BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
: Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam Bab 1

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: x Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi x Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi x Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

1.0

PENGENALAN

RINGKASAN BAB 1.0 Pengenalan 1.1 Konsep dan Definisi Pengelolaan dan Pentadbiran 1.2 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Sukan dan Rekreasi

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

OUM

1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

1.1

KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Merancang Menyediakan bajet Mengawal Mengarah Mengelola Menyediakan jadual pertandingan Membuat keputusan Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:(a) (b) (c) Persediaan profesional Sikap profesional Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1

Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986) Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan

2

OUM

Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN pelajar lebih sihat. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: “Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan” (Pusat Perkembangan Kurikulum. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani. pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan. Pendidikan Jasmani. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani. pendidikan sukan serta kesihatan. 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. rekreasi. rohani dan intelektual. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan. 1999) OUM 3 . Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran. pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. sikap. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan. emosi. Kemahiran dan Kesukanan.

(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988). jasmani. intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor.1) Pengetua/Guru Besar Penolong Kanan (Akademik Ketua Panitia Setiausaha Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani) Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani Memastikan digunakan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani Menyediakan perancangan tahunan panitia Memantau pengajaran pendidikan jasmani Memeriksa buku latihan pelajar Merancang pembelian alatan untuk panitia 4 OUM . emosi.

00(minimum) Rm2. guru-guru dan murid-murid. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) (ii) (iii) (iv) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. OUM 5 . Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti berikut: Jadual 1. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 720.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani Bil Murid Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang 251-500 Orang 501-750 Orang 751-1000 Orang 1001 Orang atau lebih Peruntukan RM 300.00(minimum) Rm1.00 RM 300.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (ix) (x) (e) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia Merancang latihan dalaman Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 2420.40/seorang (selepas 500 0rang) RM 1970.00(minimum) Rm2. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.60/seorang (selepas 250 0rang) RM 1370.00(minimum) Rm1. Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.00/seorang (selepas 100 0rang) (f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani.00(minimum) Rm2.

Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 (v) (vi) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurangkurangnya sekali setahun. Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara. Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani (i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. 6 OUM . Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki. (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: x Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun. alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN x x x x x Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Duduk di atas bola Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur Menyediakan alatan seperti kereta pemindahan barang secara pukal. bola jaring dan lain-lain Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki. sorong bagi memudahkan x x x x (viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. OUM 7 . Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. baton dan lain-lain Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

Guru-guru seharusnya diberi penerangan tentang tingkah laku pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Pendidikan Jasmani. membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.2 Pengurusan Sukan Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat. Nyatakan fungsi pengurusan sukan dan pendidikan jasmani? 3. kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya.1. membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan. 1999. tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan. Huraikan Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani. Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pengurusan jasmani dan rekreasi. 8 OUM . Sukan melibatkan perancangan. Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. 6.1 1. 1. Nyatakan tingkah laku tersebut 2. Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan jasmani 5. Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan–badan amatur dan profesional. kemahiran motor dan strategi. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial. Nyatakan objektif utama kurikulum pendidikan jasmani mengikut Sukatan Pelajaran. Nyatakan? 4. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 Semak Kendiri 1. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan.

majlis-majlis sukan. masyarakat (e) Peringkat Antarabangsa (i) (ii) (iii) (iv) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. memberi kesedaran dalam membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. Mengasah kemahiran-kemahiran asas. institusi pengajian tinggi. Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi. Memupuk persahabatan. kemajuan dan pembangunan sukan negara. pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan. diri individu dan (b) (c) (d) Peringkat Masyarakat (i) (ii) (iii) (iv) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (a) Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan. Peringkat Individu (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Membentuk sahsiah. Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensiagensi kerajaan dan bukan kerajaan. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna. Interaksi sosial yang baik. OUM 9 . masyarakat dan negara. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi keperluan asasi sosial. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan. berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : (a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan. (b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. 10 OUM . Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. pentadbir dan pegawai sukan. jurulatih. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Selain itu. Di institusi pengajian tinggi. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi. swasta dengan kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. memenuhi (b) (c) (d) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: (a) Membentuk masyarakat yang sihat. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai. Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA. elaun sara hidup. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis (d) (e) (f) (g) OUM 11 . (c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang. perlindungan insurans. kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. melaksana dan menilai program sukan.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. penganugerahan. Di peringkat negeri. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu. kerajaan negeri. cuti. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan. sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. biasiswa. Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. sektor korporat dan individu. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan.

(jogging. taichi dan lain-lain). sosial. psikologi. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi kedua-dua bidang ini perlulah dibangunkan serentak. Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua? Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara. outdoor (mendaki. Konsep Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. (bola sepak. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan. aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia. pendidikan dan kebudayaan.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. rekreasi dan kecergasan. mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. 12 OUM . kecergasan. Sukan Massa juga bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan. Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya sukan. badminton. persahabatan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup. berjalan kaki. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 7 Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu. berkhemah dan mengembara). Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. berkeno. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. (a) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. sepak takraw dan lain-lain).

akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai. Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif. Satu idea yang dilihat dapat mengurangkan masalah sosial. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan. Satu proses pendidikan seumur hidup. MALAYSIA CERGAS juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mustahaknya bersukan Di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal Apa aktiviti yang perlu dilakukan Batasan aktiviti bagi setengah golongan umur Kesesuaian aktiviti. Dengan kata lain MALAYSIA CERGAS adalah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Satu seruan ke arah membentuk gaya hidup yang lebih aktif. Matlamat MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia . OUM 13 . Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Satu dinamisme dalam kepimpinan. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. supaya penyertaan menjadi lebih teratur dan berkekalan. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan negara. Malaysia Cergas MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik. Matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. rekreasi dan kecergasan. Satu tema. satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat. lebih selesa dan lebih tinggi mutunya.

berbasikal. Bola Tampar.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 Lebih penting lagi. Golf. satu ‘Blueprint’ telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu bagi mengemukakan Kertas Permohonan Peruntukan Program kepada Jawatankuasa Kabinet. Menembak. MALAYSIA CERGAS berkonsep mengajak rakyat Malaysia keluar rumah – ke padang. belayar. Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah. MALAYSIA CERGAS. satu sesi pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat mengenai konsep dan hala tuju Program Pembangunan Sukan Teras ini. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi akan lebih bermakna. Pingpong. bersilat. Hoki. Antara Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia Bidang SUKAN seperti Tenis. ke taman. gimnastik. berenang. bersenam. mengikut definisi bermaksud: ‘mempunyai tenaga untuk membuat kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan. Taekwando. membuat senamrobik. Seterusnya pada 31 Mac 2005. Karate. 14 OUM . Kriket. Pada 14 Februari 2005. Squash. boling. Bola jaring. Dalam mesyuarat ini Jawatankuasa telah menamakan lapan (8) jenis sukan sebagai sukan teras yang perlu dibangunkan di semua peringkat khususnya peringkat akar umbi. bina badan. meluncur layar. berkeno'orienteering'. menyeru mengajak setiap lapisan masyarakat supaya memberi tindak balas positif dengan menyertai kegiatan fizikal dan rekreasi. Bola Tangan. Sofbol. Judo. mengembara. latihan ‘conditioning' melompat. yoga atau tai chi. bermain wau atau gasing. tenaga untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang (b) Sukan Prestasi Tinggi Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan ‘Body Contact’ seperti sukan menembak. Tinju. ‘surfing'. mendaki bukit dan gunung. menyedut udara. ke gelanggang. Sepak Takraw. Bola sepak. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk menikmati kebaikan dan kebahagiaan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal. ke pusat sukan – untuk mengambil bahagian. Badminton. Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 25 September 2004. lelaki dan perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang kegiatan fizikal. Ragbi. Skating. Kecergasan. Memanah Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan. mendayung perahu. Boling. angkat berat. satu persetujuan telah dibuat untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pelaksanaan Pembangunan Sukan Teras ini khususnya di peringkat akar umbi. MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia – tua dan muda. gimnastik dan lain-lain lagi. selam skuba. berkelah. Gusti. Bola Keranjang.

Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil kejurulatihan Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional mereka Mendapat khidmat jurulatih luar negara Menghantar atlet berlatih ke luar negara Pertubuhan-pertubuhan sukan akan merancang dan membangunkan programprogram jangka panjang untuk kecemerlangan sukan. Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan nasional. satu Majlis Pelancaran Logo Sukan Teras Prestasi Tinggi telah diadakan di Menara KBS.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan bersama Majlis Sukan Negara. Melalui cara ini. serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai bangsa dan suku kaum. atlet-atlet berbakat dapat dikenal pasti kemampuan dan kemahiran mereka dan seterusnya dilatih secara sistematik dan berpanjangan. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Objektif Sukan Berprestasi Tinggi Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras. perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan oleh majlis sukan negara: (i) (ii) Jenis sukan yang mempunyai kemudahan dan di kenali oleh masyarakat Malaysia. Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi (i) Mengenal Pasti Bakat Atlet-atlet yang dipilih untuk mengikuti program ini seharusnya melalui ujianujian tertentu yang berteraskan sains sukan. Pelancaran ini bertujuan untuk mendapat sambutan dan menarik lebih ramai penyertaan dalam kategori sukan ini dari seluruh masyarakat Malaysia Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Pada 16 November 2005. OUM 15 . Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. Putrajaya bagi memperkenalkan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi ini kepada masyarakat umum. Dalam merancang programprogram jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi.

Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.2 1. Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mencapai hasrat ini? 3. 2. tumpuan akan diberikan untuk memperbanyakkan peluang bertanding kepada semua peringkat umur atlet yang terlibat dalam program ini. Berikan matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) 16 OUM . Memperbanyakkan Peluang Pertandingan Melalui program ini. Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah Penambahan bilangan atlet mestilah seiring dengan penambahan pusat-pusat latihan di peringkat negeri dan daerah. Kursus-kursus jurulatih akan diadakan bagi memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih baru yang berminat untuk turut bersama dalam program. Persatuan sukan kebangsaan digalakkan untuk membuka lebih banyak pusatpusat latihan di seluruh negara. Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal Lebih ramai pegawai-pegawai teknikal diperlukan bagi mengendalikan pertandingan-pertandingan yang akan diadakan di bawah program. Para atlet akan diberi peluang untuk mengukur prestasi mereka di samping menilai keberkesanan program latihan yang diikuti. Tanpa persatuan sukan yang kukuh di akar umbi. kebergantungan kepada jurulatih luar negara akan dapat dikurangkan. Melalui program Mengenal pasti Bakat (TID) yang berterusan. kemampuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan ahli-ahli gabungannya akan diberi perhatian sewajarnya. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. maka usaha perlu ditumpukan bagi mencari lebih ramai atlet berbakat dalam lapan jenis sukan yang telah dinamakan di bawah program ini. ‘Talent Scouting’ yang menyeluruh adalah diharapkan lebih ramai atlet dikenal pasti dan diberi latihan yang sewajarnya di semua peringkat. Huraikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara. pemilihan sukan tersebut sebagai sukan teras tidak akan bermakna.PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 (ii) Penambahan Bilangan Atlet Berbakat Bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet-atlet berbakat. Semak Kendiri 1. Nyatakan Rasional Dasar Sukan Negara? 4. (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Penambahan Bilangan Jurulatih Program ini akan melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertaraf dunia. Melalui cara ini. pelbagai program pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan di semua peringkat. Pihak persatuan sukan kebangsaan akan diminta untuk menganjurkan lebih banyak kursus-kursus bagi melatih lebih ramai pegawai-pegawai teknikal baru. Melalui cara ini. Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan Dalam perkara ini.

1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani. kognitif dan psikomotor. intelek dan sosial. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. emosi. dengan menggunakan tiga domain iaitu kognitif. Secara amnya falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat. afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani. 1. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan.2 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Dalam subtajuk ini kita akan membincangkan falsafah serta kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan. pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Berdasarkan kepada prinsip: OUM 17 . Falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa dengan program sukan berprestasi tinggi. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1. dan Sukan Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif. menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.2. cergas dan mengutamakan gaya hidup sihat. Pendidikan jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan sistematik. jasmani. 1. Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. Falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani.2. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat (e) 1.semuanya menggalakkan pergaulan. Nyatakan secara ringkas Falsafah pengurusan pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu: (i) (ii) (iii) Kecergasan Kemahiran Kesukanan (c) (d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni. sahabat handai. (b) (c) Semak Kendiri 1. rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip: (a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental . Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga. masyarakat setempat dan masyarakat asing .2. 2. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.3 1.bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup. berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan. mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Nyatakan secara ringkas kepentingan pengelolaan dan pentadbiran sukan. persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. 18 OUM .PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 (a) (b) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.3 Prinsip Pengurusan Sukan Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas.

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN RUMUSAN x Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan. x x x x x x x x x x x x x x x OUM 19 . Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan. membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. perancangan. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. kemajuan dan pembangunan sukan negara. Kemahiran dan Kesukanan. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran. Pengurusan sukan. pengawalan. Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak . MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. pengarahan. Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. pengelolaan. Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan. kepemimpinan dan penilaian dalam kontek perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. pengurusan bajet. Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.

A. (1993). Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat. Iowa: Wm. falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman. menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. jasmani. Mosby Company Colfer. intelek dan sosial. (1986). Foundation of physical education. C. G.E. Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani.R. x PERKATAAN PENTING x x x x x x x x x x x x x Psikomotor. Dasar Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara MALAYSIA CERGAS Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Sukan Prestasi Tinggi Mengenal pasti Bakat Pusat Latihan Negeri dan Daerah Falsafah pengurusan Pendidikan Jasmani Falsafah pengurusan sukan RUJUKAN Asiah Abu Samah. R. Toronto: The V. & Magill. emosi. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher. Kognitif. Sosial Emosi. Hamilton. K. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara 20 OUM . Kurikulum Pendidikan Jasmani Organisasi Mesyuarat kurikulum sekolah Mesyuarat panitia pendidikan jasmani Rancangan tahunan pendidikan jasmani Perancangan belanjawan Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani Stor Pendidikan Jasmani x x x x x x x x x x x x x x Kerjaya profesional Badan-badan amatur Profesional. Afektif..PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN BAB 1 x x x Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.A. Contemporary physical education. Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. (1979).

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Shah Alam: Karisma Production Sdn. (2002). Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM : Satu kesinambungan. Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. (2001). Teng Boon Tong. Kuala Lumpur. Selangor: Pearson Education. PPK: Kuala Lumpur. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum. Teng Boon Tong. Bhd. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Wee Eng Hoe. (1989). OUM 21 . Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. (1989). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful