You are on page 1of 10

TUTORIAL 6 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN IN-SITU DAN EX-SITU

Nurul Nadiah binti Che Adnan Wan Nur Fadhlin Sakina binti Wan Razuli

Pengenalan

Strategi pemuliharaan in-situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotika (spesies invasif). Oleh itu strategi pemuliharaan ex-situ merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan (remnant population) tidak berupaya membiak di habitat semula jadi.

In-situ

Pemeliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Spesies ini akan dilindungi daripada sebarang bahaya yang dilakukan oleh manusia terutamanya pemburu haram. Cara pemeliharaan in-situ ini lebih baik kerana spesies ini akan dibiarkan tinggal di tempat asal mereka dengan sepenuh kebebasan secara tidak langsung mereka juga dilindungi. Spesies ini juga akan mendapat bekalan makanan mereka secara semulajadi. Contoh pemuliharaan in-situ :

Hutan Hujan Khatulistiwa Paya Bakau Habitat Air Tawar

Ex-situ

Pemuliharaan ex-situ merupakan strategi pemuliharaan hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Spesies ini dikategorikan sebagai terancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan. Spesies ini akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Kebiasaannya, pemuliharaan ex-situ bagi haiwan dilaksanakan di zoo, taman, aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala bagi pemuliharaan ex-situ tumbuhan pula dilaksanakan di taman botani, arboreta dan bank benih.

Ex-situ

Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Kekurangan bagi pemuliharaan ex-situ ini ialah habitat haiwan atau tumbuhan ini bukan habitat asal spesies tersebut. Ia juga memerlukan kos yang tinggi dan penjagaan yang rapi serta memerlukan kawasan yang luas untuk penjagaan spesies.

Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex-situ di Malaysia seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka.

Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan exsitu seperti taman botani dan arboretum.

You might also like