PENGENALAN MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam

bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah dan–an dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu. Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing- masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaannya.

Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain. Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah meningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsurunsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan seperti berikut:

i) Kata tunggal ii) Kata terbitan iii)Kata majmuk iv) Kata ganda i) Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contohnya; - makan – saya – sihat – sungguh – bahaya

Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya: - di mana? - untuk siapa? - ke Johor? Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuaan kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secara serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih dan akronim. Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya: - cerpen bermaksud cerita pendek - jentolak bermaksud jentera tolak - tadika bermaksud taman didikan kanak-kanak - Petronas bermaksud Petroleum Nasional - Proton bermaksud Perusahaan Automobil Nasional

ii) Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.. Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada morfem bebas seperti berjalan dan lukisan. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Proses pengimbuhan juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah: i) imbuhan dengan kata dasar terbitan. - peN + ketua = pengetua - meN + ketepi + kan = mengetepikan

ii) imbuhan dengan kata dasar majmuk. - ber + darah panas = berdarah panas - peN + kuat kuasa + an = penguatkuasaan Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti pelari, pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalam bahasa Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan, membawa, mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakala awalan yang wujud dalam kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih, terendah, secantik, secerah, setebal dan sebagainya. Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian, jahitan, sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran kata kerja pula ialah buatkan, gunakan, besarkan, duduki, dekati dan sebagainya.

anak emas. Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban. kata majmuk dieja terpisah.Setiausaha Politik . iii) Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.kata kunci . kata kerja dan kata adjektif. Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif. penggunaan. kecinaan. kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok seperti berikut: a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. kedukaan dan sebagainya. Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan.Perdana Menteri . contohnya: .garis pusat.mata pelajaran c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. digunakan.tumbuk rusuk.air mata . telunjuk. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan.Raja Muda . Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa.kertas kerja. gemilang dan sebagainya. contohnya: . Berdasarkan jenisnya. Cara mengeja kata majmuk berbeza-beza antara satu bahasa dengan bahasa lain.segi tiga. gelembung.kaki ayam.manis mulut. serabut.hati batu Termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran contohnya: .hak milik. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng. tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. pembuatan.Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama.Profesor Madya .Ketua Setiausaha Negara b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.cari gali.sudut tepat . Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak. diperdengarkan dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu. pendapatan. menggunakan. mentakrifkan. berbantalkan.pilih kasih .berat tulang. keinggerisan dan sebagainya.meja makan . Contoh kata majmuk yang lazim: .seruling dan sebagainya.

guru-guru.kakitangan.Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang diberi pengecualian dan dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut nyata mengandungi dua kata dasar. iii) Penggandaan berentak bebas contohnya anak-pinak. Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.tanggungjawab iv) Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu. lintangpukang. rerama. seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. selok-belok. Contoh penggandaan penuh seperti negara-negara. ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan contohnya gunung-ganang. jejari. lauk-pauk dan sebagainya. pelatih-pelatih. mandi-manda dan sebagainya. besar-besar dan sebagainya. hiruk-pikuk dan sebagainya. saudara-mara.bumiputera. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. . Contoh kata ganda penuh termasuk imbuhan seperti pemimpin-pemimpin.jawatankuasa. Contoh kata majmuk yang kecualian: . Contoh penggandaan separa adalah seperti lelaki. kuih-muih. Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. mundar-mandir. persatuan. dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama. Dalam penggandaan berentak. Pengandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i) Penggandaan berentak pengulangan vokal contohnya sayur-mayur. bukitbukau. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.persatuan dan lain-lain lagi. sesiku dan sebagainya.antarabangsa.

Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Akhir sekali. ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termaksuklah penanda kasus. selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan.SINTAKSIS Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian. struktur dan binaan ayat. Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. . struktur dan binaan atau konstruksi ayat. jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkaji persoalan bentuk. sebab tanpa mempertahankan keserasian. Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Sebenarnya. Penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan kegramatisan sesuatu ayat. Kesimpulannya. merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa. sedang atau sudah berlaku. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku. bahasa Rusia dan bahasa Turki. kala dan unsur keserasian. terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat serta pembentukannya. sama ada akan. bahasa Arab. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting.

Anjing itu mengejar kucing. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu menentukan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Ayat mengandungi unsure klausa yang terdiri daripada frasa dan frasa pula terbentuk daripada bentuk-bentuk perkataan. B-i) Dia menangis sepanjang hari. ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. . C-i) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja. ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsure penyambut kata kerjanya.RAGAM AYAT Ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangan secara pilihan. ii) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar. Walau bagaimanapun.Ali menendang bola. i) Ayat Aktif Jika dilihat dari segi ragamnya. ii) Kanak-kanak sedang mandi. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ii) Dia menangis. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad. ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk . maka dapat diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Contohnya: . Ada dua jenis ayat aktif tak transitif iaitu: i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Contohnya: A-i) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Tatabahasa 1. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. C-i) Bas itu menuju ke utara. . 2. Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada: i)Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. ii) *Dia berada. ii) Ayat Pasif Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Buku itu saya baca. .danter. . pembentukan kata dan golongan kata. Contohnya: A-i) Dia berada di Kuala Lumpur. ii) *Kebanyakan penganggur tinggal.Kucing itu dikejar oleh anjing. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasifdi. ii) *Bas itu menuju. Contohnya: .Bola ditendang oleh Ali.menyempurnakan maksud ayat. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur. B-i) Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Morfem 1.3. iaitu di dan minum. Dalam morfologi. 4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Misalnya minum. unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. 3. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: . Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num Sebaliknya. perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. 5. ***2. Kesimpulannya. 2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil. kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem. 4.

menghafal.. membaca. per. cuti. Misalnya. sekolah. Bentuk imbuhan. tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. mempunyai makna sendiri Morfem terikat/imbuhan 1.ditambah pada bahagian depan kata dasar. telapak (tapak).Morfem Morfem bebas Morfem terikat Morfem bebas 1. ber 2. mem. Akhiran . . Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut: Morfem terikat/imbuhan Awalan . kan.diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar . permainan. imbuhan per…….ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar Sisipan . Tidak mempunyai makna.an. Boleh mengubah makna sesuatu kata.ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Dapat berdiri sendiri. periksa 2. misalnya.misalnya. Apitan . dan seterusnya makna ayat. misalnya. minum. Misalnya.

Konsep Perkataan Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna Kata boleh dibahagikan kepada berikut: .

pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya. akhiran. Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari. Misalnya. iii.Bentuk-bentuk Kata Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut: Kata tunggal i. v. sama ada awalan. Petronas. maka ia bukan kata majmuk. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal. ii. tadika (taman didikan kanakkanak). Lada. iii. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. iv. ii. sisipan atau apitan. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. misalnya. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan. i. singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim. Jelaslah. Kata terbitan Kata majmuk i. tetapi tergolong dalam frasa. atau budak yang . Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri. Mara. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu.

Pada umumnya. labahlabah. rama-rama dan sebagainya. suka-suka. gula-gula. Contoh penggandaan separa ialah pepatung. ii. sesekali dan sebagainya. Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut: . (lihat lampiran 1) i. Kata ganda Proses Pembentukan Kata Selain daripada kata tunggal. iv. kata majmuk. lelabah. seperti gilagila. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa). maka kata terbitan. kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.berlari itu.

Pensyarah itu pensyarah. apitan dan sisipan.awalan. sawit itu mahal pemberontak harganya. menyampaikan lima penagih. penghantar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau abstrak Orang ramai pewangi. pengasuh pengepengecualian. pengasuh kanakpengaudit. keke makan di warung kekasih sahaja.Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. pengamal. pemfatwa. maksud awalan ke. Contoh imbuhan pada awalan ayat contoh penggunaan Kerabat diraja itu kerabat. menggangu pengpengacau. iaitu awalan. Imbuhan tergolong dala empat jenis.menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. pendapat kuliah sehari pengkritik. Dalam bahasa Melayu. apitan dan sisipan. peragut. membelasah peNpepesalah peragut rantai itu sehingga pengsan. kanak setiap hari. ketladak. akhiran. Pengebom berani Awalan Varian Contoh perkataan . imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan Kata Nama Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan . Mesin pemproses pempemproses. Pengacau itu pengkhianat. keletihan kerana penpenswastaan. akhiran.

ekabahasa belum ekakaum. kadangkala dirujuk juga adi-) dwi- eka- pasca-(dirujuk kepada `selepas') pasca- pra-(menunjukkan makna `sebelum') pra- swa-menunjukkan maksud `sendiri') swa- mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri Pelabur diingatkan pelabur. pengesan. Majalah itu dwibahasa. pengebom pel- peR- per juru- juru- dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) eka-(menunjukkan bilangan satu. ekafungsi tentu menjamin perpaduan negara Pengajian pascasiswazah merujuk kepada pascasiswazah bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. supaya menyemak pelayar. menggali tulangprakemerdekaan temulang manusia prasejarah. makanan di swakarya restoran swalayan itu. akhirnya dia jurubahasa meletakkan jawatan. mengambil sendiri swamodal. . pelajar. diterbitkan dalam dwifungsi. Pelanggan swalayan. nombor kad pelakon pengenalan sebelum mengisi borang. pelampau. jurutaip. sehingga jururunding. Pengunaan ekabahasa. Semua tugas diserahkan kepada jurutaip. Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama pertapa untuk menghabiskan zikirnya. dwibahasa iaitu dwiedaran Tamil dan Inggeris. Ahli arekologi itu prasejarah.pengeluar.

kelengkeng. seruling... usahawan pragawati. kelabut keruping. senaman. pelancongan.an pe.. pekarangan. pengurangan Contoh imbuhan sisipan pada ayat sisipan -el-er-emcontoh perkataan telunjuk.an peN.. peperangan penyusunan. kemelut .an contoh perkataan kezaliman. olahragawati pakaian.yang dirujuk) -wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) -wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) -an contoh perkataan seniman. pesisiran... kemuncup. kudapan. kesenangan peranan. latihan. jualan Contoh imbuhan pada apitan ayat Apitan ke. serabut kemuning.. budiman olahragawan.Contoh imbuhan pada akhiran ayat Akhiran -man (menunjukkan sifat perkara samada orang atau benda. kenalan.

selesaikan jauhi. dibaca memperbaharu. terombak terminum. memperhamba. menyelerakkan Contoh imbuhan pada awalan Akhiran beRbebelbermeN mememmengmengedimempeRdipeRteRdimemperdipertetervarian contoh perkataan bekerja belajar berkawal. terpisah. memperluas. berhasrat. akhiran -kan -i contoh perkataan buatkan. memperdalam diperbaharui terasa. menghabiskan mengebom.Imbuhan kata kerja Menerima tiga jenis imbuhan awalan. merasa memberi. masuki . akhiran dan apitan. mengelupur. amalkan. menggali. ramaikan. terasuk. mengesahkan dipukul. mengetin. memproses mengelak. berziarah melawat. turuti. Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut: gemerlap -------> bergemerlap selereak----------> berselerak. tercarut Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.

..-i meng-..-kan meng.menggantikan..-kan menN.-kan men-. menghadiri.-kan diper-...kan dipeR. dikasihi.-kan menge.contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya Imbuhan beR. dibenarkan diperkenankan.. menggarami memperhambakan. merundingkan.. meyakinkan memberikan.-kan varian ber.-kan mem-.kan ke.-kan me-. berbantalkan memasukkan. mengkanunkan mengeposkan.i me.. melindungi.-kan ber-.... menzahirkan mengambilkan.kan memper....-an di-.. dipersembahkan. kesiangan diragui..-kan contoh perkataan beranggapan..i mem-..an beR.-i di-....i di..an be.. mengesahkan meracuni....-1 mempeR-. menjadikan.. mengekori. berebutan berumahkan. mensyukuri mengairi.i men--.. dirindui dipulangkan... diperlihatkan .. memfatwakan mendirikan... mempersendakan kecurian... kemalangan. meyakini membeloti.an be-. berdampingan beratapan..-kan ke-....... mengetinkan.. berantaikan bertajukkan..an di..kan meN.... mempelopori menjalani.. mempastikan.......

gemerlap baunya. ketimuran Sisipan -el-elMinum bergas itu gelembung. ``Kaulah yang terbaik bagi diriku. tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan. Minyak wangi palsu gemilang. seganas. sehebat Apitan ke.'' katanya. terendah Pesta jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai pada tahun ini.. sebesar. contoh penggunaan teR- te- ter- terbaik..awalan.. apitan. itu semerbak semerbak. dan sisipan. terindah se- se- seindah. usaha beliau dalam perniagaan sinambung merupakan kesinambungan bakat neneknya. -er- -er- -em- -em- -in- -in- . teruncing. kebaratan. tersohor.. gerigi. Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan.an ke-. selerak mempunyai gelembung udara sejak beristeri dua.Imbuhan Kata Adjektif Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan . Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara.-an kemelayuan. Kata adjektif tidak menerima akhiran Amati contoh-contoh berikut: imbuhan varian contoh perkataan Awalan teramai. serabut fikirannya amat serabut.

iii. Kata majmuk biasa Alat tulis. iii. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. telefon terus dail. Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu. kertas kerja . teknologi maklumat. Contohnya: i. kereta api. Telefon mudah alih. Kata Majmuk Gelaran Ketua Polis Negara. setiausaha dan sebagainya. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus. ketua meja. ii. nasi minyak. ii. Duta Besar Kata Majmuk Istilah Khusus i. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. kerani pos. iaitu: i. adat resam. Perdana Menteri. Peguam Negara. Umum Istilah Kiasan/peribahasa Kata Majmuk Umum Kata majmuk umum terbahagi kepada: i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai 2. seperti buah tangan.Pemajmukan 1. tengah hari ii. Timbalan Menteri. Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara. Ia akan menjadi frasa. lapangan terbang.

Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya. makan angin Pengimbuhan Kata Majmuk Dalam sistem baku. misalnya: Masam muka. tebal muka. Lampiran 1 Kata dasar 1 air ambil meja ketua tanggung antara Lampiran 2 Kata dasar 1 antara apa apa apa bagai barang beri bumi dari dari duka hulu jawatan kaki ke kerja mana Mata olah pada Pesuruh Kata dasar 2 bangsa bila kala lagi mana kali tahu putera hal pada cita balang kuasa tangan pada sama kala hari raga hal jaya Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan antarabangsa apabila apakala apalagi bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera darihal Daripada dukacita Hulubalang jawatankuasa Kakitangan kepada Kerjasama Manakala Matahari olahraga Padahal Pesuruhjaya Kata dasar 2 mata alih tulis menteri jawab bangsa Kata majmuk air mata ambil alih meja tulis ketua menteri tanggungjawab antarabangsa . kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap. curi tulang.Kata Majmuk Kiasan i.

kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan.. iaitu i.an di. penggandaan penuh ii... tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan.kan peR. Ada empat jenis kata nama ganda.setia suka suruhan tanda tanggung warga usaha rela jaya tangan jawab negara setiausaha sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab warganegara Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah.... Gandaan separa iii Gandaan berentak iv Gandaan makna 3. penggandaan berentak iii. Manakala akhiran.an Ejaan penguatkuasaan mengemaskinikan menganaktirikan keibubapaan dikuatkuasakan percampuradukan Untuk awalan. imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Gandaan penuh ii.. Imbuhan berRmeNpeN-an -kan Kata Majmuk garis pusat ambil alih cari gali daya serap urus niaga Kata Majmuk Terbitan bergaris pusat mengambil alih pencari gali daya serapan urus niagakan Penggandaan 1. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya.... Lihat jadual di bawah. Semua bentuk kata nama. atau sebahagian sahaja. 2.. pengandaan separa.kan ke. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu i. seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk kuat kuasa kemas kini anak tiri ibu bapa kuat kuasa campur aduk Apitan peN. iaitu kata nama tunggal. . kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan.an meN..kan meN..

Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara. 3. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a / Biji-bijian barang-barangan Contoh: Kata dasar laki langit suatu budak siku Kata terbitan (a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Penggandaan penuh Laki-laki Langit-langit Satu-satu Budak-budak Siku-siku Penggandaan separa Lelaki Lelangit Sesuatu Bebudak sesiku II. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang. kata nama terbitan. I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan. . 2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal.Penggandaan penuh 1. Kata tunggal (a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Biji Barang Penggandaan separa 1. 2. dan kata nama majmuk. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang.

kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama. Contoh: Ipar Ipar Saudara Makna Penggandaan Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan) Kata dasar anak kejar Kata terbitan Ber + anak Men + kejar Kata ganda Anak-beranak Kejar-mengejar 6. menunjukkan banyak buku ketua jabatan gunung bukit buku-buku ketua-ketua jabatan-jabatan gunung-ganang bukit-bukau ipar duai ipar lamai saudara mara . Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang) Kata dasar bual cari gila borak akan Kata terbitan Ber + bual Ter + cari Ter + gila Ber + borak Se + akan Kata ganda Berbual-bual Tercari-cari Tergila-gila Berborak=borak Seakan-akan 5. dan kata adjektif.4. Penggandaan Makna 1. kata kerja. iaitu: a.

b. dan sebagainya. iaitu: I. membentuk nama haiwan biri-biri kupu-kupu kunang-kunang c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai langit siku orang d. kata tugas Kata nama. Menunjukkan pelbagai jenis sayur kuih saudara Golongan kata Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata. walaupun. sekiranya. Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. kata adjektif IV. itu. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan. amat. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: I. kata kerja III. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang) sayur-mayur kuih-muih saudara-mara langit-langit (menyerupai langit) siku-siku (menyerupai siku) orang-orang (menyerupai orang) II. kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka . Kata nama II.

Ini. kami. Proton Saga. kita Awak. mana Diri Orang pertama Saya. tuan hamba. itu Nama am Konkrit Ganti nama Abstrak Penunjuk Tanya Siapa. meja. Sabak Bernam. mereka. saudara. dia. baginda. nya Orang kedua Orang ketiga . patik. Pak Belang Gunung Kinabalu. kecuaian. engkau anda. Kepala. Wira. kamu. dengki. Fatimah. Aziz Osman Bujang senang. kemahuan. apa.Golongan kata nama Subgolongan Nama khas Hidup ciri jenis Manusia Bukan manusia Tak hidup contoh Ali.keberanian. Si Tompok. Tun Abdul Razak. Hang Jebat. pelajar. aku. Ia. beliau. saudari. kapal terbang Harapan. kesenangan. beta. Waja. Gua Musang. ketua.

Contohnya. berjalan. sama ada yang berlaku atau dilakukan. dimakan dan sebagainya. memakan. makan. .Golongan Kata Kerja (KK) Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja.

Air sungai beransur surut Transitif . Lemah. lonjong. Lama. suntuk. lambat. besar. panjang.memerlukan objek atau penyambut. . sekali. kemas. Ciri Tak berpelengkap . agak. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. sungguh.keadaan Halim bertambah parah . ditampat. terpanjang. benar. empat segi. kuning langsat Pendek. jalur Gemilang pula yang berkibar Tak transitif Berpelengkap . memakan Ditulis oleh/dengan. terkuat Merah. jingga.memerlukan pelengkap Aktif Pasif jenis Tak Transitif Tak Berpelengkap Contoh . Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat. sangat. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). leper. Jenis Sifat warna ukuran bentuk waktu Contoh Baik.Turunnya Union Jack. tebal. nipis. Transitif Aktif Transitif Pasif Menulis. secantik. kukuh. dalam. bujur. segera.Rumah itu sudah roboh .Tidak memerlukan pelengkap Berpelengkap . cerdik. Dimakan oleh/dengan Golongan kata adjektif Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali. berani. paling. ungu. menampar.subgolongan Tak transitif -Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya. kejap. sebesar. -Tetapi ada yang memerlukan pelengkap. sudah lama sungguh. ternipis Bulat. putih. lewat.

dengan. benci. laju. kerap. lembab. kasar. halus. Sedap. lincah. seram. cantik pandang Bising. lzat. payau Buruk. kadang-kadang. pedas. penguat seperti amat. hampir. licin sentuh Adjektif perasaan Takut.jarak cara Pancaindera rasa lampau. wangi. Dekat.pahit. rindu. benar Contoh: Saya sangat dengan awak segan Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka. terhadap dan sebagainya. jauh Selalu. lalu. manis. hapak bau Kesat. jelas. gembira. senyap dengar Busuk. jarang. marah. lemak. nama seperti akan. hangit. agak. Tip Kata adjektif dikenali jika Kata adjektif menerangkan Adjektif perasaan harus kata berkenaan didahului keadaan atau sifat sesuatu diikuti oleh kata sendi atau diikuti oleh kata nama atau frasa nama. muram. . paling. silam. sekali. hodoh. senang. jelita. lambat. deras. sangat. sungguh.

Golongan Kata Tugas Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. nian. sangat. boleh. sendi nama. wah Kata seru syabas. hatta. sedang. paling. juga. Kata tanya bagaimana Jangan. Kata perintah sila. oh. sekali. ketika. tengah. minta. lagi  Bukan Kata nafi  tidak  Membenarkan sesuatu Menandakan kesinambungan ayat Membantu frasa-frasa kerja. betul Kata pembenar Maka. Menguatkanmaksud suatu adjektif Menegaskan bahagianbahagian tertentu dalam ayat Menafikan sesuatu Ialah Kata pemeri Memerikan hal atau . Kata bantu masih. jemput tolong. cis Mengapa bila.   ayat Aduh. -tah. kalau subgolongan  Gabungan  hubungan Tugas Menghubungkan atau klausa. dapat. berapa. Kata pangkal ayat syahdan Telah. akan belum. tetapi. usah. Amat. amboi. hanya. mesti. adapun. Hendak. memang. benar. serta Kerana. sungguh. adjektif. harap    Menunjukkan seruan Menyoal atau bertanya Menimbulkan Tindakan balas Larangan Silaan permintaan Ya. harus. Contoh Dan. pernah. mahu ingin. Kata penegas pun. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas. Kata penguat terlalu. -kah. -lah. atau. benar. sudah.

Kata bilangan sepuluh. sisi. barat. timur. Oleh itu. bagi. ayat. seluruh  Sesetengah. antara. -nya Kata penekan merangkaikan subjek dengan predikat. separuh. oleh. sepertiga  Kedua-dua. Kata arah depan. berbakul-bakul. kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis. umpama. iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. . dalam luar. frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. bawah. bagai. . Kata sendi nama untuk. kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. dua. segala. beberapa. seratus. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk. hadapan. sejuta  Banyak. Atas. daripada. beratus-ratus.  Satu. Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama Menunjukkan arah atau hala Menerangkan atau jumlah bilangan -nya Kata pembeda Memberi penegasan bagi kata yang digandingi Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama Kata hubung Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa. Oleh itu. ke. bertahun. belakang. samping. terhadap. iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. semua. sedikit. dua pertiga. akan. seperti. para  Sekalian. adalah Di.

meskipun. sementara. -Kata hubung itu ialah: hubung yang. Kata hubung pancangan Pancangan relatif Pancangan Pancangan komplemen keterangan -menghubungkan -Menghubungkan -Kata hubung satu klausa sebagai klausa utama pancangan keterangan komplemen pada dengan klausa menghubungkan klausa satu klausa utama. berjaya itu diberi jika. iii. stadium kerana tidak ii. Pemanah itu melepaskan anak panah. sambil. seterusnya. ii. Buku yang dikarang oleh i. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai. iii. agar. tetapi. tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. jikalau. saya. komplemen itu kendatipun.’’ katanya. kerana. tatkala. Pelajar yang melengkapkan hingga. untuk. semasa. malahan. ``Belum tentu. klausa utama. sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung. Budak yang -Kata hubung yang setelah. andaikata. lantas menikam. i. 3.. Dia mengelak. Guru tahun enam Ahmad itu buku itu menyatakan sejarah. sewaktu. walaupun. klausa klausa semoga. Contoh kata: dan. dan sesungguhnya. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. klausa pancangan keterangan kepada (Kompelen klausa utama. sedang membaca itu berperanan begitu sekiranya. (kecil).. sementara. bahawa semua i. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya 2. sebaliknya. ii. pancangan Contoh: kalau. hadiah. -Jadi. supaya. Hubungan ini bermaksud menggunakan kata pelengkap). memiliki tiket yang sah. Contoh ayat: i. serta. atau. tetapi. sekiranya. Mereka tidak muridnya dibenarkan masuk ke mendapat enam A. iii. adik perempuan ialah bahawa dan ketika. .Kata hubung gabungan 1.

Kata tanya hadir di dalam predikat.Kata Kata Seru Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan. dan kata seruan pada penghujung ayat. sebagai penutup ayat seruan itu. Contoh:    Wah. duka. Lihat contoh-contoh berikut: Harga rumah baru kamu berapa? Berapakah harga rumah baru kamu? Kemalangan itu berlaku bagaimana? Bagaimanakah kemalangan berlaku? . mencabar. seperti suka. Kata Tanya Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. gembira. marah. anda baru sahaja menerima RM1 juta! Penting: Kata seru diguna sebelum klausa. dicabar dan sebagainya. cantiknya kereta baru kamu! Aduh. sakitnya hatiku! Syabas. maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kah. Jika predikat didepankan.

Contohnya: telah. jemput Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. ada kenduri kawin Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri. mahu.Ayat Perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan. Kata Bantu Kata bantu aspek Memperihalkan masa lampau. silaan dan permintaan. sedang. Contohnya: hendak. usah Contoh penggunaan Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis. harus. minta Jemput ke rumah saya malam esok. masih. kini. Kata bantu ragam Memperihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Minta bersihkan meja awak. atau masa hadapan. Kata Bantu Kata bantu hadir sebelum frasa kerja. sudah. Kaji contoh berikut: Jenis perintah Larangan Kata perintah Jangan. boleh. Sila menjamu selera. dan frasa sendi nama dalam ayat. mesti. Permintaan Tolong. dan dapat. Silaan Sila. akan. frasa adjektif. . belum. Kata jenis ini membantu menerangkan aspek waktu dan ragam perasaan.

Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Belakang sekali. sangat.Kata penguat Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif. Berdasarkan pada kedudukan ini. kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan. terlalu. . Tanpa kebenaran ketua. Semalam ibu letih sangat. awak telah bercuti lama benar. nian Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu. Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti: Jenis kata penguat Hadapan kata penguat paling. benar. sungguh Hujan lebat amat Hujan amat lebat Badang kuat sangat Badang sangat kuat Ibu letih sangat semalam. kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Teknik yang awak gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit. agak contoh penggunaan Awak yang paling pintar dalam kelas ini. Bebas amat.

Pegawai juga mesti hadir (subjek) Pegawai mesti hadir juga (predikat) Adiknya pun jurutera. Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini. Menurut fungsinya sebagai penegas. memang. hanya. Jenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan Siapakah yang memakai baju merah itu? Frasa predikat atau bahagian dalam predikat -kah. sahaja . lagi.Kata Penegas Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya. pun. (subjek) Adiknya jurutera juga (predikat) Frasa subjek atau frasa predikat juga. kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat. -tah.lah Yang itulah murid baru sekolah ini. .

Kata Nafi bukan Contoh Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains. iaitu ialah dan adalah.Kata Nafi Kata nafi bertugas menafikan frasa nama. dan frasa sendi nama dalam predikat.Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak. terdapat dua jenis kata pemeri. Frasa predikat biasanya menjawab soalan contoh: Tindakan kerajaan menetapkan ``apakah'' mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar. Perdana Menteri berjumpa Bush. Dalam bahasa Melayu. bukan Powell Meritokrasi tidak membebankan manamana pihak Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung. Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis. ialah adalah Digunakan sebelum predikat untuk Digunakan sebelum predikat sebagai menandakan persamaan antara frasa huraian bagi frasa subjek. bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus. subjek dean frasa utama dalam predikat. . tidak Kata Pemeri Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek. frasa kerja. frasa adjektif.

dicuci) Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) ke Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) Tugas/contoh Menunjukkan tempat (di pejabat) Menunjukkan tempat atu arah datang dari Menunjukkan waktu atau masa Menunjukkan sasaran/ditujukan kepada Menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) daripada Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) pada Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) untuk Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) .Kata tugas lain tidak membentuk frasa Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.Kata Sendi Nama Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu. Lihat contoh-contoh di bawah Sendi Nama di Menunjukan perbuatan (dipukul.

bagai. Menunjukkan perbandingan umpama. laksana. menunjukkan tujuan demi menunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu Menunjukkan rujukan Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan tentang dengan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan sejak.bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. semenjak terhadap oleh akan hingga. bak Menunjukkan sebab Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif Menjadi penanda waktu atau masa Menunjukkan rujukan yang tentu Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif . Menunjukkan had masa atau peringkat sampai seperti.

.. masing-masing. beratus-ratus setengah. . banyak semua segala kedua-dua. Kata Pembenda Kata -Nya adalah juga kata pembenda. dua pertiga tiap-tiap.. contoh: Datukku berjalan dengan sebatang tongkat. dua. (Kata sedih ialah kata adjketif. Kata penekan -nya Kata penekan -nya berfungsi menegaskan kata yang digabungkan dengannya. misalnya: Sedihnya perasaan saya tidak dapat digambarkan. pembeda -nya menjadikannya kata nama. Lihat penjenisan kata bilangan seperti rajah di bawah: Jenis bilangan bilangan bilangan bilangan bilangan tentu tak tentu himpunan pecahan pisahan kata bilangan satu. tiga empat. Lihat contoh-contoh di bawah. setap Kata bilangan biasanya berpasangan dengan penjodoh bilangan sebagai penerang kepada kata nama. Ia boleh menjadi kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama. yakni berfungsi menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama.Kata Bilangan Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.