You are on page 1of 3

Kertas Cadangan Pertandingan Buku Skrap Sains dan Matematik Tingkatan 1 SMK Puteri Wangsa 2012 a.

Rasional Program Perlaksanaan Pertandingan Buku Skrap Sains dan Matematik bagi Tingkatan 1 sebenarnya dirancang dan disusun atur untuk menyokong dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di bilik darjah. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kegiatan yang mendukung program MBMMBI kepada para pelajar. Program ala Discovery Learning ini akan menggalakkan para pelajar meneroka sendiri konsep istilah Sains dan Matematik dalam kedua-dua bahasa. Idea pelajar boleh diterangkan dalam bentuk visual seperti gambar, rajah, graf, formula atau simbol. Hal ini secara tidak langsung dapat memantapkan pemahaman pelajar terhadap istilah-istilah Sains dan Matematik dalam kedua-dua bahasa. Ilmu yang dipelajari secara penerokaan sendiri seperti ini akan lebih kekal lama dalam ingatan pelajar berbanding kaedah penerangan daripada guru. Namun, hal yang lebih penting ialah para pelajar dapat memupuk semangat kekitaan dalam pasukan masing-masing dan menyuburkan nilai kerjasama berpasukan. Nilai-nilai ini amat wajar disemarakkan terutama sekali di SMK Puteri Wangsa yang pelajarnya terdiri daripada tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India. Nilai positif dan sikap bekerjasama untuk menjayakan misi dalam aktiviti ini tidak lain dan tidak bukan sebenarnya mendasari fungsi sekolah sebagai platform yang paling penting memupuk perpaduan dalam kalangan generasi muda di negara kita. Program ini juga sebenarnya bergerak seiring dengan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan sekarang. b. Matlamat Program ini menambahkan kosa kata istilah sains sekaligus memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar. c. Objektif i. ii. iii. iv. Meningkatkan penguasaan istilah-istilah Sains dan Matematik dalam kedua-dua bahasa melalui pembelajaran penemuan. Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Menyemai sikap positif dalam diri seperti saling menghormati, saling memberi dan menerima dan sikap bertanggungjawab. Menyuburkan sikap bekerjasama dalam pasukan.

d. Sasaran Semua pelajar Tingkatan 1 e. Tempoh pelaksanaan 1 bulan f. Sumber Kewangan: (i) Sumber kewangan SMK Puteri Wangsa

ANGGARAN PERBELANJAAN (i) Hadiah Kategori Cemerlang (1W1, 1W2, 1A) Tempat Pertama :RM 50 Tempat Kedua :RM 30 Tempat Ketiga :RM 20 Kategori Sederhana (1B, 1C, 1D) Tempat Pertama :RM 50 Tempat Kedua :RM 30 Tempat Ketiga :RM 20 Kategori Lemah Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Jumlah bagi hadiah (1E, 1F, 1G) :RM 50 :RM 30 :RM 20 :RM 300 x 2 (Sains dan Matematik)

Sijil bagi setiap penyertaan

JUMLAH BESAR = RM 600

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

(CIK ROFIAH JUSOH)

. (PN TEOH AI LING)

(MR CHUAH CHOONG HOI)

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP

1. Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1. 2. Setiap kelas diwajibkan menghantar wakil sebanyak 5 kumpulan Matematik dan 5 kumpulan Sains. 3. Guru matapelajaran Sains dan Matematik yang mengajar kelas tingkatan 1

bertanggungjawab menentukan kumpulan-kumpulan yang akan menyertai pertandingan ini dan secara tidak langsung membimbing semua kumpulan di bawah jagaannya. 4. Setiap pelajar hanya dibenarkan memilih menyertai pertandingan Buku Skrap matematik atau sains sahaja. 5. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai bilangan ahli sekurang-kurangnya 3 orang dan mestilah terdiri daripada berbilang bangsa iaitu melayu,cina dan india. 6. Penghasilan Buku skrap mestilah mengikut kreativiti sendiri sama ada melalui karya lukisan, gambarajah dan sebagainya. 7. Hadiah pertandingan diberikan mengikut aras kelas. Aras 1 ( kelas 1W1, 1W2, 1A). Aras 2 (1B, 1C, 1D) dan Aras 3 (1E, 1F, 1G) 8. Hadiah hanya diberikan untuk tempat pertama,kedua, ketiga dan saguhati mengikut aras kelas masing-masing. 9. Tarikh tutup untuk penghantaran Buku Skrap kepada guru mata pelajaran masing-masing ialah 18 Mei 2012.

You might also like