You are on page 1of 27

C5305 – Kej.

Bekalan air &


air sisa

TOPIK 2 : RAWATAN AIR


(SAMBUNGAN)

Adilen @ Lucia bte Suil


adilen@polikk.edu.my
www.scribd.com/delpkk
Topik 2: RAWATAN AIR
Pengenalan

• Air mentah tidak sesuai untuk kegunaan kerana


mengandungi pelbagai bahan pencemar. Oleh
itu, ia perlu dirawat terlebih dahulu.

• Jenis dan tahap rawatan air bergantung kepada


keadaan air mentah dan kualiti yang diperlukan.
Kekotoran Dalam Air Mentah

• Dari segi fizikal, kekotoran dapat diketahui


melalui rasa, warna dan bau.

• Bau disebabkan oleh kedapatan gas hidrogen


sulfida (H2S) di dalam air atau pereputan
organisma yang mati dan tumbuhan
akuatik.

• Rasa disebabkan kepekatan ferum melebihi


0.04 mg/l dan kepekatan klorida melebihi
250 mg/l.

• Warna pula adalah disebabkan oleh ferum,


magnesium atau bahan organik yang
terdapat dalam air.
Teknik-teknik Rawatan Air
Kemasukan Air
 Melibatkan kaedah-kaedah fizikal spti:
– Penyaringan/penabiran (screening)
– Penyingkiran kersik (grit removal)
– Teknik2 fizik kimia dimana bahan pencemar ditukar
secara kimia & disingkirkan secara fizikal

 Proses:
Penyaringan/penabiran
Tujuan utama proses penyaringan ini ialah :
• Menyekat kemasukan pepejal terampai seperti
sampah sarap ke dalam loji rawatan air.
• Mengelakkan pam, paip dan alatan daripada
tersumbat atau rosak.

Terdapat dua jenis penyaring digunakan iaitu :


• Penyaring kasar – untuk menyaring bahan2
terapung yg lbh besar spti sampah-sarap &
ranting2 kayu
• Penyaring halus – untuk menyingkirkan
bahan2 terapung yg lebih kecil spti tumbuhan
air, dedaun & sebginya
Penyingkiran Kersik

• Kersik merupakan bahan yang tidak mudah


hancur seperti pasir, batu kelikir dan
logam-logam.

• Pembuangan kersik ini dilakukan bertujuan untuk


mengelakkan kerosakan pada pam dan
mengurangkan bahan pepejal daripada
memasuki ke dalam loji rawatan.

• Kersik dibuang dengan cara membina kebuk


pada pintu masuk air. Dengan cara ini halaju
aliran air dapat diperlahankan dan dengan ini
membolehkan kersik tersebut mendap.
Pengudaraa
n
• Tujuan utama proses pengudaraan adalah untuk:

 Memasukkan oksigen dari atmosfera ke dalam air


mentah bagi meningkatkan kualitinya.

 Menghapuskan bau dan rasa tidak enak yang


disebabkan oleh gas hidrogen sulfida dan tumbuhan
alga.

 Menghilangkan sifat mudah karat yang


disebabkan oleh karbon dioksida dan mengoksidakan
ferum dan manganan.
Pengudaraan percik
(spray aeration)

CARA-CARA
Pengudaraan Pengudaraan
dulang (tray MENGUDARAKA resapan udara
aeration) N AIR

Pengudaraan air terjun


atau apron (cascade or
apron aeration)
Pengklorinan
Awal
• Proses ini dilakukan jika keadaan air
mentah benar-benar memerlukannya
• Air yg banyak kandungan alga
memerlukan pengklorinan awal bagi
memusnahkannya

Tujuan utama:-
 Mengoksida kandungan besi &
mangan di dalam air
 Menghalang pembiakan alga yg
menyebabkan komponen loji rawatan
tersumbat& bersifat karsinogenik
Pembauran Kimia

• Tujuan utama proses ini adalah untuk


mendapatkan pembauran bahan kimia
secara pantas dan menyeluruh dalam air
yang dirawat.

• Campuran bahan kimia yang tidak mencukupi


dan tidak mengikut peraturan akan merosakkan
proses penggumpalan di dalam tangki
penggumpalan. Ini akan memberi kesan buruk
kepada keupayaan loji dan juga pembaziran
bahan-bahan kimia.
Pemendapan Awal

• Dilakukan hanya untuk air mentah


yg mempunyai kandungan
pepejal terampai yg sangat
tinggi & mengakibatkan air
menjadi keruh
• Air yg mempunyai kandungan bahan
terampai di bawah 1,000 mg/l tidak
memerlukan pemendapan awal
• Sekiranya diperlukan, masa tahanan
yg digunakan ialah antara 30 – 60
minit
Pengentalan dan Penggumpalan

• Pengentalan dan penggumpalan dalam proses


pengenapan dan penapisan air asasnya adalah
untuk mendapatkan kadaralir yang tinggi
secara ekonomi.

• Pengentalan ialah proses di mana bahan-bahan


kimia dicampur dan diaduk ke dalam air lalu
berlaku tindakbalas yang menghasilkan zarah
mikroskopik dan seterusnya mendak ke bawah.

• Penggumpulan ialah proses zatah halus dan


koloid bergabung sesama sendiri dan mendap
apabila halaju air diperlahankan.
• Bahan-bahan pengental yang biasa digunakan
ialah :

 Aluminium sulfat [Al2(SO4)3] atau alum, digunakan


dengan meluas kerana harganya murah dan berkesan.

 Ferik klorida (Fe Cl3) dan ferik sulfat [Fe2(SO4)3],


merupakan agen pengoksida yang kuat. Bahan ini
jarang digunakan kerana mempunyai sifat menghakis
yang kuat.

 Koperas berklorin (Fe SO4), iaitu campuran ferik


klorida, ferik sulfat dan klorin. Ia merupakan bahan
pengental yang kuat.

 Natrium aluminat (Na2Al2NO4), jarang digunakan


• Terdapat beberapa kaedah digunakan dalam
proses penggumpulan, di antaranya ialah :

 Tangki beradang

 Tangki penggumpalan dengan pengayuh


berputar
Pengenapan (Sedimentation)

• Pengenapan ialah proses pemberbukan


mengalami endapan dan enapan.

• Melalui proses ini dapat mengurangkan jumlah


zarah terampai yang akan dibuang melalui proses
penapisan.

• Selain dari itu, ia juga dapat menghapuskan


bakteria di dalam air. Kajian menunjukkan 90 –
99% bakteria di dalam air dapat dihapuskan jika
pengendalian sistem pengenapan dilakukan
dengan teliti.
• Tiga jenis tangki pengenapan utama iaitu :

 Tangki aliran mendatar (horizontal flow tank).


 Tangki aliran menaik (rising flow tank).
 Tangki aliran pilin (spiral flow tank)

Rajah : Tangki mendapan aliran mendatar


Rajah : Tangki mendapan aliran jejari
Rajah : Tangki aliran menaik
Penapisan/Penurasan (Filteration)

• Penapisan ialah proses membuang zarah bukuan


yang halus dan bahan-bahan terampai yang lain.
Bahan-bahan ini tidak dapat dibersihkan semasa
proses penyaringan dan pengenapan.

• Antara jenis-jenis penapis yang digunakan ialah :


Penapis pasir perlahan (slow sand filter)
Penapis pasir gravity deras (rapid sand filter)
Penapis tekanan – tegak atau mendatar
(pressure filter)
Rajah : Penapis pasir perlahan
Rajah : Penapis pasir graviti deras
Rajah : Penapis tekanan mendatar
Rajah : Penapis tekanan tegak
Pemfloridaan

• Pemfloridaan adalah proses menambahkan


kandungan florida ke dalam air yang telah
dirawat pada tahap yang dibenarkan.

• Tujuannya adalah untuk mencegah penyakit dan


kerosakan gigi. Bahan kimia yang digunakan
ialah sodium silikon florida dengan kadar dos
yang dibenarkan di antara 0.6 – 0.8 mg/liter.
Pembasmian Kuman (Disinfection)

• Pembasmian kuman ialah proses membunuh


kuman yang masih terdapat di dalam air yang
telah ditapis.

• Terdapat banyak kaedah untuk membunuh


kuman, di antaranya ialah dengan menggunakan
ozon, sinar ultra-ungu dan klorin.

• Lazimnya penggunaan klorin digunakan kerana


mempunyai harga yang murah, senang
dikendalikan dan disukat serta berupaya
membasmi kuman di dalam sistem agihan.

You might also like