Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

BAB 7: KERJASAMA SERANTAU DI ASIA

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) b) c) d) Menjelasakan konsep kerjasama serantau Memperihalkan peranan dan isu-isu berkaitan ASEAN Menjelaskan kewujudan APEC dan peranannya Menilai peranan SAARC dan isu-isu yang berkaitan

Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 7.9 Pengenalan Maksud Kerjasama Serantau ASEAN Bidang Kerjasama ASEAN SAARC GCC APEC CAREC ACD Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Politik & Konflik Bab 9: Masa Depan

Ringkasan Rujukan

1

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia 7.1 Pengenalan

KERJASAMA SERANTAU NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa negara-negara di Asia Pasifik meningkatkan mekanisme kerjasama demi menjamin keamanan dan keselamatan rantau ini. Beliau berkata, rantau itu perlu terus mengamalkan pendekatan menyeluruh ke arah menilai kestabilan serantau dengan penekanan seimbang antara isu keselamatan tradisi dan berbangkit. Katanya, dengan peningkatan kuasa ketenteraan di kalangan negara di rantau itu sejak kebelakangan ini, mekanisme seperti itu boleh menggunakan kekuatan sederhana terhadap lawan dengan memupuk dialog bagi membincangkan langkah konstruktif berbanding langkah kemusnahan serta memberi respon sewajar terhadap tanggapan cabaran oleh manamana kuasa. "Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul, memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi," katanya. Muhyiddin berkata demikian semasa menutup persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-24 di sini. Katanya, negara-negara di rantau itu perlu bersatu-padu dengan kepercayaan bahawa kerjasama serantau merupakan kunci bagi membina keamanan dan keselamatan berkekalan dan kunci untuk membuka pintu potensi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. Katanya, bagi memastikan rantau itu merentasi jalan yang aman, adalah kritikal bagi China, India, Jepun dan Amerika Syarikat menampung kepentingan masingmasing dan mengelak semangat nasionalisme kekitaan daripada menunjukan keburukan. Bagaimanapun, beliau menegaskan perpaduan kuasa utama tidak harus atas kepentingan negara Asean dan anggota negara serantau lain. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kuasa ketenteraan juga harus dipupuk untuk kepentingan bersama dan digunakan untuk menangani kebimbangan keselamatan bersama. Katanya, Kumpulan Penghubung Mengenai Kegiatan Lanun dekat Pantai Somalia (CGPCS) di mana Malaysia merupakan peserta aktif bersama negara serantau seperti China, Indonesia, jepun dan Korea Selatan, adalah salah satu daripada banyak contoh di mana keupayaan ketenteraan boleh digunakan untuk tujuan murni. "Mungkin ini merupakan pandangan optimistik keterlaluan mengenai peningkatan kekuatan kemampuan ketenteraan di rantau ini. "Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi," katanya. - BERNAMA

2

Kerjasama serantau dijalin atas dasar saling menghormati kedaulatan dan senstiviti setiap ahli. kerjasama ekonomi. Dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak globalisasi. amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar bersesuaian demi faedah bersama. untuk mereka terus maju. Kini negara-negara sedar bahawa. beberapa jenis kerjasama serantau telah berkembanga. mereka terpaksa bekerjasama. Sejarah Kerjasama Serantau: Selepas Perang Dunia Kedua (1946). a) "Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul. memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi". kerjasama perundangan.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Baca petikan akhbar di atas. Konsep „kerjasama serantau‟ (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan telah wujud sebelum konsep „globalisasi‟ diperluaskan. Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat. kerjasama kewangan. jalinan kerjasama dengan negara lain adalah diperlukan bagi memanfaatkan idea. Apakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pernytaan beliau di atas? b) “Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi." Apakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pernytaan beliau di atas? 7. Yang paling terkenal ialah Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (atau North Atlantic Treaty 3 . kerjasama pendidikan & budaya dan sebagainya. Kerjasmana serantau diwujudkan dalam pelbagai bidang seperti kerjasama ketenteraan.2 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerjasama Serantau? Kita telah membincang tentang „globalisasi‟ dalam Bab 6 yang membawa perspektif „Dunia Tanpa Batas‟ atau „Dunia Tanpa Sempadan‟ yang pada kini menjadi realiti dan menjadikan dunia mengecil.

Thailand serta Pakistan. Filipina. Perancis. Lihat Rajah 7. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia).1 Persidangan Nato Kerjasama serantau di Asia Tenggara wujud pada September. Malaysia. Jika perlu. United Kingdom dan Amerika Syarikat termasuk Turki. atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos. Britain. Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N.3 Kewujudan Persatuan Negara-Negara Asia (ASEAN) Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations). Ia merupakan amaran kepada Rusia dan China supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal yang terlibat. diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan penubuhan Association of Southesat Asian Nations (ASEAN) pada tahun tahun 1967 (Kita akan membincang dengan lebih dalam kelak). Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. angkatan tentera daripada semua negara-negara terlibat akan digunakan untuk mempertahankan serangan daripada kedua-dua negara komunis berkenaan Selain itu. Kerjasama serantau ini merupakan usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.2. selepas tahun 1960an.SEATO) yang melibatkan Amerika Syarikat. Singapure dan Thailand. 7. Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia. 1954 dengan penubuhan Perjanjian Organisasi Asia Tenggara (Southeast Asia Treaty Organization . New Zealand. Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia). 1967 di Bangkok.NATO). kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan penubuhan Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia .ASA) pada tahun 1961.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Organisation . 4 . S. Australia. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura). Ramos (Setiausaha Luar Filipina). Filipina. NATO yang merupakan kerjasama ketenteraan di antara 28 buah negara-negara Eropah. Rajah 7.

 Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini. meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai 5   .Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Brunei Darussalam menjadi ahli pada Januari. pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur. di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Tun Abdul Razak & S. Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Cambodia pada tahun 1999.2 Pengasas ASEAN [Dari kiri: Nacisco Ramos. teknikal dan pentadbiran. budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4. Thanat Khoman. Rajah 7. Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan.5 juta kilometer persegi (Lihat Rajah 7. tujuan ASEAN ialah untuk:  Mempercepat pertumbuhan ekonomi. professional. Kini terdapat 10 negara yang menganggotai ASEAN dengan jumlah penduduk seramai 500 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 1984 dan diikuti oleh Vietnam pada tahun 1995. Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri. Adam Malik.3). Rajaratnam] TUJUAN ASEAN Sepertimana termaktub dalam Deklarasi ASEAN.

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia perdagangan komoditi antarabangsa. kedaulatan dan identiti nasional setiap negara Hak setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara Penyelesaian perbezaan atau pertikaian dengan cara aman Penolakan ancaman atau penggunaan kekerasan Kerjasama yang berkesan di antara ahli-ahli 6 .3 Negara-Negara ASEAN PRINSIP-PRINSIP ASAS ASEAN digariskan seperti berikut:      Saling menghormati kemerdekaan. memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk. Rajah 7.  Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.

kebergantungan diri (self-reliance). kerjasama dan semangat perpaduan. di mana semua 7 . Ekonomi KERJASAMA Sosial Politik Rajah 7. perasaan saling hormat-menghormati.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerjasama serantau’? b) Mengapakah ASEAN ditubuhkan? c) Senaraikan prinsip-prinsip asas ASEAN.4 Bidang-Bidang Kerjasama ASEAN Kerjasama negara-negara ASEAN bertumpu kepada tiga bidang utama. 7. ekonomi dan sosial (Lihat Rajah 7. Ini berasaskan kepada prinsip-prinsip keyakinan diri. iaitu politik.4).4 Bidang-Bidang Kerjasama Negara-Negara ASEAN A) KERJASAMA POLITIK Perjanjian Kerjasama dan Keamanan Asia Tenggara (The Treaty of Amity and Cooperation – TAD) menetapkan bahawa dialog dan kerjasama keselamatan dan politik ASEAN hendaklah bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan kestabilan politik rantau Asia.

1) Kewujudan Kawasan Pertumbuhan . Kawasan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand. Dinamisme ekonomi Asia Tenggara adalah sesuatu yang memang diingini oleh banyak negara-negara lain. Salah satu kerjasama yang jalinkan ialah memberantas keganasan dengan menandatangani Konvensyen Memberantas Keganasan ( ASEAN Convention on Counter Terrorism . Asia Tenggara mempunyai pasaran sebanyak kira-kira 500 juta orang dan KDNK gabungan lebih daripada AS $ 700 bilion. 2) AFTA – Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN: AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN untuk pengeluaran produk tempatan bagi semua negara-negara yang terlibat. Konsep ini memastikan Asia Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. iaitu Kawasan Pertumbuhan Segitiga Singapura-Johor-Riau. Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. Dariapda segi nilai dagangan.ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ASEAN berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 7.0 peratus.ACCT). Rusia dan China ketika Perang Dingin. Konsep ZOPFAN – Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace. ASEAN adalah dagangan entiti ke4 terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah. Begitu juga dengan negara-negara ASEAN lain.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia faktor ini menjadi pemangkin kepada kewujudan masyarakat ASEAN yang kuat dan seterusnya memperkukuhkan politik ASEAN. Adalah dianggarkan di antara tahaun 1970 hingga tahun 1995. Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan Malaysia pula telah menjadi konsep ini sebagai kerangka utama dasar luar negara. Negara-negara menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan. Zon Bebas Senjata Nuklear – dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear. Konvensyen ini mengeratkan kerjasama untuk mencegah dan memberantas keganasan. B) KERJASAMA EKONOMI Mungkin pencapaian utama ASEAN ialah keamanan dan kestabilan yang wujud di Asia Tenggara sejak ditubuhkan yang membantu negara-negara menumpukan perhatian kepada usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pemodenan yang berterusan. Hari ini. Perjanjian ini bertujuan mewujudkan kawasan 8 . Freedom and Neutrality) atau Zon Aman. dan Kawaan Pertumbuhan Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina. Amerika Syarikat dan Jepun. Kini terdapat tiga kawasan pertumbuhan aktif dalam operasi. Konsep ini juga memastikan kawasan ini tidak mempunyai pangkalan tentera asing.

Ahli ASEAN juga menjalankan kerjasama teknikal untuk menguruskan dengan lebih baik. usaha dilakukan untuk sistem maklumat mineral dengan mewujdukan pangkalan data tentang penghasilan pelbagai jenis galian.5 Projek menghubungkan bandar-bandar ASEAN dengan negara-negara lain dengan kabel dasar laut 40-gigabit-setiap-saat telah bermula pada Ogos. Ditubuhkan Rizab Keselamatan Makanan dan Rizab Beras Kecemasan ASEAN pada tahun 1979. Menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. 9 . 2012. 5) Kerjasama dalam Mineral dan Tenaga – Untuk menyokong perkembangan pesat perindustrian di negara-negara ASEAN.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur. Pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap ASEAN Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Contohnya. membangun dan sumber hutan. cukai dan sumber manusia dalam bidang perkhidmatan kewangan. Pertanian dan Perhutanan – Ini bermula hampir serta-merta berikutan penubuhan ASEAN dengan perjanjian untuk mewujudkan Jawatankuasa Pengeluaran Makanan dan kerjasama Bekalan dan Perikanan pada tahun 1968. 4) Kerjasama dalam Makanan. Pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar. 3) Kerjasama Kewangan – Kerjasama dalam bidang kewangan dan perbankan bertujuan menggalakkan pembangunan pasaran modal. D Rajah 7. memelihara. Hasrat AFTA ialah:      Untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dalam ASEAN. pergerakan bebas modal. perkara-perkara kastam. Sistem Lorong Hijau (Green Lane System) dirancangkan untuk mempercepatkan pelepasan kastam dan penghapusan cukai kastam. hal-hal insurans.

Kem Belia ASEAN (ASEAN Youth Camp). penyiaran berita dan informasi mengenai ASEAN melalui radio-radio nasional. Kini telah mulakan pelaksanaan pembangunan rangkaian keretapi dari Singapura ke Kunming di selatan China. di adakan “Tahun Melawat ASEAN” pada tahun 1992.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Kerjasama dalam Pengangkutan dan Komunikasi – Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturanperaturan pengangkutan jalan. Laos. Salah satu projek ialah pelaksanaan kabel gentian optik dasar laut (submarine optical cable) dan komunikasi satelit dengan tujuan menghubungkan negara-negara ASEAN dengan dunia luar (Lihat Rajah 7. Kemboja. perlindungan wanita & kanakkanak dan peningkatan pentadbiran kerajaan. D Rajah 7. Contohnya.6 Projek Jalan Keretapi SingapuraKunming 6) Kerjasama dalam Pelancongan – Negara-negara berazam mempromosikan rantau ASEAN sebagai destinasi pelancongan sambil memelihara budaya dan warisan alam sekitar setiap negara.6). universiti-universiti terlibat dengan perbincangan tentang dasar dan kurikulum. pertukaran kunjungan antara seniman ASEAN. penerangan. tenaga kerja. Hasrat jaringan ini ialah penubuhan Universiti ASEAN tetapi hingga hari ia masih belum wujud.AUN) yang kini melibatkan 27 universiti dariapda ASEAN. Usaha 10 . bencana alam. melalui Malaysia.5). Myanmar dan Vietnam (Lihat Rajah 7. pembasmian kemiskinan.  Pembentukan Jaringan Universiti ASEAN (ASEAN University Network . menggalakkan perjalanan intra-ASEAN dan pembangunan sumber manusia dalam sektor pelancongan. Antara projek-projek usahasama yang dilaksanakan ialah seperti berikut:  Bengel dan simposium seni & budaya seperti Minggu Budaya ASEAN (ASEAN Culture Week). lingkungan hidup. pembangunan sosial. kesihatan. Kini ketibaan pelancong di negara-negara ASEAN telah berkembang hingga 40 juta pelancong dan ASEAN telah menjadi kawasan ke-5 sebagai destinasi utama pelancong di dunia C) KERJASAMA SOSIAL Kerjasama sosial dalam ASEAN mencakupi bidang-bidang kebudayaan. pendidikan. pertukaran berita melalui tv. Thailand. Bagaimana pun. ilmu pengetahuan dan teknologi.

7). gabungan populasi negara. Ziaur Rahman mencadangkan untuk membentuk blok perdagangan yang terdiri daripada negaranegara di kawasan Asia Selatan (Lihat Rajah 7. telekomunikasi. Kerjasama dijalankan di anatara negara-negara ASEAN untuk mencegah dan memberantas penyeludipan dadah dan penyalahgunaan ubat-ubatan.7 Riaur Rahman . SAARC ditubuhkan secara rasmi 11 Rajah 7. Dalam terma populasi. Presiden Bangladesh. Setiausaha luar kepada TUJUH buah negara bertemu buat pertama kalinya di Colombo pada April 1980 dengan memberi penumpuan kepada LIMA bidang utama yang Rajah 7.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia  sedang dilakukan untuk memperkenalkan konsep “Sistem Pemindahan Kredit ASEAN‟ (ASEAN Credit Transfer System) yang membolehkan pelajar memindahkan kredit di antara pusat-pusat pengajian tinggi ASEAN.8 Negara-Negara SAARC telah dikenalpasti iaitu pertanian.5 bilion penduduk.mana organisasi serantau yang lain: hampir 1.5 SAARC – Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada TUJUAH egara dalam Asia Selatan. serta kesihatan. Apakah AFTA? Nyatakan kerjasama telekomunikasi dan pengangkutan yang dicapai oleh ASEAN. meteorlogi. pengaruh linkungan sosialnya adalah besar dari mana. a) b) c) d) Terangkan kerjasama politik yang dicapai oleh negara-negara ASEAN. Penghujung 1970-an. Terangkan kerjasama sosoal yang dicapai oleh negara-negara ASEAN 7. pembangunan luar bandar. Pada 8 Disember 1985.negara ahli.

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia dengan pengenalan piagamnya. Pakistan. Nepal.8). pemahaman dan ambil berat tentang masalah satu sama lain. Mewujudkan kepercayaan. Untuk memperkuatkan kerjasama antara mereka dalam forum antarabangsa untuk mempersoalkan kepentingan bersama. Bhutan. Untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.       Prinsip-prinsip yang menjadi asas penubuhan SAARC ialah:     Menghormati kedaulatan setiap ahli Tidak mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman ahli Kerjasama untuk faedah semua ahli Setiap keputusan hendaklah mendapat persetujuan setiap alhi Sekretariat SAARC ditubuhkan di Kathmandu pada 16 januari 1987 dan dilancarkan oleh Raja Nepal. SAARC bertujuan:   Untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka. Afghanistan menyertai SAARC pada 13 november 2005 dan menjadi ahli pada 3 april 2007. Sri Lanka dan Maldives (Lihat Rajah 7. perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka. Untuk promosi kerjasama dan bantuan satu sama lain dalam ekonomi. budaya. Dengan adanya Afghanistan. Bangladesh. Ahlinya terdiri daripada negara India. membuat persediaan dan memberi 12 . Matlamat Penubuhan SAARC: Sepertimana termaktub dalam piagam. teknikal dan lapangan saintifik. ahli SAARC menjadi lapan. Untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau dengan matlamat dan tujuan yang sama. Sekretariat bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengetuai pelaksanaan aktiviti. sosial. Bivendra Bir Bikram Shah Dev. Untuk memperkuatkan kerjasama dengan negara membangun yang lain. Untuk promosi dan memperkuatkan kebergantungan terhadap diri sendiri secara kolektif antara negara-negara Asia Selatan.

Aktivitiaktiviti lain ialah Pesta Filem dan Pesta Budaya. beberapa pusat telah ditubuhkan untuk mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli seperti berikut: o Pusat Budaya SAARC – Telah mengadakan pameran lukisan pelukis-peluku daripada Sri Lanka. Mereka berjaya mendapat kata sepakat dalam perjanjian perkhidmatan dan juga aktiviti pertukaran maklumat. Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan membuat permintaan untuk menjadi pemerhati dalam SAARC Mesyuarat Majlis Menterin pada 2006 dan pada 2007. Pada 1 januari 2006. budaya dan juga sukan. kebajikan kanak-kanak.mata AKTIVITI-AKTIVITI SAARC  Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting. Iran juga meminta status pemerhati. Kesatuan Eropah (EU). pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa. Ahli-ahli bersetuju mengurangkan cukai dan duti ke tahap 20% pada tahun 2007 dan secara beransur-ansur dihapuskan langsung pada tahun 2012. Selepas SAARC tertubuh secara rasmi pada 1985. Pada april 2006. India. SAARC Preferential Trading Arrangement (SAPTA) ditubuhkan bagi mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan secara bersama. Sebarang bentuk diskriminasi dalam perdagangan dan juga halangan atau sekatan perdagangan dilarang. 13  . Pada Disember 1995. Afghanistan dan Maldives diberi tambah 3 tahun (iaitu pada tahun 2015) untuk menhapuskan segala cukai dan duti. Bangladesh. serta menjalankan penyelidikan sistematik yang merangkumi kerjasama ekonomi. Bhutan. Maldives.   Negara-negara SAARC telah menubuhkan Bank Makanan yang bertujuan saling membantu negara-negara yang memerlukan bantuan makanan disebabkan bencana alam yang melanda sesuatu kawasan.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia perkhidmatan untuk mesyuarat dan bertindak sebagai saluran komunikasi antara negaranegara ahli sepertimana organisasi rantau yang lain. kadar tarif yang sesuai difikirkan kepada barangan yang didagangkan dikalangan negara ahli. Bangladesh. SAARC memperluasakan kerjasama yang berterusan dengan menyentuh soal kesihatan. Kawasan Bebas Perdagangan Asia Selatan (South Asian Free Trade Areas SAFTA) telah ditubuhkan dengan harapan ia dapat meransang atau meningkatkan perdagangan dalam rantau tersebut. iaitu pemindahan modal. Ini membuktikan bahawa SAARC tidak hanya berfokus pada kerjasama ekonomi semata. Melalui SAPTA. Selain itu.

Contoh India telah mencampur tangan dalam masalah dalaman Sri Lanka apabila pemberontak minoriti Tamil menentang kerajaan. India dan Bangladesh mengadakan perjanjian perdagangan dua hala untuk untuk kepentingan kedua-dua negara. Contohnya. Lebih kurang 60% perdagangan Bangladesh ialah dengan India. Pertikaian Kashmir juga telah mengancam persahabatan di antara India dan Pakistan [Kita akan membincang konflik Kashmir dengan mendalam dalam Bab 8 kelak]. o Pelancongan SAARC – Tindakan diambil untuk menjadikan kawasan SAARC sebagai pusat pelancongan dengan mengadakan kemudahan & perkhidmatan yang dapat memajukan pelancongan. Ini adalah rendah berbanding dengan perdagangan di antara negara-negara ASEAN yang ada pada kadar 25%. Masalah ini telah wujud selama 40 tahun dan kini usaha-usaha pendamaian kelihatan telah berjaya. Ini membuatkan hubungan India-Sri Lanka menjadi tegang sehingga 2010 apabila pendamaian tercapai di antara pemberontak dan kerajaan setelah berperang selama 14 tahun. Walaupun wujud kerjasama serantau. Ini telah melemahkan usahausaha menyatupadukan ahli-ahli SAARC untuk saling bergantung dan bersama-sama maju.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia o Pusat Tenaga SAARC – Ditubuhkan pada Deklarasi Dhaka pada tahun 2005 yang bertujuan membawa ahli akademik. bahasa dan pemandangan yang indah yang dapat menarik pelancongan. 14 . namun kerjasama itu lebih berbentuk kerjasama bi-lateral di mana urusan perja njian dilakukan antara 2 pihak atau 2 negara bukan dengan kesemua ahli SAARC serentak. Negara-negara SAARC lebih berminat mengadakan perjanjian dua hala atau bilaterial untuk kepentingan ekonomi. Pertikaian Kashmir telah merumitkan hubungan India-Pakistan dalam SAARC. ISU-ISU NEGARA SAARC Perdagangan antara negara-negara SAARC hanya 5% walau pun negara-negara adalah berhampiran. Mengapakah negara-negara SAARC lebih berminat mengadakan hubungan dua-hala dan tidak berdagang sebagai satu gabungan? SAARC menghadapi beberapa masalah yang telah membantut kemajuan gabungan tersebut. pegawai kerajaan. pakar alam sekitar serta badan-badan bukan kerajaan membincang tentang tenaga dan implikasinya kepada negara-negara SAARC dengan tumpuan kepada konservasi dan pencarian tenaga alternatif. India adalah negara yang paling berkuasa daripada segi ekonomi. SAARC dilihat tidak penting untuk masa depan ahli-ahli. India juga mengadakan perjanjian ekonomi dua hala dengan Nepal yang mengimport sebahagian barangan daripada India dengan mengadakan kemudahan bebas cukai. ketenteraan dan pengaruh antarabangsa dan ahli-ahli ragu-ragu dominisai dalam SAARC. Peningkatan perjanjian dua hala (bilateral) menunjukan ahli-ahli tidak bergantung pada SAARC untuk mencapai tujuan ekonomi mereka. Negara-negara SAARC mempunyai warisan budaya yang tertua di dunia serta pelbagai budaya.

Kemudian Kuwait diserang oleh Iraq pada tahun 1991 dan keenam-enam negara GCC telah bersetuju mewujudkan suatu tentera bersama yang melibatkan angkatan tentera darat. tentera laut dan tentera udara yang diketuai oleh Arab Saudi. 1981 di Riyadh.6 GCC – Majlis Negara-Negara Teluk Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council .9 Negara-Negara GCC Selain. Untuk meningkatkan perdagangan di antara negara-negara SAARC. b) Siapakah yang mencadangkan penubuhan SAARC? c) Apakah yang mendorong penubuhan SAARC? c) Nyatakan jenis kerjasama yang telah wujud setakat ini. Rajah 7. Kuwait. Majlis ini ditubuhkan pada Mei.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Juga. usaha dimulakan sekali lagi untuk mempercepatkan proses perdagangan bebas. beberapa aspek perjanjian perdagangan bebas tidak menggalakkan negara-negara SAARC mempertingkatkan mengimport dan mengeksport barangan. 15 . GCC telah mula perbincangan tentang Perjanjian Kebebasan Perdagangan (Free Trade Agreement) pada tahunn1990 tetapi kemajuan adalah perlahan. Contohnya. Juga. usha harus dilakukan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut. Pada tahun 2007. infrastruktur pelabuhanpelabuhan di negara-negara SAARC tidak mencukupi untuk menampung perkembangan perdagangan.GCC) ialah gabungan politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi yang terdiri daripada Arab Saudi. barangan boleh diimport daripada Afghanistan ke India melalui Pakistan tetapi barangan daripada India tidak boleh dieksport ke Afghanistan melalui Pakistan. Bahrain. a) b) c) d) e) a) Senaraikan ahli-ahli SAARC. Arab Emiriah Bersatu dan Oman. Arab Saudi sebagai gabungan ketenteraan akhibat daripada perang di antara Iran dan Iraq selama lapan tahun. Qatar. Negara-negara ini kaya dengan sumber pertroliam. d) Apakah isu-isu yang menjejas kemajuan kerjasama diantara ahli-ahli SAARC? 7. kerjasama ketenteraan.

Norway and Switzerland telah membuat perjanjian dengan GCC untuk mewujudkan kebebasan perdagangan dengan tujuan mengerat pertalian ekonomi di antara Eropah dan negara-negara Arab.Iceland. Secara tak langsung ini telah mempertingkatkan pertukaran barangan di antara negara-negara Eropah dan negaranegara Arab. Contohnya. Ini bermakna enam negara-negara GCC dan tiga negara Eropah boleh mengeksport dan mengimport barangan tanpa membayar duti dan cukai. menteri-menteri daripada negara-negara Eropah .10).10 Grid Elektrik yang menghubungkan NegaraNegara GCC 16 . negara-negara Arab mengeksport barangan pertanian ke Eropah dan mengimport barangan pembuatan. teknologi yang paling moden dan canggih digunakan untuk membekalkan elektirk kepada negaranegara GCC. Juga dalam projek ini. PROJEK-PROJEK KERJASAMA  Projek Grid Elektrik – Projek ini bertujuan menyambung negara-negara GCC dengan grid elektrik yang mencukupi untuk menampung keperluan perkembangan pesat kawasan berkenaan (Lihat Rajah 7. Rajah 7. Liechtenstein.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Pada tahun 2008.

Indonesia. Mexico.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Projek Jalan Keretapi – Projek jalan keretapi sepanjang 2000 km yang menalan belanja US$15 bilion akan menghubungkan Musat melalui Dubai. a) Apakah tujuan asal GCC ditubuhkan? b) Siapakah yang menjadi ahli GCC? c) Bincangkan projek-projek usahasama yang telah dilaksanakan. Mengapa? 7. Tujuan forum ini ialah untuk memperkuatkan pertumbuhan ekonomi kawasan dengan mempromosihubungan pelbagai hala atau multilateral. Jepun. Abu Dhabi. Riyadh dan pelabuhan Dammam di Arab Saudi (Lihat Rajah 7. Chile. Bob Hawke. Doha.APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik.7 APEC – Kerjasama Ekonomi Asia Pacifik Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation . Malaysia. Rajah 7.11 Jalan Keretapi yang menghubungkan NegaraDengan adanya jalan keretapi Negara GCC berkenaan. beberapa pelabuhan akan berkembang pesat apabila dihubungkan kelak. Bandaraya Kuwait. China. Juga dijangkakan bahawa penunpang yang akan menggunakan jalan keretapi akan meningkatkan kepada 6 juta pada tahun 2016. Brunei Darussalam. APEC ditubuhkan pada tahun 1989 berdasarkan cadangan Perdana Menteri Australia. Korea Selatan.11). Projek ini dijangka siap pada tahuan 2014. 17 . Anggota APEC terdiri dari 21 negara yang terdiri daripada Australia. Hong Kong. Manama. Kanada. Projek ini dijangka akan meningkatkan perdagangan di antara negara-negara GCC daripada US$20 bilion pada tahun 2003 kepada US$100 bilion pada tahun 2014.

APEC mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh ketua kerajaan setiap negara ahli. Australia. Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli. penubuhan pusat-pusat kewangan & pembankan dan sebagainya. Perbincangan bertumpu kepada isu-isu ekonomi serantau. Amerika Syarikat. Rajah 7.12 Negara-Negara anggota APEC Matlamat utama APEC terkandung dalam Matlamat Bogor (Bogor Goals) yang berhasrat mewujudkan perdangagan & pelaburan bebas di kalangan negara-negara maju pada tahun 2010 dan perdagangan & pelaburan bebas di kalangan negara-negara sedang membangun pada tahun 2020. Peru. Contohnya. Thailand. Filipina dan Vietnam yang telah 18  . Negara-negara ini mewakili 60% ekonomi seluruh dunia dan 47% jumlah perdagangan dunia. Filipina. Keluaran Kasar dalam Negara (KDNK) negara-negara APEC telah meningkat terutama di kalangan negara-negara sedang membangun seperti Indonesia. Rusia. perushaan teknolohi tinggi. Amerika Syarikat. kewangan. Iaitu.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Papua New Guinea. Matlamat Bogor ditandatangani di Bogor. Singapura dan China telah banyak melabur di Malaysia dengan mendirikan kilang pembuatan. New Zealand dan Vietnam (Lihat Rajah 7. pendidikan dan sebagainya. perbankan. negara-negara maju telah banyak melabur di negara-negara sedang membangun APEC dalam bidang pembuatan. Taiwan. Papua New Guinea.12). APEC telah mencapai banyak kejayaan seperti berikut:   Eksport dan import di antara negara-negara APEC telah meningkat sebanyak 100% Pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) telah meningkat sebanyak 200%. Singapura. Sekretariat APEC berpusat di Singapura. kerjasama perdagangan dan pelaburan. Sejak ditubuhkan. pelancongan. Indonesia.

Bank Dunia (World Bank).13 Jalan Raya di Kazakhstan 19 . Ia melibatkan 6 institusi yang terdiri daripada Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank). Kyrgyz. Mongolia. transparan. Berbagai keputusan diperoleh secara konsensus dan komitmen berlandaskan prinsip-prinsip konsultatif. Pakistan. 7. Tajikistan. Rajah 7.8 CAREC – Kerjasama Ekonomi Serantau Asia Tengah Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic Cooperation – CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara – Afghanistan.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Kerjasama ekonomi di antara negara-negara APEC berlainan daripada kerjasama serantau lain (seperti ASEAN) kerana kerjasama lebih berdasarkan konsep kesukarelaan (volunteerism). Apakah yang dimaksudkan? Kerjasama negara-negara APEC adalah lebih fleksibel dan tidak terikat (non-binding) oleh peraturan tertentu. Kazakhstan. China. Azerbaijan. Kerjasama Serantau ini berbeza dengan gabungan-gabungan lain yang kita telah membincang setakat ini. terbuka dan pengakuan atas perbezaan pembangunan antara ekonomi maju dan ekonomi berkembang. Turkmenistan dan Uzbekistan. Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank) dan Bank Rekonstruksi & Pembangunan Eropah (European Bank for Reconstruction & Development).

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Tujuan CAREC ialah untuk bersama-sama meningkatan pertumbuhan ekonomi serta membasmi kemiskinan dengan melaksanakan projek-projek dalam sekotor pengangkutan. 20 .14.13.14 Negara-Negara anggota CAREC Projek-Projek Usahasama CAREC Projek Pengangkutan.600 km dan 12.700 km yang menghubungi Azerbaijan.  Projek 1: Jalanraya sepanjang 13. Uzbekistan.000 km jalan keretapi yang menghubungi Kazakhstan dan Republik Kyrgyz dengan China dan Eropah. tenaga dan sektor-sektor lain untuk kebajikan sama. sektor tenaga dan sektor perdagangan.900 km dan jalan keretapi sepanjang 9.  Projek 2: Jalanraya sepanjang 9. Bank Pembangunan Asia (ADB) ialah urusetia yang mengkordinasi segala projek yang dilaksanakan. Tiga sektor yang menjadi tumpuan CAREC ialah sektor pengangkutan. Lihat Rajah 7. dan Republik Kyrgyz dengan China dan negara-negara Mediterranean. Lihat Rajah 7. Rajah 7. Turkmenistan. Tajikistan. Kazakhstan. perdagangan.

dan Republik Kyrgyz negara-negara Arab.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia     Projek 3: Jalanraya sepanjang 6. dan Republik Kyrgyz dengan Rusia dan Afghanistan (Lihat Rajah 7. negara-negara CAREC telah membelanja lebih US$20 bilion dalam sekor pengangkutan dan angka ini dijangka akan meningkat ke US$100 bilion menjelang 2020. Turkmenistan. Projek 6: Jalanraya sepanjang 10. grid elektrik telah dibina yang membekalkan tenaga elektrik kepada kawasan-kawasan perindustrian dan perumahan di negara-negara yang memerlukannya.000 km yang menghubungi China dengan Tajikistan.500 km dan jalan keretapi sepanjang 1. Tajikistan. Projek 4: Jalanraya sepanjang 2. Juga beberapa projek tenaga dilaksanakan untuk membekalkan tenaga elektrik untuk kawasana-kawasan tertentu dengan tujuan memperkembangkan proses perindustrian di negara-negara CAREC. Beberapa peraturan kastam dikaji semula dan diubahsuai untuk memudahkan pengaliran barangan di antara negara-negara CAREC.700 km dan jalan keretapi sepanjang 2.900 km dan jalan keretapi sepanjang 4.100 km yang menghubungi Rusia dengan Mongolia dan China. CAREC juga terlibat dengan usaha memudahkan perdagangan di ahli-ahli. Contohnya. Rajah 7. Projek 5: Jalanraya sepanjang 3.600 km dan jalan keretapi sepanjang 7. Uzbekistan. 21 .800 km yang menghubungi Kazakhstan.15 Jalan Keretapi di Uzbekistan Sejak 2001.200 km yang menghubungi Eropah dengan Rusia dan negara-negara Arab di Teluk Parsi. Selain projek pengangkutan. Tindakan-tindakan diambil untuk mengurangkan cukai dan duti yang dikenakan apabila barangan diimport dan dieksport.15).

e) Bagaimana projek-projek ini membantu pembangunan CAREC? 7. Tujuan penubuhan ACD ialah:  Mengeratkan kerjasama di antara ahli untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Asia  Memperluaskan perdagangan dan pasaran kewangan dalam Asia dan mempertingkatkan daya persaingan dalam pasaran global  Menuju ke arah penubuhan Komuniti Asia yang dapat berinteraksi dengan negaranegara lain dalam dunia dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran global. Filipina & Qatar  Pendidikan Alam Sekitar – Jepun  Kewangan – Thailand  Teknologi Maklumat – Korea Selatan  Bencana Alam – Rusia  Pembasmian Kemiskinan – Bangladesh. dialog ini diadakan di Chiang Mai pada 2003. Beberapa negara ACD telah mencadangkan projek-projek yang ingin dilaksanakan yang terdiri daripada berikut:  Pertanian – China. Cambodia & Vietnam  Pelancongan – Thailand. di Qingdao pada 2004. Sejak ditubuhkan.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia a) b) c) d) Apakah tujuan penubuhan APEC? Siapakah ahli-ahli APEC? Berikan contoh kerjasama negara-negara APEC. Contohnya. Pakistan & Kazakhstan  E-Pendidikan – Malaysia  Tenaga – Bahrain.9 ACD – Dialog Kerjasama Asia Dialog Kerjasama Asia (Asia Cooperation Dialogue . Pada tahun 2012 dialog diadakan di Kuwait di antara menteri-menteri luar negara-negara ACD. 2002 di Cha-Am. Thailand apabila 18 Menteri Luar negara-negara Asia berjumpa buat pertama kali. Pakistan & Myanmar 22 . Apakah tujuan penubuhan CAREC? Bincangkan projek-projek kerjasama yang dilaksanakan oleh negara-negara CAREC. Indonesia. menteri-menteri ACD berdialog setiap tahun. di Islamabad pada 2005 dan di Doha pada 2006.ACD) ditubuhkan pada Jun. ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negara-negara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia.

Filipina. India. • • • • • • • • • • • • • • • Myanmar. Mongolia. Qatar. Iran. Bhutan. Brunei Darussalam. Bangladesh. Emiriah Arab Bersatu Vietnam. Japan. Pakistan. Kazakhstan.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Rajah 7. Cambodia. Rusia Arab Saudi Singapura.16 Negara-Negara ACD Kini 31 negara-negara telah menjadi ahli ACD seperti berikut: • • • • • • • • • • • • • • • • Bahrain. Tajikistan Uzbekistan Kyrgyzstan 23 . Korea Selatan. China. Indonesia. Oman. Sri Lanka Thailand. Kuwait Laos Malaysia.

Asia e University ditubuhkan secara rasmi di Kuala Lumpur. „E-Pendidikan‟ yang dicadangkan oleh Malaysia adalah yang paling berjaya dengan penubuhan “Asia e University” (AeU) pada tahun 2008. Maldives. Misi AeU ialah untuk:  Untuk bekerjasama dengan universit dan institusi lain in Asia  Menawarkan program-program dengan berlandaskan kepakaran dan prestij institusiinstitusi Asia  Memperkembangkan strategi pedagogi dan teknologi yang dapat mempertingkatkan pemikiran kritis dan kebolehan kreatif pelajar  Menawarkan program-program yang fleksibel dan relevan  Memastikan program-program yang ditawarkan menepati kualiti antarabangsa a) b) c) d) Apakah tujuan ACD? Siapakah menjadi ahli ACD? Nyatakan projek-projek yang dilaksanakan/ Mengapakah AeU ditubuhkan? 24 . Vietnam. India.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia Penubuhan Asia e University (AeU) Di antara projek-projek yang dicadangkan. Ini diikuti dengan Deklarasi Doha pada 2006. 2005 oleh ahli-ahli ACD telah memutuskan untuk menyokong penubuhan AeU sebagai institusi untuk memajukan „epembelajaran‟ dan mengurangkan jurang digital (digital divide). Malawi. Visi AeU ialah untuk menjadi hub e-pembelajaran yang menawarkan program-program yang berharga berpatutan dan berkualiti tinggi. Pada April. Semua Deklasrasi-Deklarasi ini telah memberi sokongan penuh penubuhan Asia e University yang ditugaskan menawarkan program-program yang mudah diakses oleh pelajar. Deklarasi Islamabad yang diistiharkan pada April. 2008. Selain Malaysia. Indonesia. Malaysia. Kazakhstan. Bangladesh dan lain-lain. pelajar-pelajar yang mengikuti program-program yang ditawarkan datang daripada Bahrain. menggunakan kepakaran yang terdapat di Asia dan meningkatkan penggunaan ICT. Deklarasi Seoul pada 2007 dan akhirnya Deklarasi Kazakhstan pada 2008.

Singapura dan Thailand. Freedom and Neutrality) atau Zon Aman. Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia. Malaysia. 1967 di Bangkok. Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations). Tujuan utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi. pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur. AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN yang bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur. Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace. atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos. Filipina.      Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturan-peraturan pengangkutan jalan. Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.   25 . kedaulatan dan identiti nasional setiap negara dengan setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara. Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada 7 buah negara dalam Asia Selatan. Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat. ASEAN ditubuhkan berasaskan prinsip aaling menghormati kemerdekaan. ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri.Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia    Konsep „kerjasama serantau‟ (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan telah wujud sebelum konsep „globalisasi‟ diperluaskan.

www.aseansec. 2000. 2012 Central Asia Regional Economic Cooperation. iaitu pemindahan modal. http://www. "SEATO. http://www.GCC) ialah gabungan politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation . perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka. 7 Nov.org/ Association of Southeast Asian Nations -ASEAN.saarc-sec.carecprogram.apec. Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council .Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia  Tujuan utama SAARC ialah untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.acddialogue.SAARC ww. Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic Cooperation – CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara      ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negaranegara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia.com. Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting.com 26 ." The Oxford Companion to American Military History. John Whiteclay Chambers II. Encyclopedia. pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa.org/ Asia Cooperation Dialog – ACD http://www.org Asia Pacific Economic Cooperation – APEC.APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik.org South Asian Association for Regional Cooperation .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful