You are on page 1of 19

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

BAB 4: BAHASA-BAHASA ASIA

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan perbezaan bahasa yang ditutur oleh penduduk Asia b) Membincangkan ciri-ciri bahasa di Asia c) Menjelaskan isu kepupusan bahasa

Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi 4.1 Apakah Bahasa? 4.2 Rumpun Bahasa Asia Sino-Tibetan Indo-Eropah Altaic Semitic Austro-Asiatic Austroonesia Dravidian Tai-Kadai 4.3 Bahasa Rasmi 4.4 Kepupusan Bahasa Kata Kunci RINGKASAN Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi & Kerjasama Serantau Bab 7: Penduduk Asia Bab 8: Ekonomi Bab 9: Politik & Konflik

Kata Kunci Ringkasan Rujukan

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

4.1 APAKAH BAHASA?

Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi. Bahasa ialah sistem bunyi-bunyi vokal dan konsonan dengan urutan bunyi yang digunakan dalam komunikasi oleh sekumpulan manusia. Bahasa juga merefleksi pemikiran, keinginan, perasaan dan budaya sekelompok manusia. Tiga unsur utama sesuatu bahasa, ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun. Bahasa digunakan oleh manusia untuk menyampaikan maklumat serte menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk rangsangan lisan atau pun tulisan. 4.2 RUMPUN BAHASA ASIA

Adalah dijangkakan terdapat kira-lira 7000 bahasa yang digunakan oleh manusia dimerata dunia. Beribu-ribu bahasa digunakan oleh penduduk di Benua Asia yang telah pun dikategorikan kepada beberapa rumpun. Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama. Secara umum bahasa-bahasa yang dikelompokkan dalam sesuatu rumpun berkongsi kosa kata asas dan morfologi. Bagaimana pun, bahasa-bahasa dalam sesuatu rumpun mungkin berbeza kerana perubahan-perubahan sepanjang masa.
1. Sino-Tibetan Cina Tibeto-Burman 2. Indo-Eropah Indic Iranian Turkic 3. Altaic Japanese Korean Mongolian Turkic 4. Semitic Arab Hebrew Amharic 5. Austro-Asiatic Vietnamese Khmer Lao 6. Austronesia Indonesia Bahasa Melayu Tagalog 7. Dravidian Tamil Malayalam Telegu Kannada 8. Tai-Kadai Thai Lao

Jadual 4.1 Lapan Rumpun Bahasa Asia


2

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Contohnya, rumpun Austronesia terdiri daripada kira-kira 1200 bahasa. Bahasa yang paling luas digunakan di bawah rumpun ini ialah Bahasa Indonesia (di Indonesia), Bahasa Melayu (di Malaysia) dan Tagalog (di Filipina). Perlu ditegaskan bahawa terdapat beberapa kaedah mengklasifikasi beribu-ribu bahasa yang ditutur oleh penduduk Asia. Jadual 4.1 yang membahagikan bahasa-bahasa Asia kepada LAPAN RUMPUN umum adalah salah satu cara mengklasifikasi bahasa-bahasa Asia yang mungkin tidak dipersetujui oleh sesetengah pakar etnolinguistik.

Turkic Cina

Mongolia Jepun Tibeto-Burman

Semitic Austro-Asiatic Iran Indic Austronesia Dravidian Tai-Kadai

Cina

Jepun

Semitik

Dravidian

Tibeto-Burman

Mongolia

Tai-Kadai

Indic Iran

Turkic Korea

Austro-Asiatic Austronesia

Rajah 4.1 Peta Menunjukkan Taburan Rumpun Bahasa Asia

Lihat Rajah 4.1 yang menujukkan taburan rumpun-rumpun bahasa benua Asia. Secara umum, bahasa-bahasa utama yang ditutur oleh penduduk benua Asia boleh dikelompokkan kepada LAPAN rumpun utama.
3

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

1. RUMPUN SINO-TIBET Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina, Bahasa Bahasa Tibet dan Bahasa Burma. Bahasa Cina ditutur oleh penduduk di China, Taiwan, Hong Kong dan disapora Cina di Asia Tenggara, Amerika Syarikat dan Kanada. Lihat Jadual 4.1. Bahasa kebangsaan negara Cina ialah Mandarin yang dipanggil Putonghua yang merupakan bahasa pertuturan Cina Han (Han Chinese). Kira-kira 850 juta oranga bertutur dalam Mandarin. Terdapat juga bahasa-bahasa Cina lain seperti Wu, Min dan Yue. Wu terdiri dariapda beberapa dialek yang ditutur oleh 90 juta penduduk terutama di wilayah Zheijiang, wilayah Jiangsu dan bandaraya Shanghai. Yue atau Kantonis di ditutur oleh 70 juta penduduk di selatan China serta di Hong Kong dan Macau. Kantonis juga ditutur di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat. Ditutur oleh: 850 juta penduduk 90 juta penduduk 70 juta penduduk 50 juta penduduk

Mandarin Wu Yue (Kantonis) Min Dan (Teochew,Hainanese & Hokkien) Jadual 4.1 Bahasa-Bahasa Cina

Sementera itu, dialek-dialek Min (ditutur oleh 50 juta penduduk) ditutur oleh penduduk di tenggara China (seperti di wilayah Fujian, Guangdong dan pulau Hainan), Taiwan dan penduduk Cina di Filipina, Pulau Pinang di Malaysia dan Thailand. Antara dialek-dialek Min Dan ialah Hokkien, Teochew dan Hainanese.

Walau pun bahasa-bahasa Cina berbeza dariapada bahasa pertuturan, hampir semua bahasa menggunakan skrip yang sama.

Bahasa Cina W jio Nho ma? Xi xi Nama saya ialah .. Apa khabar? Terima kasih

Bahasa Burma ditutur oleh 42 juta penduduk di negara Burma (atau Myanmar). Bahasa ini menggunakan skrip Burma yang berasal daripada skrip Brahmi yang merupakan skrip yang tertua di India. Skrip Burma telah melalui pelbagai perubahan dengan mengambil kira kaum-kaum etnik yang menggunakan bahasa berkenaan sebagai bahasa komunikasi dan lingua franca.
4

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Bahasa-Bahasa Lain: o Bahasa Tibet di tutur oleh kira-kira 6 juta penduduk di Tibet yang kini dibawah jagaan Cina. Bahasa Tibet juga terdiri daripada beberapa dialek.

2. RUMPUN ALTAIC Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic dan Korea. Rumpun bahasa ini mendapat namanya daripada Pergunungan Altai di Asia Tengah. Masih dipertikaikan tentang rumpun bahasa ini. Contohnya, sesetengah pendapat tidak bersetuju bahawa bahasa Jepun dan bahasa Korea dikategorikan dalam rumpun Bahasa Altaic. Dicadangkan bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan patut di anggap sebagai berasingan. Bahasa Jepun ditutur oleh 120 juta penduduk di negara Jepun dan ditempat-tempat lain yang diduduki orang keturunan Jepun seperti di Hawaii. Bahasa Jepun telah banyak menggunakan kata dasar dan morfologi Bahasa Cina tetapi tidak dikategorikan dalam rumpun bahasa yang sama.

Bahasa Jepun Tanaka-san ni agete kudasai Nihon ni ikitai "Sila berikannya kepada En. Tanaka." "Saya mahu pergi ke Jepun."

Bahasa Turki ditutur oleh 200 juta penduduk di negara Turki dan Balkans. Bahasa Mongolia ditutur oleh penduduk di Mongolia dan kawasan-kawasan sekeliling. Dianggarkan kira-kira 5.2 juta penduduk berkomunikasi dalam bahasa Mongolia.

3. RUMPUN INDO-EROPAH Rumpun ini terdiri daripada ratusan bahasa dan dialek dan merupakan rumpun bahasa yang paing besar. Seramai 3 billion manusia dalam dunia bertutur dalam salah satu rumpun bahasa indo-eropah. Semua bahasa di Eropah dikelompok sebagai rumpun indoeropah dan anataranya ialah bahasa Sepanyol, Inggeris, Jerman, Rusia, Portuguese, Perancis dan Itali. Di benua Asia, rumpun Indo-Eropah terdiri daripada Bahasa Iran atau Parsi yang ditutur oleh 110 penduduk di Iran, kawasan-kawasan tertentu di Afghanistan dan Takijkistan. Bahasa Parsi terdiri daripada perkataan daripada bahasa Turki, Arab dan Hindustani.

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Bahasa FARSI

Selamat Petang Terima Kasih

Asr be kheyr Mamnoon

...

Nama saya ialah. Esm e man..

Bahasa Indic yang meliputi bahasa Hindustani, bahasa Urdu, bahasa Bengali dan bahasa lain yang ditutur oleh penduduk di utara India dan utara Pakistan dan negaranegara berhampiran. Banyak kosa kata Bahasa Hindustani diperolehi daripada Bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit. Bahasa HINDUSTANI Helo Selamat Petang Berapakah harga ini? Namastey Shubh sundhyaa Yeh kaisey diyaa?

4. RUMPUN SEMITIK Rumpun ini terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Tumur Tengah, Utara Africa dan Semenanjung Africa (Horn of Africa), dan antaranya ialah: Bahasa Arab yang ditutur oleh 206 juta penduduk yang tinggal di Arab Saudi, Yemen, Oman, Kesatuan Emiriyah Arab, Jordan, Syria, Kuwait dan Oman. Bahasa Arab telah meminjam perkataan daripada Hebrew, Yunani dan Farsi. Bahasa-bahasa seperti Inggeris, Perancis, German, Hindustani, Indonesia, Bahasa Melayu, Malayalam, Pashto dan Punjabi pula telah meminjam perkataanperkataan Arab. Bahasa Arab lisan mungkin berbeza mengikut kawasan tetapi bahasa tulisan adalah sama. Contohnya, Bahasa Arab yang ditutur oleh penduduk di Afrika Utara berbeza dengan Bahasa Arab yang ditutur di Kuwait atau Bahrain.

Bahasa Arab
Hi! Boleh saya Hal tolong anda? Berapakah harga ini? Salam!

Hal beemkani mosaadatuk?

Kam howa thamanoh?

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Bahasa Amharic ditutur dengan meluas di Ethiopia dan merupakan bahasa rasmi negara berkenaan bagi kira-kira 27 juta penduduk. Bahasa Hebrew ditutur oleh 7 juta penduduk yang kebanyakkannya tinggal di Israel. Bahasa Tigrinya ditutur oleh 6.7 juta penduduk di Eritrea di Ethiopia.

Je a) Nyatakan bahasa-bahasa yang dikategorikan sebagai Rumpun Sino-Tibetan. b) Apakah ciri-ciri bahasa Rumpun Altaic? c) Manakah rumpun bahasa yang paling luas ditutur? d) Jelaskan ciri-ciri bahasa dikategorikan sebagai Rumpun Semitik.

5. RUMPUN AUSTRO-ASIATIC Rumpun ini terdiri daripada 168 bahasa yang ditutur di negara-negara Asia Tenggara. Berhati-hati anda tidak keliru dengan mengaitkan perkataan austro dengan Australia!. Frasa austro-asiatic berasal daripada perkataan Latin yang bermakna selatan dan Asia. Lihat Rajah 4.2 yang menunjukkan taburan bahasa Austro-Asiatic.

Bahasa Vietnamese (Vietic) ialah bahasa rasmi di Vietnam. Bahasa Vietnamese telah meminjam banyak perkataan daripada bahasa Cina dan dipengaruhi oleh J bahasa Perancis. Perancis telah menjajah Vietnam

Rajah 4.2 Peta menunjukkan taburan bahasa-bahasa Austro-Asiatic

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Bahasa Khmer ditutur oleh kira-kira 10 juta penduduk Khmer di Cambodia. Bahasa Khmer dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan juga bahasa Thai, Lao dan Vietnamese Bahasa Mon (Monic) ditutur oleh orang Mon yang tinggal di Myanmar dan Thailand. Adalah dianggarkan kira-kira sejuta orang bertutur dalam bahasa Mon yang kini sedang merosot dikalangan orang muda yang kurang menggunakannya. Bahasa-Bahasa lain seperti Bahnaric, Palaungic, Katuic, Pearic dan Nicobarese ditutur oleh kumpulan-kumpulan minoriti.

6. RUMPUN TAI-KADAI Pada suatu ketika, rumpun bahasa Tai-Kadai dikelompok bersama rumpun Sino-Tibet tetapi kini diklasifikasikan sebagai rumpuan berasingan. Rumpun bahasa terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China, Vietnam, Thailand, Myanmar da Assam (India). Ini termasuk bahasa Thai yang merupakan bahasa rasmi Thailand, dan bahasa Lao yang merupakan bahasa rasmi Laos. Kira-kira 100 juta penduduk bertutur dalam kedua-dua bahasa ini. Terdapat banyak perkataan-perkatan bahasa-bahasa Tai-Kadai yang dipinjam daripada bahasa-bahasa Sino-Tibet (Ostapirat, 2005). 7. RUMPUN AUSTRONESIA Rumpun ini terdiri daripada 1,268 bahasa yang ditutur oleh kira-kira 380 juta orang di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Bahasa Austronesia juga ditutur di New Zealand (bahasa Maori), Pulau Hawaii dan Madagascar (bahasa Malagasi). Lihat Rajah 4.3.

Rajah 4.3 Peta menunjukan Taburan Bahasa Austronesia


8

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Istilah austronesia berasal daripada perkataan auster yang bermakna bayu selatan dan perkataan Yunani nesos yang bermakna pulau. Jika dicantumkan, austronesia; bermakna pulau-pulau selatan yang sungguh tepat kerana bahasa-bahasa austronesia ditutur dengan meluas di pulau-pulau. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. Bahasa-bahasa Polinesia. Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti Bahasa-bahasa Melanesia. Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia. Bahasa-bahasa Mikronesia. Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Mengikut pakar-pakar linguistik, Bahasa Austronesia berasal dari Cina Selatan apabila penduduk bermigrasi ke pulau Taiwan dan dari sana bermigrasi ke Filipina, Indonesia, Malaysia dan kemudian ke Madagascar dekat benua Afrika dan ke seluruh lautan Pasifik. Kini terdapat ratusan bahasa Austronesia dan di antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Tagalog, Bahasa Sunda, Bahasa Jawa, Bahasa Batak Bahasa Bali, Bahasa Aceh dan lain-lain. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur yang kecil. Bahasa Melayu Berat Mata Ikan Telur Tahun Air Lidah Api Masin Bulan Pasir Tahun Bahasa Tagalog Bigat Mata Isda Itlog Taon Tubig Dila Apoy Asin Buwan Pasig Tulug

Jadual 4.2 Persamaan dan Perbezaan Di Antara Bahasa Melayu dan Tagalog
TAHUKAH ANDA

Bahasa Melayu ditutur oleh 180 juta orang dan merupkan bahasa yang ke 8 kerap digunakan dalam dunia.

Lihat Jadual 4.2. Perkataan tahun dalam Bahasa Melayu ialah taon dalam Bahasa Tagalog. Sebaliknya, kedua-dua bahasa menggunakan perkataan yang sama untuk mata. Pasir dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Pasig untuk maksud yang sama. Pada umumnya, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia lebih rapat berbanding dengan Bahasa Tagalog.
9

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

8. RUMPUN DRAVIDIAN terdiri daripada kira-kira 85 jenis bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan India, kawasan tertentu di timur dan pertengahan India (Lihat Rajah 4.4). Bahasa-bahasa Dravidian yang paling luas ditutur ialah: Bahasa Tamil ditutur di wilayah Tamil Nadu dan bahagian utara Sri Lanka. Bahasa Tamil ialah bahasa yang paling tua selepas bahasa Sanskrit di India. Juga sastera Tamil adalah kaya dengan pelbagai hasil karya yang telah wujud 2000 tahun yang lampau.

Bahasa Tamil Apakah ini? Bolehkah saya tolong anda? Apakah nama anda? Berapakah harga ini? Ithu yenna? Naan unakku uthavalaamaa? Un peyar yenna? Ithu yenna vilai?
?
?

Bahasa Telegu ditutur dengan meluas di wilayah Andhra Pradesh. Bahasa Telegu telah memimjam banyak perkataan daripada Sanskrit. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tulisan-tulisan Telegu wujud pada 400 S.M. (kira-kira 2500 tahun yang lampau).

Rajah 4.4 Peta Menunjukkan Bahasa- Bahasa Dravidian di Selatan India


D

10

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Bahasa Kannada ditutur dengan meluas di wilayah Karnataka dan terdapat buktibukti bahawa bahasa ini wujud pada 230 S.M. (iaitu 2240 tahun yang lampau). Bahasa Kannada mempunyai skripnya yang tersendiri yang berasal daripada skrip Brahmi seperti bahasa-bahasa India lain. Bahasa Malayalam ditutur oleh 33 juta penduduk di wilayah Kerala. Banyak perkataan dalam bahasa Malayalam berasal daripada bahasa Tamil klasik serta Sanskrit. Sebelum abad ke 14, bahasa Tamil digunakan di wilayah Kerala. Dengan kedatangan dan pengaruh agama Kristian dan Islam, dan Nambudiri Brahmin bahasa Malayalam telah berkembang dan menggantikan bahasa Tamil sebagai bahasa pertuturan penduduk wilayah Kerala.

4.3 BAHASA RASMI

Oleh kerana penduduk Asia bertutur dalam pelbagai jenis bahasa, komunikasi di antara penduduk dalam sesebuah negara boleh terjejas. Kadang-kala orang yang tinggal berhampiran tidak memahami sama sendiri kerana bahasa atau dialek yang digunakan adalah berlainan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan di negara tertentu telah memperkenalkan Bahasa Rasmi. Contohnya, di India bahasa rasmi ialah Hindi (bersama Bahasa Inggeris) manakala di China, bahasa rasmi ialah Mandarin. Di Filipina, bahasa rasmi ialah Bahasa Tagalog dan di Indonesia, bahasa rsami ialah Bahasa Indonesia. Lihat Jadual 4.3

11

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

NEGARA Afghanistan Azerbaijan Bahrain Bangladesh Bhutan Brunei Cambodia China India Indonesia Iraq Iran Israel Jepun Jordan Kazakhstan Korea Selatan Korea Utara Kuwait Kyrgyzstan Laos

BAHASA RASMI Pashto Azeri Arab Benggali Bhutan Melayu Khmer Mandarin Hindi Indonesia Arab Parsi Hebrew Jepun Arab Kazakh Korea Korea Arab Kyrgyz Lao

NEGARA Lebanon Malaysia Maldives Mongolia Nepal Oman Palestin Pakistan Filipina Qatar Arab Saudi Sri Lanka Syria Taiwan Tajikistan Thailand Turki Turkmenistan Vietnam Yemen

BAHASA RASMI Arab Melayu Dhivehi Khalka Mongol Nepali Arab Arab Urdu Tagalog Arab Arab Sinhala Arab Mandarin Tajik Thai Turki Turkmen Vietnam Arab

Jadual 4.3 Bahasa Rasmi Beberapa Negara Asia


D

Je a) Namakan bahasa-bahasa yang dikategorikan di bawah Rumpun Tai Kadai. b) Berikan contoh-contoh perbezaan dan persamaan di antara Bahasa Tagalog dan Bahasa Melayu. c) Senaraikan bahasa-bahasa di bawah Rumpun Dravidian. d) Mengapakah bahasa rasmi penting bagi sesebuah negara?

12

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

4.4 BAHASA-BAHASA YANG TERANCAM KEPUPUSAN

Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan, sesetengah bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan. Bahasa yang terancam kepupusan adalah kerana tidak ada orang lagi yang bertutur dalam bahasa berkenaan atau orang berpindah penggunaan sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain dan mengabaikan bahasa asal. Akhirnya, bahasa berkenaan akan pupus. Adalah dianggarkan bahawa hampir 50% daripada 7000 bahasa dalam dunia akan pupus dalam tempoh 100 tahun. Separuh daripada 3054 bahasa yang menghadapi masalah kepupusan adalah bahasa-bahasa Asia. Sherley Wetherhold (2012) dalam artikel Going, Going, Gone: Five of Asias Most Endangered Language telah mengenal past lima bahasa di Asia yang menghadapi kepupusan.

Di selatan Taiwan terdapat 300 orang daripada kumpulan etnik Saaroa (Lihat gambar disebelah). Kini hanya enam orang yang fasih dalam bahasa Saaroa dan dalam beberapa tahun akan datang bahasa ini akan pupus sama sekali.

Di Jepun terdapat kaum asli bernama Ainu yang menetap di pulai Hokkaido (Lihat Gambar disebelah). Pada masa kini hanya generasi tua yang masih bercakap bahasa Ainu dan apabila orang-orang tua ini meninggal dunia, bahasa berkenaan akan pupus kerana generasi muda dihalanga oleh kerajaan Jepun mempelajari bahasa berkenaan. Terdapat sumber-sumber yang mengatakan hanya sepuluh orang yang boleh berbahasa Ainu hari ini.

Di tengah Nepal terdapat sekumpulan penduduk yang bertutur dalam bahasa Kusunda yang berasal daripada Papua New Guinea. Laporan terkini mencadangkan hanya terdapat dua orang sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa berkenaan (Lihat gamber sebelah). Akhirnya, bahasa ini akan pupus kerana generasi muda tidak ingin mempelajari bahasa Kusunda.
13

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Dinasti Manchu merupakan dinasti yang akhir memerintah China di antara 1644 hingga 1912 (Lihat Gambar disebelah). Hari ini terdapat kira-kira 10 juta kaum etnik Manchu di China tetapi hanya 20 orang boleh bertutur dalam bahasa Manchu. Ini adalah kerana hampir semua kaum Manchu telah diterima sebagai China Han dan menguasai bahasa Mandarin. Bahasa Manchu akan pupus dalam berapa tahun akan datang.

Kaum Jarawa ialah orang asli yang tinggal di Pulau Andaman, India. Di antara 300 orang Jarawa yang tinggal, hanya 10 hingga 30 orang masih boleh bertutur dalam bahasa Jarawa (Lihat gamber disebelah). Jika tindakan tidak diambil, bahasa Jarawa akan pupus seperti bahasa Bo juga di Pulau Andaman yang telah pupus sejak tahun 2010.

Kajian Kes: Bahasa Kelabit Diancam Kepupusan MIRI 18 Jun, 2012. Bahasa Kelabit merupakan bahasa kaum minoriti Kelabit dan dipercayai digunakan sejak 200 hingga 300 tahun dahulu. Setakat ini, bahasa ini dituturkan oleh kira-kira 6,000 penduduk Kelabit yang berasal dari tanah tinggi Bario di utara Sarawak. Namun kini, bahasa Kelabit yang merupakan salah satu daripada bahasa tertua di dunia, berhadapan dengan ancaman kepupusan kerana bilangan penutur di kalangan generasi muda yang bercakap dalam bahasa itu semakin mengecil. Bahasa Kelabit merupakan salah satu daripada 7,000 bahasa dunia yang sedang mengalami kepupusan berikutan jumlah penutur terutama di kalangan generasi muda kian berkurangan. jika tidak ada usaha untuk memelihara, bahasa Kelabit akan pupus daripada permukaan bumi dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

14

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Menurut pakar bahasa, bahasa yang pupus memberi kesan terhadap kebudayaan sesuatu komuniti, nilai, identiti termasuk cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Pengerusi Unit Pendidikan RKS, Lucy Bulan berkata, jumlah kaum Kelabit yang boleh bertutur dalam bahasa Kelabit kini berkurangan. Beliau berkata, setakat ini tidak sampai 1,000 penduduk Kelabit tinggal di Bario dan majoriti mereka adalah generasi tua. Hanya generasi tua yang tinggal di kampung fasih bertutur dalam bahasa Kelabit. Kebanyakan generasi muda Kelabit kini dibesarkan di bandar yang mana persekitarannya sudah jarang menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian. Selain itu, kebanyakan kaum Kelabit yang berkahwin dengan kaum lain tidak lagi menuturkan bahasa Kelabit menyebabkan anak-anak hasil perkahwinan campur berkenaan tidak dapat bertutur dalam bahasa tersebut, katanya. Lucy berkata, ramai kaum Kelabit terutama generasi muda menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dan ini secara tidak langsung menjejaskan penggunaan bahasa ibunda mereka dengan begitu teruk. Di samping itu, kaum Kelabit tidak mempunyai sebarang dokumentasi yang ditulis dalam bahasa itu sendiri dan keadaan ini menyukarkan mereka untuk mengembangkan bahasa itu kepada generasi muda. Menurut Lucy, usaha mendokumentasikan perkara berkaitan kaum Kelabit hanya berlaku sehingga pendidikan diperkenalkan di tanah tinggi Bario, kira-kira 40 tahun lalu, namun itu pun dalam bahasa Inggeris. Usaha menerbitkan bahan seperti Kamus Kelabit Inggeris dan cerita rakyat dalam bahasa Kelabit hanya wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun usaha itu agak lambat, namun setidaktidaknya sudah ada kesedaran dan usaha untuk menghidupkan semula bahasa Kelabit secara bertulis, katanya. Ujarnya, antara kekangan utama yang dihadapi dalam memelihara dan mengembangkan bahasa ini ialah ketiadaan kajian lanjut mengenai asal usul bahasa Kelabit dan sistem ejaan yang standard. Katanya, RKS kini menghadapi cabaran untuk menulis pertuturan bahasa Kelabit ke dalam bentuk tulisan kerana setakat ini belum ada standard yang boleh digunakan untuk rujukan. Lucy memberitahu, mereka
15

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

memerlukan sistem ejaan yang standard bagi memudahkan usaha dokumentasi bahasa dilakukan. Apa yang menyedihkan, ramai orang tua yang mahir berbahasa Kelabit dan arif mengenai cerita rakyat sudah tiada. Kami mempunyai banyak lagu-lagu rakyat yang belum sempat dikumpulkan selain cerita rakyat. Justeru kita perlu mempercepatkan usaha ini untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin daripada mereka yang masih tinggal. Jika tidak, kita tidak mempunyai sumber lagi dan mustahil untuk mengumpul maklumat, tegasnya. Setakat ini sebanyak 25 cerita rakyat Kelabit sudah ditulis semula dan dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak antaranya Agan Tadun, Balang Ramudan, Dayang Meterik dan Siyok dan Uging. Bimbang dengan kepupusan bahasa Kelabit, RKS kini mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah lagi Pusat Pembelajaran Kelabit atau Tawaq Raut untuk pra sekolah di Miri yang dijangka bermula pada tahun ini. Menurut Lucy, pusat ini bertujuan untuk mengajar anak-anak ahli yang berusia antara lima hingga enam tahun untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Kelabit. Setakat ini kita sudah menghantar dua orang guru untuk menjalani latihan di Kuching. Kita juga sedang berusaha mengumpul murid-murid untuk diajar, katanya. Dua orang lagi guru yang mengajar di Bario Asal dan Pa Ukat turut menjalani latihan yang sama di Kuching setiap tahun sejak tahun lepas. Tambahnya, Tawaq Raut pertama kali ditubuhkan di Bario pada 2007 dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk tempatan. Setakat ini dua Tawaq Raut dibuka iaitu di Bario Asal dan Pa Ukat yang mengajar dan mendidik anak-anak Kelabit berusia antara tiga hingga lima tahun. Pusat pembelajaran di Bario menempatkan kira-kira 20 murid. Kita berharap dapat mengumpul lebih banyak dana untuk membiayai kos penyelenggaraan dan operasi kelas terbabit, ujar Lucy. Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, Unit Pendidikan RKS bertanggungjawab mengeluarkan sendiri bahan bantuan mengajar termasuk buku bacaan dalam bahasa Kelabit. Setiap Tawaq Raut ini perlu dibekalkan dengan bantuan mengajar dan ini memerlukan kos yang tinggi. Di Bario Asal dan Pa Ukat misalnya, kita terpaksa menghantar bahan bantuan mengajar menggunakan pesawat. Sumber kewangan yang tidak mencukupi dan kekurangan kemudahan merupakan cabaran utama yang kita hadapi dalam melaksanakan kelas ini.
16

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

Selain itu, penerbitan buku dalam bahasa Kelabit untuk kegunaan kelas memerlukan tenaga kerja tambahan selain latihan berterusan, katanya. Lucy berkata, RKS akan terus melipatgandakan usaha untuk mengumpul dana bagi memastikan ketiga-tiga Tawaq Raut ini dapat berjalan dengan lancar. Ahli akademik, Marcus Gatuman Raja, 53, berkata, sebagai bahasa minoriti, bahasa Kelabit sedang berhadapan dengan kemungkinan kepupusan jika tidak ada usaha dilakukan untuk mengekalkannya. Justeru katanya, pendedahan mengenai bahasa ini terutama di kalangan generasi muda perlu dilakukan sebelum ia terlambat. Kanak-kanak Kelabit perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa ibunda seawal usia tiga hingga enam tahun. Tempoh ini amat sesuai kerana otak mereka sedang berkembang dan mudah menerima sesuatu yang baru, katanya. Menurut Marcus pada usia tersebut, mereka lebih mudah mempelajari dan memahami pelbagai bahasa dalam satu masa terutama bahasa ibunda. Lebih kerap anak-anak itu didedahkan dengan bahasa ibunda, lebih tinggi potensi mereka untuk menguasai bahasa asing. Mahu tidak mahu, masyarakat Kelabit harus mempertimbangkan langkah untuk mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa sendiri, katanya. [sumber: Utusan Malaysia Online. 18 Jun, 2012] Bahasa-bahasa di Asia yang telah wujud beratusan tahun kini menghadapai masalah kepupusan. Apakah yang menyebabjannya? Salah satu fakor dikaitan dengan globalisasi yang mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilimu dan bahasa komunikasi antarabangsa. Ini telah menyebabkan sesetengah komuniti mengabaikan mempelajari bahasa ibunda dan memilih untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Disesetengah komuniti, generasai muda dikehendaki menguasai Bahasa Rasmi atau Bahasa Kebangsaan masing-masing dan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mengabaikan bahasa ibunda yang seterusnya menghadapai masalah kepupusan. Projek ENDANGERED LANGUAGES Salah satu usaha menyelematkan bahasa-bahasa daripada terus pupus ialah Projek Endangered Languages (Bahasa Terancam) oleh Alliance for Linguistic Divesity. Lihat laman web halaman 18,. Tujuan Projek ini ialah untuk mengumpul dan berkongsi maklumat tentang bahasa-bahasa yang terancam serta cara menyelamatkan bahasa-bahasa yang mungkin pupus. Projek ini juga bertujuan membantu komuniti-komuniti yang ingin memelihara bahasa-bahasa yang menghadapi masalah kepupusan.

17

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

URL Laman Web: http://www.endangeredlanguages.com/

Je a) Apakah yang menyebabkan sesuatu bahasa mengalamai kepupusan? b) Nyatakan contoh-contoh bahasa yang akan pupus jika tindakan tidak diambil. c) Rujuk kepada Laman Web Endangered Languages. - Klik pada Explore - Gunakan peta dan kenal pasti bahasa-bahasa yang mengalami kepupusan di negara-negara Asia - Pastikan bilangan orang yang masih bertutur bahasa-bahasa berkenaan

18

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

KATA KUNCI Sino-Tibetan Indo-Eropah Altaic Semitic Austro-Asiatic Austroonesia

Dravidian Tai-Kadai Bahasa Rasmi Kepupusan bahasa

Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi. Tiga unsur utama sesuatu bahasa, ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun. Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama. Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina, Bahasa Tibet dan Bahasa Burma. Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic dan Korea. Rumpun Semitik terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Tumur Tengah, Utara Afrika dan Semenanjung Afrika. Rumpun Tai-Kadai terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China, Vietnam, Thailand, Myanmar da Assam (India). Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan, sesetengah bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan.

19

You might also like