You are on page 1of 6

Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Pada masa ini, peranan guru dalam pembangunan negara adalah amat penting untuk melahikan insan yang cemerlang. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan professional. Seterusnya, guru juga turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Selain itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Malah, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang. Guru yang berdedikasi dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Para pendidik juga melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Seterusnya, guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Seiring itu, para pendidik perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya. Mereka juga sentiasa mengorbankan masa dan tenaga. Selain daripada ini, dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Selain itu,. Para pendidik jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, peranan seorang guru dalam pembangunan Negara adalah sangat penting. Para pendidik menghayati tugas mereka dengan baik dan juga dapat melahirkan insan model yang rajin ke arah cemerlangan. Guru-guru mesti memahami peranan mereka dan melakukan tugas dengan penuh amanah.

Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional Ciri-ciri dan kualiti guru yang ada pada seorang guru profestional patut diambil kira pada masa ini. Kerana mereka adalah para pendidik yang membentuk insan yang cemerlang. Antara cirri cirinya adalah, guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab. Guru yang berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna Selain itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai dan guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan teladan bagi pelajar Guru patut menjadi guru yang tegas tetapi adil bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Sifat toleransi juga amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah itu. Guru akan berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Seterusya itu, kelakuan bersopan santun patut ada pada seorang pendidik yang bermoral semasa bergaul dengan anak murid mereka.. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. guru yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan negara dan akan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajarannya. Dan juga, guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Malah, seorang guru patut melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Dan juga para pendidik mengajar pelajar dengan bersemangat dan tanpa mengira agama dan bangsa. Daripada ini, guru boleh melahirkan beberapa orang modal insan yang cemerlang.

Perpaduan dan Kemakmuran Pelbagai Kaum Kunci Keamanan Negara

Perpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.dalam artikel ini mereka memberitahu bagaimanakah perpaduan kaum menjadi kunci keamanan negara. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik. perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Tambahan pula, konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik. Disamping itu, kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. . Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain.. Seterusnya, untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurangkurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolahsekolah kebangsaan. Oleh itu, perpaduan adalah amat penting untuk keamanaan negara. Untuk itu sebagai warganegara malaysia membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen dan menolong satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.

Kekalkan perpaduan kaum Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada

perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciriciri masyarakat majmuk di negara kita. Seumpampamanya ini perdana menteri kita memberi beberapa cadangan untuk kekalkan perpaduan kaum. Perpaduan mesti terus menjadi matlamat pembangunan negara agar Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat serta mempunyai bangsa yang maju dan berjaya. bagi memastikan perpaduan dikekalkan, sebarang usaha pembangunan tidak boleh bersifat eksklusif kepada golongan tertentu. Perdana Menteri menambah, keikhlasan mesti menjadi sebahagian daripada peribadi rakyat yang sayang kepada bangsa dan negara agar tidak menimbulkan pergeseran antara kaum yang akhirnya akan merugikan rakyat. bagi memastikan hasrat itu tercapai. Seterusnya, tokoh-tokoh masyarakat yang terlibat sebagai Panel Penasihat Perpaduan Negara perlu menjadikan keikhlasan sebagai salah satu ciri peribadi mereka membina ketahanan supaya penyakit pergaduhan kaum tidak timbul. Daripada artikel ini perdana menteri kita meletakkan banyak cadangan beliau untuk memupuk perpaduan antara masyarakat malaysia. Oleh itu sebagai warganegara malaysia kita patut mengamalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan perlu diadakan sebagai pendekatan bagi mencapai permuafakatan.

Penghayatan Nilai-Nilai Murni Kearah Pembentukan Displin Pelajar

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Setiap manusia perlu ada nilai nilai murni untuk keperibadian seseorang individu. Nilai-nilai murni menjadi asas kepada pembinaan dan pembangunan sahsiah manusia. dipertahankan bagi mengatasi segala bentuk kemusnahan sama ada dalam bentuk fizikal atau dalaman (kerohanian). nilai-nilai murni ini dikatakan dapat membantu membentuk disiplin seseorang individu. Seterusnya, penghayatan nilai-nilai murni ini dilihat dari dua pendekatan iaitu tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan amalan dari penghayatan nilainilai murni dalam kehidupan seharian pelajar. dapat membantu membentuk disiplin, tahap pembentukan disiplin dalam kehidupan seharian pelajar dikenalpasti. Disamping itu, bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan seterusnya tahap pembentukan disiplin dalam diri pelajar dapat ditingkatkan.. Akhir katanya, nilai nilai murni membentuk pelajar yang berdisiplin di kalangan masyarakat. Untuk membentuk pelajar yang berdisiplin ibu bapa dan guru perlu member kejasama yang baik. Dariapada ini, masyarakat kita dapat generasi yang baik dan insane yang bermoral.

Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai Murni

Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni telah pun dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di peringkat kebangsaan. Dalam kempen itu beliau mengucapkan tentang amalan nilai nilai murni.Kempen ini merupakan satu agenda penting Kerajaan bertujuan untuk menyemai semula dan menyemarakkan amalan berbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Rakyat malaysia sentiasa diasuh dan diterapkan dengan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. telah dididik supaya sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan berbagai lagi. Ia juga menanam keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua peringkat dan lapisan masyarakat. dapat menyuburkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa malah mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, hormat-menghormati, saling bantu-membantu. Di samping itu, mengeratkan siratulrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibah di kalangan rakyat. amalan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa juga telah menjadi asas kukuh mulia, adil dan jujur. kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia. Di tambahan pula, berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Oleh itu, kita bersama-sama bekerjasama untuk mengukuhkan budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni supaya ia kekal sebagai kebanggaan warisan bangsa. dalam usaha kita menikmati jalinan perpaduan negara yang begitu erat selama ini. Warga Kementerian harus mengamalkan sikap berhati

You might also like