P. 1
Bab 4 - Pembangunan Ekonomi

Bab 4 - Pembangunan Ekonomi

3.0

|Views: 5,868|Likes:

More info:

Published by: Mohd Asri Silahuddin on Mar 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/07/2013

pdf

text

original

PEMBANGUNAN EKONOMI

DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
1

Liputan Kuliah
4.1 PENGENALAN 4.2 KONSEP MODENISASI 4.3 MODENISASI DI MALAYSIA 4.4 ISU-ISU UTAMA EKONOMI 4.5 KESIMPULAN
2

Pengenalan
• Hubungan timbal balik antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. • Alat analisis :
– modenisasi – pembangunan ekonomi – pembangunan politik

3

KONSEP MODENISASI
• Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana atau tidak berencana. • Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. • Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. • Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
4

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Sasaran pembangunan ekonomi : masyarakat industri. • Kaedah pembangunan ekonomi ;
– – – – Pembangunan teknologi. Pembangunan pertanian. Industrialisasi. Urbanisasi.

5

Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar :
– Revolusi Perancis (politik feudal) – Revolusi Industri (ekonomi).

• Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.
6

Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut : – Sudut falsafah :
• Kemajuan / Teori Evolusi

– Sudut praktikal :
• Kemajuan Eropah Barat • Revolusi Industri
7

Matlamat modenisasi di Eropah Barat
• Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. • Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. • Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).
8

‘Penjajahan’
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah
• Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat. • Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan. • Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. • Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan.

9

‘Penjajahan’ Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah
• Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai “ketinggalan”. Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden. Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang “ketinggalan” harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat. Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat Eropah Barat dianggap sebagai “underdevelopment”.
10

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh bagi pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara membangun. • Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama:
– Pemodenan; berencana. – Pembaratan; tidak berencana.
11

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara. Ada dua aspek utama yang ditiru :
– Aspek politik : – Model negara-bangsa dan demokrasi politik. – Peranan PBB Aspek ekonomi : – Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. – Peranan MNC, World Bank & IMF
12

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah, mungkin dalam bentuk:
– mengembangkan kepercayaan masyarakat, – dalam pola-pola sosial mereka, – dalam erti material.

• Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
13

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki ‘zaman peradaban global’. Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
– – – Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal. Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. Pengaliran modal yang besar.
14

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi global adalah golongan kapitalis. • Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan cara
– mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi. – mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh.

• Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.
15

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan sebagai globalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan. – Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh dunia. – Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations (MNC) atau transnational corporations.
16

Luar Eropah: ‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pengalaman di negara-negara membangun memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah pemodenan. • Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan langkahlangkah yang diambil pula disesuaikan dengan keadaan di dalam negara tersebut.
17

MODENISASI DI MALAYSIA
• Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. • Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. • Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.
18

Modenisasi Di Malaysia
 Komponen Ekonomi
– Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri.  peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

 Komponen Politik
 Isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting lantaran kepelbagaian yang wujud
19

Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
• Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial. • Kolonial Inggeris : komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka. • Malaysia : pembangunan ekonomi untuk kepentingan ekonomi dan landasan pembinaan negara-bangsa.
20

Acuan Ekonomi Malaysia:
Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
• Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris. • Perubahan alam sekitar utk pertanian. • Pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks sebagai sokongan kepada industri asas. • Division of labour mengikut kumpulan etnik. • Modal mengikut kelompok etnik, modal asing dan sebagainya.
21

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi
• Etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain. • Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. • Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti • Ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.
22

Perancangan Pembangunan Lima Tahun
• Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. • Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya memperkenalkan institusi ’perancangan pembangunan’ di Persekutuan Tanah Melayu.
– Rancangan lima tahun di Soviet Union dan India – Marshall Plan di seluruh Eropah.
23

Perancangan Pembangunan Lima Tahun
• Draft Development Plan (1950-1954). • First Five-Year Tanah Melayu Plan (1955-60). • Second Five – Year Tanah Melayu Plan (1961-65). Rancangan Malaysia Pertama (1966-70). • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980). • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985). • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). • Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996). • Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) • Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006). • Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
24

Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
• Pada tahun 1960an dan 1970an, pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian dan pertanian.
– Penubuhan FELDA, FELCRA dan MARA.

Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Kini, pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi. Dasar-dasar awam yang digubal bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan Malaysia.
25

ISU-ISU UTAMA EKONOMI
• Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. • Beberapa isu penting :
– Antara Pertumbuhan dan Agihan
• antara kelas sosial yang berbeza. • antara kelompok etnik yang berbeza.

– Antara Equality dan Equity
26

Antara Equity dan Equality
• Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang. Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan: “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan”. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera – rujuk SEJARAH MALAYSIA

27

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik
• Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik. Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain. Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.
28

Kaum

Kadar Kemiskinan (% ) 64.8 26.0 39.2

Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM) 172.00 392.00 304.00

Melayu Cina India Lainlain

44.8

813.00

Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970

29

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik
• Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %. Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %. Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %.
30

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik
• Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu, – mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik – menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi. • Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.
31

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik
• Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan projek pembangunan : – Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. – Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. – Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. – Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. – Memodenkan kehidupan di luar bandar. – Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera. – Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia. – Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain. 32

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:
Bahasa
Bahasa kebangsaan Pendidikan

Sains
BI?

Ekonomi
BI?
33

Globalisasi , Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik
• Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan. • Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998. • Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
34

Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
• Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985. Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Islam. Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut, masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada bank konvensional.
35

Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
• Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983, Akta Takaful 1984 dan diikuti dengan penubuhan Bank Islam Malaysia. Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap perbankan Islam sangat positif sehingga membawa kepada pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip Islam dan lain-lain pengantara kewangan,
– – – – – – Syarikat-Syarikat Takaful, Pasaran Modal Islam, Ekuiti Modal Islam, Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam, AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia) BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).
36

Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik
• Dasar Penswastaan pada tahun 1983. • Melibatkan peralihan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. • Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization).

37

Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik
• Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program Industri Otomobil Nasional. • Selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur. • Sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara. • Menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil khususnya.
38

Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik
• Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional berjalan dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar melindungi industri automotif negara melalui beberapa mekanisme, seperti duti eksais dan beberapa insentif lain. • Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN), digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global. • Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan.
39

KESIMPULAN
• Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. – kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi. – penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung.
40

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->