You are on page 1of 36

1.

KONSEP WACANA. Perkataan wacana telah digunakan sejak dari dahulu kala lagi. Sekiranya diteliti

dengan lebih mendalam, perkataan wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa iaitu wocono. Perkataan woco yang terdapat di dalam perkataan wocono bermaksud baca. Selain itu, perkataan discourse yang terdapat di dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Latin discursus yang dapat diertkan sebagai larian ke dan dari. Menurut salah seorang pengkaji iaitu Chafe, wacana yang digunakan mempunyai pelbagai maksud yangt diberikan oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, secara umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan dan batas-batas ayat yang terpisah-pisah. Lazimnya, penggunaan wacana dan teks seringkali ditukar ganti. Keadaan ini kerana kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Menurut pandangan beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

1.1

ANALISIS WACANA. Menurut Johnstone, analisis wacana merupakan analisis yang berfokuskan kepada

proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan seterusnya melihat kepada ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau lagi,

analisis wacana hanya sekadar metodologi. Selain itu, Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana pada peringkat kritis sebagai suatu kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya. Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang me-lihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi tataaturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan. Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.

1.2

LATAR BELAKANG WACANA. Sejak dari dahulu lagi, wacana telah dikaji oleh pelbagai pihak. Salah seorang

pengkaji tersebut ialah Md. Nasir, wacana merupakan salah satu bidang kajian yang mempunyai sumber sejarahnya yang sangat panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama, seperti teks Veda pada 1200-1000 S.M. Selain itu, dalam tradisi Barat pula, wacana telah dapat dikenalpasti seawal abad kelima sebelum Masihi dan mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik. Bidang wacana ini mendapat tumpuan yang tinggi di dalam aliran linguistik awal yang dipelopori oleh Aristotle (384-322 S.M.).

Retorik klasik ini mula semakin ditinggalkan dan menghilang dengan kemunculan linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20, telah lahir sebuah aliran iaitu aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti yang terdapat di dalam Morphology of the Folktale oleh Propp pada tahun 1928 dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Akhirnya, hasil usaha beliau, konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks telah dicipta. Sementara itu, di Great Britain, satu aliran telah muncul dan berkembang iaitu aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Analisis wacana moden telah bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis-analisis struktural wacana di Perancis. Terdapat aliran tagmemik di Amerika syarikat yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks yang telah dipelopori oleh Hartmann. Sementara itu, di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional yang dipelopori oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Halliday (1962) dalam artikelnya, Descriptive Linguistics in Literary Studies, telah membuatpenyataan awal yang berkaitan dengan analisis wacana khususnya mengenai konsep tautan. Ruqaiya Hassan pada tahun 1964 di dalam tesis Ph.D-nya telah memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Salah seorang pengkaji wacana yang terkenal ialah Gleason pada tahun 1968. Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan aliran yang menganalisis secara sistematik dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan yang wujud ini merupakan perkembangan yang memberi tentangan terhadap tatabahasa formal dan konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang terbaik dalam tempoh tersebut ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English. Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. Dekad 1980-an dan awal 1990-an telah membuatkan analisis wacana menjadi lebih padu dan berkembang. Antara terbitan yang terbaik dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981) yang menghasilkan Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983) yang menghasilkan The Grammar of Discourse, Halliday pada tahun

1985 yang menghasilkan An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992) menghasilkan English Text: System and Structure, dan Cook (1994) yang menghasilkan Discourse. Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, dapat dilihat bahawa analisis wacana memasuki tahap yang kritis seperti yang dikatakan oleh Fairclough (1995,2001 dan 2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana sejak dari dahulu kala lagi sehingga kini lebih menumpukan pada usaha untuk membongkar rahsia-rahsia yang terdapat dalam setiap proses bahasa kerana setiap bahasa dilihat sebagai suatu penanda yang menghasilkan dan memperbaharui bahasa yang sedia ada. 2.0 WACANA

WACANA

DEFINISI

CIRI-CIRI WACANA

PENANDA WACANA

2.1 DEFINISI. Dalam dalam bahasa Inggeris, perkataan wacana dikaitkan dengan perkataan discourse. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, (1983:522) ditakrifkan sebagai hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan mahupun percakapan. Wacana mempunyai hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan. Contoh yang boleh dikaitkan dengan wacana ialah seperti risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; dan khutbah. Selain itu, perkataan wacana dapat dilihat takrifnya melalui Kamus Dewan Edisi Baru (1993:1484) iaitu ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan yang utuh. Melalui definisi ini, dapat disimpulkan bahawa wacana merupakan keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Sementara itu, di dalam kamus dewan bahasa edisi ketiga, wacana ditakrifkan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan percakapan. Wacana juga mempunyai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (spt khubah, pidato) atau tulisan (spt surat, artikel, novel cerpen). Para pengkaji wacana telah mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai wacana ini. Antara tokoh tersebut ialah Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.

Stubbs dan Michael mempunyai pendapat tersendiri mengenai takrif wacana. Menurut kedua tokoh tersebut, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkasnya, teks bagi wacana merupakan ayat bagi ujaran. Wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat merupakan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Crystal. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik. Keadaan ini bermaksud wacana merupakan seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa-peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Carlson yang merupakan salah seorang pengkaji wacana telah memberikan definisi wacana mengikut pendapat hasil dati kajiannya. Menurut beliau, wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi. Selain itu, Harimurti Kridalaksana mengatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap. Ia terdapat di dalam hierarki tatabahasa yang merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya. malah, wacana juga ditulis sebagai paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. . Menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar

komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim disamping pola bahasa. Wacana sedemikian merujuk kepada idea dan cara bertutur seseorang individu sehingga dapat mempengaruhinya dan dipengaruhi. Disamping itu, seorang tokoh yang bernama Henry Guntur Tarigan telah mendefinisikan wacana sebagai kesatuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas khalimah atau klausa. Wacana yang utuh sentiasa mempunyai koherensi dan kohesi tinggi dan berkesinambungan. Wacana yang baik juga harus mempunyai awal dan akhir yang nyata yang dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.

Secara kesimpulannya, walaupun definisi-definisi yang diberikan oleh pelbagai tokoh mempunyai persamaan dan perbezaan yang agak ketara, namun begitu, kesemuanya menerangkan tentang wacana. Terdapat beberapa unsur yang dapat dikenalpasti setelah membaca dan meneliti kesemua takrif tersebut. Unsur pertama yang sangat penting ialah wacana merupakan kesatuan bahasa yang sangat lengkap dan merupakan peringkat tertinggi selepas ayat. Keadaan ini membawa maksud bahawa wacana mengatasi ayat dan klausa di dalam satu-satu petikan esei. Selain itu, wacana yang utuh juga mempunyai susunan yang teratur, tersusun rapi dan mempunyai koherensi atau kepaduan di antara ayat. Di dalam perkataan lain, setiap ayat harus mempunyai kesinambungan yang baik. Disamping itu, kohesi atau pautan juga menjadi unsur yang penting di dalam sesebuah wacana. Wacana juga boleh berbentuk lisan ataupun tulisan yang mempunyai peringkat awal dan peringkat akhir.

2.2

CIRI-CIRI WACANA.

KOHESI ATAU TAUTAN. PENERIMAA N KOHEREN ATAU RUNTUTAN. CIRI-CIRI WACANA.

TUJUAN KEADAA N BERMAKLUMAT

INTERTEKS

Para pengkaji wacana telah berusaha membuat kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan wacana. Antara kajian yang dilakukan ialah ciri-ciri wacana yang harus dimiliki oleh sesebuah wacana bagi melahirkan wacana yang utuh dan teguh. Hasil daripada kajian dan penyelidikan tersebut, para pengkaji telah berjaya menghasilkan beberapa ciri wacana. 2.2.1 KOHESI ATAU TAUTAN. Ciri yang pertama bagi menghasilkan wacana yang utuh ialah tautan atau kohesi. Kohesi yang dinyatkan tersebut bermaksud keserasian di dalam hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap dan utuh. Keserasian hubungan ini pada kebiasaannya dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, hubungan frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama dan hubungan frasa atau ayat dengan perkataan sebagai contoh, Kamil dan Suraj pergi ke kedai komputer. Mereka berdua ke sana untuk membeli peralatan komputer. Di dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka yang digunakan di dalam ayat kedua merujuk kepada Kamil dan Suraj, sementara perkataan sana pula merujuk kepada kedai komputer.

Kohesi atau tautan dalam sesebuah wacana yang utuh dapat ditinjau dari aspek yang utama iaitu hubungan dari segi penggunaan kata ganti, penggunaan penggantian (subsitusi), peniadaan atau peleburan, penggunaan kata hubung dan penggunaan leksikal.

Aspek pertama yang boleh dilihat ialah penggunaan kata ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. Kata ganti nama tersebut digunakan sebagai kata rujukan yang boleh menggantikan sesuatu, samaada ianya merupakan benda atau nama manusia. penggunaan kata ganti nama amat penting kerana makna perkataan yang diganti akan didokong dengan lebih tepat lagi dan sekaligus akan menjadikan sesebuah wacana lebih rapi. Contoh yang rngkas dan mudah untuk memahaminya ialah seperti berikut. Andika seorang yang tekun berusaha. Dia mempunyai seorang rakan karib, iaitu Samam. Mereka selalu berbincang tentang pelajaran di sekolah.

Di dalam contoh tersebut, terdapat beberapa penggantian kata ganti giri yang telah dilakukan. Perkataan Andika di dalam ayat pertama telah digantikan kepada perkataan Dia di dalam ayat kedua. Perkataan mereka di dalam ayat ketiga merupakan pengantian kata nam diri kepada Andika dan Samam

Aspek kedua yang dapat ditinjau ialah aspek penggunaan penggantian. Di dalam aspek ini, perkara yang diubah merupakan perkara yang menjadi persamaan atau perbezaan bagi satu situasi ayng dihadapi oleh dua orang individu yang berbeza. Contohya,

Jakiro memesan teh tarik. Saya juga mahu satu. Rupa-rupanya keinginan kami sama.

Di dalam ayat tersebut, terdapat beberapa pembaharuan yang telah dilakukan ke atas ayat kedua dan ayat ketiga. Perkataan satu adalah merujuk kepada the tarik di dalam ayat pertama. Kami di dalam ayat ketiga merupakan pembaharuan yang telah dilakukan bagi menggantikan perkataan Jakiro dan saya.

Selain itu, aspek penggunaan peniadaan atau peleburan juga ditinjau dalam kohesi atau tautan. Di dalam aspek ini, perkataan yang sama tidak diulang semula dalam ayat yang sama. Hal ini membolehkan sebuah wacana yang lebih utuh dan jelas akan terhasil. Sebagai contohnya, Motred suka makan laksa, adiknya suka mee goreng.

Di dalam contoh di atas, ayat suka makan laksa telah digantikan kepada suka mee goreng. Dalam ayat tersebut, ayat suka makan laksa tidak ditulis tidak suka makan laksa kepada adiknya. Sebaliknya, ayat tersebut terus sahaja disambung dengan makanan kegemaran adiknya. Hal ini akan mengukuhkan lagi wacana tersebut.

Aspek lain yang boleh ditinjau di dalam kohesi ini ialah penggunaan kata hubung. Kata hubung merupakan salah satu entiti penyambung makna dalam sesuatu wacana bagi menyempurnakan dan menjadikan sesebuah wacana menjadi yang utuh. Contohnya,

Samad bukan belajar, sebaliknya dia bermain.

Di dalam ayat tersebut, ia merupakan salah satu jenis wacana atau ayat yang berbentuk huraian. Sebaliknya merupakan kata penghubung yang digunakan di dalam

ayat tersebut bagi menghubungkan ayat pertama dan ayat kedua. Frasa dia bermain dan bukan belajar sebenarnya menerangkan tentang perlakuan Samad pada ketika itu. Samuro menangis kerana dipukul oleh datuknya.

Ayat tersebut merupakan ayat yang berbentuk pengembangan. keadaan ini dapat dilihat apabila perkataan kerana telah digunakan bagi menunjukkan perkembangan sesebuah wacana. Pernyataan dipukul oleh datuknya merupakan pengembangan cerita dan menunjukkan sebab Samuro menangis. Aspek terakhir yang boleh ditinjau ialah penggunaan leksikal di dalam sesebuah wacana. Leksikal merupakan pemilihan kosa kata yang sesuai dengan makna yang hendak disampaikan. Hal ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat berdasarkan wacanawacana yang telah dihasilkan. Leksikal boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu sinonim, antonim, hiponim dan sebagainya.

Sinonim merupakan perkataan-perkataan yang mempunyai makna dan maksud yang atau hampir sama. Sebaga contohnya, perkataan wanita boleh disama ertikan dengan perkataan perempuan. Hal ini kerana kedua-duanya merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jantina wanita.

Antonim pula merupakan perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan erti dan maksudnya. Sebagai contohnya, perkataan jantan dan betina. Keduaduanya merujuk kepada dua jantina binatang yang yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Hiponim merupakan penggolongan bagi sesuatu perkara. Dalam erti kata yang ringkas, beberapa perkataan dapat digolongkan kepada satu golongan yang sama. Contohnya, motosikal, kereta, lori, dan bas dapat digolongkan kepada kepada golongan kenderaan.

2.2.2 KOHEREN ATAU RUNTUTAN. Di dalam tatabahasa Dewan (2005:525), ia menjelaskan bahawa koheran atau runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itu bermakna. Melalui takrif tersebut, dapat disimpulkan bahawa koheren atau runtutan ini merupakan perkara yang paling asas dalam pembinaan sesuatu wacana sehingga wacana tersebut menjadi sebuah wacana yang utuh. Keadaan ini kerana, sekiranya sesebuah teks yang dihasilkan mempunyai makna yang tersendiri, maka teks tersebut boleh dikatakan sebagai sebuah wacana. Contohnya,

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

Di dalam sesebuah wacana yang dihasilkan, koheran dapat dilihat dari beberapa segi iaitu hubungan bersifat penambahan, hubungan bersifat tempoh masa, Hubungan bersifat sinonim, hubungan bersifat pengulangan, hubungan bersifat pasangan, hubungan bersifat ikatan, hubungan sebab dan akibat, hubungan sebab dan hasil, hubungan sebab dan kesan, hubungan syarat dan hasil, dan sebagainya.

2.2.3 TUJUAN. Sesebuah wacana yang dihasilkan haruslah mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana, dan penggunaan ayat. Tujuan yang terdapat di dalam wacana tersebut ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu tujuan dalam wacana adalah bertujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Aspek ini juga adalah bagi menentukan jenis wacana yang digunakan. Sebagai contohnya, sekiranya tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, maka ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya. 2.2.4 BERMAKLUMAT. Secara umumnya, tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. Keadaan ini terbahagi kepada dua; maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) dan maklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contohnya, Asura memandu van. Van itu kepunyaan Basirun. Maklumat lama Maklumat baharu.

Maklumat lama

Di dalam konteks bermaklumat ini, setiap ayat kedua mesti dimasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.

2.2.5 PENERIMAAN.

Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

2.2.6 KEADAAN. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan,pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting. 2.2.7 INTERTEKS. Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu. kepada

2.3

PENANDA WACANA.

Penanda wacana

PENANDA RUJUKAN

PENANDA PENGHUBUN G

PENANDA LEKSIKAL

PENANDA PENGGANTIAN

PENANDA ELIPSIS ATAU PENGGUGURAN.

Penanda wacana merupakan sesuatu

perkataan ataupun rangkaian perkataan

yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. sekiranya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana amat penting digunakan di dalam sesebuah wacana agar wujud kesinambungan di antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana yang utama, iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal, dan Penanda elipsis atau pengguguran.

2.3.1 Penanda penghubung.

Di dalam bahasa Melayu, perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat didalam sesuatu wacana dipanggil penanda penghubung. Maklumat yang dihubungkan boleh berbentuk idea, ayat atau perenggan dengan maklumat yang lain dalam wacana. Terdapat pelbagai jenis penanda penghubung dalam wacana seperti penanda tambahan, penanda urutan, penanda pernyataan semula, penanda contoh, penanda rumusan dan sebagainya.

Bil. 1.

Jenis penanda Tambahan

Contoh dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping, bertitik tolak,lebih lebih lagi,hal ini dan selain juga

2.

Urutan

pertama, kemudian, lagi..

kedua,

seterusnya,

selepas

itu, itu,

kemudian

daripada

akhirnya,lebih awal dari itu dan lebih penting

3.

Penyataan semula

iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan dan sekali lagi ditegaskan.

4.

Contoh

contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai, mari kita mengambil contoh, khususnya, misalnya, hal yang dimaksudkan.

5.

Rumusan

rumusannya,

kesimpulannya,

sebagai

kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6.

Tempat

berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.

7.

Waktu

apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya,sementara itu, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.

8.

Sebab dan kesan

oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu,sebagai hasilnya, sebagai akibat.

9.

Bandingan

seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.

10.

Pertentangan

tetapi,

sebaliknya,

sungguhpun,

walau

bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan,sungguhpun begitu,akan tetapi.

11.

Pengesahan,penegasan Penekanan

dan sebenarnya, tentulah, dengan itu.

sesungguhnya,

sewajarnya, sejajar

pastilah,

sememangnya,

12

Perkaitan

Sehubungan

dengan

itu,

dalam

hal

ini,

berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada

13

Tujuan dan Maksud

Untuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal ini bererti, hal ini membawa pengertian, maksudnya

14

Pendahuluan

Sebagai

pendahuluan,

sebagai

permulaan,

mulanya, pertamanya, sebagai mukadimah

15

Singkatan

Ringkasnya, pendek kata, secara ringkasnya

16

Bahasa Klasik

Hatta,

maka,

syahadan,

adapun,

alkisah,

kalakian, Sebermula, sekali peristiwa, arakian

2.3.2 Penanda rujukan.

Penanda rujukan merujuk kepada kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain. Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama rujukan adalah terdiri daripada tiga kata ganti diri iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Selain itu, penanda rujukan terdiri daripada kata ganti nama tunjuk seperti ini, itu, sini, sana dan lain-lain.

2.3.3 Penanda penggantian.

Penanda penggantian merupakan perkataan atau frasa terpilih yang digunakan untuk menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama bagi menunjukkan pertautan di antara kedua-dua wacana yang berlainan. Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa kerja, frasa nama atau klausa.

2.3.4 Penanda leksikal Penanda leksikal merupakan penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Unsur pengulangan ini adalah terdiri daripada penggulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, pengulangan hiponim dan pengulangan kolokasi.

PENGULANGAN KOLOKASI

PENGULANGAN SINONIM

PENGULANGAN PENANDA LEKSIKAL UNSUR YANG SAMA

PENGULANGAN HIPONIM

a) Pengulangan unsur yang sama Di dalam pengulangan unsur yang sama, setiap perkataan atau frasa diulang sepenuhnya tanpa sebarang perubahan dilakukan. Sebagai contohnya, Pelajar-pelajar kelas 3BMMT2 dikehendaki membuat satu projek wacana . Pelajarpelajar kelas 3BMMT1 juga dikehendaki membuat satu projek wacana Dalam contoh di atas, pelajar-pelajar kelas dan dikehendaki membuat satu projek diulang sepenuh dalam ayat kedua. Keadaan ini kerana dua ayat tersbut akan dapat dihubungkan dari segi makna.

b) Pengulangan sinonim Pengulangan sinonim merupakanpengulangan perkataan yang sama atau hampir sama maknanya dengan perkataan lain. Contohnya, perkataan wanita dengan perempuan dan bapa dengan orang tua. Pengulangan ini demi menjadikan dua ayat bertaut atau bersepadu. Contoh ayat yang menunjukkan pengulangan sinonim ialah, ` Ali sangat menyayangi ibu bapanya. Beliau selalu menziarahi orang tuanya itu. c) Pengulangan hiponim Pengulangan hiponim merupakan pengulangan sesuatu keadaan di mana satu perkataan mempunyai makna yang dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan yang lain. Contohny, cempaka merupakan perkataan hiponim bagi perkataan bunga. Jadi, cempaka, kemboja dan sundal malam dikatakan berhiponim antara satu dengan yang lain. Pertautan di dalam sesebuah wacana akan dapat diwujudkan dengan menggunakan hiponim. Sebagai contoh, Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Bangsa Melayu, Cina dan India dan lainlain hidup dalam keadaan aman damai.

d) Pengulangan kolokasi Pengulangan ini melibatkan kehadiran sekumpulan perkataan yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Kebiasaannya, pengulangan kolokasi melibatkan perkataan selingkungan. Contoh yang paling mudah diambil ialah perkataan tangan, mulut, kaki, mata, dan telinga dikatakan perkataan-perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai kawasan lingkungan yang sama, iaitu pancaindera manusia. 2.3.5 Penanda elipsis atau pengguguran Penanda ini melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Selain itu, penanda wacana juga merujuk kepada perkataan atau frasa yang menandakan sempadan dalam wacana atau lebih tepat lagi dalam perbualan. Penanda wacana ini tidak menunjukkan struktur sintaktik atau semantik bagi wacana, sebaliknya merupakan elemen yang mempunyai pelbagai fungsi. Penanda

wacana ini dapat difahami dengan dua cara, iaitu sebagai elemen yang menjadi sebahagian ikatan ujaran dan sebagai elemen yang digunakan untuk tujuan perbualan.

3.0

ANALISIS WACANA. 3.1 PENANDA PENGHUBUNG.

Penanda penghubung merupakan salah satu aspek yang terdapat di dalam penanda wacana. Terdapat beberapa kategori kecil penanda penghubung ini. Antara kategori tersebut ialah penanda hubungan tambahan, penanda hubungan urutan, penanda hubungan penyataan semula, penanda hubungan contoh, penanda hubungan rumusan, penanda hubungan tempat, penanda hubungan waktu dan sebagainya. 3.1.1 Penanda Hubungan Tambahan.

Salah satu kategori tersebut ialah penanda penghubung tambahan. Antara contoh yang telah saya dapati di dalam rencana yang bertajuk Bahasa Melayu dalam konteks globalisasi ialah : Dengan kemajuan yang dicapai melalui sains dan teknologi, pelbagai alat telah muncul yang mendekatkan manusia. (Perenggan 1, Baris 7-8) Di dalam contoh di atas, dan merupakan penanda penghubung yang telah digunakan bagi menyambung dan menambah frasa yang sebelumnya iaitu melalui sains

3.1.2 Penanda penghubung urutan.

Penanda penghubung kedua yang dapat dikenalpasti di dalam rencana tersebut ialah penanda penghubung urutan. Sebagai contohnya; Kemudian daripada itu, apabila ekonomi wilayah kita berkembang dengan pesatnya, timbul pula keperluan perdagangan kerana beberapa Negara luar ingin berdagang dengan wilayah kita, atau ingin meluaskan pasaran barang-barangg mereka ke wilayah kita. (perenggan 8, baris 1-5) Yang terakhir yang patut disebut ialah usaha berbentuk persidangan-persidangan antarabangsa yang membincangkan hal ehwal bahasa dan budaya melayu dalam konteks global. (perenggan 13, baris 1-3) Di dalam contoh tersebut, Kemudian daripada itu dan yang terkhir telah digunakan bagi menunujukkan urutan isi yang terdapat di dalam sesebuah wacana. Kedua-dua klausa tersebut dan kata penghubung urutan yang lain lazimnya digunakan di awal ayat bagi memberitahu kepada para pembaca tentang isi-isi utama pada setiap perenggan.

3.1.3 Penanda hubungan penyataan semula. Antara penanda penghubung yang digunakan di dalam rencana tersebut ialah seperti yang berikut. Belakangan ini lebih kerap terdengar perbincangan yang menumpukan perhatian kepada persoalan bahasa Melayu dalam konteks yang luas, yang tidak terbatas kepada dunia Melayu atau Nusantara semata-mata, tetapi kepada horizon yang lebih besar, iaitu bahasa Melayu dalam konteks global. (perenggan 1, baris 1-5) Di dalam ayat tersebut, dapat dilihat bahawa penggunaan iaitu adalah bertujuan untuk menyatakan semula apa yang telah dinyatakan sebelumnya, bahasa melayu dalam konteks global. 3.1.4 Penanda penghubung contoh.

Antara contoh yang terdapat di dalam rencana yang telah saya kaji ialah; Pertemuan sasterawan Nusantara, misalnya, ialah usaha yang mempertemukan para sasterawan dan peminat sastera. (perenggan 9, baris 3-5)

3.1.5 Penanda penghubung waktu.

Penanda penghubung waktu merupakan penanda penghubung yang digunakan bagi menunjukkan waktu. Ia digunakan mengikut kesesuaian ayat dan masa sesuatu kejadian. Antara penanda penghubung yang telah digunakan ialah; Dan kini kita mendengar cadangan untuk menubuhkan sebuah badan untuk sastera yang lebih kurang sama fungsinya dengan MABBIM, iaitu Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). (perenggan 9, baris 7-10) Pada suatu masa dahulu, pengajian mengenai wilayah kita hanya terdapat di Negara Belanda dan England. (perenggan 6, baris 3-5) Pada awalnya, minat itu datangnya daripada golongan penjajah yang ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang negara-negara jajahan mereka, sama ada kerana tujuan-tujuan akdemik ataupun kerana matlamat penjajah. (perenggan 7, baris 2-6)

3.1.6 Penanda penghubung musabab.

Antara penanda penghubung musabab yang digunakan di dalaam rencana yang dikaji ialah; Pada awalnya, minat itu datangnya daripada golongan penjajah yang ingin

mempelajari sebanyak mungkin tentang negara-negara jajahan mereka, sama ada kerana tujuan-tujuan akdemik ataupun kerana matlamat penjajah. (perenggan 7, baris 2-6)

3.1.7 Penanda penghubung pertentangan

Penanda penghubung pertentangan digunakan untuk menunjukkan pertentangan diantara idea-idea yang diutarakan. Antara penanda penghubung yang terdapat di dalam rencana tersebut ialah; Namun begitu, walau apa pun tujuan penubuhan pusat-pusat ini, yantg nyata ialah bahawa minat telah timbul, dan dunia pengajian terhadap bahasa dan budaya kita telah berkembang luas. (perenggan 89, baris 6-9) Di dalam contoh tersebut, namun begitu digunakan bagi menunjukkan pertentangan dan percanggahan idea yang dibawa melalui ayat yang sebelumnya dan ayat selepas namun begitu.

3.1.8 Penanda penghubung klasik.

Penanda penghubung klasik ialah penanda yang menggunakan bahasa klasik sebagai kata penhubung di dalam sesuatu wacana yang dikarang. Antara contoh yang digunakan di dalam rencana yang telah dikaji ialah; Apabila wujud perbezaan ideologi yang mempengaruhi pergolakan dunia, maka kuasa-kuasa besar lain juga turut berminat untuk mendalami bahasa Melayu/Indonesia. Maka lahirlah pusat-pusat pengajian Melayu Indonesia di Amerika, Rusia, dan china. (perenggan 7, baris 6-10)

Melalui contoh tersebut, dapat dilihat bahawa penulis telah menggunakan bahasa klasik di dalam rencananya, iaitu maka.

3.2

PENANDA RUJUKAN.

Penanda rujukan merujuk kepada kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain yang terdapat di dalam sesbuah wacana. Terdapat dua kategori kata ganti nama. Kategori pertama ialah kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Seterusnya, kategori kedua ialah kata ganti nama tunjuk. 3.2.1 kata ganti nama diri.

Antara contoh kata ganti nama diri yang terdapat di dalam rencana yang telah dikaji ialah; Kita berharap usaha Dewan Bahasa dan Pustaka ini akan diteruskan oleh badanbadan lain. (perenggan 14, baris 1-2)

Pada awalnya, minat itu datangnya daripada golongan penjajah yang ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang negara-negara jajahan mereka, sama ada kerana tujuan-tujuan akdemik ataupun kerana matlamat penjajah. (perenggan 7, baris 2-6) Di dalam dua contoh tersebut, penulis telah menggunakan kata ganti diri kedua pada contoh pertama dan kata ganti diri ketiga bagi contoh kedua. Perkataan kita digunakan bagi menunjukkan perhubungan di antara penulis dan pembaca. Manakala, perkataan mereka pula merupakan contoh bagi kata ganti diri orang ketiga. Perkataan tersebut merupakan kata rujukan yang menggantikan penjajah-penjajah.

3.2.2

Penanda Rujukan Tempat.

Antara contoh yang boleh didapati di dalam rencana tersebut ialah seperti yang berikut. satu lagi usaha kewilayahan yang patut disebutkan di sini ialah usaha penghasilan kamus tiga Negara, yang sedang diusahakan oleh Brunei Darussalam dengan kerjasama Malaysia dan Indonesia. (perenggan 12, baris 1-3) Kedatangan rombongan Malaysia disambut dengan penuh mesra, dan jalinan ini diteruskan selanjutnya dengan pertukaran lawatan. (peranggan 5, baris 2-5) Di dalam contoh tersebut, sini dan ini telah digunakan bagi memberikan penunjuk tempat. Dalam konteks contoh pertama, sini digunakan bagi menyatakan bahawa terdapat satu lagi usaha kewilayahan yang patut ditulis di dalam rencana tersebut.

3.3

PENANDA PENGGANTIAN.

Penanda penggantian dapat ditakrifkan sebagai perkataan atau frasa terpilih yang digunakan untuk menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama bagi menunjukkan pertautan di antara kedua-dua wacana yang berbeza. Antara contoh yang erdapat diadalam rencana yang telah dikaji ialah seperti berikut.

Satu contoh yang jelas tentang sifat ini ialah hakikat bahawa kita boleh mengadakan pertamuan antarabangsa, dengan penyertaan dari pelbagai negara asing, dengan segala perbincangan dilakukan hanya dalam bahasa melayu. Tidak timbul, misalnya, keperluan untuk mennggunakan bahasa Inggeris atau untuk mencari penterjemah. Usaha ini merupakan satu keistimewaan yang sekali gus membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa ilmu. (perenggan 11, baris 1-8)

Di dalam contoh di atas, frasa perbincangan dilakukan hanya dalam bahasa melayu telah digantikan dengan frasa Usaha ini. Keadaan ini akan memudahkan penulis kerana seseorang penulis tidak perlu menulis rasa yang sama tetapi memendekkannya.

3.4

PENANDA LEKSIKAL.

Penanda leksikal merupakan penanda yang melibatkan pertautan di antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Terdapat beberapa kategori di dalam unsur ini. Antaranya ialah penggulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, pengulangan hiponim dan pengulangan kolokasi. Namun bergitu, di dalam rencana yang telah saya kaji, hanya terdapat satu sahaja penanda leksikal yang digunakan iaitu pengulangan hiponim. Apabila wujud perbezaan ideologi yang mempengaruhi pergolakan dunia, maka kuasa-kuasa besar lain juga turut berminat untuk mendalami bahasa Melayu/Indonesia. Maka lahirlah pusat-pusat pengajian Melayu Indonesia di Amerika, Rusia, dan china. (perenggan 7, baris 6-10) Di dalam contoh tersebut, frasa kuasa-kuasa besar lain yang digunakan adalah merujuk kepada negara Amerika, Rusia, dan china.

3.5

PENANDA ELIPSIS.

Penanda elipsis melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Selain itu, penanda wacana ini juga dapat merujuk kepada perkataan atau frasa yang menandakan sempadan dalam wacana atau lebih tepat lagi dalam perbualan. Sebagai contohnya, Yang terakhir ialah Kongres Bahasa Melayu Sedunia, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang dijadualkan pada 21-25 ogos, 1995. Persidangan ini mempunyai tema bahasa melayu sebagai Bahasa Antarabangsa: Wawasan dan Keyakinan. Kongres ini diharap akan mempertemukan tokoh-tokoh bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara untuk membincangkan pelbagai aspek dunia Melayu, terutama dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam konteks cabaran abad ke21. (perenggan 13, baris 4-12) Di dalam contoh tersebut, Bahasa Melayu Sedunia telah digugurkan pada frasa Kongres Bahasa Melayu Sedunia dan digantikan dengan frasa Kongres ini.

4.0

PEMEROLEHAN BAHASA : PERBEZAAN TEORI BEHAVIOURISME DAN TEORI KOGNITIF. Analisis wacana telah berkembang dari satu generasi ke satu generasi, dari

satuabad ke satu abad. Semakin lama wacana di dalam sesuatu bahasa dikaji, semakin banyak aliran dan teori-teori yang muncul. Para pengkaji yang terkenal telah mengeluarkan dan menghasilkan teori-teori yang berbeza-beza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, hanya terdapat dua teori yang mendapat perhatian oleh para pengkaji dan pengguna bahasa. Teori tersebut ialah teori behaviourisme dan teori kognitif. Terdapat beberapa perbezaan sekiranya dibandingkan diantara kedua-dua teori tersebut. Perbezaan di antara teori behaviourisme dan teori kognitif dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan aspek. Salah satu aspek yang boleh dibezakan ialah definisi secara umum yang terdapat didalam kedua-dua teori tersebut. Bagi teori behaviourisme, ia dapat didefinisikan sebagai suatu perubahan dalam tingkahlaku hasil maklumbalas dan peneguhan. Teori ini sangat dikenali kerana ia menekankan kajian terhadap tingkah laku seseorang individu yang boleh didapati. Ia kurang mengambil berat tentang pemikiran individu yang terlibat. Manakala, teori kognitif pula dapat didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku di dalam pengetahuan seseorang yang disimpan di dalam pangkalan memorinya selain itu, ia mengkaji bagaimana individu mampu memproses ransangan, menerima, menyusun, mengekalkan dan menggunakan maklumat yang telah disimpan pada tempat yang betul. Perbezaan seterusnya dapat dilihat dari corak pembelajaran. Teori behaviourisme menggunakan corak pembelajaran yang bersifat psikologi. Keadaan ini bermaksud behaviorisme menggunakan aspek psikologi sebagai penentu corak pembelajaran kanakkanak. Menurut teori ini, kanak-kanak akan mempelajari sesuatu berdasarkan latihan yang berulang-ulang terhadap sesuatu perkara yang sama. Teori ini juga menyatakan bahawa kanak-kanak akan mempelajari sesuatu secara semulajadi melalui minda. Pendapat tersebut berbeza sekali dengan teori kognitif yang menggunakan biologi. Hal ini dapat diterangkan apabila teori ini mengatakan bahawa kanak-kanak akan

mempelajari sesuatu perkara melalui hasil kajian, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan sebagainya yang memerlukan seseorang kanak-kank menganalisis dan berfikir. selain daripada itu, perbezaan di antara kedua-dua teori tersebut dapat dilihat daripada proses pembelajaran. Di dalam teori behaviourisme, proses pembelajaran dilakukan melalui ransangan. Hal ini termasuklah gerak balas ransangan, dan juga keadaan yang baru kepada tingkah laku. Teori ini juga menganggap bahawa pembelajaran bahasa merupakan salah satu kebiasaan yang diperoleh melalui proses pengulangan setiap aktiviti atau perkara yang hendak dikuasai.

Manakala, teori kognitif telah mengutarakan proses pembelajaran yang sangat berbeza dengan teori behaviourisme. Teori-teori pembelajaran di dalam kognitif adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut aliran ini, bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan-bahan dalam bentuk perangsang daripada pancaindera. Golongan ini berpendapat bahawa perbendaharaan kata yang diperoleh pada peringkat awal tidak hanya bergantung kepada operasi rangsangan dan tindakbalas sahaja tetapi turut dibantu oleh peranan kognitif.

Perbezaan yang seterusnya dapat dilihat dari segi pemerolehan perbendaharaan kata. Para pengkaji yang beraliran behaviourisme berpendapat bahawa perbendaharaan kata dapat dikuasai melalui pembelajaran tidak formal yang berlaku sejak kanak-kanak dilahirkan sehingga mereka memasuki alam persekolahan. Selain itu, ia dapat dipelajari melalui pembelajaran secara formal iaitu semasa proses pembelajaran intensif semasa di sekolah. Sehubungan itu, sebarang pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah faktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan pembelajaran perbendaharaan kata. Berbeza dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pengkaji dari aliran kognitif. Golongan ini berpendapat bahawa perbendaharaan kata yang diperoleh oleh seseorang individu pada peringkat awal tidak hanya bergantung kepada operasi rangsangan dan tindakbalas sahaja tetapi turut dibantu oleh peranan kognitif. Para pengkaji yang beraliran

kognitif menerangkan bahawa adanya ciri-ciri kesejagatan dalam setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia telah menjadikan sesuatu bahasa itu bersifat kreatif iaitu tidak terbatas kepada objek dan peristiwaperistiwa. Bagi para pengkaji juga, tanpa peranan kognitif, perkembangan bahasa seperti perbendaharaan kata akan hanya terbatas kepada apa yang dialami sahaja. Di samping itu, perbezaan di antara kedua-dua teori tersebut ialah melalui pembelajaran sesuatu bahasa. Menurut pengkaji yang beraliran teori behaviourisme, pembelajaran sesuatu bahasa oleh seseorang kanak-kanak khususnya adalah berkaitan dengan ganjaran dan hukuman. Keadaan ini bermakna ibu bapa, ahli keluarga dan para guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam memberi ganjaran mahupun hukuman diatas apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. Di dalam konteks pembelajaran bahasa, golongan di atas perlu memberi ganjaran seperti senyuman, kata-kata pujian, ciuman ataupun sesuatu yang lain asalkan kanak-kanak berasa gembira kerana Berjaya dalam memahami sesuatu perkara seperti memahami perkataan mata, telinga dan lainlain. Pandangan ini bercanggah sekali dengan teori kognitif yang pada awalnya dikemukakan oleh Jean Piaget. Menurut teori tersebut, pembelajaran sesuatu bahasa oleh kanak-kanak adalh dipengaruhi oleh umur. Teori ini telah mengasingkan dan mengelaskan peringkat perkembangan mental kepada empat tahap yang utama. Di dalam konteks ini, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak yang berada di tadika akan memperolehi ilmu pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu yang terlintas di dalam fikiran mereka pada masa tersebut. Oleh itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan, hal ini akan membantu para murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang dimiliki ketika berada di prasekolah. Setelah dilakukan sedikit kajian tentang perbezaan antara teori behaviourisme dan teori kognitif, maka, dapat disimpulkan bahawa teori-teori bahasa yang wujud pada masa kini lebih tertumpu kepada mencari pendekatan yang paling mudah dan sesuai bagi setiap individu untuk menyelesaikan masalah. Di dalam konteks bahasa dan wacana, masalah yang paling utama ialah masalah yang berlaku di dalam pemerolehan bahasa oleh individu-individu khususnya kanak-kanak. Kajian terhadap wacana perlu diteruskan dan diusahakan dengan lebih gigih lagi demi melahirkan masyarakat yang berilmu

pengetahuan di dalam pemerolehan bahasa khususnya bahasa Melayu.

5.0

RUMUSAN.

Bahasa Melayu atau yang dahulunya dikenali sebaagi bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi bagi negara malaysia. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang sangat baik dalam kalangan penuturnya adalah amat penting. Penggunaan bahasa yang baik dapat dilihat melalui penggunaan wacana. Keadaan ini membawa maksud menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan memasukkan unsur-unsur kohesi, koheren dan sebagainya di dalam komunikasi lisan mahupun komunikasi bertulis.

Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang dijalankan di antara dua atau lebih individu dan dilakukan secara lisan. Dalam erti kata yang lain, komunikasi ini merupakan perbualan diantara dua atau lebih pihak. Manakala, komunikasi bertulis merupakan komunikasi yang dilakukan melalui tulisan. Antara contoh komunikasi bertulis ialah seperti majalah, jurnal, suratkhabar dan sebagainya.

Walau apapun jenis komunikasi, wacana merupakan salah satu aspek yang sangat penting untuk diperlihatkan terutama di dalam komunikasi bertulis. Hal ini kerana wacana yang dimasukkan akan mempengaruhi secara langsung berkaitan dengan penyampaian maklumat yang baik dan penghasilan frasa-frasa dan ayat-ayat yang tidak mengelirukan pembaca.

Pengetahuan yang mendalam terhadap teori-teori pemerolehan bahasa iaitu teori kognitif dan behaviorisme juga sangat penting khususnya kepada seorang guru. Hal ini adalah kerana teori-teori tersebut dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada seseorang guru untuk . Begitu juga dengan wacana, agar sesorang pendidik itu tidak akan memyampaikan maklumat yang salah.

You might also like

  • Too Much Sleeping and Sitting Is Bad
    Too Much Sleeping and Sitting Is Bad
    Document2 pages
    Too Much Sleeping and Sitting Is Bad
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • 1
    1
    Document2 pages
    1
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Ejas 2
    Ejas 2
    Document1 page
    Ejas 2
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Pemba Haru An
    Pemba Haru An
    Document1 page
    Pemba Haru An
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Sebagai Contoh
    Sebagai Contoh
    Document1 page
    Sebagai Contoh
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Raja Mongkut
    Raja Mongkut
    Document1 page
    Raja Mongkut
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 1
    Tukar 1
    Document1 page
    Tukar 1
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 1
    Tukar 1
    Document1 page
    Tukar 1
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 3
    Tukar 3
    Document1 page
    Tukar 3
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 4
    Tukar 4
    Document1 page
    Tukar 4
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 4
    Untitled 4
    Document1 page
    Untitled 4
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 4
    Untitled 4
    Document1 page
    Untitled 4
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 1
    Untitled 1
    Document1 page
    Untitled 1
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 2
    Tukar 2
    Document1 page
    Tukar 2
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 2
    Untitled 2
    Document1 page
    Untitled 2
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 3
    Untitled 3
    Document1 page
    Untitled 3
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tujuh
    Tujuh
    Document1 page
    Tujuh
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 5
    Untitled 5
    Document1 page
    Untitled 5
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 4
    Untitled 4
    Document1 page
    Untitled 4
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 4
    Tukar 4
    Document1 page
    Tukar 4
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Bidang Pengantar Linguistik Sangat Luas Dan Banyak Perkara Yang Diperkatakan Dalamnya
    Bidang Pengantar Linguistik Sangat Luas Dan Banyak Perkara Yang Diperkatakan Dalamnya
    Document1 page
    Bidang Pengantar Linguistik Sangat Luas Dan Banyak Perkara Yang Diperkatakan Dalamnya
    kang13
    No ratings yet
  • EMPAT
    EMPAT
    Document1 page
    EMPAT
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Tukar 1
    Tukar 1
    Document1 page
    Tukar 1
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • TIGA
    TIGA
    Document1 page
    TIGA
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • TIGA
    TIGA
    Document1 page
    TIGA
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Enam
    Enam
    Document1 page
    Enam
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Dua
    Dua
    Document1 page
    Dua
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 5
    Untitled 5
    Document1 page
    Untitled 5
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 3
    Untitled 3
    Document1 page
    Untitled 3
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet
  • Untitled 4
    Untitled 4
    Document1 page
    Untitled 4
    Rockers Lapan Puluh
    No ratings yet