You are on page 1of 9

LAPORAN ANALISIS PENULISAN REFLEKSI KENDIRI DARI ASPEK STRUKTUR KATA, BENTUK KATA DAN PENGOLONGAN KATA BAHASA

MELAYU Oleh Autdrey anak Kanchin, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak

ABSTRAK Bagi memenuhi kehendak soalan Kerja kursus BMM 3109- Morfologi Bahasa Melayu, satu analisis berkaitan dengan penulisan refleksi kendiri dari aspek struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata telah dilaksanakan. Laporan ini bagi menjelaskan secara rinci metodologi analisis dan dapatan analisis penulisan refleksi kendiri dari aspek morfologi. LATAR BELAKANG LAPORAN Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang perkataan dari segi struktur,bentuk dan golongan kata. Apabila menggunakan istilah perkataan, yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran dalam sesuatu bahasa atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Manakala, pengolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan fungsi dan bentuk dengan mengambil kira kriteria sintaksis atau kriteria semantik perkataan. Hatta, laporan analisis ini berkaitan dengan ketiga-tiga aspek yang disebutkan di atas. Materi analisis merupakan penulisan refleksi analis yang terdiri daripada 614 patah perkataan. Metode analisis dijalankan secara deskriptif. Pengulangan kata yang sama pada penulisan refleksi tidak dikira semua, cuma satu patah saja diambil untuk wakilkan kata. Hasil analisis telah dilampirkan pada bahagian lampiran bagi menyokong dapatan analisa.
9

METODE ANALISIS Terdapat tiga aspek identifikasi morfologi iaitu dari segi struktur, bentuk dan golongan kata setiap patah perkataan pada penulisan refleksi analis. Perkataan yang sama tidak akan diulang. Bagi setiap aspek, metode yang digunakan berbeza. Bagi aspek struktur kata, metode yang digunakan adalah deskriptif struktur. Di mana bagi menganalisis lambang tulisan kepada morfem, lambang tulisan telah disegmen kepada morf. Terdapat 3 kaedah menganalisis morfem yang telah digariskan oleh E.A Nida dalam bukunya Morphology : A Descriptive Analysis Of Word (1963). Namun, yang digunakan hanyalah kaedah 2 dan kaedah 3, iaitu lambang tulisan dipotong menurut segmen yang ada makna atau fungsi tatabahasa. Kemudian, morf-morf yang dihasilkan ditentukan, sama ada bertaraf sebagai morfem yang berasingan. Ini dilakukan dengan melihat jenis morf mengikut distribusi. Ini bermaksud perkataan yang telah disegmenkan, ditentukan jumlah morfem, dan dinyatakan jenis-jenis morfem yang terdapat padanya. Jenis-jenis morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Rujuk Lampiran 1 bagi melihat analisis morfem mengikut jenis distribusi. Manakala, aspek bentuk kata pula, metode yang diguna pakai adalah distingtif perkataan mengikut bentuk, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Bagi kata tunggal, perkataan dibatangkan bagi mengetahui jenis kata tunggalkata tunggal satu suku kata, dua suku kata, tiga suku atau empat suku kata dan lebih. Kata terbitan pula didistingtif mengikut proses pengimbuhan awalan, akhiran, sisipan dan akhiran pada kata dasar. Seterusnya, kata majmuk diidentifikasi melalui dua kata dasar yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna khusus. Kata ganda dikenal pasti daripada pengulangan kata dasar dan penggunaan tanda sempang serta dikategorikan mengikut jenis penggandaa, sama ada

penggandaan penuh, separa atau berentak. (Rujuk Lampiran 2) Seterusnya, distingtif perkataan mengikut aspek golongan kata. Terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Setiap kata dikategorikan berasaskan kriteria semantik, tanpa mengambil kira binaan sintaksisnya.
10

Selepas itu, setiap golongan kata dipecahkan kepada subgolongan kata masingmasing. (Rujuk Lampiran 3)

TEKNIK PENELITIAN METODOLOGI Bagi menganalisis penulisan refleksi kendiri analis dari aspek struktur, bentuk dan penggolongan kata, teknik analisis data digunakan. Terdapat enam proses yang dilalui,iaitu : 1. Membaca dan memahami penulisan refleksi kendiri 2. Menandawarnakan dan distingtif struktur kata bentuk kata dan golongan kata perkataan. 3. Mengidentifikasikan jenis-jenis struktur kata bentuk kata dan golongan kata perkataan 4. Menghitung jumlah struktur kata (morfem bebas dan morfem terikat), bentuk kata (kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda), dan golongan kata (kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas) secara general. 5. Menganalisis dan membahaskan hasil analisis dan menghitung peratusan data 6. Membuat kesimpulan hasil analisis data.

DAPATAN KAJIAN Bagi aspek struktur kata, terdapat 449 patah perkataan disenaraikan. Setiap kata disegmen kepada morf untuk menganalisis distribusi jenis-jenis morfem. Terdapat dua jenis morfem iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Morfem bebas juga mempunyai makna tersendiri. Tamsilnya perkataan kursus yang mendukung maksud sesuatu pelajaran, bahasa pula mendukung maksud sistem lambang bunyi dan lain-lain lagi. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). Satu lagi contoh morfem bebas adalah kata dasar, misalnya rupa dalam merupakan,kata dasar perlu dalam memerlukan, kata dasar faham dalam
11

memahami dan lain-lain lagi (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). Morfem bebas boleh digadingkan dengan morfem terikat untuk membentuk sesuatu kata yang lengkap dengan maknanya. Morfem terikat pula hanya wujud dalam pembentukan kata melalui pengimbuhan. Dalam kata merupakan misalnya, imbuhan awalan me- dan akhiran an adalah morfem terikat, dalam kata memerlukan, imbuhan awalan me- dan akhiran kan adalah morfem terikat dan lain-lain lagi. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). Selain daripada mebuat distribusi morfem, setiap perkataan dikira jumlah morfemnya. Contoh, dalam perkataan menggunakan, terdapat tiga morfem iaitu dua morfem terikat (imbuhan awalan meng- dan akhiran kan) serta satu morfem bebas (kata dasar guna). Bagi perkataan kursus pula, terdapat satu morfem sahaja iaitu morfem bebas kerana perkataan kursus wujud bersendirian dan mempunyai makna tersendiri. Untuk contoh dan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk Lampran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri. Selain itu, bagi pembentukan kata baharu, telah berlakunya proses penambahan bentuk morfem terikat atau imbuhan dalam bahasa melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing. Unsur-unsur imbuhan asing yang dipinjam ini terbahagi kepada tiga iaitu imbuhan daripada Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-inggeris. Contoh yang terdapat dalam penulisan refleksi adalah, perkataan tatabahasa. Imbuhan awalan tata- merupakan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Distribusi jenis morfem masih menggunakan konsep yang sama. Tatabahasa terdiri daripada dua morfem iaitu imbuhan awalan Sanskrit tata- sebagai morfem terikat dan bahasa sebagai morfem bebas. Hasil analisis secara keseluruhan, terdapat 139 patah perkataan daripada 449 patah perkataan merupakan morfem bebas yang wujud secara sendirian, manakala 310 patah perkataan terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat bagi mewujudkan

12

kata yang lengkap maknanya. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). Cara pengiraan peratusan perkataan distribusi mengikut morfem adalah seperti yang berikut: 139/499 patah perkataan x 100 = 30% 310/499 patah perkataan x 100 = 69%

PERATUSAN PERKATAAN DISTRIBUSI MENGIKUT MORFEM


30% 69% MORFEM BEBAS MORFEM TERIKAT DAN MORFEM BEBAS

Tuntasnya,setiap perkataan merupakan morfem, tetapi bukan semua morfem adalah perkataan. Seterusnya bagi aspek bentuk kata, setiap kata dianalisis mengikut jenis kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. (Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri) Kata tunggal adalah kata yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan. Contoh kata tunggal adalah seperti kursus, satu, bidang dan lain-lain lagi. Setiap kata tunggal ini dibahagikan mengikut subgolongan kata tunggal satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata dan lebih. Tamsilnya, kata tunggal satu suku kata seperti yang, morf, dan, di, hal dan ke. Kata tunggal dua suku kata seperti bidang, tentang, saya, pola dan lain-lain lagi. Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri untuk melihat analisis contoh kata tunggal tiga suku kata , empat suku kata dan lebih. Malahan setiap kata didistingtifkan mengikut pola suku kata kata tunggal. Bagi dapatan analisis kata terbitan, setiap perkataan dikelompokkan mengikut distribusi imbuhan sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Bagi kata terbitan awalan, imbuhan-imbuhan awalan yang digunakan adalah pen-, pel-, me-, mem-,
13

men-, meng-, ber-, be-, bel-, ter-, di- dan se-. Terdapat 35 perkataan yang menggunakan imbuhan tersebut seperti pendengar, pelajar, menarik, membantu, mencari, menggali, bergugus, belajar dan lain-lain lagi. Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri bahagian analisis kata terbitan bagi melihat contoh-contoh kata terbitan yang lain. Bagi kata terbitan akhiran pula, imbuhan yang dikenal pasti pada perkataan adalah an,-kan dan i. Terdapat 12 perkataan yang menggunakan imbuhan akhiran. Contoh imbuhan akhiran hadir pada perkataan seperti gunakan, miliki, hadapi, apitan, awalan dan lain-lain lagi. Manakala, bagi jenis imbuhan apitan pada kata terbitan adalah seperti pem--an, pe--an,peng--an, pe--an, per-an, ke--an me--kan, men--kan, mem--kan, meng--kan, ber--kan, di--kan, me--i , men--i, meng--i, dan di--i. Setelah dianalisa, terdapat 43 perkataan yang terdiri daripada imbuhan apitan . Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri bahagian analisis kata terbitan bagi melihat contoh-contoh kata terbitan yang menggunakan imbuhan apitan seperti yang dinyatakan. Bagi imbuhan sisipan pula, ia berlaku hanya pada perkataan sinambung dalam teks refleksi analis. Hasil daripada analisis kata terbitan tersebut, projeksi yang dapat saya buat imbuhan meN- dan peN- cenderung mengalami perubahan alomorf apabila bergabung dengan kata dasar yang terdiri dari huruf gugus konsonan dan vokal. Misalnya, meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g,gh, kh dan h (bunyi konsonan) serta a, e,i, o dan u (bunyi vokal) seperti contoh perkataan mengajar, menganalisis, menggali dan lain-lain lagi. Manakala, peN- menjadi penapabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya, pendengar.
Formula : Jumlah perkataan / jumlah keseluruhan kata terbitan X 100 JUMLAH KESELURUHAN KATA TERBITAN : 91 Jumlah kata terbitan awalan -35 Jumlah kata terbitan akhiran 12 Jumlah kata terbitan apitan 43 Jumlah kata terbitan sisipan -1

Peratusan kata terbitan


awalan akhiran apitan 1% sisipan

47%

39%

14
13%

Dalam usaha mensintesiskan setiap bentuk kata tersebut kepada golongannya iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas, analisis dilakukan dengan melihat konteks semantik setiap kata. Contohnya, perkataan mengikuti. Perkataan mengikuti mendukung maksud melakukan perbuatan mengikut sesuatu atau seseorang . Daripada penerangan melakukan perbuatan, analis telah mengolongkan perkataan tersebut ke dalam kata kerja. Klafikasi setiap kata mengikut golongannya boleh dirujuk pada Lampiran 3 : Analisis golongan kata dalam refleksi kendiri. Hasil analisis menunjukkan terdapat 87 perkataan yang digolongkan sebagai kata nama, 60 perkataan adalah kata kerja, 25 perkataan merupakan kata adjektif dan 72 perkataan yang tergolong dalam kata tugas.

JUMLAH PERKATAAN MENGIKUT GOLONGAN KATA


100 80 60 40 20 0 Golongan Kata kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas 25 87 72 60

Kendatipun, jumlah perkataan mengikut golongan kata dilakukan secara general, analisa subgolongan bagi setiap kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas tetap dilakukan secara detil. Misalnya tatabahasa, morfologi, bahasa melayu merupakan kata nama khas tak hidup. Contoh bagi Kata nama am hidup manusia pula seperti guru, pelajar, murid dan pendengar. Sila rujuk lampiran 3 : analisis kata nama mengikut subgolongan. Kata kerja dianalisis dari aspek kata kerja aktif transitif, aktif tak transitif dan kata kerja pasif. Contoh kata kerja aktif transitif adalah mengambil, mencari, menarik dan lainlain lagi. Contoh bagi kata kerja aktif tak transitif adalah seperti sampai, belajar, hadir dan lain-lain lagi. Dihasilkan, disertai dan digunakan merupakan contoh bagi kata
15

kerja pasif. Sila rujuk lampiran 3 : analisis kata kerja mengikut subgolongan untuk melihat klafikasi subgolongan kata kerja dengan lebih jelas. Manakala, bagi kata adjektif pula, tidak semua kesembilan kata jenis adjektif tersebut terdapat pada penulisan refleksi. Hasil analisis menunjukkan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat dalam penulisan refleksi adalah seperti kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif waktu, kata adjektif perasaan, kata adjektif cara dan kata adjektif jarak. Sila rujuk lampiran 3: analisis kata adjektif mengikut subgolongan bagi mengetahui contoh perkataan bagi setiap kata adjektif.

RUMUSAN Primafasinya, daripada dapatan kajian dan analisis data menunjukkan bagaimana proses penulisan refleksi kendiri analis dicerakinkan mengikut struktur kata, bentuk kata dan golongan kata. Perlaksanaan analisis tersebut membantu dalam mengklafikasikan setiap kata berdasarkan diskriptif struktur morfem, distingtif perkataan mengikut bentuk dan kriteria semantik. Perlaksanaan analisis ini membantu mengukuhkan kefahaman kendiri akan cabang-cabang morfologi tersebut. Bukan itu sahaja, sebagai bakal guru bahasa melayu, penting untuk menguasai nahu. Pemahaman guru yang jelas dan mendalam akan aspek morfologi, dapat membantu guru menggunakan bahasa dengan baik dan betul dimana paradigma bahasa dititik beratkan. Sekaligus membantu guru membentuk manhaj pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi dalam bilik darjah. Konklusinya, guru merupakan wadah pengajaran bahasa. Oleh itu, mengetahui, memahami dan mengamalkan nahu bahasa yang betul merupakan tanggungjawab seorang guru.

16

17

You might also like