengumpul semula yang menjadi kecelaruan dalam dirinya itu melalui pengalaman konkrit, kemudian diikuti dengan pengalaman secara semi konkrit dan seterusnya aktiviti secara abstrak. Aktiviti abstrak tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila konsep mengumpul semula benarbenar difahaminya.

3.2 Program intervensi Dalam mengatasi masalah pembelajaran matematik di kalangan murid yang mempunyai masalah pembelajaran, program intervensi hendaklah dijalankan. Program intervensi adalah satu program yang direka khusus bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran terhadap murid-murid yang lemah. Bagi menjalankan sesuatu program intervensi, guru matematik hendaklah mengenalpasti murid yang terlibat terlebih dahulu. Murid-murid yang telah dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran, seterusnya akan menduduki pra ujian. Murid akan dinilai melalui pra ujian tersebut kemahiran operasi matematik yang mana mereka lemah. Murid yang telah dikenal pasti lemah ini akan diberi kelas intervensi dalam satu tempoh tertentu dan kemudiannya akan diberi pascaujian bagi melihat tahap penguasan mereka. Murid yang telah melepasi tahap yang ditetapkan akan ditamatkan kelas intervensi dan akan mengkiut kelas arus perdana. Manakala murid yang masih gagal akan terus mengikuti kelas intervensi tersebut. Ini adalah bertujuan agar murid ini sekurang-kurangnya dapat menguasai operasi asas semasa di sekolah rendah kerana penguasaan operasi asas ini adalah penting bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi lebih kepada kehidupan harian. Dalam program intervensi ini, terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh dilakukan namun ianya hendaklah selaras dengan keupayaan murid tersebut selain guru juga haruslah berusaha sedaya upaya untuk mengajar agar murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran dalam sesuatu objektif yang ditentukan. Selain itu, setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah menekankan beberapa elemen seperti penglibatan murid, tahap kesediaan murid, penggunaan muzik untuk merangsang dan penyusunan isi pelajaran. Ini adalah kerana penglibatan yang aktif di kalangan murid akan membuatkan kemahiran yang ingin diajarkan akan lebih mudah diingati. Oleh itu, beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran seperti strategi pemusatan murid dan stategi pemusatan bahan boleh digunakan.

Melalui strategi pemusatan murid, murid akan memainkan peranan yang penting dan aktif dalam proses pembelajaran manakala guru hanya akan bertindak sebagai pemudahcara bagi membimbing murid dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Strategi ini boleh dilaksanakan secara individu,berkumpulan,perbincangan, main peranan dan bermain permainan. Interaksi di antara guru dengan murid akan lebih bersifat terbuka dan murid berpeluang untuk menonjolkan sisi kreatif dan berinisiatif yang ada dalam diri mereka. Sebagai contoh, aktiviti tolak yang menggunakan sarang telur, aktiviti pembilang interaktif,dan mengira jumlah yang menggunakan gambar dot yang telah ditunjukkan semasa sesi pembentangan. 3.3 Penggunaan bahan bantu belajar (BBB) yang menarik Bahan pengajaran yang digunakan juga hendaklah bersesuaian dan kreatif. Ini kerana, dengan adanya bahan-bahan tersebut guru mampu menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah,menarik dan berkesan, manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau berkumpulan. Selain daripada itu, penglibatan aktiviti yang bersifat permainan dan penggunaan muzik yang dipercayai dapat merangsang minda murid supaya lebih mudah menerima pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan. Menurut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu kecerdasan-kecerdasan linguistic, logical-matematikal, ruang, muzik, tubuh kinestatik, interpersonal dan intrapersonal. Oleh itu, teori pelbagai kecerdasan ini hendaklah diaplikasikan dalam melaksanakan dan membangunkan sesuatu program intervensi . Contohnya, untuk konsep penolakkan iaitu aktiviti tolak dia, dimana lagu 10 budak hitam dimainkan untuk memperkenalkan konsep tolak. Murid akan diperdengarkan lagu tersebut dan diberi tugasan untuk melakonkan watak 10 budak hitam. Kemudiannya mereka akan menyanyikan lagu tersebut berserta lakonan seperti yang diarahkan. Murid akan lebih mudah untuk menghadirkan minda mereka dalam pengajaran dan pembelajaran apabila elemen muzik turut disertakan.

Selain daripada itu, aktiviti intervensi yang ingin dilaksanakan perlulah mengambilkira pengalaman sedia ada murid. Ini adalah penting untuk mengetahui tahap kesediaan murid untuk terhadap pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sekiranya guru mengabaikan tahap kesediaan murid adalah dikhuatiri murid tidak dapat bersama-sama menerokai keseronokan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang tidak dikehendaki oleh guru. Perancangan aktiviti intervensi ini juga perlu dibuat dengan menekankan penyusunan bahan-bahan pembelajaran bermula dari sesuatu yang bersifat konkrit ke abstrak. Urutan pengajaran dan pembelajaran disusun dari mudah ke lebih kompleks supaya murid dapat mempelajarinya dan seterusnya memberikan respon seperti yang dikehendaki. John Dewey menguatkan lagi teori ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan.Contohnya untuk intervensi ini, murid tahap 1 biasanya sukar untuk memahami proses penyelesaian masalah. Oleh itu, murid perlulah mahir dalam tambah dan tolak sebelum menyelesaikan masalah. Proses memahami penyelesaaian masalah juga adalah unik kerana perkara ini biasanya perlu dikaitkan dengan situasi dan pengalaman harian murid. Ianya juga merupakan kemuncak dalam program intervensi ini kerana ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain kemahiran fakta asas, menaakul masalah,operasi,menyusun data dan mengaplikasi konsep matematik itu sendiri. Contohnya aktiviti penyelesaian masalah seperti aktiviti Ceritaku Ceritamu (tambah), dan aktiviti Penulis Matematik, untuk kedua-dua aktiviti ini bahan dan urutan pembelajaran adalah menarik serta mengikut urutan supaya murid mudah faham dan dan berminat untuk mengikuti proses pembelajaran yang seterusnya.

10

4.0 Rancangan Pengajaran Harian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR Tajuk Kelas Nama Murid : Pra Nombor : 1 Bestari : 1. 2. 3. 4. 5. Amylia Chong Hoo Yen Nur Natasya Izwan Saiful Sindrom Autisme Lembam ADHD Autisme

Masa Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif

: 8.00 - 9.00 pagi : 1.2 Menentukan kumpulan objek : 1.2.6 Menentukan banyak atau sedikit : Pada akhir pembelajaran sekurang-kurangnya 80 % murid dapat: 1. Menandakan dengan betul 3 daripada 5 jawapan dalam soalan di lembaran kerja 1. 2. Melukis 3 daripada 5 jawapan dengan betul dalam soalan di lembaran kerja 2. :Komunikasi, fizikal, sikap dan nilai. : Mengaplikasi, mengenal pasti : Berkerjasama, berdikari, yakin. : Terapi pertuturan : Buah anggur Guli Daun kering Lembaran kerja Klip video

Elemen merentas Kurikulum KBKK Nilai Elemen Unsur Terapi Bahan Bantu Mengajar

Penilaian P & P

: Murid dinilai dengan menandakan jawapan yang betul pada lembaran kerja.

11

Langkah Set Induksi (5 minit)

Kandungan Klip video Sesi soal jawab:

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1. Murid melihat video sekumpulan burung kecil. 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai video tersebut.

Catatan / BBM Video klip

Cadangan soalan : Apakah yang dapat dilihat dalam video ini? Dalam video ini burung kecil ke burung besar yang banyak?

Langkah 1: Pengenalan (15 minit) Buah anggur Guli

1. Guru menunjukkan dua kuantiti buah anggur yang berbeza di atas meja. 2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan kuantiti buah anggur tersebut. Sesi soal jawab: 3. Guru menunjukkan sejumlah guli yang berlainan warna ( warna merah dan biru) 4. Murid diminta mengasingkan dan menyusun Lihat kumpulan buah anggur mana yang banyak? guli warna mengikut warna. 5. Guru menanyakan jumlah guli yang manakah Kumpulan anggur mana yang sedikit? yang lebih banyak.

Buah anggur Kad warna

Cadangan soalan:

Langkah 2:

Membuat kumpulan

1. Bawa murid keluar dari bilik darjah

Daun kering

12

Perkembangan (20minit)

Mengutip daun kering Sesi soal jawab:

2. Murid diminta membentuk dua bulatan, satu bulatan kecil dan satu bulatan besar. 3. Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat. 4. Murid diminta mengumpul hasil kutipan mengikut kumpulan masing-masing. 5. Guru bersoal jawab dengan murid.

Cadangan soalan: Bulatan mana yang mempunyai bilangan murid yang banyak? Kumpulan mana yang mendapat daun yang paling banyak? Kumpulan mana yang mendapat daun sedikit? Mana kamu tahu kumpulan daunnya banyak, dan mana daunnya sedikit?

Langkah 3: Penilaian (15 minit) Lembaran kerja: Lapiran 1 Lampiran 2 1. Murid diberi lembaran kerja. 2. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja. 3. Guru memeriksa dan membincangkan lembaran kerja Penutup (5 minit) Rumusan Sesi soal jawab 1. Guru mengingatkan kembali tentang kuantiti buah anggur. 2. Guru bersoal jawab tentang apa yang murid dapat pada hari tersebut ( Lembaran kerja sila rujuk lampiran)
13

Lembaran kerja: Lampiran 1 & 2

Refleksi

____________________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________

14

5.0 Kelebihan Bahan Bantu Belajar (BBB) Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan, arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik. Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda tersebut. Banyak kelebihan dan kebaikan bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru untuk mengajar. Berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang dan dibuat, saya menggunakan beberapa alat atau bahan yang membantu saya memberikan kefahaman kepada murid disamping proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah menyeronokkan. Antara BBM yang digunakan ialah klip video, buah

anggur, guli berwarna daun kering dan lembaran kerja. Klip video digunakan dalam set induksi. Klip video ini berkaitan suasana di dalam lat yang dipenuhi oleh gerombolan ikan. Ini bersesuaian dengan standart kandungan yang dirancang iaitu menentukan kumpulan objek. Penggunaan klip video akan menarik minat murid tambahan pula murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid yang mempunyai masalah lembam dan autisma contohnya mudah tertarik dengan bahan ICT seperti ini.

15

BBM yang seterusnya ialah buah anggur. Buah anggur ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Gugusan pertama sedikit kuantitinya dan yang kedua banyak kuantitinya. Penggunaan bahan maujud seperti ini akan memberikan kefahaman kepada murid. Mereka akan tertarik dengan buah tersebut dan mungkin akan meminta kepada guru untuk mendapatkan buah tersebut. Disamping memberikan kefahaman yang lebih kepada murid, mereka akan tertarik dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pada langkah pertama iaitu pada pengenalan, guli digunakan. Guli yang berlainan warna seperti guli yang berwarna merah dan biru. Penggunaan guli ini akan memudahkan guru mengajar dan murid akan lebih faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, guru boleh membahagikan guli tersebut kepada pelajar untuk melihat dengan lebih dekat dan memegang serta membilang sendiri kuantiti guli tersebut. Dengan cara memegang guli tersebut, murid pendidikan yang mempunyai tahap kognitif yang agak randah akan lebih mengingati dan memahami isi pelajaran pada hari tersebut. Pengajaran berpusatkan murid seperti ini lebih efektif jika dibandingkan dengan pengajaran yang berpusatkan guru atau dikenali sebagai chalk and talk style . Aktiviti luar kelas perlu akan menukar suasana proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti mengutip daun kering mengikut kumpulan yang dibentuk akan mendedahkan murid kepada alam sekitar. Murid pendidikan khas ini perlu didedahkan dengan suasana luar agar mereka dapat memberikan pengetahuan tentang alam dan mereka dapat menjalankan aktiviti harian mereka tanpa bantuan daripada orang lain. Melalui aktiviti ini juga murid dapat menghilangkan tekanan semasa belajar disamping guru mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelbagai deria. Kesimpulannya, penggunaan bahan dan tempat yang berlainan akan menambahkan pengetahuan murid pendidikan khas mengenai kehidupan harian.

16

Rumusan Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanakkanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme,

Perkembangan Lewat, Hiperaktif dan sebagainya. Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian. Antaranya ialah kanak-kanak tersebut telah dilahirkan tidak seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mengalami masalah yang tidak dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka yang sama dengan kanakkanak normal yang lain. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa.Penguasaan kemahiran-kemahiran dalam subjek Matematik amat penting dalam menguruskan aktiviti harian. Oleh itu kanak-kanak harus menguasai kemahiran tersebut. Murid pendidikan khas seperti yang diketahui mempunyai sedikit masalah yang dihadapi mereka yang menghalang mereka daripada menjadi seperti murid arus perdana. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid tersebut. Untuk memenuhi keprluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
17

Pengenalpastian sebab-sebab kegagalan penguasaan kemahiran matematik dalam kalangan murid pendidikan khas amat penting bagi guru agar mereka dapat merancang intervensi yang sesuai bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran muridmurid tersebut. Kegagalan dalam koordinasi motor halus dan motor kasar dan masalah pengamatan sama ada pengamatan auditori atau pengamatan visual adalah contoh beberapa masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran yang menghalang mereka daripada menguasai kemahiran matematik pada tahap yang sama dengan murid arus perdana. Setiap masalah mempunyai penyelesaian. Seperti juga sebab kegagalan penguasaan kemahiran matematik oleh murid pendidikan khas juga mempunyai beberapa penyelesaiannya yang tersendiri. Antaranya ialah melalui pendekatan konstruktivisme, melaui penggunaan bahan bantu belajar yang menarik dan melalui intervensi. Intervensi ini alah langkah awal untuk mengesan murid yang mempunyai masalah dan tindakan awal terus diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Seorang guru pendidikan khas matematik perlu membuat perancangan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) amat penting dalam menentukan kejayaan pengajaran seseorang guru. RPH yang menarik dan memenuhi keperluan setiap pelajar pendidikan khas dengan stail pembelajaran yang berbeza akan memberi impak yang positif kepada murid. Selain isi pembelajaran, bahan bantu belajar juga amat penting untuk menarik perhatian murid terutama murid yang mempunyai masalah pembelajaran kerana tumpuan mereka terhadap sesuatu perkara amat singkat. Selain penggunaan bahan elektronik, penggunaan bahan relia amat penting agar murid dapat menggunakan sentuhan dan pengamatan visual yang akan menambahkan lagi pemahaman mereka terhadap apa yang diajar oleh guru.

18

You might also like