You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Penilaian dalam Pendidikan Islam (PIM 3110) adalah salah satu kursus bagi guru pelatih Pengajian Islam & Al-Quran semester 5. Hasil pembelajaran kursus ini ialah bagi menganalisis konsep penilaian dalam Pendidikan Islam, membina item soalan dengan tepat mengikut JSU dan melaksanakan proses penilaian dengan teratur. Selain itu, hasil pembelajaran kursus ini juga adalah untuk mengaplikasi dan mentadbir penilaian PAFA mengikut buku panduan PAFA. Bagi memenuhi objektif pembelajaran kursus ini, guru pelatih 5PISMP Pengajian Islam & Al-Quran diberikan tugasan kerja kursus projek. Objektif kerja kursus projek ini adalah untuk menghuraikan konsep dan pelaksanaan PAFA di sekolah dengan mengenalpasti konsep, falsafah dan kepentingan penilaian PAFA, mengenal pasti isu dalam penilaian PAFA dan membuat penilaian PAFA mengikut buku panduan PAFA.

2.0 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan konsep yang penting diketahui dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat konsep ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.

Pengujian

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), pengujian merujuk satu teknik untuk mendapatkan matlamat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan yang memerlukan maklum balas daripada murid untuk dinilai oleh guru terhadap pencapaian mereka. Pengujian memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit, seperti perubahan tingkah laku murid berdasarkan perkara yang telah dipelajarinya. Oleh itu, dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan diikuti dengan peringkat pemeriksaan. Dengan pengujian, guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Tujuan pengujian adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid dan mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain serta mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh guruguru sahaja, malahan di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diresapi oleh pelajar-pelajar mereka. Justeru, penilaian amat penting dalam konteks pembelajaran.

Pengukuran

Pengukuran ialah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu dibandingkan dengan satu standard.

Tujuan pengukuran dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, Ee Ah Meng (1991) menyenaraikan fungsi-fungsi pengukuran seperti berikut : 1) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh. 2) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh. 3) Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain. 4) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Pengukuran sebagai disiplin boleh wujud dalam berbagai-bagai tahap dan peringkat. Namun dalam bidang pendidikan, pengukuran biasanya dilaksanakan dalam dua tahap sahaja. Tahap-tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986) : 1) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan ditahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal). 2) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan Islam yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian. Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, pengukuran dalam pendidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya.

Penilaian Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang saling bertindak balas antara satu sama lain bagi mencapai matlamat yang dikenal pasti. Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. Proses penilaian melibatkan tiga langkah utama, iaitu : 1) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. 2) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran 3) Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu peringkat persediaan ujian, peringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan pengukuran, peringkat analisis dan peringkat interpretasi dan tindakan. Dalam usaha membuat penilaian yang wajar, guru akan mempertimbangkan maklumat dari berbagai-bagai punca, seperti pengetahuannya sendiri tentang murid tersebut, latar belakang dan pengalaman mereka, keadaan pembelajaran di rumah dan di sekolah, minat dan perkara-perkara yang tidak diminati oleh murid. Kesemua ini akan dipertimbangkan atau dinilai oleh guru dan akhirnya satu penilaian akan dikemukakan untuk membolehkan tindakan wajar selanjutnya, sama ada memberi pengajaran tambahan, beralih ke pengajaran lain, menukar kaedah pengajaran dan sebagainya. Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Islam Kepentingan penilaian dalam pendidikan islam ialah : 1. Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan 5

menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. 2. Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan. 3. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. 4. Bimbingan dan Kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Pentaksiran Konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah selari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

3.0 KONSEP, FALSAFAH DAN KEPENTINGAN PENILAIAN PAFA

Konsep

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti pada peringkat awal. PAFA adalah satu bentuk penilaian amali yang dilaksanakan untuk melihat kefahaman dan amalan fardhu ain. Sejauh mana pelaksanaan dan keberkesanan PAFA dalam membentuk keperibadian muslim.

Fardhu ain bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama bagi orang perseorangan, contohnya mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Dalam konteks PAFA, beberapa perkara fardhu ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam hendaklah dipastikan supaya tiap-tiap murid atau pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994, ruj : Kp5206/8/70 Jld. 13/(14) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H).

Dalam aspek penilaian, murid dinilai dari segi kefahaman yang betul tentang perlakuan serta pengamalan solat dan boleh mengamalkannya sekira-kira sah pada tahap yang paling asas dan minimum. PAFA dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PAFA mula dilaksanakan pada sesi 1994/1995.

PAFA adalah sebahagian kecil daripada isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, P&P PAFA adalah P&P Pendidikan Islam. Apa yang penting dalam PAFA ialah memastikan tiap-tiap murid/pelajar tanpa sebarang keciciran mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan dengan betul, sah dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki atau dituntut oleh syarak. Oleh sebab PAFA adalah mata pelajaran Pendidikan Islam (bukan satu mata pelajaran baharu di luar Pendidikan Islam), maka P&Pnya adalah sepanjang masa. P&P Pendidikan Islam mulai Tahun 1 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah; dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah.

Pelaksanaan PAFA di sekolah rendah dan menengah amat bertetapan dengan falsafah Pendidikan Islam iaitu; Pendidikan Islam ialah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Matlamat di dalam falsafah Pendidikan Islam adalah untuk membina keperibadian seorang muslim dengan melaksana semua tuntutan agama Islam. Sebahagian tuntutan tersebut terkandung di dalam perkara yang hendak dicapai sewaktu proses P&P PAFA iaitu pelajar boleh mengucap dua kalimah syahadah dengan betul dan mengetahui serta memahami ertinya, mengingat dan memahami rukun Islam dan rukun Iman, selain mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan bersuci daripada beristinjak

membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum.

Di samping itu, perkara yang hendak dicapai oleh PAFA ialah pelajar boleh mendirikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan iqamah dan doanya serta mengetahui dan menghayati ibadat puasa, memahami hikmatnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Malah, PAFA juga adalah untuk mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan Ihsan dan bertolak daripada Birrul Walidain di samping memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Is lam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.

Kepentingan Di antara kepentingan pelaksanaan penilaian PAFA ini ialah mengenal pasti murid atau pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna. Pelbagai bentuk bimbingan yang boleh digunakan oleh guru bagi membimbing pelajar antaranya ialah menggunakan kaedah dan teknik seperti penerangan, bercerita, lakonan, simulasi, tunjuk cara, talaqqi musyafahah dan banyak lagi. Guru juga

10

boleh menggunakan kaedah dan teknik tersebut dengan bantuan alat bantu mengajar yang sesuai dengan cara yang digunakan. Selain itu, penilaian PAFA juga bertujuan untuk memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA, dalam erti kata lain, menentukan kejayaan 100 peratus. Seperti yang diketahui, perkara asas fardu ain adalah sangat penting untuk difahami, dihayati seterusnya diamalkan di dalam kehidupan seharian individu muslim bagi melahirkan ummah yang celik agama. Sekiranya terdapat keciciran di dalam penilaian PAFA, ini akan mewujudkan dan menyumbang kepada beberapa masalah ummat seperti masalah sosial yang sedang berleluasa pada hari ini. Perkara ini akan menjadi penyakit yang serius dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam sekiranya tiada tindakan yang sewajarnya dijalankan. Seterusnya, PAFA juga mampu menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati dalam amalan kehidupan seharian. Penilaian PAFA dapat menyuburkan rasa keinsafan dalam diri individu melalui item-item yang diuji di dalamnya kerana kesemua item tersebut merupakan perkara yang wajib diketahui dan diamalkan oleh umat Islam. Oleh sebab itu, PAFA ini diwujudkan bagi membantu umat Islam khususnya murid/pelajar sekolah dalam menguatkan lagi kepatuhan terhadap Allah SWT dengan mengamalkan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Akhir sekali, kepentingan penilaian PAFA juga dapat dilihat melalui konteks merangsang tanggungjawab guru dalam memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan. Sebagai guru Pendidikan Islam adalah menjadi satu kewajipan di dalam tugas bagi memastikan setiap murid/pelajar mendapat bimbingan yang terbaik dalam penilaian PAFA.

11

4.0 ISU-ISU PERMASALAHAN DALAM PELAKSANAAN PENILAIAN PAFA & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Isu permasalahan

Teori yang berkaitan

Cadangan penambahbaikan

12

Melalui proses pembacaan dan berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri sebagai murid yang dikehendaki menjalani ujian amali PAFA, saya mendapati terdapat beberapa isu permasalahan yang sering berlaku sepanjang pelaksanaannya di sekolah rendah atau menengah. Saya dapat rumuskan di sini bahawa isu permasalahan ini boleh dibahagikan kepada dua faktor ; faktor yang pertama ialah faktor pentaksir PAFA iaitu guru dan yang kedua faktor instrumen PAFA itu sendiri. Saya akan jelaskan satu persatu dengan terperinci mengenai isu-isu permasalahan tersebut berdasarkan teori atau model pembelajaran dan seterusnya membincangkan cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah isu tersebut.

i)

Isu berkaitan dengan faktor pentaksir PAFA

Isu 1 ; Bebanan kerja yang ditanggung oleh guru mengakibatkan tekanan

Murid yang belum menyelesaikan ujian PAFA akan sentiasa diminta untuk menghadiri masa pengujian di luar waktu pembelajaran sedangkan mereka juga terbeban dengan aktiviti lain persekolahan termasuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran lain. Hal ini juga akan menimbukan masalah kepada guru kerana akibat daripada penangguhan tersebut, guru akan terbeban dengan ujian PAFA dan kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan. Sebagai contoh, penangguhan ujian PAFA tahun 5 ke tahun 6 akan menjadi beban kepada guru yang akan menyebabkan pengajaran guru Pendidikan Islam tahun 6 terganggu kerana terpaksa menguji kod ujian PAFA tahun 5 yang masih belum diselesaikan. Sedangkan, terdapat juga kod ujian PAFA yang perlu dijalani oleh murid tahun 6. Kesannya, guru mungkin akan mendapat tekanan kerana terpaksa membuat kerja yang banyak dalam satu masa sahaja. Selain itu, penangguhan ujian PAFA tahun 5 ke tahun 6 turut menjadi beban kepada murid-murid tersebut ketika mereka tahun 6. Bebanan ini terjadi kerana murid-murid tahun 6 akan berhadapan dengan dua peperiksaan besar iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi yang bersekolah rendah agama di sebelah petang. Keadaan ini akan membuatkan tumpuan terhadap UPSR dan UPSRA terganggu serta boleh mengakibatkan mereka akan memperolehi keputusan yang rendah.

13

Teori yang boleh dikaitkan dengan isu permasalahan di atas ialah ;

Teori tekanan Hobb (1972) Teori ini menghuraikan hubungan antara prestasi guru dengan tuntutan yang dialaminya (Dunham, 1992). Hobb (1972 ; dalam Dunham 1992) mengatakan bahawa kerja tanpa sebarang tuntutan akan membawa kepada kebosanan. Justeru itu, tuntutan kerja yang meningkat akan dikira sebagai merangsangkan dan energising. Namun begitu, jika tuntutan ini melebihi keupayaan individu untuk bertindakbalas terhadapnya, ini akan mewujudkan tahap kebimbangan yang tinggi, tahap concentration yang lemah dan kurang berkesan dalam kerjanya. Berdasarkan teori tekanan Hobb, tekanan yang dialami oleh guru akibat dari lambakan kerja-kerja yang perlu diselesaikan akan menyebabkan prestasi kerja dan kualiti kerja guru tersebut menurun dan kurang memberangsangkan. Setelah membuat kajian, saya dapat mengaitkan isu permasalahan iaitu bebanan kerja yang ditanggung oleh guru dalam melaksanakan ujian penilaian PAFA dengan teori tekanan Hobb di atas. Merujuk kepada teori Hobb, jika guru terpaksa untuk melaksanakan beberapa tugasan yang melebihi keupayaan mereka, hal ini akan menyebabkan kualiti kerja guru terjejas. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang. Isu permasalahan mengenai bebanan kerja guru akan menyebabkan tekanan kepada guru kerana guru terpaksa menggunakan masa lain untuk membuat ujian amali sekiranya terdapat murid yang mengambil masa yang lama untuk menjalani sesi ujian amali. Sedangkan masa lain yang digunakan untuk membuat ujian amali PAFA adalah masa untuk guru menyelesaikan kerja-kerja lain. Seperti yang diketahui, sebagai seorang guru adalah menjadi adat kebiasaan apabila seorang guru dikehendaki membuat kerja-kerja lain seperti pendokumentasian, pengkeranian, kursus, kokurikulum dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan guru terpaksa menangguhkan kerja-kerja tersebut yang sepatutnya diselesaikan pada masa itu kepada masa lain. Kesan daripada situasi tersebut akan 14

menyebabkan lambakan kerja guru dan guru terpaksa mencari masa lain untuk membuat kerja-kerja tersebut. Justeru itu, cadangan penambahbaikan bagi menyelesaikan isu berkenaan bebanan kerja guru yang perlu ditanggung dan dalam masa yang sama menyebabkan berlakunya tekanan dari segi mental dan emosi guru adalah berdasarkan prinsip modifikasi tingkah laku yang diutarakan oleh Skinner iaitu pengukuhan. Menurut ahli behavioris, pengukuhan amat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Pengukuhan menekankan kepentingan pengkukuh, sama ada positif atau negatif yang digunakan untuk meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah laku. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang diberikan untuk mendorong murid-murid mengulangi tingkah laku yang diingini, misalnya : ganjaran material, kata-kata pujian, keistimewaan, dan sebagainya. Manakala pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik, misalnya : buku cerita, supaya murid-murid akan menunjukkan tingkah laku yang diingini (misalnya : memberi perhatian dalam sesi pengajaran). Di dalam isu permasalahan berkaitan dengan bebanan kerja guru akan menyebabkan guru mengalami tekanan boleh diatasi dengan menggunakan teori tingkah laku Skinner ini. Guru boleh menggunakan pendekatan pengukuhan negatif kepada murid yang belum menyelesaikan mana-mana kod/tajuk ujian amali PAFA. Contohnya, guru boleh membuat dendaan yang positif, misalnya : murid menulis tentang mana-mana kod/tajuk yang belum diselesaikan di dalam buku secara berulang kali. Contoh, menulis rukun Islam dan mengulanginya sebanyak 30 kali. Dengan cara ini, guru dapat mengurangkan tekanan akibat lambakan kerja kerana tiada lagi murid yang akan keciciran dalam penilaian PAFA. Selain itu, Jerrold S. Greenberg (1990), telah mencadangkan empat pendekatan dalam menangani tekanan semasa bekerja. Pertama, intervensi situasi-kehidupan, iaitu sekiranya anda merasakan tidak menyukai bidang tugas yang diberikan, mungkin anda boleh berunding untuk ditukar bidang tugas yang lebih bersesuaian. Ataupun mungkin anda merasa terlalu terbeban dengan kerja yang banyak, mungkin boleh berusaha mendapatkan pembantu atau pengagihan tugas dengan rakan lain. Walaubagaimanapun, ini bergantung juga kepada nasib anda dan situasi di tempat kerja anda, adakah anda mempunyai peluang berbuat begitu atau adakah pihak pengurusan akan melayan permintaan anda. Sekiranya nasib tidak menyebelahi anda, apa yang boleh dilakukan adalah dengan cara mengawal

15

tekanan daripada menyebabkan anda burnout. Di antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan cara mengelakkan daripada membawa pulang tugasan pejabat ke rumah, mengambil waktu makan tengahari sepenuhnya dan tidak berbincang mengenai kerja ada waktu makan, seterusnya membincangkan perasaan anda dengan seseorang yang berada bersama anda ketika tekanan memuncak.

ii)

Isu berkaitan dengan instrumen penilaian PAFA

Isu 2 : Tiada bahan grafik/gambar di dalam buku panduan PAFA Antara punca kegagalan penilaian PAFA di sesetengah sekolah adalah mungkin disebabkan murid/pelajar cepat berasa bosan dengan kandungan yang ada di dalam buku panduan PAFA. Seperti yang kita tahu, buku panduan PAFA hanya menyediakan kod/tajuk dan perkara-perkara yang perlu diuji sahaja tanpa sebarang grafik atau gambar yang menarik. Malah, kandungan dan reka bentuk di dalam buku panduan PAFA langsung tiada perubahan sejak PAFA dikuatkuasakan di sekolah. Malah, hal ini juga menyebabkan murid/pelajar tidak bersemangat untuk memahami, menhafaz dan menguasai setiap kod/tajuk yang perlu diuji. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem penilaian PAFA masih lagi di takuk lama tanpa sebarang perubahan yang relevan dengan situasi alam pembelajaran pada hari ini.

Teori yang boleh dikaitkan dengan isu permasalahan di atas ialah : Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983) Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Kurikulum tradisional di sekolah lebih menitikberatkan kecerdasan logikal/matematikal dan linguistik/verbal. Oleh itu, Gardner mengutarakan satu kurikulum yang lebih seimbang dan merangkumi bidang-bidang seperti kesenian, kesedaran kendiri, komunikasi dan pendidikan jasmani. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengingatkan para pendidik bahawa walau apa jua sahaja kaedah mengajar yang digunakan, guru harus mengambilkira kecerdasan pelbagai murid-murid yang mereka ajar. 16

Begitu juga dengan isu permasalahan mengenai murid/pelajar cepat berasa bosan kerana tiada bahan grafik/gambar di dalam buku panduan PAFA. Isu ini lebih berfokuskan kepada murid/pelajar yang lemah. Murid yang lemah pada kebiasaannya sukar untuk mengingati atau menghafal sesuatu pembelajaran. Mereka lebih memerlukan bahan bantu mengajar yang menarik. Di dalam penilaian PAFA pula, mereka mungkin memerlukan bahan grafik/gambar yang menarik dan bersesuai dengan perkara yang ingin dihafal oleh mereka. Sehubungan dengan itu, dengan penggunaan bahan grafik/gambar di dalam buku panduan PAFA mungkin dapat meningkatkan prestasi murid/pelajar yang lemah dalam menghafal. Menurut An-Nashmy (1980), mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan bahan bantu mengajar yang canggih dan menarik. Berdasarkan pendapat An-Nashmy, guru boleh mengatasi masalah murid/pelajar cepat bosan dan mengambil masa yang lama untuk menghafal kod ujian PAFA yang disebabkan tiada bahan grafik atau bergambar di dalam buku panduan PAFA dengan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang lebih menarik seperti teknik nyanyian. Selain itu, guru juga boleh menyediakan seberapa bahan bantu mengajar yang menarik bagi membantu murid/pelajar mencapai objektif yang terkandung di dalam penilaian PAFA. Contoh bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian pelajar ialah video atau bahan grafik yang bersesuaian dengan kod/tajuk yang diuji. Selain itu, menurut Narayanasamy (2000), dengan menggunakan pengurusan grafik, pelajar bukan sahaja melihat proses kemahiran berfikir tersebut secara eksplisit dan konkrit tetapi juga berfikir dan memproses secara aktif. Secara lazimnya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan dengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik adalah bentuk visual proses berfikir berkenaan. Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses berfikir yang terbentang secara abstrak.

17

Berdasarkan pendapat Narayanasamy tersebut, jelaslah bahawa bahan grafik adalah bahan bantu yang sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran pelajar. Justeru itu, guru dicadangkan supaya menggunakan bahan-bahan grafik mahupun animasi yang menarik minat pelajar dalam proses penilaian PAFA. Hal ini sekaligus dapat mengatasi masalah murid/pelajar yang cepat bosan dengan proses pembelajaran yang hanya menggunakan tulisan.

18

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya,

pengujian,

pengukuran,

penilaian

dan

pentaksiran

merupakan

sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat konsep ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.

PAFA pula merupakan mata pelajaran Pendidikan Islam yang bertujuan untuk mempastikan setiap pelajar mengetahui, memahami dengan betul aspek-aspek Islam seperti yang dituntut oleh syarak. Perkara yang diuji dalam PAFA ialah perkara yang berkaitan dengan fardu ain yang mengandungi 16 tajuk berdasarkan kod 1-16. PAFA dijalankan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

19

6.0 REFLEKSI

NAMA : NUR AMANINA BT MOHD NAZRI NO KP : 910909-06-5192

Assalamualaikum wbt. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana pada hari ini saya masih diberi peluang dan ruang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan kerja kursus Penilaian dalam Pendidikan Islam (PIM 3110) ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja.

Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seorang pelajar. Saya selalu mendengar keluhan rakan-rakan saya dek kerana timbunan kerja kursus. Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tsunami tugasan di maktab ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tidak mahu berkorban, dan apa maknanya jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sahaja bersarang diminda? Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah kesusahan. Pengurusan masa seorang pelajar itu sangat penting bagi menyiapkan tugasantugasan agar tiada tekanan negatif dan keluhan.

Bagaimana tugasan ini dihasilkan? Izinkan saya berkongsi pengalaman saya sebelum, semasa dan selepas dalam penghasilan kerja kursus ini. Sebelum saya memulakan kerja kursus ini, saya agak keliru dengan tugasan yang diberikan semasa taklimat kerja kursus disampaikan. Namun, bagi mengatasi masalah tersebut, saya dan rakan-rakan bertanya kepada pensyarah pembimbing tentang kehendak sebenar soalan semasa di kelas. Setelah pensyarah pembimbing memberikan penjelasan dengan lebih terperinci, barulah saya faham 20

apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pensyarah. Setelah memahami kehendak soalan, saya dan rakan-rakan lain telah pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan iaitu buku-buku rujukan yang berkaitan dengan Penilaian dalam Pendidikan Islam. Namun, agak

mengecewakan saya dan rakan-rakan kerana buku-buku yang berkaitan dengan Penilaian dalam Pendidikan Islam tidak banyak dan buku yang sedia ada merupakan buku-buku lama dan sudah lama tidak diperbaharui. Jadi, saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk mencari sedikit maklumat di dalam internet dan mencari buku di dalam google books.

Semasa penghasilan kerja kursus ini, saya telah mengalami beberapa masalah. Antaranya ialah kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penilaian PAFA. Saya telah mencari maklumat mengenai PAFA di dalam internet namun agak mengecewakan kerana terlalu sedikit maklumat yang disediakan. Oleh sebab itu, saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan bagi menjana idea mengenai penilaian PAFA. Semasa proses penghasilan persembahan elektronik, saya dikehendaki membuat kaji selidik bagi mendapatkan isu permasalahan dalam penilaian PAFA dan seterusnya mencari teori atau model pembelajaran yang sesuai dengan isu permasalahan yang dialami. Saya mengalami masalah apabila saya sukar untuk mendapatkan teori yang sesuai dengan isu permasalahan yang saya perolehi. Namun, bagi mengatasi masalah tersebut saya terus berusaha dengan mencari di dalam semua buku rujukan yang saya ada dan juga mencari di dalam internet sehingga saya menjumpai teori tersebut. Selepas itu, saya juga mengalami kesulitan apabila saya tidak pasti bagaimana caranya untuk mengaitkan isu permasalahan dengan teori. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya telah meminta pendapat dan bantuan rakan-rakan lain. Seterusnya, bagi tugasan membuat penilaian PAFA mengikut buku panduan PAFA pula, saya telah membuat ujian PAFA ke atas 3 orang responden daripada IPGKSM. Melalui ujian tersebut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa mereka kurang diberi pendedahan tentang penilaian PAFA semasa di sekolah menengah. Masalah lain yang saya hadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini ialah saya mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini kerana terdapat dua lagi kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu tersebut. Namun, berkat keazaman dan kesungguhan saya bersengkang mata semata-mata untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik, akhirnya kerja kursus ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

21

Sepanjang penghasilan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa saya telah banyak memperoleh input dan ilmu yang berguna mengenai subjek Penilaian dalam Pendidikan Islam ini. Pengalaman sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat mempelajari ilmu baru mengenai kursus penilaian dalam pendidikan Islam dengan lebih terperinci. Selain itu, saya juga dapat mempraktikkan apa yang saya belajar sepanjang penghasilan kerja kursus ini apabila saya ditempatkan di sekolah apabila tamat belajar.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, En. Ahmad Shidki bin Mat Yussof yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan motivasi kepada saya dan rakan-rakan. Tidak sah rasanya jikalau saya tidak mengucapkan sekalung apresiasi terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak berkongsi maklumat kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Jasa mereka akan saya kenang sampai bila-bila dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Sekian, terima kasih.

22

You might also like