You are on page 1of 64

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian

20
TOPIK 8

Gerakan Planet Dan Satelit



Sinopsis

Planet bergerak di sekelilingi matahari dan satelit (semulajadi atau buatan
manusia) bergerak disekelilingi planet. Gerakan jasad-jasad semawi dalam orbit
masing-masing adalah tertakluk kepada daya-daya yang bertindak di antara
jasad-jasad tersebut. Dalam bahagian ini, anda akan mengkaji gerakan jasad-
jasad semawi melalui hukum-hukum Kepler untuk menerangkan kejadian-
kejadian yang berlaku disekeling anda akibat pergerakan-pergerakan tersebut.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan hukum-hukum Kepler
2. Membincangkan medan graviti dan hukum kegravitian semesta Newton
3. Menunjukkan pergerakan planet dan satelit
4. Membincangkan berat dan tanpa berat


Gambaran Keseluruhan


Rajah 8.1 Gambarajah Keseluruhan Isi Kandungan


8.1 Hukum-hukum Kepler

Planet-planet mengelilingi matahari adalah dalam gerakan berbentuk elips
dengan matahari sebagai satu fokusnya. Paksi putaran hampir kesemua planet
dan satelit adalah berserenjang dengan satah ecliptic. Hampir semua planet
bergerak dalam arah yang sama. Pada tahun Johannes Kepler mencadangkan
tiga hukum untuk gerakan planet .
Gerakan Planet
dan Satelit
Hukum-hukum
Kepler
Hukum Kepler
Pertama
Hukum Kepler
Kedua
Hukum Kepler
Ketiga
Kegravitian
Semesta
Gerakan Planet
dan Satelit
Kejadian Siang
dan Malam
Gerakan
Rerograde
Berat dan
Tanpa Berat
Medan Graviti
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
21












Rajah 8.2 Orbit planet mengelilingi matahari

Hukum-hukum Kepler

Hukum Kepler Pertama (1609)
Orbit planet mengelilingi satu bintang adalah elips dengan bintang pada
satu fokus.



Hukum Kepler ke 2 (1609):


Rajah 8.3 Hukum Kepler kedua
Planet
Paling
perlahan
Jarak
Aphelion
Jarak
Perihelion
Pusat
Matahari
Paling
pantas
bintang
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
22
Menyatakan bahawa satu garisan yang menyambung satu planet dan
bintangnya mencangkupi kawasan yang sama dalam sela masa yang sama.
Apabila planet beredar di dalam orbit elipsnya, jaraknya daripada matahari akan
berubah-ubah. Luas yang sama dilalui pada sebarang tempoh masa kerana
jarak daripada planet ke bintang yang di orbitnya berubah.

Supaya ia dapat mencakupi luas yang sama, halaju planet sentiasa berubah-
ubah, dan lajunya bertambah atau berkurang mengikut kedudukannya daripada
matahari. Oleh itu, planet bergerak paling pantas semasa di kawasan perihelion
dan paling perlahan di kawasan aphelion (Hukum keabadian momentum sudut).


Rajah 8.4 Luas yang dicakupi dalam tempoh 30 hari adalah sama




















Berhampiran peihelion, dalam 30
hari sebuah planet mengcakumi
satu luas yang pendek tapi lebar
Berhampiran aphelion, dalam 30
hari sebuah planet mengcakumi
satu luas yang panjang tapi sempit

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
23
Hukum Kepler Ketiga (1618)

Hukum ini menyatakan nisbah kuasa dua tempoh sebarang 2 planet yang
beredar mengelilingi matahari adalah sama dengan nisbah kuasa tiga jarak
purata mereka daripada matahari.

Kuasa dua tempoh 2 planet mengeliingi
matahari berkadar dengan kuasa tiga
jarak purata dari matahari

T
p
2
~ a
3
................(i)

Maka

Jika 2 planet mempunyai tempoh T
a
and
T
b
dan jarak purata r
a
and r
b






..............................(ii)
di mana
T = tempoh perbintangan objek dalam tahun
a = paksi semi major objek (dalam AU)

Persamaan (i) menunjukkan kuasadua tempoh perbintangan (sidereal period)
planet yang mengorbit, T
p
adalah berkadaran dengan kuasatiga paksi semi-
major orbit, a

Oleh itu, bukan sahaja panjang orbit meningkat dengan jarak, laju orbit juga
berkurang, supaya peningkatan tempoh perbintangan adalah lebih daripada
berkadaran.

8.2 Kegravitian semesta

Newton meramalkan bahawa daya yang menarik dua jasad semawi (contohnya
planet dan matahari) adalah sama dengan daya yang menarik objek ke bumi.

Sekiranya dua jasad dipisahkan dengan jarak R, daya graviti F yang bertindak
antara dua jasad berjisim M dan m, dan yang dipisahkan oleh jarak R

adalah



di mana: G adalah pemalar graviti (G = 6.67 x 10
-11
m
3
/kg s
2
)

Hubungan d antara F, G, M, m dan R
2
dinamakan Hukum Kegravitian Semesta
R
M
m
3 2
|
|
.
|

\
|
=
|
|
.
|

\
|
b
a
b
a
r
r
T
T
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
24
8.3 Menggunakan hukum kegravitian semesta Newton

(1) Daripada Hukum Kegravitian Semesta Newton dan Hukum Kepler kita
boleh mencari perkaitan antara halaju jasad v, jisim M dan jejari R jasad
tersebut

Hukum kegravitian
semesta


Hukum Newton


Jika F
1
= F
2
, maka

..(i)

Ini menunjukkan bahawa bagi gerakan jasad dalam suatu orbit, halaju
jasad v akan bertambah apabila jejari orbit R adalah kecil.

(2) Daripada Hukum Kepler ketiga

Hukum Kepler Ketiga



Tetapi k = malar
=


Maka




8.4 Gerakan planet dan satelit

Satelit adalah mana-mana objek yang mengorbit bumi, matahari dan mana-mana
jasad semawi. Ia boleh dikategorikan sebagai satelit semulajadi atau satelit
buatan manusia. Contoh satelit semulajadi adalah bulan, planet dan komet,
sementara satelit buatan manusia adalah seperti yang dilancarkan ke angkasa
lepas bagi tujuan komunikasi, kajian saintifik, kaji cuaca dan sebagainya.

Satelit kadangkala mengorbit dalam laluan yang dipanggil elips . Dalam kes
sebegini jasad utama terletak di pusat elips.


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
25
Kejadian siang dan malam

Daripada pergerakan planet-planet mengelilingi matahari, fikirkan bagaimana
siang dan malam.



Rajah 8.5

Gerakan ketara planet-planet yang orbitnya lebih besar daripada bumi gerakan
songsangan (retrograde motion)









Bumi
matahari jatuh matahari terbit
ufuk
matahari

BARAT
(matahari
jatuh)
matahari

TIMUR
(matahari
terbit)

Gerakan ketara satu daripada bintang petang-pagi
Barat Timur
Latarbelakang bintang
Bumi
Marikh
Matahari
Rajah 8.6 Gerakan ketara planet yang orbitnya
lebih besar daripada orbit bumi
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
26
Kadangkala satu objek di langit kelihatan bergerak ke belakang dibandingkan
dengan pergerakan system. Ia di katakan dalam keadaan gerakan sonsangan
(retrograde motion). Satu contoh yang paling lazim adalah dalam system suria di
mana planet Marikh bergerak secara ketara ke barat (biasanya ke timur) pada
kedudukan 3-5 pada rajah di atas. Hal ini berlaku kerana Marikh mempunyai
orbit yang lebih besar daripada bumi, maka bergerak lebih perlahan pada
orbitnya.

Kedua-dua planet sedang bergerak ke timur, tetapi oleh kerana bumi bergerak
lebih laju pada orbitnya, pada satu kedudukan ia kelihatan seperti memotong
Marikh. Jika berlatarbelakangkan bintang, Marikh akan kelihatan semakin
perlahan, kemudian pegun dan kemudian bergerak pada arah bertentangan.

Hal ini akan berlaku selama beberapa bulan sehingga ia kembali kepada
pergerakan asalnya ke timur (kedudukan 6-7).


8.5 Berat dan tanpa berat

Tanpa berat adalah satu sensasi yang dialami oleh sesorang individu bila tiada
objek menyentuh, menolak atau menariknya. Tiada daya-daya sentuhan yang
bertindak kekatasnya. Contohnya adalah bila anda jatuh bebas, satu-satu daya
yang bertindak ke atas anda adalah graviti (daya bukan sentuhan) Daya graviti
tidak boleh dirasai, maka anda akan merasa seakan-akan kehilangan berat.
Contoh lain adalah apabila anda berada di taman-taman tema. Sekiranya anda
menaiki roller coaster dan tiba-tiba rasa terangkat daripada tempat duduk anda,
ini menunjukkan tiada sentuhan berlaku antara anda dan kerusi, kerana tidak
ada daya normal bertindak ke atas anda. Satu-satu daya yang bertindak ke atas
anda adalah daya graviti. Dalam hal ini, anda akan berasa kehilangan berat.
Oleh itu, jika berat merujuk kepada daya tarikan graviti ke bumi, maka
kehilangan berat pula bermaksud sesorang itu masih menerima daya tarikan
graviti bumi, bukan hilang beratnya. Angkasawan biasanya mengalami sensasi
tanpa berat di angkasa lepas.
Graviti sifar selalu digunakan sebagai sinonim tanpa berat, tanpa berat dalam
orbit bukan graviti yang disingkir atau berkurang dengan nyata.


8.6 Medan graviti

Medan graviti adalah model yang digunakan dalam bidang fizik untuk
menerangkan bagaimana graviti wujud di alam semesta. Mengikut konsep asal,
graviti adalah daya antara titik jisim jisim.
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
27

Dari F = ma, daya graviti daya graviti, F
g
= mg
Maka medan graviti, g


Dari rumus,


Maka medan graviti, g



- Persamaan

menunjukkan bahawa medan graviti, g semakin


berkurang apabila jarak titik daripada jisim, R semakin jauh.

8.7 Contoh soalan dan latihan

1. Galileo menjumpai 4 bulan Jupiter. Io, yang diukurnya adalah 4.2 unit
daripada pusat, mempunyai tempoh 1.8 hari. Dia mengukur jejari orbit
Ganymede sebagai 10.7 unit. Gunakan Hukum Kepler yang ke 3 untuk
mencari tempoh Ganymede.

2. Matahari mempunyai jisim 2x10
30
kg, dan berjarak 1.5x10
8
km, manakala
jisim Bulan adalah 7.35x10
22
kg, dan 3.8x10
5
km jauhnya. Yang manakah
menghasilkan pengaruh graviti yang lebih kuat ke atas bumi?
A. Matahari
B. Bulan
C. Mereka adalah lebih kurang sama.
D. Tidak berkenaan

3. Bulan Jupiter yang keempat, Callisto, mempunyai tempoh 16.7 hari. Cari
jarak daripada Jupiter menggunakan unit yang sama digunakan Galileo


4. Satu satelit berjarak 225 km daripada permukaan bumi. Apakah halaju
orbitnya?
(radius of Earth, R
E
= 6.37 x 10
6
m, mass of Earth, M
E
= 5.98 x 10
24
kg,
G = 6.67 x 10
-11
N-m
2/
kg
2


5. Jika Bumi dua kali lebih besar tetapi sama saiz, apa akan jadi kepada g?

8.8 Rujukan

http://www.physicsclassroom.com/Class/circles/u6l4d.cfm

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
28

TOPIK 9


Fizik Dalam Muzik


Sinopsis

Bunyi ada disekeliling kita. Dalam bahagian ini, anda akan dapat membezakan
bunyi melalui keamatan dan frekuensinya yang membezakan bunyi dari segi
kekuatan dan kenyaringannya. Selain itu, anda juga dapat mengkaji fenomena
resonans dan kejadian-kejadian yang berlaku akibatnya. Perbezaan kualiti bunyi
oleh alat-alat muzik yang berbeza juga akan dibincangkan.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan bagaimana bunyi dihasilkan
2. Mengaitkan keamatan bunyi dengan kekuatannya
3. Mengaitkan frekuensi dengan kenyaringan
4. Membincangkan bagaimana konsep gelombang bunyi dan resonans
digunakan untuk menerangkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh alat-
alat muzik yang berbeza.
R
a
j
a
h

9
.
1

G
a
m
barajah keseluruhan isi kandungan

Isi kandungan

9.1 Bunyi dan gelombang membujur

Gelombang bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat
melalui pepejal, cecair dan gas. Maka gelombang bunyi dirujuk sebagai
gelombang membujur kerana molekul-molekul udara (zarah-zarah medium)
bergerak dalam arah yang selari dengan arah gerakan gelombang. Hasil getaran
membujur seperti itu adalah disebabkan oleh mampatan dan regangan udara.

FIZIK DALAM
MUZIK
Bunyi dan
Gelombang
Membujur
Keamatan &
Kenyaringan
Frekuensi &
Kelangsingan
Resonans
Gelombang
Tekanan
Kualiti
Bunyi
Alat-alat
muzik
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
29
Tenaga dipindahkan oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan
dan rengangan udara. Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk
ianya bergerak. Oleh itu gelombang bunyi tidak dapat merambat dalam keadaan
vakum.

Gerakan perambatan molekul-molekul udara ini menghasilkan gelombang
dengan halaju v, panjang gelombang l dan frekuensi gelombang di mana

v = f
9.2 Keamatan dan kenyaringan

Bunyi adalah gelombang yang mempunyai amplitud, atau tinggi. Amplitud
pengukuran tenaga gelombang, lebih besar tenaga gelombang lebih tinggi
amplitudnya. Bila amplitud meningkat, keamatan bunyi juga meningkat.
Keamatan adalah amaun tenaga yang dipunyai bunyi dalam satu ruang. Bunyi
mempunyai keamatan yang tinggi dalam kawasan yang lebih kecil.Oleh itu, bunyi
yang mempunyai keamatan yang tinggi adalah lebih kuat. Membesarkan
amplitud bunyi, membuat ia nyaring. Mengecilkan amplitud, bunyi akan menjadi
perlahan


Rajah 9.2 Kawasan mampatan dan regangan gelombang bunyi

Amplitud gelombang berkait dengan jumlah tenaga yang dibawanya. Gelombang
dgn amplitud yang tinggi membawa jumlah tenaga yang besar. Gelombang
dengan amplitud yang kecil membawa jumlah tenaga yang kecil.

Bunyi dengan keamatan yang tinggi adalah lebih nyaring. Keamatan bunyi relatif
diberi dalam unit bel (B). Skala keamatan yang lebih kecil didapati dengan
menggunakan unit yang lebih kecil, decibels (dB).


T
e
k
a
n
a
n
Kawasan mampatandan regangan
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
30
Bunyi dan nilai desibel
Punca bunyi Desibel
Boeing 747 140
Siren Pertahanan Awam 130
Tukulan penukul 120
Konsert rock 110
Pengetam rumput 100
Motorsikal 90
Penyedut hampagas 70
Perbualan 60
Lampu isyarat 50
Bunyi hingar 40
Bisikan 30

9.3 Frekuensi dan kelangsingan
Langsing membezakan antara bunyi yang rendah dan tinggi. Bila seorang
penyanyi menyanyi dengan not yang berlainan, kita boleh mendengar perbezaan
antara dua bunyi itu kerana kelangsingannya adalah berbeza.

Rajah 9.3 Kawasan mampatan dan regangan tala bunyi
Frekuensi adalah bilangan gelombang dalam satu unit masa di mana satu jarak
gelombang adalah satu mampatan dan satu regangan. Apabila seorang
penyanyi menyanyi dengan not yang sama, kita dengar lagu itu berbeza kerana
frekuensinya berlainan.
Unit frekuensi adalah hertz. Satu hertz adalah bilangan kitaran satu mampatan
dan satu regangan dalam satu saat. Bunyi tinggi mempunyai frekuensi tinggi
sementara bunyi rendah mempunyai frekuensi rendah. Contohnya, petir
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
31
mempunyai frekuensi 50 hertz, sementara wisel mempunyai frekuensi 1,000
hertz.
Hanya gelombang bunyi antara 20 Hz to 20 kHz memulakan impuls saraf yang
diterjemahkan oleh otak manusia sebagai bunyi. Jika f lebih rendah daripada 20
Hz adalah dalam kawasan infrasonik (e.g gelombang yang hasilkan oleh gempa
bumi, angin dan pola angin) di mana beberapa sesetengah binatang seperti
gajah dan lembu boleh mendengar dan memberi amaran awal tentang gangguan
cuaca contohnya Bunyi yang lebih daripada 20 kHz adalah kawasan gelombang
ultrasonic. Gelombang ultrasonik boleh dikesan oleh binatang-binatang seperti
anjing (melebihi 45 kHz, kucing 70 kHz, kelawar 100kHz)

9.4 Resonan

Apabila satu alat muzik dipetik atau dipalu; ia akan bergetar. Tenaga akan
dipindahkan kepada alat itu dan ia akan bergetar dengan satu frekuensi yang
dipanggil frekuensi aslinya.

Satu objek yang bergetar dengan frekuensi aslinya boleh memaksa objek kedua
yang mempunyai frekuensi asli yang sama untuk bergetar sama. Keadaan ini
dinamakan resonans.





(i) Gelas yang pecah (ii) Jambatan runtuh
Rajah 9.4 Fenomena resonans

Sebuah gelas mempunyai frekuensi asli yang mana ianya bergetar. Seorang
penyanyi boleh memecahkan gelas tersebut dengan menyanyi dengan not yang
sama frekuensi. Frekuensi yang sama ini menyebabkan tenaga dipindahkan
Tacoma Narrows Bridge di Washington
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
32
daripada bunyi ke gelas sehingga getaran sangat kuat lalu ia pecah. Ini
dinamakan resonans.

Jambatan ini direka bentuk dengan satu frekuensi asli yang sama dengan
frekuensi yang dihasilkan oleh bunyi yang melaluinya. Hasilnya, setiap kali angin
bertiup, jambatan itu akan mula berguling dan berayun, menghasilkan resonan
yang tidak dapat dikawal disebabkan frekuensi asli ini. Dua bulan selepas
pembinaan pada akhir tahun 1940's, gerakan ini menyebabkan jambatan runtuh
dengan dramatik sekali.
9.5 Mengesan gelombang tekanan


Rajah 9.5

Oleh kerana gelombang bunyi terdiri daripada pengulangan pola tekanan tinggi
dan tekana rendah yang bergerak melalui medium, ia kadang kala dikenali juga
sebagai gelombang tekanan.

Jika pengesan, (telinga manusia atau alat ciptaan manusia) digunakan untuk
mengesan gelombang bunyi, ia boleh mengesan peruabahan dalam gelombang
tekanan apabila bunyi memberi kesan terhadap alat pengesan. Bila gelombang
tekanan sampai ke telinga, satu siri kawasan tekanan tinggi dan rendah memberi
kesan kepada gegendang telinga Ketibaan berterusan kawasan tekanan tinggi
dan rendah menyebabkan gegendang telinga kepada gerakan getaran

Tekanan bunyi boleh diukur menggunakan mikrofon di udara dan hydrofon di air.
Unit SI untuk tekanan bunyi adalah pascal (simbol: Pa).

Bunyi sebagai gelombang tekanan
T
e
k
a
n
a
n
C: mampatan R: regangan
Masa
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
33


Rajah 9.6 Hydrofon dan Mikrofon

9.6 Kualiti bunyi

Bunyi mempunyai kualiti yang membenarkan telinga untuk mengenal pasti bunyi
bunyi-bunyi yang mempunyai nada, kekuatan dan frekuensi yang berlainan. Alat-
alat muzik yang berlainan mempunyai kualiti bunyi yang berlainan.



Rajah 9.8 Kualiti bunyi pelbagai alat muzik





SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
34
9.7 Menghasilkan muzik

Alat-alat muzik menghasilkan bunyi dalam berbagai cara, namum setiap alat
musik menggunakan beberapa ciri-ciri asas bunyi.

Fizik kepada muzik mengkaji bagaimana bunyi yang menarik dan sedap boleh
dihasilkan oleh aktiviti bertali, instrumen turus udara and alat genderang
(percussion). Muzik boleh dihasilkan hanya dengan kita meniup tabung uji yang
mempunyai turus-tururs udara yang berlainan panjang



Rajah 9.9 Menghasilkan alat muzik



Rajah 9.10 Alat-alat muzik bertali dan berjubir

Alat muzik bertali, contohnya biola mempunyai empat tali. Setiap tali ditala
kepada not-not berlainan. Ia dimain samada menggunakan busur atau dipetik
menggunakan jari. Alat muzik yang ditiup melalui jubir (mouthpiece)
membolehkan pemuzik menekan injap-injap untuk mengubah panjang turus
udara, lalu menghasilkan not-not berlainan.




injap

jubir
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
35

Perbezaan muzik dan bunyi bising

Bunyi mempunyai nada (pitch) yang boleh dikenalpasti, tone yang sedap, pola
yang berulang-ulang (lihat rajah 9.11A). Bunyi bising tidak mempunyai nada,
tone yang tidak enak dan tidak ada ritma (rajah 9.11B)



Rajah 9.11 Perbandingan kualiti bunyi muzik dan bunyi bising


9.8 Contoh soalan dan latihan


1. Perhatikan kejadian dan terangkan fungsi contoh bagaimana pembesar
suara berfungsi?
2. Mengapa panjang tali-tali pada piano berbeza?
3. Mengapa gelas kaca pecah apabila beberapa not muzik dihasilkan?
4. Bagaimanakah musik dan bunyi bising berbeza?


9.9 Rujukan

http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/sound/tralon.html
http://galileo.phys.virginia.edu/outreach/8thGradeSOL/WavePitchFrm.htm













Muzik
Bunyi bising
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
36

TOPIK 10


TERMOMETRI DAN TERMOMETER

Sinopsis

Haba merupakan suatu bentuk tenaga yang amat diperlukan dalam kehidupan
manusia. Ia membekalkan tenaga untuk membuat badan kita panas, memasak
makanan serta membolehkan pengeluaran benda-benda yang berguna kepada
manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep keseimbangan
dan termometri, skala suhu, jenis-jenis termometer serta keseimbangan terma.


Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan konsep keseimbangan dan termometri.
2. Membanding beza skala suhu Celcius dan Kelvin.
3. Menukar suhu dari satu skala ke skala yang lain.
4. Memberi contoh jenis-jenis termometer dan membincangkan bagaimana
ia digunakan untuk mengukur suhu.

Gambaran Keseluruhan



Rajah 10.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan

Isi Kandungan
10.1 Keseimbangan dan termometri
Suhu suatu objek menunjukkan darjah kepanasan objek itu. Haba ialah tenaga
yang mengalir dari objek yang lebih panas ke objek yang lebih sejuk.
Termometri ialah sains mengukur suhu sistem atau keupayaan sistem untuk
memindahkan haba ke satu sistem lain.
Kadar pindahan tenaga terma dari satu jasad yang lebih panas ke jasad yang
lebih sejuk akan berterusan sehingga kadar pindahan haba menjadi sama rata.
Termometri dan
termometer
Keseimbangan
dan termometri
Skala suhu:
Kelvin dan
Celcius
Jenis-jenis
termomter
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
37
Maka kedua-dua jasad akan mempunyai suhu yang sama. Kedua-dua jasad
tersebut dikatakan telah mencapai keseimbangan terma.

Buat Nota

Untuk lebih memahami keseimbangan terma, sila baca nota-nota dalam
laman web berikut:
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai keseimbangan terma.

10.2 Skala suhu: Celcius dan Kelvin

Rajah 10.2 Perbandingan skala suhu


Rajah 10.3 Takat didih dan takat lebur pelbagai skala suhu
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
38
10.3 Jenis Termometer
Sifat fizikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat termometri
bahan itu. Termometer adalah suatu alat pengukur suhu yang dibina dengan
berdasarkan sifat termometri yang tertentu misalnya isipadu cecair, tekanan gas,
daya gerak elektrik dan rintangan dawai logam.
Termometer merkuri merupakan suatu termometer yang dibina dengan
berdasarkan sifat isipadu merkuri yang boleh berkembang dengan banyak
apabila suhu berubah.
Sesuatu termometer yang dibina akan ditentukur dengan berdasarkan takat suhu
yang tertentu. Termometer merkuri adalah ditentukur berdasarkan takat suhu
didih air(100C) dan takat beku air (0C). Antara dua takat suhu itu, julat antara
dua takat itu telah dibahagi kepada 100 bahagian dengan sebahagian
bersamaan dengan 1C. Tahukah anda apakah skala suhu SI dan hubungan
antara suhu SI itu dengan skala suhu Celsius?

Buat Nota


Untuk lebih memahami tentang jenis termometer, skala dan ukuran suhu,
sila baca maklumat terkandung dalam laman web berikut:
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html
http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm
Sila baca juga Physics: Principles and Problems
Terbitan Glencoe Bab 12 Thermal Energy
Buat nota ringkas mengenai jenis termometer, skala dan
ukuran suhu.



Fikir


Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan tenaga haba.
Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh
membuat latihan secara interaktif dalam topik tenaga haba
http://glencoe.mcgraw-
hill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter12/interactiv
e_tutor.html


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
39
Rujukan:
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0097.html
(Skala Suhu Celsius)
http://www.saburchill.com/physics/chapters/0098.html
(Teori Kinetik Jirim)
http://physics.about.com/od/thermodynamics/p/thermodynamics.htm
(Takrifan keseimbangan terma, pindahan haba)
http://physics.about.com/od/glossary/g/temperature.htm
(Takrifan suhu, skala suhu dan termometri)
http://physics.about.com/od/thermodynamics/f/heattransfer.htm
(Kaedah pindahan haba)

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw
Hill. (Chapter 12 Thermal Energy)








SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
40

TOPIK 11


CAHAYA

Sinopsis:

Kita dapat melihat objek kerana cahaya dipantulkan atau dikeluarkan olehnya.
Cahaya dikeluarkan oleh objek bersinar, lampu kalimantang, televisyen atau
LED. Namun sumber utama cahaya adalah matahari. Cahaya dari matahari
bukan sahaja dipantulkan oleh cermin atau kertas putih, tetapi oleh bulan, pokok
dan mungkin juga oleh kain yang gelap. Kita melihat objek kerana cahaya
bergerak dari objek ke mata kita. Lintasan lurus cahaya yang dipanggil sinar
cahaya mewakili lintasan sempit cahaya. Kajian sinar-sinar cahaya ini
membolehkan kita mengkaji pantulan dan pembiasan cahaya.


Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan pantulan dan cermin
2. Membincangkan pembiasan dan kanta
3. Membincangkan struktur dan prinsip kerja mikroskop dan teleskop

Gambaran Keseluruhan




Rajah 11.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan







Cahaya
Pantulan
Cermin
Cermin
cekung
Cermin
cembung
Pembiasan
Kanta
Mikroskop
Teleskop
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
41
11.1 Pantulan dan Cermin

Hukum Pantulan

Pantulan cahaya pada permukaan yang licin adalah seragam, sementara
permukaan kasar dan tidak seragam akan mencapah dan berselerak.

Dua asas hukum pantulan:
- Sudut tuju, i sama dengan sudut biasan, r.
- Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang
sama.

Cermin satah

Cermin dapat membentuk imej kerana cahaya dari objek yang ditujukan
kepadanya dipantulkan balik ke mata kita.


Rajah 11.2


Latihan















Uji kafahaman anda dengan mencuba tutorial interactive pada laman
web berikut:
http://glencoe.com/olc_games/game_engine/content/gln_sci/ppp_09/ch1
7/ch17_1/index.html

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
42
Cermin Melengkung:

Terdapat dua jenis cermin melengkung iaitu cermin cekung dan cermin
cembung. Apabila sinar cahaya yang selari terkena permukaan cermin cekung,
sinar-sinar cahaya akan difokuskan pada satu titik fokus (Rajah 11.3a).


(a) (b)
Rajah 11.3 Rajah sinar cermin melengkung

Apabila sinar cahaya yang selari terkena cermin cembung, sinar-sinar
cahaya akan dicapahkan (Rajah11.3b)

Pusat kelengkungan, C suatu cermin ialah pusat sfera dari mana cermin itu
dihasilkan. Jejari kelengkungan, r adalah jarak antara pusat sfera dengan
permukaan cermin.


Mengumpul Maklumat



















Cari maklumat bagaimana melukis rajah sinar untuk pelbagai kedudukan
objek dari cermin cekung dan cermin cembung. Nyatakan ciri-ciri imej
objek yang dipantulkan. Gunakan link di bawah untuk membantu anda.
http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror
Using Light.doc

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
43
11.2 Pembiasan dan Kanta

Pembiasan difinisikan sebagai pembengkokan cahaya bila ia melalui satu
medium ke medium lain yang mempunyai ketumpatan berbeza.



Rajah 11.4 Fenomena pembiasan cahaya

Indeks biasan, n bagi suatu bahan adalah:

n = laju cahaya dalam vakum atau udara, c
laju cahaya dalam medium,v

n = sin i
sin r

Nilai indeks biasan adalah berbeza-beza untuk bagi bahan berbeza seperti
ditunjukkan dalam Jadual 11.1.

Bahan Indeks Biasan, n
Udara 1.00
Air 1.33
Perspeks 1.49
Kaca 1.48-1.96
Intan 2.42
Jadual 11.1










SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
44
Kanta cembung dan kanta cekung

Sinar-sinar selari akan terbias dan bertumpu ke satu titik yang dipanggil titik
fokus.










Rajah 11.5 Rajah sinar kanta cebung

Cahaya selari yang memasuki kanta cekung akan akan terbias dan mencapah
keluar selepas melalui kanta cekung.


Rajah 11.6 Rajah sinar kanta cekung


Mengumpul Maklumat















Cari maklumat tentang rajah sinar kanta cembung dan kanta cekung pada
pelbagai kedudukan objek dan nyatakan ciri-ciri imej pada kedudukan-
kedudukan tersebut. Laman web berikut boleh membantu:
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
45
11.3 Mikroskop dan Teleskop

Kanta-kanta boleh digunakan untuk menghasilkan alat-alat optik. Antaranya,
mikroskop majmuk dan teleskop astronomi boleh dibina melalui susunan dua
kanta cembung yang berlainan kuasa.


Rajah sinar mikroskop majmuk


Rajah 11.7 Rajah sinar mikroskop majmuk

Rajah sinar teleskop astronomi


Rajah 11.8 Rajah sinar teleskop astronomi


Fikir








Fikirkan bagaimana susunan kanta-kanta cembung boleh menghasilkan
satu kanta cembung dan kanta cekung. Laman web di bawah mungkin
boleh membantu anda:
http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html
http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
46
Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Convex_mirror (Rajah sinar)
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/class/refrn/u14l5da.html(kanta)
http://www.saburchill.com/physics/chapters3/0018.html
http://physics.bu.edu/~duffy/PY106/Instruments.html (Mikroskop dan teleskop)
http://www.phy.ntnu.edu.tw/ntnujava/index.php?topic=16.0
(Pantulan dan Biasan melalui animasi Gelombang cahaya)
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-
Hill.
(Chapter 18 Mirrors and Lenses)



































SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
47

TOPIK 12


LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

Sinopsis:

Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau
bagaimanapun, ia boleh mendatangkan bahaya yang besar jika tidak
mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakannya.

Terdapat dua jenis litar di dalam pendawaian elektrik di rumah iaitu litar sesiri
dan selari. Beberapa alat-alat keselamatan didapati di dalam pendawaian elektrik
untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik.

Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan Hukum Ohm.
2. Membina litar-litar sesiri dan selari dan gabungan litar sesiri dan selari.
3. Memerihalkan alat keselamatan yang digunakan dalam litar elektrik.
4. Membincangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan litar sesiri dan
selari.
5. Menerangkan bagaimana kecerahan berhubungkait dengan sambungan
lampu-lampu mentol di dalam litar.

Gambaran Keseluruhan



Rajah 12.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan







Litar elektrik di
rumah

Gabungan litar
sesiri dan selari

Hukum Ohm

Aplikasi litar

Keselamatan dalam
litar
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
48
Isi Kandungan

12.1 Gabungan litar sesiri dan selari

Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar iaitu
litar sesiri dan litar selari.

Litar sesiri



Rajah 12.2 Susunan sesiri
Litar selari


Rajah 12.3 Susunan selari

Gabungan litar sesiri dan litar selari



Rajah 12.4 Gabungan litar sesiri dan selari





SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
49
12.2 Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa pada suhu tetap, arus yang melalui konduktor
diantara 2 titik adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan (i.e. kejatuhan
voltan atau voltan) merentas dua titik.

Persamaan matematik yang menerangkan hubungan ini adalah:


Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan. Jika bateri
membekalkan voltan 1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka
arus dalam litar boleh ditentukan.

Dengan menggunakan persamaan


Masukkan nilai2:


Penentuan voltan, arus atau rintangan menggunakan Hukum Ohm














Ampere
Hukum Ohm
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
50
Hukum Ohm dan litar sesiri




Litar sesiri:
Voltan = Jumlah semua voltan.
Semua komponen berkongsi arus yang sama.
Rintangan = Jumlah rintangan

Hukum Ohm dan litar selari




Litar selari:
Semua komponen berkongsi voltan yang sama
Jumlah arus = Kesemua cabang arus
Jumlah rintangan = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3+.





Litar Sesiri
Litar Selari
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
51
Aplikasi Hukum Ohm di dalam litar

Semasa menganalisis sebarang litar kompleks, mula-mula kira rintangan
berkesan. Rintangan berkesan beban sesiri adalah hanya menjumlahkan semua
rintangan.

Berapakah jumlah rintangan berkesan di dalam litar di bawah?


Petunjuk:
Mula-mula kira jumlah rintangan selari iaitu 1/R
J
= 1/R
2
+ 1/R
3

Kemudian jumlahkan, R
berkesan
= R1 + R
J


Contoh

Dengan menggunakan rajah litar di bawah, kira rintangan berkesan, voltan yang
merentasi setiap rintangan dan arus.



Kombinasi litar sesiri dan selari
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
52


12.3 Aplikasi litar


Rajah 12.5 Gabungan litar sesiri dan selari di dalam komponen elektronik


12.4 Keselamatan dalam litar

Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar-litar di
dalam rumah dibina dengan ciri-ciri keselamatan. Antara peralatan keselamatan
yang terdapat di rumah ialah palam 3 pin, fius, pemutus litar, rod kilat dan palam
3 pin. Kebanyakan peralatan dijual dengan palam yang telah dipasang. Kabel
daripada peralatan biasanya mengandungi 3 wayar. Wayar dibuat daripada
kuprum yang disalut dengan pelindung plastik.


Rajah 12.6 Palam 3 pin
Pencengkam kabel
Bumi
Hidup
Fius
Neutral
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
53

Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan:
Wayar hidup perang.
Wayar neutral - biru
Wayar bumi hijau dan kuning (Pelindung)
Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar.
Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang dibuat daripada
plastik kenapa?

Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut:
Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan
mengelakkan daripada tertarik keluar daripada palam.
Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang,
Fius
Bekas dibuat daripada plastik

12.5 Contoh soalan dan latihan

1. Bagaimana rod kilat melindungi bangunan?
2. Apakah alat2 keselamatan yang digunakan di dalam litar elektrik?


12.6 Rujukan

1. http://www.autoshop101.com/trainmodules/elec_circuits/circ109.html
2. http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html
3. http://physics.bu.edu/py106/notes/Circuits.html



















SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
54

TOPIK 13


KEELEKTRIKAN DAN KEELEKTROMAGNETAN

Sinopsis:

Pelbagai peralatan elektrik di rumah menggunakan kuasa elektrik dan motor.
Topik ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang daya dan arus dalam
medan magnet serta bagaimana prinsip ini digunakan di dalam operasi motor
elektrik serta monitor TV.

Hasil Pembelajaran:

1. Menerangkan daya ke atas arus di dalam medan magnet.
2. Menerangkan daya ke atas satu zarah bercas.
3. Menerangkan bagaimana operasi motor elektrik dan pertukaran tenaga
yang berlaku di dalamnya.
4. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan elektrik.
5. Menyenaraikan peralatan elektrik di rumah yang menggunakan motor.
6. Menerangkan bagaimana monitor TV berfungsi.

Gambaran Keseluruhan


Rajah 13.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan











Kelektrikan dan
kemagnetan

Daya atas arus dan
medan magnet

Motor elektrik

Daya atas satu zarah
bercas

Skrin TV
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
55
Isi Kandungan

13.1 Penghasilan daya (F) akibat saling tindakan antara konduktor yang
membawa arus (I) dengan medan magnet (B)


Rajah 13.2

Satu dawai yang membawa arus (konduktor) yang diletakkan di antara dua
magnet kekal akan bertindak dengan medan magnet untuk menghasilkan daya
yang menyebabkan konduktor itu bergerak. Fenomena ini adalah disebabkan :
(i) Magnet ada medan magnet
(ii) Konduktor pembawa arus mempunyai medan magnet.
(iii) Interaksi antara medan magnet dengan medan magnet konduktor
berarus menyebabkan dawai mengalami daya mekanikal lalu
bergerak. Arah gerakan daya ditentukan menggunakan Hukum
Tangan Kiri Fleming.

Penentuan arah daya


Rajah 13.3 Hukum Tangan Kiri Fleming

Magnitud daya adalah,
F = B I l Sin

di mana
B = ketumpatan fluks magnet,
I = arus yang mengalir melalui konduktor
Dawai membawa arus, I
Arah Daya, F
Medan
Jari Telunjuk
Daya
Ibu Jari
Arus
Jari Hantu
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
56
l = panjang konduktor di dalam medan
= sudut antara medan magnet dan konduktor

Bila satu konduktor lurus diletakkan berserenjang (perpendicular) dengan
medan yang seragam (uniform field)
=90,
F = BIl

Contoh Pengiraan

Suatu arus 8.5 A yang mengalir melalui medan magnet didapati mengenakan
daya 275 N. Panjang daya dalam medan magnet adalah 5 cm. Apakah nilai
medan magnet itu?

F = Bil B


Jawapan: 0.647 T

Hubungan ini adalah benar selagi arus adalah pada sudut 90 kepada medan
magnet.

Jika dawai adalah pada sudut lain kepada medan magnet, rumus perlu
mengambil kira
F = BIl sin

13.2 Motor elektrik

Kegunaan penghasilan daya akibat saling tindakan antara konduktor yang
membawa arus dengan medan magnet.


Rajah 13.4 Motor elektrik

Kegunaan motor elektrik ialah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga
mekanikal. Alat-alat elektrik yang menggunakan motor elektrik ialah mesin
basuh, mesin pengisar, kipas dan lain-lain lagi.
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
57
Prinsip kerja motor elektrik (arus terus)


Rajah 13.5 Prinsip kerja motor elektrik

Motor elektrik terdiri daripada satu angker yang terdiri daripada satu angker yang
boleh berputar diantara dua kutub magnet yang berlainan. Kedua-dua hujung
dawai gegelung disambung kepada komutator yang disentuh dengan berus
karbon.

Apabila arus dialirkan melalui gegelung, saling tindakan antara medan magnet
dari angker membawa arus dengan medan magnet kekal akan berlaku. Medan
lastik dihasilkan di dua belah sisi dawai gegelung. Medan lastik ini menghasilkan
satu daya putaran untuk memutarkan gegelung itu.

Arah daya yang bertindak ke atas angker boleh ditentukan dengan
menggunakan peraturan tangan kiri Fleming. Corak medan lastik dapat
dilukiskan.

Fungsi komutator berbelah dua yang dipasang pada angker adalah untuk
melicinkan pertukaran arah arus dalam gegelung setiap separuh putaran supaya
gegelung motor itu dapat berputar secara terus.

Lazimnya arus yang lebih besar diperlukan untuk memulakan pergerakan motor
elektrik. Apabila motor sudah berputar dengan laju seragam, arus yang lebih
kecil diperlukan. Ini kerana di dalam keadaan pegun, inersia gegelung motor
adalah besar dan daya yang lebih besar diperlukan untuk memulakan
putarannya.

Semasa gegelung motor berputar dengan laju seragam dalam medan magnet,
arus teraruh dihasilkan dan mengalir dalam arah bertentangan dengan arah arus
yang berpunca dari bekalan kuasa. Oleh itu, arus yang lebih kecil diperlukan
untuk motor berputar dengan laju seragam.




SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
58
13.3 Daya atas satu zarah bercas

Jika zarah bercas dianggap sebagai cas titik, medan elektrik ditakrif sebagai
daya yang di alami seunit cas:
E = F/q
di mana
F : daya elektrik yang dialami zarah
q : cas
E : medan elektrik di mana zarah itu berada

Ruang sekeliling cas elektrik mempunyai sifat yang dipanggil medan elektrik
dan medan elektrik ini mengenakan satu daya ke atas objek lain yang bercas
elektrik. Daya ini menyebabkan objek menolak atau menarik bergantung kepada
cas yang ada pada objek.



Rajah 13.6 Medan elektrik disekitar cas titik

Daya antara zarah-zarah bercas diterangkan menggunakan Hukum Coulomb.






Satu cas pegun dalam medan magnet tidak akan mengalami mana-mana daya.
Cas akan mengalami daya jika ia bergerak dalam medan magnet. Daya ini
dikenali sebagai daya magnet satu cas yang bergerak.

Magnitud daya magnet bergantung kepada:
(a) magnitud cas, q (unit Coulomb, C)
(b) halaju cas, v (unit m/s
2
)
(c) arah pergerakan cas dalam medan magnet
(d) kekuatan medan magnet, B (unit Tesla, T)


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
59
Daya pada cas yang bergerak, F = qv B

F adalah maksimum bila halaju cas adalah berserenjang (perpendicular) kepada
arah medan magnet. Jika cas, q bergerak dalam arah yang yang berserenjang
dengan medan kepada B v sin . Maka

F = qv B sin

Cas titik yang bergerak berserenjang dengan medan magnet selari, B.

Rajah 13.6

Daya ke atas cas adalah berserenjang kepada kedua-dua arah gerakan cas dan
arah medan magnet.

Daya yang dialami oleh cas positif mempunyai magnitud
F =Bqv

Contoh pengiraan

Satu elektron di pecutkan ke 6.0 x 10
6
m/s
2
dipesongkan oleh medan magnet
yang kekuatannya 0.82 T. Apakah daya yang bertindak ke atas elektron?
Adakah daya ini berbeza bagi proton?

Jawapan: 7.9 10
-13
N












Medan Magnet, B
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
60
13.4 Skrin TV



Bagaimanakah monitor TV berfungsi?

Gambar terhasil dengan menembak satu bim elektron (zarah bercas) daripada
senapang elektron (electron guns) di belakang ke skrin di hadapan. Elektron
dengan tenaga yang banyak, memindahkan tenaga itu ke skrin. Tenaga
dipindahkan ke titik-titik fosfor di belakang skrin.


Rajah 13.8 Topeng bayang

Fosfor adalah bahan yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk cahaya, jadi ia
bercahaya. Satu topeng logam (metal mask) di belakang skrin mengandungi
lubang-lubang dalam kumpulan 3 tiik fosfor. Senapang elektron untuk warna
berlainan adalah pada tempat-tempat berlainan, ia menghentam lubang daripada
arah-arah yang agak berlainan.


Rajah 13.8 Titik-titik fosfor
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
61

Walaupun ketiga-tiganya difokuskan pada lubang yang sama dalam topeng
logam, ia akhirnya menghentam tempat-tempat berlainan pada skrin, maka
menghasilkan cahaya pada titik-titik fosfor yang berlainan warna.

Untuk menuju ke bim, gegelung stering kuprum digunakan untuk menghasilkan
medan magnet dalam tiub. Medan menggerakkan bim elektron secara
mencancang dan mengufuk. Dengan mengenakan voltan berlainan pada
gegelung stering, bim boleh di laraskan pada mana-mana titik di atas skrin.
Magnet kekal memesongkan elektron yang lebih ringan supaya ia menghentam
skrin.

13.5 Contoh soalan dan latihan

1. Senaraikan alatan-alatan di dalam rumah yang menggunakan tenaga
elektrik.
2. Terangkan perubahan tenaga dalam satu motor elektrik?
3. Terangkan bagaimana komutator dan berus beroperasi dalam motor
elektrik.


13.6 Rujukan

1. http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/forwir2.html
2. http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/magnetic/motdc.html
3. http://www.s-cool.co.uk/a-level/physics/forces-in-magnetic-fields/revise-
it/forces-on-charged-particles
4. http://www.howstuffworks.com/tv.htm


















SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
62

TOPIK 14


PENJANAAN DAN PENGHANTARAN ELEKTRIK


Sinopsis
Setiap hari, kita menggunakan tenaga elektrik sama ada di rumah atau di tempat
kerja. Penggunaan tenaga elektrik telah menjadi suatu kewajipan dalam
kehidupan moden. Tahukah anda bagaimana arus elektrik dihasilkan? Bekalan
arus elektrik adalah hasil daripada suatu penjana arus elektrik yang besar. Di
dalam topik ini anda akan didedahkan kepada Hukum Faraday dan Hukum Lenz
yang digunakan dalam penghasilan arus aruhan menggunakan konsep aruhan
elektromagnet. Anda juga akan didedahkan dengan fungsi transformer.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan konsep aruhan elektromagnet
2. Menakrifkan Hukum Faraday
3. Mentakrifkan Hukum Lenz
4. Menerang bagaimana arus elekrik boleh dijanakan.
5. Membezakan antara suatu penjana at dan penjana au
6. Menerangkan proses swainduktans
7. Menerangkan tentang fungsi transformer

Gambaran Keseluruhan



Rajah 14.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan


Penjanaan Dan Penghantaran
Elektrik
Hukum
Faraday
Daya
elektromotif
(d.g.e)
Hukum
Lenz
Penjanaan
Arus
Transformer
Swainduktans
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
63
Isi Kandungan

14.1 Daya Gerak Elektrik (d.g.e)
Apabila kita mengkaji litar elektrik, kita belajar bahawa pam cas diperlukan untuk
menghasilkan aliran arus berterusan. Keupayaan meningkat, atau voltan yang
diberi kepada cas melalui pam dipanggil daya elektromotif (electromotive force
emf atau daya gerak elektrik d.g.e) yang dijana. Daya gerak elektrik (d.g.e)
bukan daya, ia adalah peningkatan voltan dan diukur dengan unit volt. Bila dawai
digerakkan melalui medan magnet, daya bertindak ke atas cas-cas dan cas-cas
bergerak dalam arah daya. Daya elektromotif (d.g.e) ini juga dinamakan sebagai
tenaga elektrik yang dijana.

Daya gerak elektrik (d.g.e) bergantung kepada kekuatan medan magnet, B,
panjang dawai di dalam medan magnet, l, dan halaju dawai dalam medan, v .


Jika B, v, dan arah panjang dawai berserenjang antara satu sama lain,
maka:-
Daya gerak elektrik (d.g.e) = Blv


14.2 Aruhan Elektromagnet

Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) dalam satu
konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet dan gerakan
relatif antara konduktor dan medan magnet. Magnitud d.g.e aruhan menurut
Hukum Faraday dan arah d.g.e aruhan adalah menurut Hukum Lenz.

14.3 Hukum Faraday

Hukum Faraday menyatakan bahawa satu dge akan teraruh dalam satu litar
elektrik apabila terdapat perubahan fluks magnet yang berkaitan dengan litar
elektrik itu.

Magnitud dge aruhan adalah bergantung pada perubahan fluks magnet.
Magnitud dge teraruh adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan fluks
magnet.




Dimana, E ialah dge teraruh. (Induced emf)

B
d
dt
u
= E
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
64
Arus elektrik boleh menghasilkan medan magnet, dan medan magnet itu boleh
menghasilkan daya ke atas cas yang bergerak. Medan magnet boleh
menghasilkan arus elektrik. Daripada eksperimen diperhatikan bahawa
perubahan medan magnet mengaruhkan dge di dalam konduktor. Memasukkan
gegelung dawai melalui magnet akan menjana dge di dalam gegelung.



Rajah 14.2 Alat radas menghasilkan dge

Daripada eksperimen diperhatikan bahawa perubahan medan magnet
menjanakan dge di dalam konduktor. Arus elektrik dijana jika ada litar tertutup
(e.g., gegelung dawai) di dalam medan magnet yang berubah-ubah. Medan
magnet yang tetap tidak menjana dge. Daya gerak elektrik hanya dijana bila ada
medan magnet yang berubah-ubah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud dge aruhan :-
i. Kekuatan magnet
Magnet yang lebih kuat akan menghasilkan dge aruhan yang lebih
tinggi kerana ketumpatan fluks adalah lebih tinggi.
ii. Bilangan lilitan gegelung
Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak akan menghasilkan dge
aruhan yang lebih tinggi
iii. Laju relatif antara gegelung dengan magnet
Laju relatif yang lebih tinggi akan menghasilkan dge aruhan yang
lebih tinggi kerana kadar perubahan fluks magnet adalah lebih tinggi.
Dge adalah sifar apabila magnet pegun dalam gegelung.
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
65
iv. Diameter gegelung
Diameter gegelung yang lebih besar akan menghasilkan dge aruhan
yang lebih tinggi kerana kadar pemotongan fluks magnet yang lebih
tinggi.
14.4 Hukum Lenz
Hukum Lenz menyatakan bahawa arah arus aruhan adalah bergantung
kepada arah perubahan fluks magnet. Arus aruhan yang terhasil sentiasa
mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang
menghasilkannya.

Bahan Bacaan


Layari laman web http://physics503.one-school.net/




14.5 Penjanaan Arus Elekrik

Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik dengan banyaknya
yang terhasil daripada pemotongan fluks magnet oleh gegelung yang terdapat
pada sesebuah penjana. Penjana elektrik adalah alat yang menukarkan tenaga
mekanikal kepada tenaga elektrik. Lazimnya terdapat dua jenis penjana iaitu :-

a) Penjana Arus terus (a.t) adalah arus yang mengalir satu arah sahaja. Arus
terus diperoleh daripada sumber seperti sel suria, bateri dan penjanaan arus
terus.

b) Penjana Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah arah
pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Penjanaan arus
ulang-alik merupakan sumber bekalan utama di Malaysia.










SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
66
14.5.1 Prinsip kerja penjana arus ulang alik



Rajah 14.3 Penjana Arus Ulang alik


- Suatu penjana arus terus boleh diubahsuai menjadi penjana arus ulang
alik jika komutator digantikan dengan dua gelang gelincir yang
berasingan.
- Dua gelang gelincir yang berputar bersama dengan angker dan
menyambungkan angker dengan litar luar melalui berus karbon.
- Mula-mula, angker dalam kedudukan menegak. Tiada perubahan fluks
dan tiada arus teraruh.
- Apabila angker diputarkan, perubahan fluks semakin bertambah sehingga
angker berada dalam kedudukan mengufuk. Perubahan fluks menjadi
maksimum dan dge teraruh adalah maksimum.
- Arah arus teraruh ditentukan denagn peraturan tangan kanan Fleming.
- Apabila angker terus diputarkan, perubahan fluks semakin berkurang
sehingga angker berada dalam keadaan menegak, tiada arus teraruh
yang dijanakan.
- Dalam keadaan mengufuk sekali lagi, arus aruhan menjadi maksimum,
tetapi arah aliran arus aruhan di litar luar (galvanometer) terbalik.
- Arus aruhan yang terjana berubah-ubah arah alirannya di litar luar
mengikut kedudukan gelung. Arus aruhan ini dikenali sebagai arus ulang
alik.
- Arus adalah positif (+) dalam satu arah dan negatif (-) dalam arah
bertentangan.
- Gelang gelincir memainkan peranan dalam penjanaan arus ulang alik.
- Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijanakan oleh
penjanaan arus terus atau arus ulang alik adalah seperti berikut:-

a. Kekuatan magnet
b. Bilangan lilitan dalam angker
c. Meletakkan teras besi dalam angker
d. Laju putaran angker
e. Luas angker

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
67

14.6 Swainduktans (Saling Aruhan)

Bila gelung primer disambung ke sumber voltan arus ulang alik, arus yang
berubah-ubah akan menghasilkan medan magnet yang berubah-ubah. Medan
magnet yang berubah-ubah ini dibawa melalui teras ke gelung sekunder. Dalam
gelung sekunder, medan aruhan yang berubah-ubah mengaruhkan dge yang
berubah-ubah. Kesan ini dikenali sebagai saling aruhan (mutual inductance).

14.7 Transformer



Rajah 14.4 Transformer
Transformer adalah alat untuk mengubahkan voltan satu sumber arus
ulang alik tanpa perubahan frekuensi arus ulang alik itu.
Transformer memindahkan tenaga elektrik dari satu litar arus ulang alik
kepada satu litar yang lain dengan perubahan beza keupayaan dan arus,
tanpa perubahan frekuensi

Transformer terdiri daripada dua litar berasingan yang mempunyai
pautan magnet pada satu teras besi lembut berlamina seperti dalam
rajah di atas.

(a) Litar primer terdiri daripada gegelung primer dawai bertebat yang
dibekalkan dengan beza keupayaan input daripada satu sumber
arus ulang alik.
(b) Litar sekunder terdiri daripada gegelung sekunder dawai bertebat
yang membekalkan beza keupayaan output dalam arus ulang alik.

Prinsip transformer adalah berdasarkan aruhan saling.
(a) Apabila arus ulang alik mengalir dalam gegelung primer,perubahan
fluks magnet yang sama dengan frekuensi arus ulang alik itu
terhasil.
(b) Fluks magnet daripada gegelung primer ditumpukan oleh teras
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
68
besi serta dihubungkan dengan gegelung sekunder.
(c) Perubahan fluks magnet itu menghasilkan d.g.e. teraruh dalam litar
sekunder, menurut Hukum Faraday.
(d) Arah arus aruhan dalam transformer adalah sentiasamenentang
perubahan arus yang menghasilkan arus aruhan itu, iaitu
menurut Hukum Lenz.
(e) Frekuensi arus primer dan arus sekunder adalah sama.

5. Terdapat dua jenis transformer iaitu
(a) Transformer injak naik
mempunyai beza keupayaan
output yang lebih tinggi daripada
beza keupayaan input kerana
bilangan lilitan gegelung
sekunder adalah lebih
tinggi daripada bilangan lilitan
gegelung primer
(b) Transformer injak
turun mempunyai beza
keupayaan output yang lebih
rendah daripada beza keupayaan
input kerana bilangan lilitan
gegelung sekunder adalah lebih
rendah daripada bilangan lilitan
gegelung primer
.











SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
69
Contoh Soalan :

Rajah di atas ialah satu litar elektrik dengan sebuah transformer.
Hitungkan beza keupayaan output transformer itu serta huraikan
kecerahan mentol.

Penyelesaian :


= 20 V
Beza keupayaan output ialah 20 V, maka mentol adalah malap kerana mentol
itu memerlukan 24 V untuk kecerahan biasa.

6. Transformer unggul mempunyai kecekapan 100%. Transformer unggul
boleh memindahkan kesemua tenaga elektrik dari gegelung primer
kepada gegelung sekunder.
Kuasa input = Kuasa output
V
p
I
p
= V
s
I
s

I
p
= Arus primer V
p
=

Voltan primer
I
s
= Arus sekunder V
s
=

Voltan sekunder


14.8 Sistem penghantaran tenaga elektrik

Elektrik yang dihasilkan di loji penjanaan penghantaran elektrik dibawa melalui
talian penghantaran voltan tinggi ke syarikat penghantaran tempatan yang
mengagihkan kuasa. Stesen2 kecil dan transformer mengecilkan voltan
bersesuaian dengan penggunaan di rumah atau industri. Arus elektrik dihantar
keluar daripada loji kuasa pada voltan tinggi.(lebih kurang 25,000 volts ). Bila
elektrik bergerak pada jarak yang jauh, adalah lebih baik pada voltan tinggi.
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
70
Elektrik boleh dihantar lebih efisien pada voltan tinggi. Kabel talian penghantaran
yang tebal dan panjang dibuat daripada kuprum atau aluminium sebab mereka
mempunyai rintangan yang rendah.

Contoh
1. (a) Terangkan pembinaan dan prinsip kerja penjana AC dengan bantuan
gambarajah.
(b) Satu transformer menggunakan kuasa 240 V untuk membekalkan arus
3.0 A pada 60 V untuk memanaskan gelung. Jika 10 % tenaga yang
diambil daripada bekalan hilang di dalam transformer itu sendiri, apakah
arus di dalam gegelung primer Nyatakan dua cara untuk mengurangkan
kehilangan tenaga di dalam transformer.
(c) Kuasa elektrik dihantar daripada stesen kuasa ke bandar melalui kabel
penghantaran dengan jumlah rintangan 50 ohm. Jika stesen kuasa
menjana 8 MW kuasa, kira kehilangan kuasa di dalam kabel jika kuasa
dihantar pada 80 kV.


Contoh jawapan:

(a) Prinsip

Bila satu konduktor lurus digerakkan berulangkali di dalam medan magnet, aruh akan
diaruhkan di dalam konduktor. Ia berdasarkan kepada fenomena aruhan elektromagnet.
Binaan


Rajah 14.6

Kerja

-Bila armatur berputar terhadap paksi yang berserenjang kepada medan
magnet, ia sentiasa mengubah orientasi relatifnya. / Rajah 14.6.
-Ini menyebabkan fluks sentiasa berubah2 berterusan dengan masa.
- Perubahan fluks magnet ini mengaruhkan emf. / Rajah
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
71
- Jika terminal luar armatur disambung kepda litar luar, arus elektrik
mengalir melaluinya.
-Pesongan jarum galvanometer menunjukkan emf teraruh.
-Arah emf teraruh disongsangkan selepas separuh putaran gegelung.
- Maka dalam satu putaran gegelung, arus berubah arahnya sebanyak dua
kali di dalam gegelung.

Untuk memahami bagaimana arah arus berubah, lihat rajah di bawah.


Rajah 14.7

-Arus yang mengubah arahnya selepas sela masa yang sama di namakan
arus ulang alik (AC). Alat ini dipanggil Penjana Arus Ulang Alik.


b. Is x Vs / IpVp x 100 % = 90 %
Ip = Is x Vs/ Vp x 100/90
= 3 x 60 / 240 x 100/90
= 0.83 A
Dua cara mengurangkan kehilangan tenaga di dalam transformer
- Menggunakan teras besi berlamina untuk mengurangkan arus Eddy.
- Menggunakan dawai kuprum yang tebal untuk membuat gegelung.

c. I = P/V
= 8 x 10
6
/ 80 x 10
3

= 100 A

Kehilangan kuasa P = I
2
R
= 100 x 100 x 50 W
= 50 kW

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
72

Rujukan
http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/
http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/magnetic/motorac.html





Melayari Internet (1 jam)
Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi
berkaitan dengan motor elektrik dan penjana elektrik
http://www.animations.physics.unsw.edu.au/jw/electricmotors.html


14.9 Latihan

1. Bandingkan dan bezakan antara penjana arus terus (a.t) dan penjana arus ulang-
alik (a.u). Anda hendaklah menyatakan persamaan penjana a.t. dan pejana a.u.
dari segi;
(a) struktur binaan
(b) prinsip yang diaplikasikan

2. Anda juga diminta membuat perbandingan antara dua penjana itu dari segi:
(a) struktur binaan
(b) output

3. Sebuah transformer unggul mempunyai 3600 lilitan pada gegelung sekunder
dan 120 lilitan pada gegelung primer. Kira arus dalam gegelung sekunder jika
arus dalam gegelung primer ialah 2.0A.
A 0.07 A B 72.0 A
C 30.0 A D 12.5 A
4. Sebuah transformer dengan voltan input 240V digunakan untuk menyalakan
sebuah mentol lampu 12 V, 36 W. Jika arus primer ialah 0.20 A, berapakah
kecekapan transformer?
A 15% B 75%
C 25% D 100%
5. Sebuah transformer digunakan untuk menurunkan voltan 240 V kepada 40 V.
Jika kecekapan transformer ialah 80% dan arus dalam gegelung primer ialah
2.0 A , berapakah arus dalam gegelung sekunder?
A 16 A B 12A
C 9.6 A D 3.0 A

14.10 Rujukan:

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
73
Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.

http://www.physicsclassroom.com/Class/newtlaws/index.cfm
http://www.animations.physics.unsw.edu.au/jw/electricmotors.html










































SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
74

TOPIK 15


KEGUNAAN ELEKTRONIK DAN SEMIKONDUKTOR


15.0 Pengenalan

Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elekrik yang beroperasi
dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah
sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik
serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar
bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya
mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat
dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan
isyarat.

Semikonduktor merupakan bahan pengalir elektrik yang berada antara penebat
dan konduktor. Semikonduktor ini bersifat sebagai penebat pada suhu yang
sangat rendah tetapi pada suhu bilik ia bersifat sebagai konduktor. Contoh bahan
semikonduktor yang sering digunakan ialah silikon, germanium, galium dan
arsenide. Semikonduktor sangat berguna dalam elektronik kerana pengalirannya
yang dapat diubah-ubah dengan memasukkan bahan lain. Proses memasukkan
bahan lain ke bahan semikonduktor dinamakan pendopan Kebanyakan peralatan
elektronik menggunakan komponen semikonduktor untuk pengawalan elektron..
Contoh peranti elektronik yang menggunakan bahan semikonduktor adalah diod,
transistor, kapasitor, perintang dan induktor. Gabungan peranti-peranti elektronik
dalam satu hablur silikon dinamakan litar bersepadu. Litar seperti ini dikenali juga
sebagai cip silikon atau cip mikro.





Gambarajah 15.1 Litar Bersepadu

SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
75
15.2 Hasil Pembelajaran

1. Memahami tentang isyarat elektronik serta fungsi peranti elektronik yang
berbeza
2. Memahami komunikasi elektronik
3. Memahami komponen dan kegunaan komputer
4. Memahami Pengintegrasian teknologi: Lebuh raya maklumat super

Gambaran Keseluruhan



Rajah 15.1 Gambarajah keseluruhan isi kandungan


















KEGUNAAN
ELEKTRONIK DAN
SEMIKONDUKTOR
Isyarat elektronik
Diod
Rektifikasi
Kapasitor Transistor
Kegunaan
Transistor
Komunikasi
Elektronik
Komputer
Lebuhraya
Maklumat Super
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
76
Isi kandungan

15.1 Peranti Peranti Elektronik

Bahan Semikonduktor yang telah mengalami proses pendopan akan
menghasilkan peranti elektronik yang lain contohnya seperti diod, transistor,
perintang, dan kapasitor yang mempunyai fungsi masing-masing.

Peranti
Elektronik
Simbol Fungsi


Diod



Satu diod, atau
"rektifier, adalah
alat elektronik
yang
membenarkan
arus melaluinya
dalam satu arah
sahaja.

Satu diod kristal
diperbuat
daripada dua jenis
semikonduktor
bersebelahan
antara satu sama
lain





Rektifikasi
- menukarkan arus
ulangalik (AC) kepada
arus terus (DC).
- arus digunakan dengan
alatan yang
membenarkan elektron
yang mengalir dalam
satu arah.

Rektifikasi Separuh
Gelombang



Rektifikasi Sepenuh
Gelombang







SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
77
Transistor



Transistor adalah
alatan elektronik
yang digunakan di
dalam litar (circuit)
untuk mengawal
nilai voltan dan
arus yang tinggi.

Ada dua jenis
transistor iaitu:
a)Transistor npn
b)Transistor pnp

Bahagian
transistor iaitu:-

B- tapak
E-pengeluar
C-pengumpul

(i) Sebagai Amplifier:
Apabila isyarat yang agak
lemah dimasukkan ke dalam
tapak (base) di amplifikasikan
kepada arus yang lebih besar
yang mengalir daripada
pengeluar (E) kepada
pengumpul (C). Amplifikasi ini,
boleh menjadi 100 kali atau
lebih, digunakan contohnya,
dalam sistem stereo daripada
pembaca pita kepada isyarat
yang kuat untuk menjadikan
pembesar suara berfungsi
(ii) Sebagai Suis:
isyarat yang masuk ke tapak
akan memutuskan arus yang
mengalir daripada pengeluar
kepada pengumpul.
Mengeluarkan isyarat ini akan
membenarkan arus mengalir
lagi. Sistem elektronik
digunakan untuk menjalankan
pelbagai tugasan. Kegunaan
utama litar elektronik adalah :--
-mengawal dan memproses
data,
-Menukarkan kepada/daripada
dan menyebarkan kuasa
elektrik.
Kapasitor



Kapasitor
mengandungi dua
plat konduktor
selari yang
dipisahkan
dengan lapisan



Boleh menyimpan cas

Transistor npn Transistor pnp
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
78
penebat yang
dipangil dielektrik
Unit untuk
Kapasitans (C)
Kapasitans diukur
dalam unit Farads


Jadual 15.1


Perbincangan ( 1 jam)


Bincangkan tentang prinsip asas diod semikonduktor,transistor npn
dan transistor pnp



15.2 Isyarat Elektronik

Dalam sistem komunikasi, maklumat dipindahkan dalam bentuk gelombang.
Gelombang yang dihantar dan diterima sebenarnya terdiri daripada tenaga
seperti bunyi, cahaya, isyarat elektrik radio dan sebagainya. Gelombang ini
merupakan isyarat elektronik. Isyarat elektronik terhasil daripada dua atau lebih
gabungan peranti elektronik dalam sesuatu litar. Contoh gelombang radio
terhasil dalam litar pengayun yang terdiri daripada sebuah kapasitor dan sebuah
induktor yang disambung secara sesiri.



15.3 Komunikasi elektronik

Komunikasi elektronik adalah proses penyampaian informasi dari dua titik.
Contoh informasi berupa audio, video atau teks Ia merupakan satu mekanisme
yang menghubungkan antara pengirim informasi dengan penerima informasi.
Mekanisme tersebut sering juga disebut sistem informasi. Ia merupakan satu
sistem telekomunikasi mengandungi tiga elemen asas yang penting:

Satu pemancar(transmitter) yang menerima maklumat(information)
dan menukarkannya menjadi isyarat (signal);
Perantaraan pancaran (transmission medium) yang membawa
isyarat;
Satu penerima (receiver) yang menerima isyarat dan
menukarkannnya kepada maklumat yang berguna.
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
79

Telekomunikasi melalui telefon dkenali sebagai komunikasi titik ke titik kerana ia
melalui satu pemancar dan satu penerima.

Telekomunikasi melali radio melalui siaran radio dikenali sebagai komunikasi
penyiaran kerana ia melalui satu pemancar yang kuat kepada banyak penerima

Dalam komunikasi elektronik ada medium yang berfungsi untuk mempropagasi
signal informasi elektronik. Ada dua jenis media (medium) yang popular
digunakan. Media tersebut adalah transimission line ( kabel, serabut
optik, waveguide) dan gelombang radio (radio waves). Masing-masing dari
media tersebut memiliki kelebihan dan kekurangan. Media transmission line
menawarkan kualiti sambungan yang baik, namun kos yang harus dikeluarkan
untuk pembangunan peralatan sangat mahal dan sifatnya tidak fleksibel.
Sedangkan untuk media gelombang radio menawarkan mobility yang tinggi serta
kos yang lebih murah namun dengan kualiti yang tidak sebaik media
transmission line.

Komunikasi telefon:

Serabut optik (optic fibres)

Tahun 1990 merupakan tahun yang mana penggunaan meluas sistem yang
menggunakan SERABUT OPTIK. Kelebihan berkomunikasi dengan serabut optik
adalah peningkatan drastik kapasiti data. Ia boleh membawa 25 kali lebih
banyak panggilan telefon dibandingkan dengan kabel kuprum

Internet

Internet adalah rangkaian sedunia komputer dan rangkaian komputer yang boleh
berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan protokol internet (Internet
Protocol, IP). Mana-mana komputer di internet mempunyai IP yang unik yang
boleh digunakan oleh komputer lain bagi mennyampaikan maklumat kepadanya .
Dengan menggunakan alamat IP itu, mana-mana komputer di internet boleh
menyampaikan mesej kepada komputer lain. Mesej ini membawa bersama
alamat IP komputer asal yang menghantar mesej supaya komunikasi dua hala
boleh berlaku. Yang demikian internet boleh dinyatakan sebagai pertukaran
maklumat antara komputer. Internet bekerja secara berperingkat disebabkan
protokol yang menentukan bagaimana komputer dan router berkomunikasi
antara satu sama lain. Sifat rangkaian komputer adalah satu protokol berfungsi
secara tak bersandar antara satu sama lain.



SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
80


Gambarajah 15.2 Analogi Penghantaran Maklumat

Analogi penghantaran maklumat melalui internet adalah seperti bungkusan yang
dihantar melalui pos, komunkasi yang dihantar melalui internet dipecahkan
kepada paket-paket yang kecil dan dibungkus dan diberi arahan untuk
penghantaran yang dipanggil protokol


15.4 Komputer

Komputer adalah satu alat yang boleh menyimpan, memanggil semula dan
memproses data. Perkembangan dalam bidang teknologi elektronik digital
menghasilkan sistem komputer yang dapat mengumpul dan memproses data
yang banyak dan semakin laju Pada zaman sekarang, sistem komputer adalah
semakin canggih dan manusia dapat menjalankan kerja dengan pantas dan
meningkatkan pengeluaran


















SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
81
Struktur Asas Sistem Komputer

Semua komputer mempunyai 4 komponen asas iaitu:-

a) alat input
b) unit pemprosesan pusat
c) ingatan sekunder
d) alat output













Gambarajah 15.4 Komponen Asas Komputer


Alat input berfunsgi untuk menerima maklumat dalam bentuk nombor dan huruf.
Contoh alat input adalah papan kunci, tetikus, pena input dan kayu ria.

Alat output berfungsi untuk menerima kod mesin daripada komputer.
Contoh alat output adalah pencetak, unit paparan video, pemplot graf dan grafik.

Unit Pemprosesan Pusat adalah bahagian di mana data-data diproses. Unit ini
terdiri daripada 3 unit yang lain iaitu:-

a) Unit kawalan
Bertindak dengan mengkaji setiap perintah dalam aturcara yang berada di
dalam ingatan dan menghantar isyarat kawalan ke komponen lain
b) Unit arithmetic dan logik
Berfungsi untuk melakukan pengiraan (campur, darab, tolak dan bahagi)
serta operasi logic (dan, atau serta tidak)

c) Ingatan pusat
Terdiri daripada 2 jenis iaitu Ingatan Baca Sahaja(Read Only Memory, ROM)
dan ingatan Rawak Masuk ( Random Access Memory, RAM). ROM
digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan untuk membuat
operasi. Ingatan ini kekal dan tidak akan padam apabila komputer
dipadamkan. RAM digunakan untuk menyimpan nombor dan huruf.
Alat Input Unit Pemprosesan
Pusat
Alat output
Ingatan Sekunder
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
82
Maklumat ini disimpan dalam bentuk kod dedua. Ingatan ini adalah
sementara dan akan padam apabila computer dipadamkan.

Ingatan sekunder menyimpan data-data di luar unit pemprosesan pusat.
Contoh ingatan sekunder seperti cakera liut, cakera keras ( hard disk) , cakera
padat, pemacu jari dan pemacu pena.

Beberapa kegunaan komputer dalam kehidupan:

Rangkaian yang dilampirkan penyimpanan (seperti FreeNAS,
Dropbox)
Pelayan media (media Server seperti Hewlett-Packard)
Rekabentuk grafik (diterajui perisian Adobe)
Reka bentuk seni bina (diterajui AutoCAD)
Perbankan internet (simpanan, pinjaman, insurans, kredit, dana
bersam.)
Permainan
Rangkaian sosial (Myspace, Facebook, Twitter).
Perkongsian ilmu (WikiAnswers, Wikipedia, Lifehacker, Gizmodo)


15.5 Teknologi bersepadu: lebuhraya maklumat super

Lebuhraya maklumat super adalah satu istillah yang sering digunakan pada
tahun 1990an merujuk kepada sistem telekomunikasi digital dan rangkaian
telekomunikasi internet. Ia merupakan gabungan peranti dan bukan peranti yang
digunakan untuk mengalirkan maklumat dari satu komputer ke komputer yang
lain. Laluan atau rangkaian untuk perpindahan maklumat yang pantas ini
menggunakan rangkaian optik fiber dan internet. Contohnya world wide web.

Peranti utama yang digunakan adalah pengkalan (router), jambatan (bridge),
pengulang(repeater) dan kad antara muka rangkaian ( network interface card).
Lebuhraya maklumat juga tidak terhad kepada rangkaian komunikasi antara
komputer dengan komputer. Rangkaian telefon awam, telefon bimbit, radio,
televisyen dan rangkaian komunikasi satelit juga adalah lebuh raya maklumat.

Ruang siber adalah satu domain yang dicirikan dengan menggunakan elektronik
dan spektrum elektromagnet untuk menyimpan, mengubahsuai dan bertukar-
tukar data melalui sistem jalinan (network) dan infrastruktur fizikal. Istilah ini mula
digunakan dalam fiksyen sains, di mana memasukkan pelbagai alam maya
(virtual reality) yang dialami pengguna komputer oleh entiti yang wujud dalam
sistem komputer.


SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
83
Melayari Internet (1 jam)











15.6 Latihan
(1) Nyatakan komponen elektronik yang digunakan untuk menguatkan isyarat
elektronik
(2) Namakan komponen-komponen elektronik yang terdapat dalam litar
elektronik
(3) Sebuah komputer di rumah menerima pelbagai input daripada alatan-alatan
lain. Berikan contoh alat-alat yang memberi input kepada sebuah komputer.
(4) Nyatakan bahagian-bahagian dalam sebuah komputer desktop dan
bincangkan contoh- contoh setiap bahagian tersebut. Bincangkan alat-alat
input, CPU dan alat-alat output.
(5) Nyatakan perbezaan perkakasan(hardware) dan perisian (software) dalam
sesuatu komputer. Berikan contoh-contoh.

15.7 Rujukan

Buku Teks/rujukan Fizik Tingkatan 5 (umum)
http://www.gcflearnfree.org/computerbasics
http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/

Sila rujuk lama web berikut untuk bacaan tambahan
http://www.gcflearnfree.org/computerbasics
Sila rujuk lama web berikut untuk bacaan tambahan
http://www.gcflearnfree.org/computerbasics

You might also like